Oleh: HHalem.
1- Pendirian Parti Ajaran Sesat (PAS) cukup mengelirukan semua pihak, dan ini bukan kali pertama, mengenai Saint Valentine Day / Valentine Day / Hari Kekasih. Ditahun-tahun lalu PAS beriya-iya benar menghalang sambutan hari tersebut sehingga mengharamkannya dengan kaedah sendiri ala PAS.
Tahun ini kita lihat bagaimana Parti Ajaran Sesat melalui Pok Nick cuba membudayakan Saint Valentine Day dengan pelbagai penjenamaan semula seperti Hari Suami Isteri. Pengikut-pengikut PAS cukup bangga dengan Pok Nick kerana rebranding semula Hari Kekasih.
Ketua Pemuda PAS pula yang keliru, cuba meng-iya-kan Hari Saint Valentine dengan cuba memberi penjenamaan semula hari tersebut melalui kaedah mengislamkan, memelayukan, memalaysiakan dan membudayakan hari yang memperingati seseorang yang bernama Saint Valentine dan tetap jatuh pada 14hb dan disambut diseluruh dunia.
Kenyataan Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan penuh bangga dan berjaya mengelirukan semua pihak di sini >.
2- Kemudian kelmarin, bertambah pening, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari Kekasih kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Sedar pulak PAS bahawa bagaimana sekali pun kita mengolah dan mengingati Saint Valentine, ia tetap tidak akan blending didalam masyarakat Melayu dan Islam. Kepada masyarakat lain, tidak perlu lah kita mengimpose value atau nilai-nilai kita terhadap mereka. Sambut lah hari apa sekali pun yang mereka mahu.
Oleh itu PAS harus sedar bahawa kementerian Rais Yatim menjaga pelbagai masyarakat dan bukannya orang Islam sahaja, seperti mana PAS menjaga pelbagai kaum didalam Pakatan.
3- Tindakan PAS berjaya memeningkan dan mengeciwakan Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh.
“DAP tidak bersetuju pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, Selasa ini...DAP berpendapat pendirian Pas menentang sambutan Hari Kekasih, bukan satu langkah yang baik...Tindakan Pas adalah sangat bertentangan dengan hak asasi manusia dan prinsip kebebasan” - Karpal Singh.
4- Menyedari bahawa Hari Valentine tidak boleh di-islam-kan dan nilai kita tidak boleh diacuankan kepada masyarakat lain, Nik Abduh anak Pok Nick, Timbalan Ketua Pemuda, memperli Karpal bahawa Karpal sepatutnya lebih menghormati agama lain dan tidak menyamakan ia dengan mahkamah.
“Walaupun sudah berusia, Karpal Singh sepatutnya belajar untuk menghormati setiap agama yang ada negara ini, dan bukan hanya memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain, politik bukan mahkamah,” – Nik Abduh
Penyataan di atas serupa seperti kata-kata Sister In Islam yang menghentam PAS yang cuba, “memaksa pandangan sendiri ke atas orang lain”
Jadi siapakah yang lebih celaru di sini? DAP atau PAS?
PAS yang cuba meng-islam-kan Hari Kekasih dan menghalang Rais Yatim yang menjaga pelbagai masyarakat bukan Islam di Malaysia atau DAP yang menganggap PAS cuba menghalang Hari Kekasih kepada kaum lain, bukan hanya kepada orang Islam sahaja.??
Sebenarnya jalannya cukup mudah, orang Islam dan Melayu tidak perlulah bersusah payah menyambut Hari Saint Valentine walau dengan apa cara penjenaman semula sekali pun dan biarlah masyarakat lain di Malaysia dengan budaya mereka sendiri.
Semua sumber dari Sinar Harian.
Pemimpin PAS kalau berlakon bodoh2 alang, memang terserlah kebodohannya.
ReplyDeleteSemua perkara semua isu cuba nak pusing selagi boleh, tapi selalunya kepala sendiri yg makin ligat berpusing.
Tak ingin aku punya pemimpin org macam ini. Simpangkan malaikat 44.
Hehe...penat je poknik buat cerita tidur atas riba bini dia. Bayangkan balik kul 2 pagi pun kejut bini sebab nak tidur atas riba. Macam drama hindustan. Semuanya sebab hari suami/isteri. Lantaklah pas. Orang lain dah lama menghargai suami/isteri, tak kira hari pun.
ReplyDeletehermm macam cerita NABI Muhammad tu lah, pok nick samakan taraf macam mamat2 kampung, tak bleh sambut tapi dia gi sambut.
ReplyDeletebenda yang elok di haramkan pastu benda yang haram di halalkan...patu SEMUANYA SALAH BN,
alang2 citer ni apa cer hududnya????lampu ijau dah kasi, jawatankuasa dah buat...kajian dan pelaksanaan haram j lah nak ada.
sudah teraang lagi bersuluh... cara PAS menghalalkan apa yang haram dan mengharamkan apa yang Halal..
ReplyDelete