Multiple Pages
Home
Video Top 10
Al-Quran (Mishary Rashed)
Hubungi
Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Loading...
Showing posts with label
MB Khalid Selangor
.
Show all posts
Showing posts with label
MB Khalid Selangor
.
Show all posts
26/09/2012
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem.
Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini.
Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir.
Mungkin Khalid masih ada peluang lagi jika Pru Negeri ditangguhkan.
Setelah puas mengugut Kerajaan Pusat dengan pelbagai akta sana sini dan mengugut untuk mensabotaj projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang akan diteruskan oleh Kerajaan Pusat, Khalid Ibrahim melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor akhirnya mengambil langkah untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yasin untuk berbincang.
"Jemputan tersebut akan dinyatakan dalam surat balasan saya kepada Tan Sri Muhyiddin yang akan dihantar kepada beliau dalam masa terdekat ini," - kata Menteri Besar, TS Khalid.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
21/09/2012
Surat Balas - Muhyiddin Membelasah Khalid Bab Swasta Air Selangor.
Oleh: HHalem.
Khalid - Permainan silap mata dan percaturan koporate bercampur aduk politik
:-
Atas nama rakyat dan cubaan mengabui mata rakyat Selangor, maka Khalid Ibrahim cuba sekali lagi teknik terbaru selepas teknik lama mengugut hendak sabotaj projek Langat 2 tidak berjaya. Malahan ia telah back-fire dan memburukkan lagi imej Pakatan Pembangkang.
Pendekatan Khalid agak berbeza sekali ini
“Kita pertahankan rakyat, sebab itulah kita buat penyusunan semula itu,
sebab rakyat Selangor tidak akan mendapat manfaat daripada penswastaan ini
”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
17/09/2012
AMARAN Muhyiddin Kepada Khalid – “Nak kata bodoh, tak tahu lah. Berani bawa la jentolak’
Oleh: HHalem.
Muhyiddin main kasar nampak.
TS Muhyiddin Yassin betul-betul feed-up dan naik menyampah dengan kebodohan Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncu Khalid dalam PKR kerana kebodohan mereka yang tidak berkesudahan.
Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO, ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selayang di Rawang, pagi Sabtu, membidas Khalid yang beriya-iya benar hendak sabotaj Projek Air Langat 2 dengan kuasa-kuasa kerajaan negeri yang ada pada beliau.
Hanya satu sahaja tujuan Khalid. Beliau bertungkus lumus untuk menyelamatkan survival politik beliau sebagai MB Selangor dan nasib PKR di Selangor selepas Pru13 nanti.
Sebelum ini Khalid cuba menunjukan yang beliau berkuasa penuh, sehingga mengeluarkan kata-kata ungutan,
disini
>.
Muhyiddin naik berang;
“Kalau hendak bawa jentolak, nak sekat Projek Langat 2, buatlah, kerajaan Pusat tetap akan teruskan”
Mesej Muhyiddin jelas dan padat. Buat lah jikalau Khalid berani !
Dengan selamba Muhyiddin menambah;
“Nak kata bodoh, tak tahu lah.
Tunjuk air dalam empangan. Kita (rakyat) nak air dirawat. Nak rawat perlu loji. Yang ada sekarang 37 tetapi sudah penuh kapasiti dan terpaksa operasi 24 jam. Kalau rosak, tak dapatlah air bersih,”
Kita masih lagi ingat dengan bodoh-piang YB Ronnie Liu Tian Khiew, ADUN Pandamaran yang berdiri megah di tepi empangan sambil menunjukkan kearah air yang penuh dan hampir melimpah di sebuah empangan.
Macam ayam berak-kapor.
Khalid termenung bisu sekejap dengan amaran Muhyiddin.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
11/09/2012
Langat 2–Khalid Ugut Sabotaj Dan Tunjuk Taring Yang Beliau Berkuasa Penuh.
Oleh: HHalem.
