Multiple Pages
Home
Video Top 10
Al-Quran (Mishary Rashed)
Hubungi
Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Loading...
Showing posts with label
DAP-Karpal-Kit Siang
.
Show all posts
Showing posts with label
DAP-Karpal-Kit Siang
.
Show all posts
19/09/2012
Karpal “Akan Nasihat PAS Secara Mendalam”. Saman Terus Pok Nick.
Oleh: HHalem.
Apa yang nak dinasihat secara mendalam?
Saman saja PAS, Pok Nick dan Hadi.
Kemudian DAP keluar Pakatan, habis cerita.
.............
Utusan menulis bahawa Menteri Besar Kelantan (Pok Nick), melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak.
"Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan,"
kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
13/09/2012
Karpal Menempelak KitSiang Dan Anwar Kerana Cuba Bermain Di Belakang Beliau.
Oleh: HHalem.
Apabila timbul bab Karpal Singh ini, Kit Siang dan Anwar cukup berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang berbau menentang beliau.
Contoh terkini ialah isu antara Karpal dan Nash.
Kitsiang-Anwar, isu Karpal-Nash adalah hal peribadi dan hal Majlis Syura
:-
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berpendirian bahawa perbalahan diantara bekas Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu Hudud sebagai pendirian peribadi masing-masing.
Anwar cukup berhati-hati menyebut bahawa ia isu
“masalah dalaman PAS”
dan tidak menyebut terang-terang bahawa ia isu
“peribadi Karpal-Nash”.
Ikuti apa kata Anwar kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR pada Rabu. Anwar jelas merujuk pada keputusan Majlis Syura tentang pemecatan Nash dan tidak pada hal pergolakan peribadi.
"Majlis Syura telah buat keputusan kita hormati. Sebagaimana PAS, tidak campur tangan dalam isu PKR. Kita juga ambik pendirian yang sama. Soal Nasha itu isu dalaman PAS," -
mStar.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
28/08/2012
Guan Eng Mengalakan Karpal Bergaduh. Nasha Pula Mungkin Dihukum. Bukankah Itu Pelik Namanya.
Oleh: HHalem.
Sikap semulajadi. Nasha diseru supaya dihukum PAS. DAP pula galakan Karpal Bergaduh.
Perkembangan terkini iaitu perang antara pembangkang diantara bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menyerlahkan sikap sombong dan bongkak DAP dan sikap PAS yang suka memukul orang sendiri yang amat ketara.
DAP membiarkan Karpal bergasak dengan Nasha, manakala PAS pula serta majoriti pengikut mereka mahu Nasha dihukum oleh Majlis Syura PAS.
Ini menonjolkan sikap semulajadi orang-orang Melayu kerana semenjak dari kecil lagi telah diajar demikian rupa.
Berlainan sekali dengan DAP kerana mereka bukan sahaja tidak menasihatkan Karpal supaya berhenti bertikam lidah dengan Nasha, malah untuk mengambil tindakan terhadap Karpal memang jauh sekali kerana kesemuanya seram sejuk dengan Pengerusi.
Ini kerana DAP mengeluarkan statement supaya membiarkan Karpal sendiri bergasak dengan Nasha. Nasha dituduh mendakwa Karpal anti Islam dan tidak menerima Hudud. Kerana itu Nasha akan diheret ke mahkamah oleh Karpal. Nasha pula sanggup bertembong dengan Karpal.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, Karpal perlu selesai sendiri pergaduhan dengan Nasha. Malahan DAP tidak berhak untuk membuat apa-apa keputusan.
"Biar dia jawab isu itu. DAP tak boleh jawab”
"Kita tak ada hak nak jawab, bagi Karpal yang buat penyataan sendiri," katanya pada sidang media Isnin.
Dengan kenyataan tersebut ia akan membuat Karpal naik angin dengan Guan Eng kerana beliau dibiar sendirian tanpa sokongan DAP, seolah-olah ia isu peribadi Karpal. Karpal adalah Pengerusi DAP, maka setiap tutur kata, perbuatan, malahan jika beliau meludah ditepi jalan sekali pun ia akan melambang sikap dan perangai buruk DAP.
Berbalik kepada Nasha, jika Majlis Syura mengambil apa-apa tindakan terhadap beliau hanya kerana mencadangkan supaya PAS mengkaji semula kedudukan dengan DAP, malahan menyeru supaya PAS keluar dari Pakatan, maka ia menyerlahkan lagi betapa bebal dan sengalnya perangai pemimpin tertinggi PAS.
Ini kerana habis kesemuanya pemimpin-pemimpin lantang PAS dibuang. Apa yang tinggalnya. Itu sebabnya pemimpin tertinggi PAS dikatakan bebal.
Pemimpin PAS perlu memberi semangat kepada Nasha, biar beliau menentang sesiapa sahaja yang tidak mahu umat Melayu/Islam bersatu. Lawan Karpal yang menolak hudud ala-ala-Pas di Kelantan. Bukannya dengan membuat cadangan menghukum atau membuang beliau seperti mana PAS menghukum Hassan Ali.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
27/08/2012
Mahathir Karpal Bertelagah. Karpal Buktikan Mahathir Penyelamat Sistem Beraja Dari Terus Berkubur. (Hansard Parlimen).
Oleh: HHalem.
