Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

19/05/2011

Anwar Tahu Polis Dan Undang-undang Lemah. Terus Beliau Putar Teka Teki Dalam Chat


Oleh : HHalem
  
1- Di dalam sesi Chat bersama Anwar dan orang awam yang di hostkan oleh Yahoo! News Malaysia hari ini, Anwar berkata beliau mungkin mengenali si  pelaku dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan dirinya apabila ditanya mengenai skandal itu.

“Saya ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut, ha ha,” katanya ketika ditanya jika mengenali identiti lelaki dalam video 21 minit yang didedahkan 21 Mac lalu.

2-  Dengan jawapan Anwar tersebut membuktikan kepakaran beliau memanupulasikan keadaan dan kelemahan orang lain untuk memberi kekuatan pada beliau. Kepakaran beliau itulah yang membawa kecelakaan dan padah dan porak poranda kepada rakyat Malaysia yang mudah tertipu.

3-  Kali ini beliau telah mengetahui kelemahan pihak polis yang telah awal-awal lagi telah mendedahkan bahawa tiada peruntukan undang-undang yang boleh mendedahkan siapa pelaku video bogel yang di siasat. Inilah kelemahan pihak polis dan kelemahan peruntukan undang-undang yang Anwar nampak dengan jelas.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang menjurus kepada kesalahan mengedar dan mempamer video lucah di mana tiada keperluan di pihak polis untuk mendedahkan identiti pelakunya

“Tiada keperluan undang-undang untuk mendedah pelakunya Jikalau kita mengambil tindakan yang lebih daripada had undang-undang kita akan dituduh pula terlibat di dalam politik ”


“Kita menjalankan tanggungjawab menyiasat kes ini apa yang tidak boleh didedah kita tidak akan dedah Jangan mendesak kita kita mengikut peruntukan undang-undang ” katanya mengulas kenyataan Ketua Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air Datuk Zaid Ibrahim yang mendakwa kredibiliti polis akan terjejas jika ia masih teragak-agak mendedahkan identiti pelaku dalam video seks itu

4- Dengan kelemahan itu, ia memberi kelebihan kepada Anwar dan beliau terus membawa rakyat kepada teka-teki selanjutnya iaitu yang beliau “ada beberapa orang untuk disyaki! perut buncit dan dada lendut”

Berikut ialah transkrip penuh Chat Anwar didalam Bahasa Melayu, yang di ambil dari MyNewsHub dengan sedikit susunan format baru.


..............................................................................................
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi ini menghabiskan masa lebih sejam menjawab pelbagai pertanyaan di dalam ruangan chat Yahoo! Malaysia.
Perbualan yang bermula kira-kira 11.30 pagi itu berakhir pada pukul 12.50 tengah hari.
Berikut adalah transkrip penuh perbualan tersebut yang telah disediakan oleh Mynewshub.my;


1- [Comment From adiputra77 adiputra77 : ]
DSAI, ada org mengatakan jika budget buku jingga dilaksanakan negara akan bengkrap. apa komen DSAI
Anwar Ibrahim: sila teliti buku jingga dan kita pastikan negara maju dan rakyat terbela

2- Yahoo! Malaysia Editor:
(Dari: eatonmax88)
Apa yang kami boleh lakukan bagi membantu Datuk untuk menang dalam pilihanraya yang akan datang?
Anwar Ibrahim: Daftar sebagai pengundi. Jadi sukarela dan bantu kerja-kerja parti. Sebarkan maklumat. Reformasi! 

(Dari Didi)
Jika DSAI berkuasa, adakah isu-isu tersebut dapat diselesaikan?
1. Penurunan harga petrol kepada RM1.30 seliter & dikekalkan kepada harga tersebut.
2. Duti import terhadap kereta-kereta asing dihapuskan supaya rakyat mampu memiliki kereta dengan harga yang rendah. Kereta-kereta Proton perlu lebih murah berbanding masa kini.
3. Pembubaran tol-tol di semua lebuhraya, namun servis dan kerja-kerja penyelenggaraan masih sama seperti sekarang.