Kerajaan Persekutuan telah membuka tawaran umum untuk tender Loji Rawatan Air Langat 2 seperti yang diiklan di laman web Syarikat Pengurusan Aset Air Berhad(PAAB), sebuah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Di Perbadankan. Tarikh tutup tender tersebut ialah pada 20 November.
Iklan tender, yang disiarkan di
lamanweb PAAB
>, memaklumkan bahawa taklimat mengenai tender itu akan diadakan di Menara Multi Purpose di Kuala Lumpur esok. Dokumen tender, yang berharga RM10,000 akan dikeluarkan pada hari yang sama.
Mengetahui perkara tersebut Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim terus mengeluarkan kenyataan demi kenyataan yang lebih kearah ugutan beliau untuk sabotaj usaha kerajaan persekutuan tersebut. Kenyataan Khalid tidak langsung kedengaran bunyi-bunyi untuk memberi kerjasama penuh dengan usaha kerajaan persekutaun.
Sekarang pembaca faham kenapa susah dan rumitnya pihak persekutuan hendak melaksanakan projek-projek federal di negeri-negeri pembangkang seperti Kelantan. Kerajaan pusat buat salah dan tidak buat pun salah.
Apa yang pembangkang mahu sebenarnya?
Kenapa Khalid tidak mahu kerjasama demi kepentingan rakyat?
Ikuti kata-kata sabotaj Khalid yang cuba menunjukan beliau berkuasa penuh. Ada yang berbunyi ugutan.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
02/09/2012
Sikap Angkuh Anwar Terserlah Ketika Membaca Rukun Negara (Video).
Oleh: HHalem.
Jelas samaada:-
1- Anwar tidak mahu langsung menghormati Rukun Negara atau
2- Anwar sedang berangan dan menganggap diri beliau Presiden Republik Rakyat Malaysia ketika Rukun Negara sedang dibaca, atau
3- Anwar memikir beliau sebagai tetamu kehormat mengantikan Sultan Selangor, maka tidak perlu langsung mengangkat tangan.
Ketiga-tiganya mempamirkan sikap angkuh Anwar.
Sedarlah pengikut PAS-PKR sebelum terlambat.
Sudahlah Sultan Selangor tidak dijemput, kemudian bendera Malaysia hendak ditukar, kini tidak menghormati langsung Rukun Negara.
Kata Setiausaha Sulit Baginda Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, bahawa Baginda Sultan Selangor merasa pelik (belum murka lagi).
“Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi”
“Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan, tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi bukan politik”
Penulis merasakan bahawa jika Baginda Sultan dijemput sekalipun, Baginda tidak akan hadir kerana tema hari merdeka Selangor "
Sebangsa, Senegara, Sejiwa
" berlainan sekali dengan tema merdeka Kerajaan Persekutuan "Janji Ditepati".
Tetapi sebagai formaliti, Khalid lebih waras menjemput Baginda. Datang atau tidak, itu belakang kira. Jika Baginda dijemput tentu tidak terjadi krisis seperti sekarang. Khalid tersilap percaturan sekali lagi.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
09/08/2012
Bala Menimpa Khalid Lagi. Selepas SYABAS, Kini TNB Pula.
Oleh: HHalem.
Rambut wet-look Khalid akan botak terus selepas ini.
Khalid pernah berjanji 4 tahun yang lalu akan menyelesaikan masalah bantahan penduduk membina pencawang letrik di kawasan mereka. Bantahan penduduk dikepalai oleh pembangkang PKR sendiri.
.............
Lembah Klang hadapi risiko gangguan tenaga jika CAR terus ditangguh.
Selangor dan Lembah Klang berdepan risiko gangguan bekalan tenaga yang serius jika projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) terus ditangguh.
Naib Presiden (Penghantaran) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Rozimi Remeli berkata ini kerana bebanan tenaga bagi kawasan tengah Semenanjung semakin meningkat.