Pengerusi DAP Karpal Singh mengerahkan seluruh kakitangan pejabat beliau menyelongkar segala hansard Parlimen yang lepas-lepas hanya untuk membuktikan bahawa Tun Dr Mahathir adalah penyelamat kepada sistem beraja dari terus berkubur disebabkan kemarahan rakyat. Juga sebagai bukti bahawa Tun berjaya meredakan kemarahan rakyat dari bangun memberontakan terhadap sistem beraja. Bukti bahawa Tun berjaya mengekang Raja-Raja dari bermaharajalela.
Di sebabkan kemarahan rakyat meluap-luap ketika itu terhadap Raja-Raja, maka Tun Mahathir membentangkan usul bagi pindaan perlembagaan 1993 untuk menghapuskan kekebalan Raja-Raja daripada proses perundangan. Cadangan tersebut termasuklah menubuhkan Mahkamah Khas bagi membicarakan Raja-Raja jika didapati bersalah.
Cuba bayangkan hari ini tanpa Tun, entah apa akan terjadi pada rakyat kerana Raja-raja terlalu kebal dan terus bermaharaja lela. Lebih buruk lagi jika rakyat bangun memberontak kerana marah dan menentang Raja-Raja dijalanan seperti di Timur Tengah.
Kata Tun;
"Sebelum ini terdapat banyak insiden dimana Raja menganiaya rakyat, Raja menyalahi undang-undang civil dan criminal, Raja menyalahgunakan wang serta harta Kerajaan dan Negara, Raja menekan dan menganiaya pegawai-pegawai" [Hansard, 18 Januari, 1993, halaman 26]
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
13/08/2012
Kenyataan Karpal Mengenai Negara Sekular, Di Jawap PEMBELA.
Oleh: HHalem.
Kenyataan Membantah Cubaan Menghakis Kedaulatan Islam Sebagai Agama Negara Dengan Mendakwa Malaysia Adalah Negara Sekular – PEMBELA.
Kenyataan Karpal:
"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular” - Karpal
"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas
membuat keputusan
negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular," – Karpal
Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) berkata:-
“Karpal Singh membuat kenyataan yang mengelirukan seluruh rakyat apabila mengatakan Tun Salleh Abbas
memutuskan
Malaysia adalah Negara sekular dalam kes Che Omar B. Che Soh.”
“Sedangkan pada hakikatnya Tun Salleh dalam kes tersebut
hanya berpendapat
undang-undang yang dilaksanakan Negara ini pada waktu itu, tahun 1988, adalah undang-undang sekular.
TUN SALLEH TIDAK SAMA SEKALI MEMUTUSKAN MALAYSIA NEGARA SEKULAR.”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
12/08/2012
PAS Membekalkan Senapang Kepada Karpal Untuk Membunuh Mereka.
Oleh: HHalem.
Original Heckler & Koch MP5k
Setiap kali pemimpin PAS membangkit isu Negara Islam dan Hudud ala PAS, iaitu hukum dikenakan kepada orang-orang Islam sahaja, Karpal cukup risau dan terus membangkitkan 3 perkara pokok sebagai modal beliau.
Walaupun Karpal tahu beliau tidak perlu risau kerana;
a-Pertamanya, beliau atau orang-orang DAP bukannya pergi mencuri atau merompak dimerata tempat setiap hari.
b-Keduanya, beliau tahu hanya orang-orang Islam sahaja yang terlibat dengan hudud.
c-Ketiganya, Karpal tahu PAS tidak mampu pun menguasai Parlimen walau dalam 50 tahun lagi, tanpa bantuan DAP.
Jadi kenapa Karpal perlu risau tentang hudud dan negara Islam ala PAS?
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
10/08/2012
PAS Akan Berjuang Mati-matian Untuk “Islamkan” dan “Hududkan” Dulu Buku Jingga.
Oleh: HHalem.
Mampu kah Karpal tersenyum jika Buku Jingga di "islamkan dan dihududkan"
Senyuman terakhir Karpal.
Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh melahirkan rasa kesal dengan sikap Pas yang tidak sudah-sudah masih mahu melaksanakan hudud.
Beliau berkata, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali telah menyebut hudud mungkin tidak menjadi sebahagian
Buku Jingga
pakatan pembangkang tetapi tidak bermakna Pas akan menggugurkan idea tersebut.
"Hudud hanya boleh diguna pakai dalam negara Islam. Ia tidak boleh dilaksana di negara sekular seperti Malaysia. Negara sekular seperti Malaysia mesti mempunyai undang-undang sekular”
"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Karpal Singh berkata, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri tahun lepas berkata bahawa Al-Quran tidak memperuntuk sebuah negara Islam tetapi negara kebajikan.
"Kenyataan ini perlu menghentikan objektif jangka panjang Pas untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam," katanya.
SinarHarian.
.........................
HHalem -
Kenyataan-kenyataan Karpal berkait rapat dengan undang-undang dan memang agak merumitkan bagi PAS untuk membolos dan menengahkan idea melaksanakan negara Islam dan hudud secara total dan dengan segera.
Kenapa PAS susah-susah payah merempoh negara, buat ketika ini. Jika PAS betul-betul bijak sudah lama PAS berjuang untuk memasukan agenda mereka kedalam “kitab” Pakatan Rakyat iaitu Buku Jingga.
Sekarang kita akan lihat bagaimana PAS akan berjuang mati-matian memasukan agenda hudud mereka kedalam Buku Jingga.
PAS boleh lah merempoh Karpal Singh dengan mudah kerana ia tidak melibatkan Perlembagaan Negara dan undang-undang.
