Multiple Pages
Home
Video Top 10
Al-Quran (Mishary Rashed)
Hubungi
Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Loading...
Showing posts with label
DS Najib Razak
.
Show all posts
Showing posts with label
DS Najib Razak
.
Show all posts
13/07/2012
Hishammuddin – “Pengamuk Nak Berdepan Dgn Najib . Imam Mahadi Kebal Tak Mati Dan Boleh Hentikan Waktu”
Oleh: HHalem.
Adakah wajar Hisham kaitkan nama Najib, buat ketika ini?
Hendak justifikasi kenapa Khalil Samurai ditembak, perlukah kaitkan nama Najib?
Menteri Dalam Negeri DS Hishamuddin cuba mengaitkan dengan mengesahkan melalui twitter beliau bahawa tujuan utama pengamuk ialah hendak
“berdepan”
dengan DS Najib.
Pengamuk yang ditembak mati Khalil Afandi Abdul Hamid dan pasangan beliau Muhdalina Ahmad, menceroboh dan mengamuk di pekarangan Kompleks B Jabatan Perdana Menteri (JPM) Isnin lalu dengan bersenjatakan dua bilah pedang samurai adalah bertujuan untuk ‘berdepan’ dengan Perdana Menteri. Twitter berikut diambil dari AgendaDaily.
Hishammuddin Hussein@HishammuddinH2O:
“Khalil Afandi - sah tujuan
berdepan
dgn @NajibRazak dan mengakui dirinya Imam Mahadi, kebal tak akan mati dan boleh menghentikan waktu”
Hishammuddin Hussein@HishammuddinH2O:
“Ajaran sesat - Khalil Afandi : sah tak melibatkan rangkaian besar atau ada kaitan kumpulan2 extrimis/penganas. Syukur alhamdullilah.”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
12/06/2012
Menantu Najib & Rosmah Di Dakwa Di Mahkamah Kerana Menipu RM62 Juta.
Oleh: HHalem.
Berita dibawah bukan di rekacipta oleh PAS atau PKR, tetapi diterbitkan oleh akhbar The New York Post. Baca ia sebagai makluman terkini, kerana ia mungkin komplot terancang besar-besaran oleh kuncu-kuncu Yahudi Anwar di US untuk memalukan DS Najib dan
"First Lady Rosmah"
.
Jika apa alasan sekali pun, Daniyar dan ibu beliau, Maira mungkin mempunyai alasan mereka tersendiri dan sudah pasti, jika berita ini benar, ia amat memalukan DS Najib dan nama Malaysia.
....................
The New York Post
melapurkan bakal menantu Perdana Menteri Malaysia, DS Najib Razak – Daniyar Nazarbayev, warganegara Kazakhstan didakwa terlibat dalam penipuan hartatanah dan penipuan kemasukan ke Universiti of Columbia.
Dokumen mahkamah yang difailkan di Mahkamah Agung Manhattan Amerika Syarikat, Danizar dituduh menipu bapa tiri beliau seunit The Plaza Condo bernilai AS$20 (RM62 juta) dan memasuki Universiti of Columbia menggunakan dokumen palsu.
Daniyar memalsukan dokumen untuk memberikan gambaran bahawa dia berkelulusan daripada sekolah tinggi di Kazakhstan, walhal Danizar sebenarnya bersekolah di Switzerland dan gagal menamatkan pelajaran.
Sehingga ke hari ini, rekod Universiti of Columbia masih menunjukkan Daniyar adalah bekas pelajar (Alumni) dan graduan pada 2010.
Bagaimana kah penipuan hartatanah tersebut berlaku?
Bapa tiri Daniyar bernama Bolat pada tahun 2008 ingin membeli sebuah apartment di New York. Daniyar dan ibu beliau, Maira telah mendapatkan
Surat Power of Attorney
dari Bolat supaya mereka boleh berurusan tanpa kehadiran Bolat.
Daniyar dan Maira sepatutnya meletakan nama Bolat sebagai pemilik condo The Plaza tersebut, tetapi akhirnya menipu dengan meletakan nama Maira. 8 bulan kemudian Maira telah menjual Condo tersebut kepada Daniyar dengan harga hanya $1.