"Kami telah mengadakan mesyuarat dengan Majlis Tindakan Negeri Selangor sebanyak
27 kali
dan berharap kerajaan negeri membuat keputusan segera bagi memastikan infrastuktur bekalan itu disiapkan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Projek CAR yang dimulakan pada 2005, melibatkan pemasangan kabel voltan tinggi sepanjang 60 kilometer antara Bukit Tarek di Rawang dan Kampung Chubadak, Sentul.
Projek tertangguh dengan baki jarak 1.5 kilometer di Kampung Sungai Terentang, Rawang sejak empat tahun lepas,
susulan bantahan penduduk di situ.
Mengulas lanjut, Rozimi berkata TNB membelanjakan RM300 juta untuk melaksanakan grid nasional itu bagi memastikan negara, terutama kawasan Lembah Klang dan Selangor, memperoleh bekalan tenaga yang cukup.
“Ketika ini, pelabur melihat sistem bekalan tenaga elektrik yang mantap menjadi antara sebab mereka melabur di negara ini dan mereka mungkin meninggalkan negara jika bekalan sering terganggu," katanya.
Rozimi berkata pada masa yang sama TNB meneruskan usaha meningkatkan grid nasionalnya di seluruh negara.
Sebanyak RM1 bilion diperuntukkan tahun ini untuk melaksanakan infrastruktur grid nasional dan daripada jumlah itu 95 peratus sudah diguna, katanya.
Rozimi berada di sini bagi menghadiri Ihya Ramadan TNB peringkat negeri Perlis yang berlangsung malam tadi di Masjid Al-Amin, Sempering dekat sini.
Pada majlis itu juga 50 anak yatim dan penduduk miskin menerima sumbangan TNB dengan jumlah keseluruhan RM5,000. - BERNAMA
Comments / Pandangan Melalui Facebook
07/08/2012
UniSEL. Akuan Sebenar Jana Niaga S/B. Khalid Kini Tersepit.
Oleh: HHalem.
Arahan khusus Khalid.
“Saya sudah beritahu kepada UNISEL untuk jaga operasi, jangan fikir untuk bayarnya (kepada Jana Niaga)”
Ikuti akuan sebenar Jana Niaga
.
Ketua Bahagian Residen Komuniti Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB), Noor Ashikeen Mohd Stap memberitahu masalah pembayaran kos penyelenggaraan dan pengurusan asrama UniSEL bermula sejak pentadbiran Selangor bertukar tangan kepada pembangkang iaitu selepas 2008.
Kata Noor Ashikeen, JNSB yang mendapat kontrak membina
44 blok
asrama di UNISEL, dianugerahkan
konsesi selama 20 tahun.
44 blok asrama boleh menempatkan seramai
5,000 pelajar
dan pembayaran yang perlu dibayar UNISEL kepada JNSB ialah sebanyak
RM180 setiap pelajar.
"Sebelum ini memang ada beberapa kali pengurusan UNISEL lewat membayar perkhidmatan diberikan JNSB tetapi kelewatan itu hanya sebulan dua”
"Bagaimanapun sejak 17 bulan lalu, pengurusan UNISEL gagal membayar kerja penyelenggaraan seperti landskap dan pembersihan kepada kami manakala kerja penyelenggaraan asrama pula sudah 8 bulan tidak dibayar," katanya kepada Berita Harian.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
05/08/2012
Pelajar UniSEL Merempat Tiada Tempat Tinggal. Ikuti Sebabnya. UniSEL Hutang RM15 Juta.
Oleh: HHalem.
Masalahnya Pelajar Tidak Dapat Daftar Kediaman Tanpa Notis.
“Kami (MyNewsHub) menerima aduan berkenaan pihak pengurusan kolej kediaman Universiti Selangor (UNISEL), Jana Niaga Sdn Bhd bertindak menutup pejabat operasi bagi sesi pendaftaran kolej kediaman yang sepatutnya berlangsung Jumaat lalu”
“Maka, ramai penuntut UNISEL mula ‘naik angin’ apabila ada diantara mereka yang datang dari jauh tidak dapat mendaftarkan diri sekaligus tidak menerima kunci bilik”
Jana Niaga Sdn Bhd (JN) adalah sebuah syarikat yang dipertanggungjawabkan untuk membangun dan mengoperasikan kediaman pelajar di Kampus Induk UNISEL Bestari Jaya.