Jika boleh, berapa lama sebelum perkara-perkara tersebut boleh dilaksanakan bermula daripada hari pertama DSAI memegang kuasa?

Anwar Ibrahim: Harga petrol: Lihat jumlah keuntungan kerajaan. Kita tidak sepatutnya menyukarkan rakyat. Kita mampu mengurangkan harga.
Anwar Ibrahim: Duti Import: Kita sememangnya akan kaji semula dan kurangkan cukai.
Anwar Ibrahim: Tol: Kerja-kerja penyelenggaraan akan terjamin.

3- [Komen dari Micheal Micheal : ]
Datuk, Apakah agenda politik yang akan Datuk sampaikan bagi mereformasikan sistem politik Malaysia?
Anwar Ibrahim: Kerajaan baik, kehakiman bebas, suruhanjaya pemilihan, suruhanjaya anti-rasuah. Keadilan bagi golongan-golongan miskin dan terpinggir. Khamis

4- [Komen dari Dato "D" Dato "D" : ]
DSAI, saya ingin bertanya tentang ‘bayang kerajaan’ yang Datuk telah janjikan kepada rakyat. Ia seperti hanya dogeng dari pihak Datuk. Boleh Datuk terangkan kepada saya tentang perkara ini?
Anwar Ibrahim: Kita perlu hasilkan ‘jawatankuasa bayang’ dimana ianya adalah lebih efektif.

5- [Komen dari farizherhandez farizherhandez : ]
Dato’s Seri, apakah pandangan Pakatan terhadap perbezaan sekolah-sekolah di Malaysia (SJKC, SJKT)? Sebarang cadangan supaya satu jenis sekolah sahaja untuk semua pelajar?
Anwar Ibrahim: Keutamaan kita adalah kualiti pembelajaran. Kita juga perlu menghormati kehendak dan pilihan para pelajar dan ibu bapa mereka. Bahasa Melayu akan kekal sebagai bahasa rasmi, namun kita perlu menaikkan taraf kualiti bagi Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain.

6- [Komen dari Brandon Brandon : ]
Apa yang akan terjadi kepada Pakatan dalam Pilihanraya Umum akan datang jika Datuk Seri dipenjarakan? adakah perkara tersebuh akan memecahkan Pakatan?
Anwar Ibrahim: Berdasarkan undang-undang dan fakta, tiada sebab bagi mereka untuk penjarakan saya. Untuk masa ini, reformasi!

7- [Komen dari Naim Naim : ]
Jika kini Datuk adalah Perdana Menteri Malaysia, adakah Datuk akan melindungi Proton?
Anwar Ibrahim: Keutamaan: Pertahankan pengguna dan lindungi kepentingan rakyat.
Ramai yang telah bersumpah dan menyatakan kesediaan mereka untuk dilaknat demi menuduh DSAI dengan kes2 yg tidak sepatutnya seorang pemimpin harapan bangsa lakukan. Kenapa DSAI tidak bersumpah utk menafikan mereka2 itu? (Dari: Mamat)
Anwar Ibrahim: Sumpah mesti ikut syariat. Ini soal hukum, bukan mainan politik. Rujuk fatwa tentang qazaf http://risalahpr.blogspot.com/2011/01/teks-penuh-fatwa-dr-yusuf.html

8- [Komen dari Forest Forest : ]
Politik di Malaysia sering dilakukan sehingga melibatkan hal peribadi…mengapakan DSAI dianggap sebagai seorang yang “bahaya” oleh parti pemerintah? DSAI pernah menjadi Timbalan Perdana Menteri dibawah pemerintahan Mahathir. Apa yang telah terjadi antara DSAI dan UMNO?
Anwar Ibrahim: Agak memalukan bagi pemimpin-pemimpin UMNO kerana mereka sering terjebak kepada politik kotor dan pornografi. Saya dianggap ‘bahaya’ kerana komitment saya dalam membentuk reformasi dan membanteras korupsi dan kronisme.

9- [Komen dari David David : ]
Beri saya satu sebab mengapa saya patut undi Datuk bagi pilihanraya akan datang.
Anwar Ibrahim: Untuk Kebebasan dan keadilan. Cukuplah rasisme dan korupsi.
Anwar Ibrahim: Singapura juga, perlu melalui reformasi politik. Ia merupakan satu cabaran bagi pucuk kepimpinan.