Daniyar & Nooryana Najwa
Sumber
NYP
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
03/06/2012
Najib Di Penjara Seumur Hidup. Itu Yang Anwar Mahu.
Oleh:
HHalem.
Perdana Menteri DS Najib Tun Razak dengan lantang berkata kerajaan beliau tidak akan tunduk dan kompromi dengan tekanan mana-mana pihak yang menggugat ketenteraman awam dan hidup rakyat Malaysia.
Najib berkata seperti dipetik Bernama pada majlis menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran Persekutuan sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Sabtu.
"Walaupun tidak disenangi oleh sesetengah puak termasuk kuasa asing,
kita tidak akan sesekali tunduk pada mana-mana tekanan dan akan mengambil apa sahaja langkah yang wajar supaya hak majoriti rakyat untuk hidup rukun terus dilestarikan
,"
"Makanya kita tidak boleh dengan berwenang-wenang membiarkan asas terpenting demokrasi, iaitu keunggulan suara majoriti dimusnahkan oleh
mereka yang mahu menegakkan kaedah rimba tidak bertempat dengan menganggap siapa yang paling lantang, siapa yang paling licik dan siapa yang paling ganas sebagai kudrat dan kebenaran. Cara gaya dan pegangan seperti ini, wajib ditolak sekeras-kerasnya,"
"Maslahat kebangsaan sewajarnya dibincangkan secara tertib bagi mencari penyelesaian terbaik
bukannya diluahkan secara tidak keruan lagi menggila di jalanan”
"Penggunaan taktik-taktik kotor yang tidak bertanggungjawab bagi mencapai objektif politik akan hanya merugikan rakyat dan negara.
Beringatlah bahawa, matlamat tidak sesekali menghalalkan cara
,"
“Pendek kata, apa pun jua kejayaan yang telah dicipta oleh kita, mereka tidak akan memperakuinya dek kerana tidak mendatangkan laba atau keuntungan, malah merugikan mereka,"
"Pucuk pangkalnya, kerajaan Tuanku ini akan terus menegakkan syarat dengan undang-undang, menegakkan adat yang dipegang, menegakkan amanah yang disandang, menegakkan hukum yang ditimbang, menegakkan pusaka yang berbilang dan menegakkan janji yang ditimang,"
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
13/05/2012
Video Ucapan DS Najib pada Ulangtahun Umno ke-66.
Oleh:
HHalem.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
28/03/2012
Tender Semula. DS Najib Akhirnya Akur Kepincangan NFC.
Oleh: HHalem.
....start berita Bernama...
Kerajaan Buka Tender Ambil Alih Projek Fidlot Nasional.
Kerajaan akan membuka tender kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil alih projek ternakan lembu daging Perbadanan Fidlot Nasional (NFC), kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.
Beliau berkata kementerian itu serius untuk memastikan projek tersebut dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti yang dicadangkan sebelum ini.
Menurutnya, cadangan mempelawa syarikat lain meneruskan projek itu telah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini dengan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin diminta memastikan projek itu diteruskan.
"Kita telah melantik juruaudit bebas kerana kita serius (untuk teruskan projek ini)”
"Kita juga dalam proses kedua iaitu membuka tender projek untuk diteruskan oleh mana-mana syarikat yang berminat,"
– Noh Omar ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Isu NFC berbangkit apabila didakwa telah menyalah guna peruntukan kerajaan sebanyak RM250 juta untuk projek pengeluaran daging.
-Bernama
....end berita Bernama...
HHalem:-
Dengan pengumuman DS Najib sebelum ini meminta supaya projek NFC diteruskan dan dengan susulan oleh Noh Omar sebagai menteri berkaitan, terbukti lah sudah bahawa kerajaan akhirnya akur dengan apa yang terjadi dengan pengurusan dan salahguna pentadbiran NFC.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
22/03/2012
Debat Antarabangsa Najib-Anwar-Raja Petra-Wikileaks.
Oleh: HHalem.
Seorang Negarawan ulung.
1- Lihat perangai buruk Anwar, dimana ramai yang tidak sedari terutama pengikut-pengikut beliau, bahawa Anwar apabila terkapit dan dimalukan akibat perbuatan beliau sendiri, maka Anwar akan mengheret samaada Umno atau DS Najib untuk terlibat sama dengan masalah beliau.