Pihak MyNewsHub akan mendapatkan keterangan lanjut berkenaan isu tersebut dan Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISEL, Mohd Jeffri Abu Hassan juga akan mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan UNISEL dan Jana Niaga Sdn Bhd dalam masa terdekat.
(
HHalem-
Apa masalah sekali pun antara JN dan UniSEL, pelajar wajib diberi notis pemberitahuan penutupan pejabat operasi terlebih dahulu supaya nampak kebertanggungjawapan pihak UniSEL, mahupun pihak JN)
Kenapa terjadi demikian dan mengapa pejabat operasi ditutup tanpa notis?
Bernama pada hari Sabtu 04/08/12 melapurkan bahawa;
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
26/07/2012
SUK Selangor. Masalah Air Ujud. Khalid Pula Ajak Muhyiddin Berperang.
Oleh: HHalem.
Muhyiddin cuba menyelamatkan keadaan, daripada “Tiada Air” kepada berlaku “Krisis Air”.
Khalid Ibrahim pula bersiap sedia untuk ajak berperang.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamad Khusrin Munawi memaklumkan, hasil pantauan Jawatankuasa Pemantauan Air mendapati masalah kekurangan air memang berlaku di kawasan Cheras dan tidak berlaku di tempat-tempat lain di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Maklum Mohd Khusrin pada sidang media selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.
“Cuma kami dapati hanya beberapa tempat di Cheras yang menerima bekalan air dari Loji Sungai Langat mengalami
masalah kekurangan bekalan air,”
“Makluman daripada empat mesyuarat yang dijalankan bersama Syabas dan semua pihak terlibat, daripada maklumat, jumlah dan data yang diperoleh daripada Syabas dan semakan di loji-loji berkenaan, kita dapati masalah yang dikatakan sebenarnya tidak berlaku sebagaimana yang didakwa.” –
SinarHarian
>
Samaada SUK Selangor, yang dibawah telunjuk MB Khalid, juga dibawah telunjuk Pakatan Rakyat, hendak menyembunyikan sesuatu atau cuba meredakan keadaan yang semakin nampak meruncing.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
23/07/2012
Muhyiddin. Konsesi Syabas dan Kerajaan Selangor Mungkir Janji. Pergolakan Air Semakin Runcing.
Oleh: HHalem.
Tak kan naik biarkan kepada Khalid tergagap-gagap.
Lambat Laun kena "Declare State of Emergency"
Sebelum ini Khalid Ibrahim berkata akan mengambil alih SYABAS didalam masa 14 hari dengan menggunakan kuasa di bawah
Klausa 32 Perjanjian Konsesi
&
Akta Industri Pembekalan Air 2006 (WSIA).
Khalid juga turut berkata,
“Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.”
Di sertakan syarat tambahan sebelum wang diberi ialah bahawa cadangan kepada,
“Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat Pengerusi Eksekutif (TS Rozali Ismail) dan Ketua Pegawai Eksekutif (Datuk Ruslan Hassan) SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS.” – Kenyataan Rasmi Khalid,
di sini
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
21/07/2012
Khalid Ibrahim Usahakan Pemecatan Rozali Ismail Dari Syabas.
Oleh: HHalem.
Di bawah kenyataan penuh Khalid Ibrahim:
...start..
Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.
Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.
Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
20/07/2012
Khalid Desak CEO Rozali SYABAS Berhenti.
Oleh: HHalem.
AntaraPos
menulis bahawa Menteri Besar, TS Khalid mendesak Pengerusi Eksekutif,
Puncak Niaga (M) Sdn Bhd dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)
, TS Rozali Ismail supaya meletak jawatan melalui 'tweet'nya bersabit krisis air di Lembah Klang.