“Kitab Buku Jingga” sendiri pun belum “diislamkan” dan “dihududkan”, ini kan pula cita-cita yang lebih besar.
Jika ini berjaya dilakukan, kata orang, yang lain-lainnya akan
plain sailing.
Jika tidak PAS terpaksalah menunggu Karpal Singh padam terlebih dahulu, itu pun cukup rumit untuk melangkah mayat beliau.
Persoalannya mampukah dan beranikah PAS be
rjuang mati-matian untuk “mengislamkan” dan “menghududkan” terlebih dahulu Buku Jingga.
Update.
Ulusan
Kembara Politik
> pada 10/08/2012 18:15
Assalamualaikum Tuan HHalem.
(HHalem -
Waalaikumussalam Warahmatulallahi Wabarakatuh)
Saya berpendapat apa yang diputus oleh Tun Salleh Abas adalah suatu kesilapan yang sangat besar. Tun Salleh Abas telah salah membuat keputusan penghakiman. Saya merujuk kepada keputusan berikut:
"Ini diputuskan pada 1988 apabila bekas Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan (kemudiannya Mahkamah Agung) Tun Salleh Abas membuat keputusan negara ini ditadbir melalui undang-undang sekular yang bermakna Malaysia merupakan negara sekular."
Keputusan Tun Salleh ini jelas sekali salah dan memberi ruang yang cukup besar kepada ultra kiasu. Presedent ini jelas merugikan Islam pada hari ini.
Saya lebih bersetuju dengan hujah penghakiman Mahkamah Tinggi yang dibuat oleh Y.A Dato' Mohd Noor Abdullah dalam kes pada tahun 2000. Beliau menerangkan bahawa:
“Islam ialah ugama bagi persekutuan tapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dalam aman dan damai. Islam adalah ugama utama di antara ugama-ugama lain yang dianuti di negara seperti Kristian, Buddha, Hindu. Islam bukan setaraf dengan ugama lain, bukan duduk berganding bahu dengan agama lain atau berdiri sama sama tegak. Ia duduk di atas, berjalan dahulu, terletak di tempat medan, dan suaranya lantang kedengaran. Islam ibarat pokok jati. Tinggi, teguh, dan terang. Jika bukan sedemikian, Islam bukanlah ugama bagi Persekutuan, tetapi adalah salah satu di antara beberapa ugama yang dianuti di wilayah ini, dan setiap orang sama-sama bebas mengamalkan mana-mana ugama yang dianuti. Tiada lebih di antara satu sama lain.”
Ini lebih tepat dalam menerangkan kedudukan negara Malaysia sebagai sebuah negara Islam.
Bukannya dengan hujah Salleh Abas yang begitu taksub dengan hukum Hudud (yang mana Pas sendiri mengakui hudud adalah 0.001%) bagi keabsahan status sesebuah negara Islam. (
Dan kita tahu kemudiannya Tun Salleh Abas masuk politik dan bertanding atas tiket Pas
).
Pada saya, penghakiman Tun Salleh Abas sepanjang beliau berkhidmat menyebabkan skop Artikel 3 (1) menjadi sempit dan sehingga kini precedent beliau menyebabkan kerugian kepada Islam di negara ini.
[Rujuk artikel Azril Mohd Amin di http://azrilmohdamin.com/2009/06/12/moving-forward-to-strengthen-the-position-of-islam-under-the-federal-constitution/ ]
Wallahualam.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
06/08/2012
Karpal Hina PAS. Akar Umbi Mahu PAS Keluar Pakatan Rakyat Segera.
Oleh:
HHalem.
Ahli Pas di peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadaban DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.
Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.
Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“Rata-rata ahli akar umbi yang saya temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam.”
Macam Pok Nick ni, sekali Karpal pulas tangan, tercabut sendi.
(
HHalem:
Jika diberi mandat pada kaki bangkang Pakatan Rakyat pada Pru13 nanti, bermakna akan jadi caca merba lah pentadbiran negeri seperti yang ada sekarang di Selangor. Segala macam masalah timbul seperti isu air dan isu UniSEL.
Ini belum lagi termasuk dasar-dasar PAS-DAP yang tidak sehaluan, terutama dasar Negara Islam dan cogankata Negara Berkebajikan (
Khalid Samad nyata ia cogankata, bukan dasar PAS).
Masing-masing menghina antara satu sama lain mengenai dasar parti masing-masing sehinggakan pentadbiran akan diabai dan kucar kacir.
Contoh kecil ialah Hassan Ali di Selangor yang ditendang dari PAS. Cuba bayangkan jika pergolakan ini berlaku pada sekala lebih besar antara PAS dan DAP. Mahunya hancur dan tidak terkawal negara !
Mahukah kita lihat dan letak negara dan negeri di tangan DAP-PAS-PKR yang tidak tentu haluan dan seperti rojak?
Jika mereka diberi peluang, rakyat akan merana. Oleh itu buat lah keputusan yang bijak pada PRU13 nanti. )
Comments / Pandangan Melalui Facebook
11/06/2012
Karpal Singh Masuk Wad Urology. Dah Jadi Sawan Sakit Otak.
Oleh: HHalem.
Berita baik (atau kurang baik) untuk pengemar-pengemar politik tanahair. Benar atau tidak berita sensasi ini, kita siarkan dulu tentang Karpal Singh yang dikatakan telah masuk wad atas penyakit
mental disorder.