Contoh klasik ialah kes Liwat 1 dan Liwat 2 Anwar. Kemudiannya kes Video seks Anwar yang diketahui dunia. Ketiga-tiga kes tersebut, Anwar mengheret Umno dan DS Najib didalam masalah peribadi beliau.
Seorang Pelarian Luar Negara.
2- Terkini ialah apabila Anwar dihentam teruk oleh Raja Petra kerana enggan berdebat/dialog dengan beliau. Alasan mudah ialah Anwar takut semua rahsia-rahsia beliau akan dibongkar oleh Raja Petra.
Raja Petra-“Anwar Pengecut Dengan Saya..
Macamana Nak Berdebat Dengan Najib”
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
12/03/2012
Shahrizat Confirm Resign. Najib Senyum Rasa Lega.
Oleh:
HHalem.
1- DS Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan perletakan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat berkuatkuasa 8 April 2012.
Tarikh tersebut juga adalah hari Shahrizat tamat tempoh penggal sebagai Senator.
“Saya memaklumkan bahawa pada 8 April depan selepas tamat penggal sebagai ahli dewan negara saya akan berundur sebagai menteri”
“Namun begitu selepas berbincang dan memikirkan perkara ini saya mengambil keputusan akan mengekalkan jawatan Ketua Wanita Umno ”
“Ini adalah masa yang sesuai untuk saya berundur dan saya sudah
siapkan surat perletakan jawatan dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri hari ini
” – Shahrizat.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
09/03/2012
DS Najib Bermasalah Dengan Angka RM400,000 Rumah Mampu Milik.
Oleh:
HHalem.
Dari awal lagi penulis merasakan, ada sesuatu yang tidak kena dengan skim “Rumah Pertamaku”, bernilai RM400,000.00 yang dilancarkan oleh DS Najib.
Penulis beranggapan ini adalah skim yang hendak menolong pembeli, tetapi tidak masuk akal dari segi harga rumah dan syarat-syarat pinjaman yang diletakan oleh Bank Negara melalui bank-bank peminjam.
Mari kita dengar dari pakar sendiri iaitu Setiausaha Kehormat bagi
Persatuan Pembeli Rumah Kebangsaan (House Buyer Ass),
Chang Kim Loong.
Baca dengan fikiran terbuka kemudian kita tunggu komen-komen dari bank-bank sendiri, dari Persatuan Pemaju dan pelaksana dasar-dasar DS Najib. Di mana kah silapnya?
Adakah Najib sanggup ber-flip-flop seperti Skim Saraan Baru Penjawat Awam (SBPA) dan SSM?
.....Petikan...
Satu Lagi Keputusan Najib Yang Tak Realistik!
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
26/02/2012
PANAS: Najib Akan Dedah Surat Tun Mahathir Mengenai Israel.
Oleh:
HHalem.
1- Minggu depan Pakatan Rakyat akan malu besar kerana Kerajaan akan mendedahkan isi kandungan perutusan surat antara bekas Perdana Menteri Tun Mahathir dan bekas Perdana Menteri Israel Ehud Barak.
Najib sendiri telah melihat Surat tersebut dan mengarahkan Wisma Putra untuk menyemak surat tersebut samada boleh disiarkan untuk umum.
"Wisma Putra telah memberi ulasan dan saya sendiri juga telah menyemak surat tersebut. Esok lusa, kita akan mengambil langkah untuk membenarkan surat itu diterbitkan secara terbuka, supaya rakyat faham tujuan Tun Dr Mahathir menulis surat itu untuk memperjuangkan nasib rakyat Palestin yang menuntut kepada satu negara Palestin yang berdaulat," – DS Najib di SJKC Yoke Kuan.
2- Sekurang-kurangnya ini menunjukan Pakatan telah berjaya mendesak Kerajaan dan Kerajaan tewas dan tunduk atas segala permintaan Pakatan.
Walaubagaimana pun Pakatan akan malu besar kerana surat tersebut menunjukkan keprihatinan Dr Mahathir dalam proses kedamaian di Timur Tengah dan isi kandungannya juga menepati dasar kerajaan Malaysia dari dahulu hingga sekarang.