Kerajaan Negeri Selangor dibawah Pakatan Rakyat menyalahkan SYABAS sebagai punca berlakunya kekurangan bekalan air terawat di Lembah Klang.
"CEO Syabas perlu letak jawatan dan minta maaf kepada rakyat Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kerana gagal sediakan air bersih seukupnya," twitter Khalid.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
16/07/2012
Latheefa Koya Letak Jawatan Sebelum Di Pecat Oleh MB Khalid. (Video).
Oleh:
HHalem.
Mampu kah Latheefa bersenyum selepas ini.
Peguam PKR, Latheefa Koya telah meletak jawatan sebagai Ahli Majlis dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada saat sebelum beliau dipecat. Daripada menerima malu kerana dipecat dan supaya rekod menjadi bersih, Latheefa bertindak meletak jawatan terlebih dahulu.
Banyak sebab-sebab kenapa Latheefa Koyak dipecat. Dan peristiwa ini menyerlahkan lagi sikap buruk dan cakap-tidak-serupa bikin PKR.
1- PKR dan Khalid Ibrahim tidak boleh dikritik seperti yang mereka laung-laungkan sebelum ini.
Azman Yusof, Ahli Majlis MBPJ mewakili PKR menerangkan, MB Khalid meminta Latheefa menghantar Surat Tunjuk Sebab menjelaskan mengapa beliau mengkritik pentadbiran Adun Ijok.
“Mengikut apa yang saya dengar, sah Latheefa sudah meletakkan jawatan”
“Dipercayai kerana arahan MB agar Latheefa menghantar surat tunjuk sebab tentang tindakannya mengkritik Tan Sri ”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
04/07/2012
Video Panas. Khalid G Mulai Terasa Bahang Dan Tertekan. Khalid Sudah Meracau-racau.
Oleh: HHalem.
TS Khalid G, mencabar Raja Petra Kamaruddin mendedahkan lagi rakaman video tersembunyi sewaktu beliau berada di dalam pejabatnya.
"Ini adalah permainan yang
lucu,
jadi teruskanlah”
“Saya ingat, digalakkan dipamerkan, supaya orang ramai dapat tengok, “
"Saya mendapatinya begitu
menjengkelkan,
begitu tidak bertanggungjawab. Tetapi sejak ia merupakan satu cara hidup, saya harus menerimanya," kata sambil ketawa.
“Saya melihat apa yang saya lalui dalam politik, ini adalah permainan yang
menyeronokkan
, jadi teruskanlah kerana saya mesti katakanlah ia adalah sangat mengganggu, tidak bertanggungjawab tetapi kerana ia adalah satu ujian dalam hidup, saya perlu laluinya,” katanya sambil ketawa.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
26/06/2012
Tun Mahathir Membongkar. “Khalid Masuk PKR Kerana Kecewa”
Oleh: HHalem.
Adakah Tun mula menyerang Khalid Ibrahim atau Tun ingin membongkar sesuatu?
Tun Dr. Mahathir Mohamad memaklumkan pergolakan berlaku dalam kerajaan PKR Selangor kerana ia dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan.
Tun berkata, Menteri Besar Selangor, TS Abdul Khalid Ibrahim sebenarnya orang UMNO tetapi memilih parti PKR kerana kecewa tidak mendapat sesuatu.
''Beliau masuk parti lawan bukan sebab percaya kepada prinsip perjuangan, tetapi lebih kepada kerana kecewa”
"Beliau ada sedikit kebolehan tentang pentadbiran tetapi tidak akan berjaya kerana bukan orang politik, tetapi masuk politik kerana kecewa"
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
14/06/2012
Faekah Dedahkan MB Khalid Sanggup Berkorban Apa Saja Demi Cinta Kepada Beliau.
Oleh:
HHalem.
Perbalahan dalam PKR Selangor diantara kuncu-kuncu Azmin Ali dan puak-puak Khalid Ibrahim kini kembali berulang secara terbuka dialamaya.