AidcNews
melapurkan satu email dikirim kepada mereka memaklumkan Karpal Singh telah dimasukkan ke wad urology sebuah hospital kerajaan sejak tiga hari yang lalu.
“Dia (Karpal) sudah mula bercakap-cakap seorang diri dah,” kata pengirim email yang tidak mahu namanya dinyatakan di sini.
AidcNews
>
Difahamkan Karpal Singh mengalami ’
delerium’
iaitu sejenis penyakit orang yang keliru atau khayal atau separuh sedar.
Gambar hiasan. Penyakit lama.
DEFINITION AND TERMINOLOGY of Delerium.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
02/06/2012
“Karpal Mimpi”..Perang Dengan Karpal Akan Meletup. Hadi Celupar Dan Tunjuk Berani.
Oleh: HHalem.
Presiden Pas, DS Hadi Awang betul-betul cari pasal dan gaduh dengan DAP. Kali ini mengenai siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Jika sikap ini berterusan, maka lambat laun DAP akan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat, kerana kerenah mengarut Pas. Pemimpin PAS menunjukan sikap yang tidak konsisten (celaru biru) didalam semua segi.
Sebelum ini, ramai pengikut PAS mulai risau dan gusar dengan Karpal dan ingin mendengar dari mulut Hadi sendiri mengenai PM Melayu Islam. Oleh itu Hadi hendak atau tidak terpaksa kelentong dan bertegas dengan menyangggah Karpal Singh dengan menyatakan bahawa Perdana Menteri tetap dari kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam walaupun apa yang terjadi.
Salah satu alasan yang diberi oleh Hadi ialah Melayu mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
"Kita berasas kepada
resolusi pakatan rakyat
, mengikut perlembagaan,
Islam sebagai agama persekutuan,
hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan”
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas
tapak
itu, kita tak mahu gopoh," – Hadi sempena 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kota Sarang Semut, Kedah.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
14/05/2012
DAP-PAS Bergaduh. Potensi DAP Keluar Pakatan Adalah Tinggi.
Oleh: HHalem.
Perang besar antara PAS dan DAP dijangkakan akan berlaku lagi ikutan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS yang berterusan mengutuk Karpal Singh. Perang mulut dan tindak balas Karpal akan dijangka kan beberapa hari lagi.
Pertelagahan ini sudah tentu mendatangkan hikmah disebaliknya kepada kekuatan Umno-BN, jika DAP berterusan bertelagah dengan PAS dan berkemungkinan DAP akan keluar dari Pakatan Rakyat. Potensi DAP keluar Pakatan adalah tinggi.
Kesannya dan setidak-tidaknya, penganut PAS akan berfikir dua kali dengan kecelaruan yang ditimbulkan hasil pakatan haram PAS-DAP-PKR.
...Ikuti berita dibawah...
Pas tidak akan ambil kira pandangan Karpal Singh yang berterusan menolak sistem pemerintahan Islam jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya mengambil alih Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
04/05/2012
Karpal Berjaya Menunjukan Hadi Awang Memang Tidak Cerdik. Hadi Menengking Wartawan NST (Video).
Oleh: HHalem.
Selepas Tun Mahathir berjaya menunjukan Hadi Awang PAS hendak menipu rakyat dengan menempelak beliau apabila mahu meminda Perlembagaan (
di sini
>), maka tiba pula giliran Karpal DAP yang berjaya membuktikan bahawa Hadi memang kurang cerdik dan hanya sesuai dijadikan kaldai oleh DAP.
Hadi sesuka hati mengandaikan bahawa Suruhanjaya Reid yang menggubal Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai keahlian yang beragama Islam. Oleh itu Hadi mahu Pakatan Rakyat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan klausa “Islam agama rasmi” kepada “Islam sebagai Addin”, apabila berkuasa nanti.
Lihat jawapan Karpal dibawah.
"Suruhanjaya Reid terdiri daripada ulama bertaraf antarabangsa, termasuk dua orang Islam,
Hakim B Malik dari India
dan
Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.
"Ahli-ahli lain adalah Sir Ivor Jennings dari Britain dan Sir William McKell dari Australia. Suruhanjaya itu diketuai oleh Lord William Reid," – Karpal
dipetik New Straits Times.
Kita cukup merasa simpati terhadap pengikut-pengikut PAS yang mempunyai pemimpin sedemikian rupa seperti Hadi dan amat memalukan orang-orang Melayu dan Islam.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
27/03/2012
Zul Kulim - “Anwar Menyaman Karpal Singh !”
Oleh: HHalem.
Karpal Adalah DEWA Bagi Anwar Banduan.
Penerangan YB Zul Kulim dibawah memberi pencahayaan dan maklumat penting kepada kita. Dengan itu kita sekarang mengetahui kenapa Nalla-Ezam-Umi-Anuar begitu berani mencabar Anwar supaya menyaman mereka.
Segala bukti tuduhan yang Anwar Bisexual/Homoseksual memang dibuat oleh semua pihak, termasuk PAS dan DAP.
Maklumat yang disampaikan oleh YB Zul memang diketahui umum, tetapi sebagai Peguam mahir, beliau telah meletakannya didalam perspektif perundangan yang boleh digunapakai kemudian.
Sebelum ini PAS telah menyatakan tidak mahu masuk campur kerana hal peribadi Anwar dan kita ketahui
kenapa sekarang
>. Apa pula pandangan DAP, terutama Karpal?
Adakah YB Zul sanggup membantu geng-geng Nalla, walaupun membantu dibelakang tabir?