Surat itu telah diexploitasi dan dimanipulasikan oleh pihak pembangkang yang sengaja mahu membangkitkan rasa sangsi rakyat terhadap pendirian kerajaan dalam isu ini.
Sebenarnya pembangkang mahu mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu Anwar Ibrahim yang telah menyatakan sokongan terhadap Israel.
Sumber Sinar Harian.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
15/01/2012
Polis Tahan Pelajar USM: Ugut Bom Helikopter Najib.
Oleh: HHalem.
Siapa kah 2 pelajar USM terbabit yang ditahan polis?
Berdasarkan keratan dibawah, yang pastinya ia pelajar keturunan India.
.....Petikan SinarHarian....
SinarHarian - Seorang penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal ditahan polis hari ini untuk diambil keterangan berhubung tindakanya membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman sosial Facebook.
Difahamkan, penuntut berusia 23 tahun itu mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan.
Antaranya penuntut itu menulis:
"Najib datang ke kampus... mari bom helikopter beliau."
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pelajar itu ditahan kira-kira jam 9.30 pagi
selepas kenyataanya itu dikesan seorang blogger yang menyatakan perkataan-perkataan yang mengandungi unsur-unsur jenayah.
"Satu laporan polis telah dibuat berkaitan dengan isi kandungan blog itu di Balai Jelutong,"
Menurutnya, bagi membantu siasatan lanjut, pelajar berkenaan telah dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Pulau Pinang kira-kira jam 1.30 tengah hari.
"Siasatan dibuat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan berkaitan dengan isi kandungan blog berkenaan. Bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan,"
Sementara itu, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan beliau akan mengadakan sidang media berkenaan mengenai perkara ini esok.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
13/01/2012
DS Najib Menunjukan Ketakutan Beliau Terhadap PRU13 Dan Gentar Terhadap Anwar.
Oleh:
HHalem.
1- Sinar Harian ada melaporkan bahawa,
‘DS Najib Razak berkata beliau berharap pilihan raya umum akan dapat diadakan "tidak lama lagi" tetapi menurutnya
kerajaan masih perlu membuktikan bahawa pembaharuan ekonomi berjaya memberikan kesan sebenar sebelum beliau bersedia mengembalikan semula kuasa kepada rakyat’
.
Dalam satu wawancara yang diterbitkan Wall Street Journal hari ini, Najib berkata;
"Anda boleh memiliki semua tarikh tetapi anda mesti merasakan bahawa inilah masa yang sesuai. Saya berharap ia akan menjadi satu masa yang tepat tidak lama lagi, tetapi
kami masih perlu mengotakan janji-janji kami
dan ini amat penting kepada rakyat untuk merasakan bahawa pembaharuan yang dijanjikan sebenarnya memberi manfaat kepada mereka,"
Agak pelik sekali imbas membaca statement yang dikeluarkan oleh DS Najib.
PRU 13 “tidak lama lagi”, tetapi kenapa kerajaan masih lagi perlu membuktikan yang dasar beliau berjaya. Adakah ia belum berjaya lagi selama ini sehingga ia perlukan bukti lagi?
Ini cukup kacau!
Kenapa DS Najib, “
masih perlu mengotakan janji-janji kami”
kerana masa telah singkat sehingga tarikh akhir March 2013. Ia membawa erti, banyak lagi janji-janji yang belum dikotakan. Ini juga cukup terharu!
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
06/12/2011
Video Najib: Melayu Hancur Terkubur & Gelap. PEKIDA.
Oleh:
HHalem.
Ucapan bersemangat di tempat yang penuh dengan semangat perjuangan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
28/11/2011
Najib Bergurau Senda Atau Cari Gaduh Dengan Tun Mahathir.
Oleh:
HHalem.
DS Najib Bergurau Senda Dengan Tun Mahathir.
1- Sebentar tadi semasa ucapan DS Najib, dikeluarkan oleh Berita TV3, kita disajikan beberapa pilihan iaitu samada DS Najib komplen, memaklumkan atau menyatakan yang hakikat bahawa beliau lebih teruk dari Tun Mahathir untuk “melaksanakan” Wawasan 2020 berbandingkan Tun sendiri. Tun mempunyai bahagian yang lebih mudah iaitu hanya “melancarkan” Wawasan 2020.