Azmin, kini sebagai Ketua PKR Selangor, setelah berjaya merampasnya dari Khalid Ibrahim pada 2010, muncul kembali dengan menyerang Khalid didalam Twitter supaya memecat Faekah sebagai Setiausaha Politik MB.
Mkini>
melapurkan Azmin menerima banyak rungutan mengenai Faekah
"termasuk daripada penjawat awam Negeri Selangor.”
Sumber di peringkat tertinggi PKR mengesahkan bahawa aduan ke atas Faekah ditimbulkan dalam beberapa mesyuarat biro politik, tetapi Khalid Ibrahim diam membisu seolah-olah Faekah nampak tidak bersalah, cantik, molek dan perfect dari segala segi.
Adakah ini pertanda yang Khalid sedang dilamun cinta?
Mari kita lihat pendedahan Faekah sendiri bagaimana Khalid sanggup berkorban apa sahaja demi beliau.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
08/06/2012
PTPTN UniSEL. Anwar Rela Pelajar Pecah Kepala Merusuh. Khalid Merosakan Rancangan.
Oleh:
HHalem
.
Anwar lebih rela melihat pelajar-pelajar UniSEL membuat huru-hara mogok dan rusuhan membantah. Biar pelajar pecah kepala. Khalid pula membantu PTPTN dan pelajar.
Kenyataan media pihak PTPTN telah memberi rasional kenapa pembekuan “sementara waktu” pinjaman kepada pelajar UniSEL telah dibuat dengan berkata mereka berbuat demikian demi memberi Pakatan Rakyat peluang bagi menyediakan pendidikan percuma.
Pihak PTPTN melakukan ini semua atas desakan parti pembangkang supaya pinjaman PTPTN dimansuhkan dan pendidikan percuma diperkenalkan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di negara Selangor.
"PTPTN sentiasa mengikuti perkembangan ini dan memandang berat cadangan serta desakan tersebut (supaya PTPTN diberi percuma & dimansuhkan), terutamanya ia datang daripada parti pembangkang yang kebetulan adalah kerajaan di negeri Selangor," – kenyataan PTPTN.
Yang cukup merangsangkan ialah apabila TS Muhyiddin Yassin menyokong tindakan PTPTN sebagai wajar dan ia hanya bersifat sementara waktu sementara memberi peluang terbaik kepada Pakatan yang sebelum ini sebegitu lantang mahu skim pinjaman itu dihentikan.
"Dia tangguh, bukan batal, nak periksa dulu. Adillah.
Kalau Menteri Besar (Selangor) kata tidak perlu ambil, tidak perlu bagilah,
" – Muhyiddin.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
04/05/2012
Aksi Lucah. Zuraida Menyerang MB Khalid Dengan Ganaz Bagi Pihak Azmin. Perang Besar Di Istiharkan.
Oleh: HHalem.
Pemimpin ??
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kesal dan naik berang dengan MB Selangor, TS Khalid Ibrahim disebabkan sikap sambil lewa Khalid berkaitan dengan penyiaran berita dan gambar yang mengaitkan Azmin Ali sedang melakukan aksi panas dan sedang di ghairahkan oleh seorang wanita.
Zuraida cukup-cukup tidak puas hati dengan Khalid disebabkan Khalid kerana tidak membantu langsung untuk menangkis tafsiran negatif masyarakat terhadap isu moral Azmin.
"Saya beranggapan respon Menteri Besar terhadap isu Azmin
agak mengecewakan
bagi pihak kami”
"Sebagai seorang pimpinan dan Menteri Besar yang dilantik oleh parti, beliau tidak boleh memberi jawapan seolah-olah mahu lepas tangan,"
– Zuraida pada sidang media di Ibu Pejabat PKR, Jumaat.
Zuraida mengulas kenyataan ringkas Khalid pada sidang medianya Rabu lalu yang hanya menjawab
'no comment'
apabila ditanya hal isu gambar dan berita Azmin sedang di ghairahkan oleh seorang wanita.
