Oleh: HHalem.
Pok Nick mengitiraf Anwar berbohong.
“Kita bohong…biar ada kaedah. Kalau berbohong sangat di atas dunia ini orang tak percaya juga. Nak berbohong ada kaedahnya. Sebab itu ada pembohongan yang orang boleh percaya…tapi ada yang tak boleh dipercayai,”
1- Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama dengan Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini telah mendesak dan memberi kataputus kepada Anwar supaya menarik balik kenyataan beliau bahawa, “Keselamatan Israel perlu dilindungi” yang ditemubual oleh Wall Street Journal. Tambah Pok Nick, jika WSJ menokok tambah, Anwar perlu menyaman WSJ untuk menutup malu beliau.
Pelbagai reaksi diberi didalam hal menyokong Israel oleh Anwar, termasuk lah, ‘Pok Nick bersandiwara politik>”; dan Chedet menyakinkan lagi kita bahawa ia adalah usaha Anwar untuk meminta bantuan Amerika Yahudi menukar “regime change” di Malaysia.
2- Apa yang penulis lihat disini ialah kebijaksanaan Pok Nick yang tampak peluang keemasan tentang kelemahan Anwar untuk memperbaiki dan memperkukuhkan image PAS yang teruk dibelasah oleh Hassan Ali.
Antara perkara yang di hentam teruk oleh Hasan ialah didalam PAS terdapat “parasit dan pelesit kumpulan Anwar” yang menghancurkan PAS dari dalam.
Peluang nya tiba apabila Anwar tersilap langkah dan Pok Nick dengan julung-julung kalinya menghentam Anwar supaya berpendirian kukuh. Dengan kata lain. Anwar langsung tidak berperinsip dan tiada pendirian mengenai sokongan terhadap Israel-Palestine.
Pok Nick telah mengambil masa yang cukup lama untuk bersandiwara dan membuktikan bahawa beliau, “tidak takut dan tidak gentar dan tidak diperkudakan” oleh Anwar dan juga didalam PAS tidak ada kumpulan Anwar seperti dakwaan Hasan Ali.
Mungkin Pok Nick akan ulangi kaedah yang sama terhadap Karpal Singh dan DAP.
Dengan itu “raja parasit dan pelesit kumpulan Anwar” didalam PAS terus menikus dan tidak panggung kepala setakat ini. Kita menunggu suara-suara sumbang mereka mempertahankan Anwar. Semuanya menikus, termasuklah Khalid Samad yang dikatakan raja pelesit didalam PAS.
3- Tidak cukup dengan itu Anwar dikatagorikan oleh Pok Nick sebagai pembohong tegar. Unkapan Pok Nick semasa merasmikan Majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan di pekarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, hari ini.
“Kita bohong…biar ada kaedah. Kalau berbohong sangat di atas dunia ini orang tak percaya juga. Nak berbohong ada kaedahnya. Sebab itu ada pembohongan yang orang boleh percaya…tapi ada yang tak boleh dipercayai,” – Pok Nick oleh Detik Perubahan>
Ungkapan Pok Nick cukup sesuai ditujukan kepada Anwar yang taik pembohong.
Pok Nick seolah-olah memuji Anwar melangit kerana berbohong. Apa tidaknya, Anwar sebelum ini pun memuji Pok Nick kerana mengentam beliau dengan “cukup sopan dan tertib”
Yang teramat pelik sekali ialah, “berbohong ada kaedahnya”, seolah-olah Pok Nick mengitirafkan segala pembohongan, termasuk pembohongan oleh Anwar.
ulamak ke alamak ke ah lemak ke olamak ka aku tak tahu yang mana satu betul ...
ReplyDeleteKalau dah berpolitik, berbohong, fitnah, maki hamun dan macam-macam pun jadi halal. Ulamak jadi Ular Mak.
ReplyDelete