Kerja Tun cukup mudah iaitu dengan hanya berkata ‘mari kita lancar W2020’ dan ia sudah mengegarkan seluruh Malaysia seperti mana JF Kennedy lakukan.
"Semasa perdana menteri sebelum saya, Tun Dr Mahathir mengumumkan wawasan bagi negara pada 1993, Wawasan 2020, ia menggembirakan negara. Sama seperti ketika Presiden Kennedy kata,
mari kita hantar
orang ke bulan. Ia telah menggegarkan seluruh negara Amerika Syarikat” – Najib
dipetik Mkini
>
Makan semaja pun, mau tikam kawan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Najib Respond Kepada Azmin Yang Amat Kecewa Jika Kekasih Beliau Di Penjarakan. Video "Masih Kah Kau Ingat"
Oleh:
HHalem.
1- Pada Jumaat lepas 25 November, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Azmin Ali berkata dengan nada penuh kecewa bahawa beliau akan
"merobohkan tembok penjara"
bagi membebaskan Ketua Pembangkang, jika Anwar Ibrahim dipenjarakan.
Perbicaraan kes liwat Anwar kini berada pada peringkat akhir dan Mahkamah Tinggi dijadual mendengar penggulungan akhir hujah pembelaan pada 8 dan 9 Dis ini.
Kenyataan demikian betul-betul datang dari seorang yang amat gusar jika kekasih buah hati beliau dipenjarakan buat sekian lama.
Perumpamaan yang digunakan cukup simbolik sepertimana ungkapan bahawa
“kita akan taklok Putrajaya atau kita akan rampas Putrajaya atau kita akan serang Putrajaya habis-habisan”
Ia seperti juga unkapan DS Najib sebelum ini bahawa
“kita akan pertahankan Putrajaya at-all-cost”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
26/11/2011
Kenapa Najib Harus Membuat Rayuan Di Mahkamah Persekutuan?
Oleh: HHalem.
1- Pada mulanya penulis malas nak memberi pandangan mengenai berita dibawah yang dirasakan agak janggal dan ganjil. Memandangkan ia datang dari para pelajar yang masih lagi mencari-cari ilmu pembelajaran, maka penulis biarkan sahaja.
Permintaan pelajar dibuat berdasarkan pengumuman Najib semalam bahawa kerajaan akan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan yang diumumkan 31 Oktober lalu.
2- Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).
Di mana, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) merayu dan meminta kepada Najib supaya,
“jangan membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) AUKU sebagai tidak sah”
“PKPIM melihat adalah lebih baik sekiranya kerajaan tidak membuat sebarang rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5)( a) AUKU sebagai tidak sah ”
- Presiden PKPIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dipetik Minsider.
Alasan yang janggal oleh pelajar adalah seperti dibawah;
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
24/11/2011
Biar Betul ! Ada kah Najib Bijak Meminda Akta AUKU?.
Oleh: HHalem.
Cukup Bijak -
Dalam Kampus Kena Akta AUKU -
Luar Kampus Kena Akta Perhimpunan Aman.
1- DS Najib mengumumkan di Parlimen bahawa Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) akan dipinda bagi membolehkan pelajar pusat pengajian tinggi menyertai parti politik.
“Untuk menghormati hak pelajar kita yang sudah dewasa di bawah Perlembagaan kami akan meminda Seksyen 15 AUKU untuk
membenarkan mereka menjadi ahli parti politik
”
"Pindaan ini bagi membolehkan pelajar
mengambil bahagian dalam aktiviti politik
dan menjadi ahli parti politik,”
-
Najib ketika membentangkan usul memansuhkan tiga deklarasi berkaitan darurat di Dewan Rakyat hari ini.
2- Ada kah ini berita gembira bagi Pelajar Universiti dan Kolej?
Adakah ia berita sedih bagi ibu-bapa?
Di mana kah had-had batasannya kebenaran berpolitik tersebut? Ada kah ia bebas secara total?
Kebenaran hanya terhad kepada mereka yang berumur 21 tahun dan ke atas sahaja dan mereka masih tidak boleh membawa politik kepartian ke kampus.
Bermakna secara purata pelajar tahun 2 berumur 21 tahun sahaja boleh aktif berpolitik di luar kampus.