"
Jadi saya kecewa
kerana ianya akan kecilkan hati Azmin yang banyak berjuang dalam parti”
"
Saya kesal,
sepatutnya Menteri Besar seharusnya lebih berhati-hati dalam memberi komen agar tidak memberi tanggapan negatif kepada masyarakat umum atau media. Dalam persediaan menghadapi pilihan raya, kita mesti duduk dalam satu saf...saya kesal sedikit," kata Zuraida berulang kali di petik oleh mStar.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
06/04/2012
Isu TNB : Rakyat Selangor Berang Dengan MB Khalid (Video).
Oleh: HHalem.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
29/03/2012
Video Khir Toyo: Tender Terbuka Khalid Satu Penipuan.
Oleh: HHalem.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
Gambar-gambar Family Hannah Yeoh Yang Celaru Biru. Dakyah Komunis DAP Menghapuskan Bangsa Dalam Proses.
Oleh : HHalem 1- Perkembangan yang amat menarik telah berlaku apabila pasangan ADUN DAP Subang Jaya Hannah Yeoh dan suaminya Ramacha...
Video:- Ucapan Terakhir KJ Sebelum Masuk Lokap
Oleh : HHalem.
Surat Ancaman Bunuh Najib oleh Mohd Fareez Kamal Intidzam. "PM Patut Letak Jawatan."
Oleh : HHalem. Bakal Pengancam Dan Kemusnahan Negara. 1- Susulan daripada tindakan, seperti biasa, tidak panjang akal AMK Pkr, d...
Dr Asri Buat Kecelakaan Dan Kecoh Lagi Dengan SMS Beliau.
Oleh : HHalem. Dr Asri Memang Gemar Dan Kaki Perhimpunan – Patut la Beliau Bersuara Lantang Kebebasan Hak B...
Video:- Ketok Ketampi Bogel (Nude Squat). Hemy Hamisa Abu Hasan Saari Seorang Pemilik Dadah.
Oleh : HHalem. Hemy Hamisa Abu Hasan Saari Di Tangkap pada 2005 kerana Trafiking/Miliki Dadah. 1- Pada 29 Ogos ...
Demo Haram – KEMATIAN PERTAMA
Oleh : HHalem. Pertama Kematian yang pertama dilaporkan oleh Pkr. Suami kepada Ketua Wanita Cabang KEADILAN Setiawangsa, meninggal...
Tabiat Rosmah Membantu Menjatuhkan DS Najib
Oleh: HHalem. . ...Petikan Bernama... Najib Checks On Final 2012 Budget Preparations. PUTRAJAYA, Oct 6 (Bernama) -- Prime Minister...
Video: Azmin Ali Dan Pemimpin PAS Sedang Beraksi Menunjuk Samdol.
Oleh: HHalem. Mark 01:25 “Polis Saudi Arabia boleh jaga sampai 3 juta orang dalam masa Haji..tak kan Polis PDRM tak bol...
Video Amoi MCA: “MCA Consume The Ladies”
Oleh: HHalem. Amoi-amoi Panas MCA semasa perhimpunan. Apa maksud 'MCA comsume' the ladies? Apa maksud 'MCA ...
Blog Archive
Blog Archive
Sept 2012 (49)
Aug 2012 (45)
Jul 2012 (50)
Jun 2012 (52)
May 2012 (54)
Apr 2012 (61)
Mar 2012 (48)
Feb 2012 (67)
Jan 2012 (76)
Dec 2011 (84)
Nov 2011 (90)
Oct 2011 (126)
Sept 2011 (119)
Aug 2011 (124)
Jul 2011 (165)
Jun 2011 (83)
May 2011 (105)
Apr 2011 (104)
Mar 2011 (69)
Feb 2011 (47)
Jan 2011 (47)
Dec 2010 (22)
Nov 2010 (6)
Oct 2010 (3)
Sept 2010 (4)
Radio Live Online
Sinar.fm - KlasikNasional.fm