.............
SAMAN KARPAL!
Salam 2 all.
Teman tertarik dengan cabaran-cabaran yang dibuat oleh beberapa tokoh yang punya hubungan rapat dengan Anwar Ibrahim dahulu. Pendedahan oleh rakan karib Anwar iaitu Datuk Nallakarupan bahawa Anwar adalah seorang pengamal seks bebas "biseksual" sangat menggemparkan. Ini diikuti dengan pendedahan demi pendedahan oleh Umi Hafilda, Datuk Eskay Shazryl Abdullah, Anuar Shaari, Senator Ezam Mohd. Nor, dan ramai lagi tentang kegiatan seksual luar tabie Anwar sangatlah membimbangkan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
12/02/2012
Karpal Singh Belasah PAS Kerana Halang Hari Saint Valentine.
Oleh:
HHalem.
1- Pendirian Parti Ajaran Sesat (PAS) cukup mengelirukan semua pihak, dan ini bukan kali pertama, mengenai Saint Valentine Day / Valentine Day / Hari Kekasih. Ditahun-tahun lalu PAS beriya-iya benar menghalang sambutan hari tersebut sehingga mengharamkannya dengan kaedah sendiri ala PAS.
Tahun ini kita lihat bagaimana Parti Ajaran Sesat melalui Pok Nick cuba membudayakan Saint Valentine Day dengan pelbagai penjenamaan semula seperti Hari Suami Isteri. Pengikut-pengikut PAS cukup bangga dengan Pok Nick kerana rebranding semula Hari Kekasih.
Ketua Pemuda PAS pula yang keliru, cuba meng-iya-kan Hari Saint Valentine dengan cuba memberi penjenamaan semula hari tersebut melalui kaedah mengislamkan, memelayukan, memalaysiakan dan membudayakan hari yang memperingati seseorang yang bernama Saint Valentine dan tetap jatuh pada 14hb dan disambut diseluruh dunia.
Kenyataan Nasrudin Hassan, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan penuh bangga dan berjaya mengelirukan semua pihak
di sini
>.
2- Kemudian kelmarin, bertambah pening, Dewan Pemuda Pas menghantar memorandum bantahan promosi Hari Kekasih kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Sedar pulak PAS bahawa bagaimana sekali pun kita mengolah dan mengingati Saint Valentine, ia tetap tidak akan blending didalam masyarakat Melayu dan Islam. Kepada masyarakat lain, tidak perlu lah kita mengimpose value atau nilai-nilai kita terhadap mereka. Sambut lah hari apa sekali pun yang mereka mahu.
Oleh itu PAS harus sedar bahawa kementerian Rais Yatim menjaga pelbagai masyarakat dan bukannya orang Islam sahaja, seperti mana PAS menjaga pelbagai kaum didalam Pakatan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
20/01/2012
Karpal Di Arah Bela Diri. Saiful Pula Berjaya Ke Mahkamah Rayuan.
Oleh:
HHalem.
Sebelum ini Mahkamah Tinggi membebaskan Karpal Singh atas dakwaan mengeluarkan kata-kata hasutan kepada Sultan Perak semasa krisis perlembagaan negeri itu pada 2009.
Hari ini pula Mahkamah Rayuan mencapai keputusan sebulat suara untuk
mengarah Karpal membela diri, setelah rayuan dibuat oleh Jabatan Peguam Negara.
Dalam penghakiman selama dua jam itu panel tiga hakim berkata rayuan itu berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Karpal Pengerusi Kebangsaan DAP .
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
14/12/2011
Peguamcara Negara Berjaya Memaku Karpal Dan Anwar Ke Dinding. Wan Azizah Dan Nurul Sudah Terkencing Dalam Kain.
Oleh: HHalem.
1- Hujah-hujah Pengulungan oleh Peguambela Karpal pada Isnin 12 December, yang cuba menangguhkan kes Liwat 2 dengan menimbulkan ‘
bukti keraguan munasabah (proof beyond reasonable doubt)’
dengan menyoal kredibiliti Saiful dan memfokus tentang keterangan-kerangan Saiful yang kononnya tidak boleh dipercayai.
"Mahkamah ini perlu ditangguhkan
...”
Hujah Karpal di sini
>
2- Pada Pengulungan hari ke 2, Selasa 13 December, Peguam Cara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mengulung hujah pihak pendakwaraya dihadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.
Yusof menyifatkan keterangan Anwar dari kandang tertuduh bahawa beliau tidak mempunyai hubungan seksual dengan Saiful hanya
satu penafian kosong
tanpa bukti-bukti kukuh.
Malahan komen Anwar terhadap Saiful dan saksi-saksi menjurus lebih kepada pengakuan yang tidak disedari oleh team-team Karpal. Diam berkenaan membawa maksud kepada satu pengakuan terhadap fakta-fakta dibentangkan sebagai bukti terhadapnya
Mari kita lihat satu persatu, kenapa Yusof berkata komen-komen Anwar lebih merupakan jawapan dan pengakuan sendiri terhadap kesalahan beliau.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
13/12/2011
Muslihat Karpal: Anwar Di Jangka Berjaya Bebas Diri Lagi.
Oleh: HHalem.
1- Di dalam prosiding Mahkamah Tinggi hari ini Karpal Singh, Ram Karpal dan Sankara Nair telah mengambil peluang yang mereka nanti-nantikan selama ini. Peluang ke emasan telah tiba apabila mereka sekali lagi cuba menangguhkan bicara dengan berhujah 3 jam dan menyampaikan hujah penggulungan bahawa Farah Azlina dan Saiful Bukhari perlu dipanggil semula memberi keterangan di mahkamah bagi memastikan perbicaraan berlangsung semula.
