Multiple Pages

20/04/2011

Najib Telah Di Tipu Atau Terlepas Pandang Atau Kita Diperbodohkan. MyEmail.my.


Oleh : HHalem

Citizen Inbox
HHalem.myemail.my

1- Tricubes Berhad pemaju penyelesaian internet perkhidmatan kerajaan menelan kos RM50 juta yang diumumkan akan melancarkan perkhidmatan “Citizen Inbox” – myemail.my


2- Pendaftaran ujian peringkat ‘beta’ akan bermula akhir bulan April ini. Kerajaan berkata perkhidmatan itu diadakan atas prinsip sukarela di mana rakyat tidak diwajibkan dan tiada wang awam akan digunakan untuk membiayai projek tersebut. Tricubes berkata,

“myemail adalah perkhidmatan penghantaran mesej e-mel yang terbuka kepada kesemua rakyat Malaysia Jika anda seorang rakyat Malaysia maka anda layak mendapatkan akaun myemail ”

3- Disini tidak akan dipertikaikan samada membazir atau tidak email percuma yang dicadangkan kerajaan. Kata kunci disini ialah “jika anda seorang rakyat Malaysia”.

4- Jika hendak membuka account MyEmail.my, apakah yang akan membuktikan bahawa anda adalah seorang rakyat Malaysia? Sudah tentulah, 

a- Number MyKad atau Passport number atau Number Angkatan Tentera.

b- Nama mesti betul-betul dan ‘nickname’ tidak akan diterima.

c- Umur dan alamat mesti betul, bukan yang direka-reka. Alamat rumah mesti betul.


5- Bermakna disini data-data peribadi telah berada didalam internet dan mudah dipergunakan oleh ‘hackers’. Dan ia tidak akan terjamin selamat. Tidak akan terjamin bahawa Tricubes atau orang dalaman tidak akan menjualnya kepada pengiklan ‘spammer’ atau menghantar sampah sarap kepada email. 


6- email free Yahoo atau gMail yang tersangat canggih sekali pun masih terdapat penghantaran email sampah. 

7- Katakunci kedua ialah, “prinsip sukarela di mana rakyat tidak diwajibkan”. Kata-kata ini akan menjadi benar selagi anda tidak berurusan dengan kerajaan. Jika anda mula berurusan dengan kerajaan, kata-kata itu akan terus menjadi kata penipuan. Rakyat mana di Malaysia ini tidak akan pernah berurusan dengan kerajaan. 

8- Bermula sahaja anda diberanakan sehinggalah anda mati, anda tetap akan berurusan dengan kerajaan. Bermula dengan daftar surat beranak Hospital, Balai Polis; mula bersekolah; ke institue pengajian tinggi Unit Pusat Universiti; pinjaman Mara PTPTN; kemudian berkhawin jumpa Tok Khadi, Tok Imam; beli kereta motor JPJ, Polis (ini paling berat dan leceh sekali); mula berkerja swasta EPF, Sosco; ambil pencen; keluarkan Epf; kemudian paling akhir ialah daftar kematian. Adakah apabila tiba masanya kita akan katakan ‘prinsip sukarela dimana rakyat tidak diwajibkan’?. Nak mampus. 


9- Semua perkara-perkara diatas samada borang cetakan atau borang online, akan terpapar ruang ‘email Citizen Box” untuk makluman balas. Paling celaka sekali apabila hendak memasuki ruang mustahak website kerajaan atau hendak muat turun borang rasmi yang mustahak, maka anda terpaksa meng-login dengan mengunakan email rasmi citizen box.


“Celako-celako-celako. Cukup Celako”

“Saman Polis JPJ, Hutang MARA, PTPTN terus masuk ke email. Bayar segera. Tak boleh tanguh-tanguh’

“Orang asli dalam hutan pun tak boleh lari. Daftar beranak. Daftar Pilihanraya”


No comments:

Post a Comment