Kepada mereka yang kecewa dengan keputusan Najib ini, termasuk penulis sendiri pada awalnya, jangan risau. Ini kerana diluar sana iaitu diluar kampus
(dalam kampus tetap haram)
pelajar-pelajar umur atas 21 tahun akan menghadapi rintangan dengan
Rang Undang-undang Perhimpunan Aman
yang tidak membenarkan himpunan haram, protes dan tunjuk perasaan di jalanan. Ini termasuk perarakan jalanan dengan tujuan dan bersembunyi disebalik menghantar memorandum kepada sesiapa pun, terutamanya kepada YDP Agung.
Serampang dua mata Najib cukup bijak, mujarap dan terserlah.
Mari kita tengok apa kata pelajar-pelajar Universiti selepas ini. Ada kah diri mereka bijak seperti yang mereka sangkakan?
Comments / Pandangan Melalui Facebook
22/11/2011
Video Dr Novandri Membaca Resolusi Media 1Malaysia.
Oleh:
HHalem.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
24/10/2011
Najib Bersilat Turun Gelanggang. Sekali Tempelak 3 Kena. Guan Eng, Aziz Bari Dan Mat Sabu Menonong Pening.
Oleh: HHalem.
Menonong=Terhuyong hayang Pening
1- Maka bermula lah kisah kempen PRU 13, apabila DS Najib turun padang dan dengan serentak mengatur langkah permainan untuk team-team Umno supaya mengambil bola tanggong beliau.
Bermula dengan kes Guan Eng, kes Aziz Bari dan kemudian kes Mat Sabu Komunis. Kes Mat Sabu ini agak pelik kerana Najib baru sekarang hendak bersuara setelah dikira ketinggalan bas. Bermakna di sini Najib mahu kes Mat Indera Komunis dibawa ke padang bola semula untuk dipermainkan pada kempen PRU13 nanti.
DS Najib harus berhati-hati kerana silap haribulan kes-kes tersebut makan tuan kerana lutut beliau pun pernah terseliuh akibat bermain bola dan dibawa ke Perth Autralia untuk di repair.
Baru Kena Pelempang
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
200k Boob: DS Najib Turut Membidas Guan Eng.
Oleh: HHalem.
1- DS Najib cukup berwaspada apabila ditanya oleh Malaysian Insider yang gemar mencucuk-cucuk dan melaga-lagakan sesiapa sahaja untuk mengkeruhkan keadaan, mengenai kes 200K Boob Guan Eng.
“Saya tidak bercakap mengenai fakta kes ini. Saya tidak tahu mengenai fakta kes ini tetapi
jika anda mahu bercakap mengenai etika, kecualikan keluarga,
maka setiap orang perlu mematuhinya termasuk pembangkang” – DS Najib dipetik MInsider.
MInsider cukup kecewa kerana mereka mengharapkan DS Najib melenting-lenting seperti KJ. Mereka hampa kerana Najib adalah wise-old-man.
Najib memberi jawapan bahawa beliau tidak bercakap pasal Guan Eng tetapi secara umum supaya setiap orang mesti ber-etika dan jauhkan hal-hal keluarga dari dipolitikkan.
Pembangkang mana ada etika jika mereka berpolitik dan untuk itu Najib berkata
, ‘setiap orang perlu mematuhinya termasuk pembangkang”
2- Lim Guan Eng dibidas teruk apabila memunggut berita jalanan dan tidak ragu-ragu mempertaruhkan nama anak beliau Marcus Lim berumur 16 tahun sebagai perisai beliau untuk beliau bertahan di Pulau Pinang.
Beliau sanggup membuat anak beliau sendiri sebagai perisai serangan. Bayangkan apa jenis bapak yang sanggup berbuat demikian dan mengeksploitasi anak sendiri semata-mata keuntungan politik sendiri.
“Apabila anda membahaskan kelemahan polisi dari sudut kelemahan pelaksanaan,
biarkan keluarga ke tepi atau mengeksploitasi urusan keluarga, bagi keuntungan politik sendiri ”
– DS Najib.
3- Untuk itu Najib menasihatkan Guan Eng dengan tidak secara langsung supaya lebih ber-etika supaya tidak mempergunakan anak beliau sendiri.