Jika Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, menjangkakan ada asas membenarkan penangguhan keputusan seperti yang dipohon oleh Karpal bermakna Timbalan Pendakwa Raya, Farah Azlina Latif dan pengadu kes, Mohd Saiful Bukhari Azlan akan dipanggil semula sebagai saksi.
Alasan Karpal Singh ialah untuk menjawab dakwaan tentang hubungan sulit kedua-dua mereka di bawah Seksyen 425 Kanun Prosedur Jenayah kerana mereka belum menafikan hubungan sulit tersebut sebelum ini.
Hubungan sulit mereka memberi implikasi bahawa ada potensi Saiful mendapatkan akses kepada kertas pendakwaan.
"
Mahkamah ini perlu ditangguhkan
untuk membolehkan PW1 dipanggil semula dan Farah Azlina juga dipanggil di bawah Seksyen 425 Kanun Keseksaan untuk memastikan keputusan yang adil untuk kes ini,"
"Peguam Negara hanya menjelaskan kedudukan Farah Azlina pada 11 November 2011 selepas peguam bela menamatkan hujah pada 18 Oktober 2011," – Karpal
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
31/10/2011
Hudud: Tun Mahathir, Hadi Awang dan Karpal Singh Bertelagah Hebat.
Oleh: HHalem.
1- Cukup menarik apabila tiga gergasi dan pakar didalam bidang masing-masing memberi pandangan mereka terhadap hukum hudud yang direncanakan di Kelantan. Lihat pandangan mereka dibawah.
Tun Mahathir.
2- Tun dengan jujur menasihati dan mengingatkan Pas pada hakikat yang akan mereka tempuhi kerana mereka bertukar kepada memperjuangkan ‘Negara Keadilan’, untuk mengantikan perjuangan ‘Negara Islam’.
“Mereka (Pas) mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina, mereka akan memotong tangan (Muslim), tetapi rakan Cina atau rakan India, mereka hanya akan dapat hukuman penjara dua bulan”
“
Jadi, bagi PAS itu keadilan
. Sudah pasti, jika anda melakukan kesalahan lain, mereka akan memotong kepala anda ”
-
Tun semasa Majlis Jamuan Teh anjuran Perodua
>
Ia menimbulkan sistem keadilan yang berat sebelah kepada orang Islam dan bukan-Islam di negara ini.
Pandangan Tun memang amat berasas kerana apapun matlamat hudud, ia akan berakhir dan menjurus kepada hukuman. Bagi pemahaman rakyat kebanyakan, itu lah yang mereka nampak pada zahirnya iaitu hukuman. Rakyat biasa bukannya ahli-ahli fikir agung dan pakar seperti pemimpin-pemimpin Pas.
Untuk itu Hadi Awang terus mengkritik Tun Mahathir. Memang dasar pemimpin Pas dimana sesiapa yang memberi pandangan berasas dianggap jahil dan bukan dilihat untuk pembaikan berterusan. Sebab itu lah hukum hudud di Kelantan menelan masa 22 tahun untuk bergerak. Daripada di elak malu, dipandang jahil dan dituduh menolak hadith dan hukum, maka terus Pas disokong membuta tuli.
Hadi Awang.
3- Presiden PAS, DS Hadi Awang tanpa berfikir panjang terus menyelar Tun Mahathir sambil menegaskan beliau tidak memahami hukum hudud secara mendalam menyebabkan beliau berpandangan sistem perundangan itu akan menyebabkan ketidakadilan.
“
Dia (Tun) ini tidak baca habis undang-undang hudud
, hudud bukan setakat potong tangan, orang kudung tangan, undang-undang ini
lebih kepada memberi peringatan
kepada masyarakat untuk tidak melakukan jenayah.
“Soal tidak adil ini, memang sudah ada perbezaan antara Muslim dan bukan Muslim, undang-undang
perkahwinan, perceraian
, semua berbeza,” jelas Hadi lagi.
OK. Apabila Pas dikritik setelah mereka berdentum-dentam melaungkan “negara keadilan” dan apabila nyata mereka terbukti cakap tidak serupa bikin, tiba-tiba pulak Hadi Awang bertukar corak kepada undang-undang hudud yang,
“lebih kepada memberi peringatan”.
Habis, undang-undang dan hukuman sekarang selama ini adakah tidak langsung,
“memberi peringatan”,
kepada pesalah. Apa la Hadi nak kelentong. Kepada sahabat yang masih lagi 50-50, kaji betul-betul mainan lidah berbelit-belit Hadi Awang.
Keduanya, Tun bercakap pasal hukum jenayah, Hadi memberi contoh hukum khawin-cerai. Jauh langit dengan bumi. Hadi betul-betul kehilangan modal dan Tun Mahathir memang ada asas beliau.
4- Hadi Awang terus memberi pandangan beliau yang amat longgar.
“Hudud tidak menjatuhkan hukuman secara membuta tuli, ada beberapa faktor yang tidak akan dikenakan hukuman, mencuri ketika
kelaparan,
mencuri kerana
kemiskinan
, mencuri di
kawasan lapang
, ini semua tidak akan dikenakan hukuman.
