Oleh: HHalem.
Ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) semalam telah meluluskan permohonan Lesen Kendalian Sementara (TOL) Syarikat Lynas dan menetapkan 5 syarat utama.
Setiausaha Eksekutif LPTA, Datuk Raja Abdul Aziz Raja Adnan memaklumkam, lima syarat tersebut ialah:-
1- Pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF).
PDF ini perlu dikemukakan tanpa mengambil kira apakah hasil daripada penyelidikan dan pembangunan pengkomersialan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu.
2- “Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan dan mengikut cadangan yang dikemukakan oleh pihak Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd, sebanyak AS$50 juta dibayar kepada Kerajaan Malaysia secara ansuran. Ini tertakluk kepada kajian semula oleh pihak Lembaga jika ditetapkan kemudian”
3- “Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Syarikat Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen,”
4- “Selain itu, pengurusan residu yang terhasil, semasa Syarikat Lynas di bawah lesen TOL ini, adalah di bawah tanggungjawab syarikat termasuk, jika perlu, pemulangan residu kepada sumber asal,”
5- ???
Jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi, lesen TOL boleh digantung atau dibatalkan dan permohonan lesen seterusnya tidak akan dipertimbangkan.
Penilaian ini mengambil kira ulasan dan pandangan orang awam semasa dokumen Syarikat Lynas ini didedahkan kepada orang awam dari 3 hingga 26 Januari 2012.
Dokumen tersebut telah ditempatkan di :-
a- Dewan LPTA, Dengkil,
b- Pejabat Setiausaha Pahang,
c- Cawangan LPTA di Kuantan dan
d- Pejabat LPTA di Lynas.
Sehingga 26 Januari 2012, seramai 334 orang awam telah hadir memberikan ulasan dan sebanyak 1,123 ulasan diterima.
Sumber SinarHarian.
.............
Dari beribu-ribu, malahan ratus ribu pakar-pakar dari PKR dan PAS yang membantah projek Lynas, hanya 334 orang awam sahaja yang hadir memberi ulasan.
Menunjukan betapa benarnya PKR-PAS hanya tahu merusuh dan membantah sahaja, tetapi aspek yang sebenar dibantah dan kenapa dibantah tidak diketahui langsung.
No comments:
Post a Comment