“Anda perlu bersetuju dengan beberapa etika. Ia terpakai kepada kedua-dua belah”
Nak tahu versi pembangkang mengenai ucapan Najib, baca
di sini
>
Baca kisah KJ dan Karpal ugut menyaman beliau
di sini
>
Muhyiddin Yassin memberi cadangan kepada Guan Eng,
di sini >
Comments / Pandangan Melalui Facebook
16/10/2011
NAJIB SIGN MATI: Najib Baru Sahaja Membunuh Umno Pulau Pinang.
Oleh: HHalem.
Najib Sendiri Akui Gerakan Telah Rosak
dan Perlu Di Perbaiki.
1- DS Najib hari ini baru sahaja tandatangan surat mati dan akan berkuburnya Umno dan Melayu Pulau Pinang sekali lagi kepada pembangkang Pakatan Rakyat pada PRU 13 nanti.
Damage-control perlu dilakukan segera dengan kata sepakat Gerakan dan Umno untuk meredakan hati orang Melayu Pulau Pinang yang telah membuak dengan ketidak-cerdikan Najib.
DS Najib Razak tersilap langkah dengan memberi jaminan kepada Gerakan bahawa Umno tidak akan sama sekali menuntut tampuk kepimpinan Pulau Pinang sekiranya Umno-BN merampas balik negeri itu daripada Pakatan Rakyat.
“Umno tidak akan menuntut kepimpinan Pulau Pinang. Kami bersedia untuk bekerjasama dengan parti-parti komponen yang lain”
-
ucap DS Najib di Persidangan Perwakilan Kebangsaan Gerakan.
"Dia (ketua Umno negeri) pun sependapat bahawa Umno tak perlu dan tak ingin menuntut kerusi ketua menteri Pulau Pinang sekiranya BN diberi mandat,"
-
kata Najib selepas perasmian persidangan GERAKAN hari ini.
Kata-kata persetujuan secara prinsip di atas adalah syok sendiri diantara Najib dengan Ketua Perhubungan Umno PP yang masih belum dibincangkan didalam komponen BN.
Sebagai Pengerusi BN, Najib berkata Gerakan mesti bekerja keras untuk mendapatkan negeri itu daripada DAP. DS Najib tidak ambil kisah, tidak ambil berat dan ambil ringan (take-for-granted) tentang usaha-usaha orang Melayu dan Umno.
2- Politik di Pulau Pinang adalah politik antara survival Melayu dan China, bukannya politik BN dengan DAP. Sebelum PR12 tahun 2008 lagi orang-orang Melayu amat kecewa dengan Koh Tsu Goon dan telah beberapa kali berjuang menuntut supaya memberi jawatan Ketua Menteri kepada orang-orang Melayu. Undi orang Melayu lah dari Tanah Seberang Perai/Bagan yang memenangkan BN sebelum ini. Data-data dan peratus pecahan perincian undi setiap penggal PRU dapat membuktikannya.
Malah akar umbi dan Wanita Gerakan sendiri pun bencikan Tsu Koon dan menganggap beliau punca semua kegagalan Gerakan dan memaksa beliau supaya beredar secara perlahan-lahan,
di sini
>.
Najib benar-benar tersilap langkah kerana tidak mendengar suara rakyat yang beliau laungkan mesti diutamakan. Orang Melayu akan kecewa dan undi protest akan berlaku. Mereka akan membuat undi rosak atau mengundi calon Melayu, tidak kira parti mana sekali pun, walaupun parti Melayu cap boya tembaga yang akan bertanding.
Najib tidak faham bahawa, buat ketika ini Gerakan adalah Tsu Koon dan Tsu Koon adalah Gerakan. Apabila disebut sahaja nama Gerakan, timbul bayangan muka walfare Tsu Koon yang langsung tidak ada rezeki.
Dekat PRU 13 Buat-buat Muka Walfare
3- Langkah damage-control yang dimaksudkan ialah Tsu Koon perlu membuat keputusan dan umumkan yang beliau tidak akan bertanding langsung di Pulau Pinang dan nyahkan diri beliau dari Tanah Pearl Of The Orient itu. Jika bayang Tsu Koon masih berada di Pulau,maka selagi itu lah nama BN akan rosak di Pulau Pinang.