Bertambah tidak menyakini pandangan Hadi apabila beliau bercakap pasal kelaparan, kemiskinan dan kawasan lapang kerana kesemuanya memang subjektif dan akan bertambah lagi lah ketidak adilan PAS.
Difinasi kelaparan dan kemiskinan amat berbeza dari satu kelompok strata masyarakat, kaum dan negeri-negeri. Mana satu difinasi kemiskinan yang akan dipakai? Tidak akan ada keseragaman. Apa difinasi kawasan lapang?. Maka akan bertambah tidak-adil lah PAS.
Karpal Singh.
5- Karpal Singh pula disangka ‘telah mati untuk dilangkah mayat beliau’, tetapi rupa-rupa nya beliau masih hidup dan masih bersepak terajang.
“Still-alive-and-kicking”
“Walaupun standard pembuktian bagi undang-undang jenayah adalah
"tanpa sebarang keraguan yang munasabah",
undang-undang hudud adalah berdasarkan
"kepastian",
“
"Sebagai contoh, empat orang saksi Islam cukup syarat diperlukan untuk membuktikan
kes-kes zina
mengikut undang-undang hudud. Ini adalah
mustahil dan tidak sesuai untuk negara ini
,"
"Ia akan menjadi mustahil untuk membuat dakwaan. Penjenayah akan bebas kerana adalah mustahil bagi pihak pendakwa membuktikan kes kerana mememerlukan
empat saksi beragama Islam yang cukup syaratnya.
"Malah, akan berlaku lebih banyak jenayah di negara ini apabila penjenayah tahu betapa sukarnya untuk membuktikan kes dan menghukum mereka. Perkara ini perlu dijelaskan kepada semua orang,"
- Karpal sidang akhbar di Penang di petik Mkini.
Dengan rumusan Karpal maka nampak lah seolah-olah bertambah lah lagi jenayah di Kelantan kerana ia tidak mudah untuk di dakwa.
Nampak benar apa yang dikatakan Karpal berasas dan penjara kita akan lenggang dan sunyi kerana Hadi memberi keyakinan bahawa hudud
“lebih kepada memberi peringatan daripada mencari kesalahan” dan " lebih mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum"
“Sekiranya pesalah dibawa kepada hakim,
mereka bukan mencari jalan untuk menjatuhkan hukuman, sebaliknya mencari jalan untuk mengelakkan pesalah daripada dihukum,”
– Hadi Awang.
6- Pas hendak lah harungi, selami dan baikpulih dan menambahkebaikan yang berterusan terhadap segala pandangan Tun Mahathir dan Karpal Singh sebelum membawa cadangan hudud ke peringkat yang lebih tinggi.
Kita akan sokong usaha hukum hudud, tetapi tidak membuta tuli dengan menerima bulat-bulat temberang lidah berbelit-belit Hadi Awang dan Pok Nick.
Di sarankan pada pengikut Pas dan Umno yang masih lagi cerdik pandai dan mampu berfikir tidak menyerap secara membuta tuli apa yang disarankan. Anggap ia sebagai ilmu pembelajaran harian kita.
Sumber petikan dari sana dan sini.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
23/10/2011
PANAS 200K BOOB: TS Muhyiddin Masuk Campur Selamatkan KJ.
Oleh:
HHalem.
1- Satu perkembangan menarik telah berlaku hari ini apabila TS Muhyiddin Yassin turut mengeluarkan statement mengenai Lim Guan Eng yang meroyan-royan mengenai ketidaksalahan anak beliau Marcus Lim yang dibongkarkan mencabul kehormatan pelajar sekolah dan ditutup mulut dengan bayaran RM200K. Sekali lagi Guan Eng mengelupur didalam blog beliau.
Cerita ini pertama kali dikeluarkan oleh Blog MIM yang tidak pun menyebut nama dan siapakah anak VVIP yang terbabit. Malah pendedahan nama mereka yang terlibat dibuat sendiri oleh Malaysiakini yang menemuduga Betty Chew dan Lim Guan Eng. Di ulangi sekali lagi, buat ketika ini, nama Guan Eng bukan didedahkan oleh Blog MIM tapi oleh Malaysiakini.
Ulasan ringkas di sini
>
2- Ia menjadi hangat apabila Khairy Jamaluddin bertweet dan Guan Eng dengan berangnya membuat Press Statement menghentam KJ kerana mempersendakan anak beliau.
PressStatement di sini
>
3- Karpal Singh pula mengugut akan membuat laporan polis besok dan terus akan menyaman KJ atas dasar fitnah jenayah (criminal defamation), jika KJ tidak meminta maaf kepada Guan Eng dan anak beliau didalam tempoh 24 jam.
Maaf atau tidak, ia tidak membawa makna dan bukan lah perkara pokok kerana Karpal telah membuat keputusan untuk menjadikan ia sebagai isu PRU13 nanti walau apa pun yang terjadi. Kita tunggu apa respond KJ nanti.
Ancaman Karpal di sini
>
4- Menariknya apabila TS Muhyiddin menyedari muslihat kempen Karpal maka beliau terus meminta Lim Guan Eng membuat laporan polis dan membiarkan polis menjalankan siasatan bagi menjelaskan keadaan sebenar kerana penafian sahaja tidak mencukupi.
“Penafian adalah tidak mencukupi. Kalau tidak buat, minta polis untuk menyiasat dan bersihkan nama ”
– Muhyiddin Yassin dipetik Mkini.
