Oleh: HHalem.
1- DS Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April 2012.
Tarikh tersebut juga adalah hari Shahrizat tamat tempoh penggal sebagai Senator.
“Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri”
“Namun begitu selepas berbincang dan memikirkan perkara ini saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno ”
“Ini adalah masa yang sesuai untuk saya berundur dan saya sudah siapkan surat perletakan jawatan dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri hari ini ” – Shahrizat.
Sebagai rekod rasmi, perletakan jawatan Shahrizat cukup cantik kerana perletakan jawatan adalah disebabkan dan bertepatan tamat tempoh sebagai Senator. Dan kita nampak ia tidak ada kena mengena langsung dengan desakan oleh pembangkang Pakatan mengenai skandal Lembu Fidlot. Jika ada pun ia hanya lah kebetulan sahaja.
2- Lihat penafian Shahrizat yang semenjak dari awal hingga ke akhir senantiasa berada didalam sindrom-tidak-mengaku (denial syndrome).
“Perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan NFC saya tiada sebarang kaitan dengan NFC hanya kebetulan saya adalah isteri kepada Pengerusi NFC ”
Kita sebagai ahli Umno dan penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional, tetapi mahu kelihatan taksub membabi buta dan sentiasa berada didalam denial syndrome seperti penganut PAS-PKR dan pentaksub kepada Pok Nick dan Anwar.
Jika Shahrizat berkata, “perletakan jawatan ini tidak ada kena mengena dengan NFC, dan saya tiada sebarang kaitan dengan NFC”, kenapa kah beliau tergesa-gesa dan mengumumkan perletakan jawatan dan tidak tunggu sehingga 8 April luput seperti menteri-menteri lain lakukan. Nama pun “letak jawatan”, maka Shahrizat tidak perlu lah berada dalam sindrom-tidak-mengaku dan tidak sedarkan diri.
Tidak hairan lah jika Ketua Umno Bahagian Cheras mengelar Shahrizat sebagai Makcik Bollywood.
"Ini semua Bollywood punya cerita. Saya boleh katakan dia ini sebagai makcik Bollywood," - Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Syed Abas Alhabshee
3- Lihat juga apa kata DS Najib yang bercangahan dengan Shahrizat dan membuat rakyat yang boleh berfikir terpinga-pinga dengan Shahrizat-Najib.
"Walaupun setakat ini tiada bukti kukuh beliau buat kesalahan dari segi undang-undang, namun sebab isu NFC mengundang pertikaian dan kontroversi, beliau sanggup berundur daripada kerajaan," – DS Najib.
DS Najib sendiri katakan, “Shahrizat berundur daripada kerajaan disebabkan kontroversi NFC dan tiada bukti kukuh untuk mensabitkan Shahrizat dari segi undang-undang”, wahal Shahrizat bermatian-matian berkata beliau, “tidak ada kena mengena dengan NFC”.
Ini yang membuat rakyat yang dapat berfikir berasa muak dengan Shahrizat.
DS Najib ada menyebut, “tiada bukti kukuh dari segi undang-undang”. Memang benar, tetapi adakah DS Najib dan Sharizat berhenti sejenak dan berfikir bahawa tanggungjawap sosial (social obligation) dan agama ada lah perkara mutlak yang perlu dititikberatkan.
Jika kita selalu katakan bahawa PAS senantiasa berselindung disebalik agama Islam dan memutarbelitkan agama untuk menghalalkan perkara mengikut ciptarasa PAS, maka tidak keterlaluan lah jika kita katakan bahawa Umno-BN juga berselindung sebalik “undang-undang” untuk menutup kesalahan yang dilakukan. Teringat penulis kepada kes MAS-Tajudin Ramli, cukup jelas ia berselindung disebalik undang-undang.
Biarkan Shahrizat pergi dan berjuang diatas tiket Ketua Wanita Umno, yang dirasakan tidak lama. Tanpa bertanding pada PRU13 dan tanpa jawatan menteri, maka Shahrizat akan mengelunsur dari jawatan Ketua Wanita Umno, seperti mana juga Rafizah Aziz.
Apa-apa pun DS Najib dan sebahagian besar Umno senyum dan berasa lega apabila Shahrizat berundur yang diibaratkan seperti duri dalam daging.
Sumber Bernama, MStar, SinarHarian & Mkini.
No comments:
Post a Comment