Dan Umno pula akan dianggap pembohong besar kerana bersetuju dengan keputusan Najib. Maka akan berkitar lah selepas ini bahawa ia kehendak Najib, tetapi Najib pula katakan ia kehendak Umno Penang.
Memang nama Umno telah rosak teruk di Pulau dan dengan itu Umno akan disahkan sekali lagi sebagai pengkhianat orang-orang Melayu di Pulau Pinang.
4- DS Najib pula akui bahawa Gerakan telah rosak
masakini
dan perlu diperbaiki.
"Kita nak parti Gerakan kembali ke zaman kegemilangannya, tapi jangan terperangkap dengan nostalgia”
"Yang lepas itu lepaslah, apa yang berlaku sekarang adalah soal masa depan," – DS Najib
Di harap DS Najib sedar dari mimpi apa yang beliau lakukan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
Ajaran Sesat Juruzon Mengorbankan 16 Anak Yatim Di Madrasah Al-Taqwa.
Oleh: HHalem. Akibat Juruzon, 16 anak-anak yatim terkorban. Agak memeranjatkan dan tidak terlintas langsung difikiran kita bahawa k...
Pembohongan Dan Fitnah Besar Nik Aziz Terhadap Tun Mahathir. Nik Aziz Perlu Minta Ampun Pada Tun. Surat Tun Kepada Nik Aziz.
Oleh : HHalem 1- Nik Aziz telah melakukan fitnah besar dan mengaibkan terhadap Tun Mahathir. Seperti kata Nik Aziz sebelum ini, “...
TERKINI: Video Oral Sex Anwar-Shamsidar Sudah Ada. Pasaran Gelap Akan Muncul Tidak Lama Lagi.
Oleh: HHalem. Video Oral sex diantara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin Ali PKR, dijangkakan akan mengocangkan...
Waran Tangkap: Bob Lokman Di Kejar Polis.
Oleh: HHalem. Bob Lokman Memalukan nama tok-nenek Tok Kenali. Sifat degil yang ditunjukan oleh seorang Pak Jangoat berserban yan...
Hukum Hudud PAS: Surat Tun Dr Mahathir Kepada Nik Aziz.
Oleh: HHalem. Hukum Hudud PAS. (Bukan Hukum Hudud Islam) Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 15 Julai 1994. Ia diturunkan semu...
Surat Balas - Muhyiddin Membelasah Khalid Bab Swasta Air Selangor.
Oleh: HHalem. Khalid - Permainan silap mata dan percaturan koporate bercampur aduk politik :- Atas nama rakyat dan cubaan menga...
Pendedahan Dalaman Istana Johor. Rebutan Tahta, Wang, Harta Dan Ugut Mengugut Macam Cerita Bollywood.
Oleh: HHalem. Kamal Hisham - Peguam Khas Istana. Dilantik semenjak zaman Almarhum Sultan Iskandar untuk menguruskan hal-hal Bagin...
Kecoh Di Kuala Kangsar. Keris Taming Sari Kepunyaan Hang Tuah Muncul.
Oleh : HHalem Ini kah Taming Sari? Keris Taming Sari Dipamerkan Di Galeri Sultan Azlan Shah IPOH, 25 Mei (Bernama) -- Orang...
Harusani - Haram Dari Hukum Syarak Mengundi Ngeh DAP Yang Menghina Rasullullah. PAS Pula Buat Pekak Badak.
Oleh: HHalem. Cakap lah apa pun, PAS tetap buat pekak badak. Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria, menyeru dan mengin...
Blog Archive
Blog Archive
Sept 2012 (49)
Aug 2012 (45)
Jul 2012 (50)
Jun 2012 (52)
May 2012 (54)
Apr 2012 (61)
Mar 2012 (48)
Feb 2012 (67)
Jan 2012 (76)
Dec 2011 (84)
Nov 2011 (90)
Oct 2011 (126)
Sept 2011 (119)
Aug 2011 (124)
Jul 2011 (165)
Jun 2011 (83)
May 2011 (105)
Apr 2011 (104)
Mar 2011 (69)
Feb 2011 (47)
Jan 2011 (47)
Dec 2010 (22)
Nov 2010 (6)
Oct 2010 (3)
Sept 2010 (4)
Radio Live Online
Sinar.fm - KlasikNasional.fm