Permintaan Muhyiddin Yassin simple dan cukup berasas. Mudah difahami. Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPPP wajib akur kata-kata boss sebagai Menteri dan membantu pihak polis menjalankan tugas. Ia akan lebih berwibawa.
5- Apa lagi, apabila mendengar kenyataan Muhyiddin maka menjadi bertambah gila babi lah DAP.
“Kami terkejut dan marah dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang dilaporkan berkata bahawa jika Ketua Menteri Pulau Pinang merasakan adalah penting untuk membetulkan maklumat maka beliau
seharusnya datang dengan kenyataan sangat keras (lebih keras). Penafian sahaja tidak mencukupi’
” kata Tony Pua.
“I am appalled and disgusted by Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin’s remarks that my mere denial of sexual harassment claims against my 16-year old son was inadequate. Instead, Muhyiddin says that
“if the Penang chief minister thinks it is important to correct the information, then he has to come up with a strong statement.
” – Blog Guan Eng
Dengan kenyataan sangat keras ka atau kenyataan lebih keras ka, TS Muhyiddin telah masuk campur untuk turut mem-backing KJ.
Dengan ini secara rasminya dilihat bahawa Muhyiddin telah mem-backing KJ, dan KJ seharusnya backing Muhyiddin untuk melawan musuh Bengali DAP.
6- Berbalik kepada Blog MIM, sudah tiba masa MIM walk-the-talk, talk-the-walk. Kewibawaan MIM akan melonjak-lonjak mencecah siling Flat Klawei Road, jika MIM tunaikan janji.
Kepada MIM, Penang adalah hak anda sekarang. Anda akan masuk didalam sejarah Pulau Pinang sebagai
‘the man who pull Guan Eng down with the 200k Boob’.
“
Jangan risau!
Bukti sudah ada dan jangan bimbang kesahihan cerita MiM !.
Anda sendiri tahu stail MiM memblogging..Mahu tahu siapakah VVIP tersebut?...MiM dan rakan-rakan akan dedahkan satu masa nanti! Lagi pun PRU13 sudah dekat! ..
Jika VVIP ini masih langsi, arrogant, tidak minta maaf dan tidak cool off, beliau akan dilondehkan juga! “
–
Dr Novandri MIM
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
DAP Menang Pilihanraya Di Penang. MCA Tutup Cawangan.
Oleh: HHalem. DAP menang lagi di Pulau Pinang. Gerakan Hancur. MCA Hancur. Melayu Hancur. Mengesahkan pendapat bahawa, ...
Pembohongan Dan Fitnah Besar Nik Aziz Terhadap Tun Mahathir. Nik Aziz Perlu Minta Ampun Pada Tun. Surat Tun Kepada Nik Aziz.
Oleh : HHalem 1- Nik Aziz telah melakukan fitnah besar dan mengaibkan terhadap Tun Mahathir. Seperti kata Nik Aziz sebelum ini, “...
Komando Mohd Kamel Haji Omar Dedah Penipuan Undi Pos. Siapa beliau?
Oleh : HHalem. 1- Pesara Komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth. Mohd Kamel Haji Omar menceritakan...
TERKINI: Video Oral Sex Anwar-Shamsidar Sudah Ada. Pasaran Gelap Akan Muncul Tidak Lama Lagi.
Oleh: HHalem. Video Oral sex diantara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin Ali PKR, dijangkakan akan mengocangkan...
Jejak Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara Di Kesan Sebagai Adlin Abd Jalil? Apa Kaitan Dengan Nor Arlene Tan?
Oleh : HHalem. 1- Posting terkini dibawah diambil dari 1Peluru > dimana dimuatkan dari cerita Makcik Hajjah Sitt A...
Surat Ancaman Bunuh Najib oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam. "PM Patut Letak Jawatan."
Oleh : HHalem. Bakal Pengancam Dan Kemusnahan Negara. 1- Susulan daripada tindakan, seperti biasa, tidak panjang akal AMK Pkr, d...
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
Pendedahan Dalaman Istana Johor. Rebutan Tahta, Wang, Harta Dan Ugut Mengugut Macam Cerita Bollywood.
Oleh: HHalem. Kamal Hisham - Peguam Khas Istana. Dilantik semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar untuk menguruskan hal-hal Bagin...
Mahfuz Omar Otak Tahi Lembu – Inilah Tahap Orang PAS Berfikir
Mahfuz berkata, “Jika benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersikap mendahulukan rakyat, beliau hendaklah menyatakan sokongan...
Tabiat Rosmah Membantu Menjatuhkan DS Najib
Oleh: HHalem. . ...Petikan Bernama... Najib Checks On Final 2012 Budget Preparations. PUTRAJAYA, Oct 6 (Bernama) -- Prime Minister...
Blog Archive
Blog Archive
Sept 2012 (49)
Aug 2012 (45)
Jul 2012 (50)
Jun 2012 (52)
May 2012 (54)
Apr 2012 (61)
Mar 2012 (48)
Feb 2012 (67)
Jan 2012 (76)
Dec 2011 (84)
Nov 2011 (90)
Oct 2011 (126)
Sept 2011 (119)
Aug 2011 (124)
Jul 2011 (165)
Jun 2011 (83)
May 2011 (105)
Apr 2011 (104)
Mar 2011 (69)
Feb 2011 (47)
Jan 2011 (47)
Dec 2010 (22)
Nov 2010 (6)
Oct 2010 (3)
Sept 2010 (4)
Radio Live Online
Sinar.fm - KlasikNasional.fm