10- [Komen dari khairi khairi : ]
Apakah pandangan Datuk terhadap sistem kehakiman di Malaysia?
Anwar Ibrahim: Rujuk laporan Suruhanjaya Hakim Antarabangsa (ICJ). Ia perlu dilakukan secara bebas dan bukan berdasarkan pemimpin politik.

11- [Komen dari Yuzaidi Yuzaidi : ]
Negara mana yang Pakatan akan jadikan contoh dalam menyelenggarakan negara?
Anwar Ibrahim: Kami akan mengambil polisi-polisi yang kami anggap positif dari mana-mana negara.

12- (Yahoo! Newsroom (Malaysia)
Persepsi yang kian memuncak kini adalah Pakatan Rakyat dianggap tidak mampu bertahan sejak Mac 2008 dan tidak mampu mengatasi 2/3 undi majoriti BN bagi pilihanraya seterusnya. Apakah pendapat Datuk?
Anwar Ibrahim: Propaganda media arus utama. Pakatan masih mampu. Contoh: Pilihanraya di Sarawak.

13- (Dari: Yahoo! Newsroom (Singapura)
Lee Kuan Yew mengundurkan diri. Adakah ini akan memberikan kesan terhadap hubungan antara kedua-dua negara?
Anwar Ibrahim: Kepentingan adalah saling membantu dalam perkembangan ekonomi dan hubungan budaya dengan Singapura.

14- [Komen dari Sanchez Sanchez : ]
DS,ade cubaan utk mengharamkan parti PKR, apa kata DS?
Anwar Ibrahim: Ini kerja pimpinan UMNO yang terdesak dan terus mendera rakyat.

15- (Yahoo! Newsroom (Malaysia)
Lesbian, Gay, Bi-Sexual dan Transgenders (LGBTs). Adakah golongan ini tidak akan ditindas – hanya golongan ini dan bukan golongan minoriti yang lain – jika Pakatan akan mengambil alih Putrajaya? Adakah perkara ini akan berlaku jika PAS adalah sebahagian daripada kerajaan persekutuan?
Anwar Ibrahim: Kami ambil berat terhadap institusi keluarga dan perkahwinan. Namun, kami tidak sepatutnya mendiskriminasi mereka. Jawapan adalah menerusi pembelajaran dan PAS menyetujui/menerima pandangan ini.

16- [Komen dari IWAN IWAN : ]
DSAI, adakah rakyat mampu menerima Perdana Menteri bukan Islam?
Anwar Ibrahim:Turuti perlembagaan dan kehendak rakyat.
Adakah DSAI mampu untuk menangkis segala tuduhan yang dikenakan keatas Datuk?

17- (Dari: Sponge Bob)
Anwar Ibrahim:Tuduhan-tuduhan palsu. Konspirasi  pemimpin-pemimpin UMNO untuk mengelak daripada isu-isu utama kerajaan, korupsi dan salahguna kuasa. Akan kami atasi.

18- [Comment From Amir Amir : ]
Ramai rakan seperjuangan diawal penubuhan PKR telah meninggalkan DS..komen
Anwar Ibrahim:beberapa orang dibeli UMNO. Majoriti yang punyai daya tahan, daya juang dan maruah masih kekal dengan perjuangan. Tenaga baru muncul, lebih wibawa dan dibuktikan dalam PRU yang lalu.

19- Saya dari Filipina,
Datuk, jika Datuk diberi peluang untuk memimpin Malaysia, salah satu daripada negara yang semakin berkembang dari segi pembangunan, apakah ahli-ahli SEA, dan negara saya sendiri akan peroleh dari pentadbiran Datuk?
Anwar Ibrahim:FIlipina: Negara jiran yang penting. Jose Rizal dianggap sebagai wora. Adios. Maraming Salamat Po!

20 -[Comment From eizman bc eizman bc : ]
ada dato seri akan terus bsama rakyat yg dizalimi walaupun dato seri sndiri terus menerus dizalimi dan adakah dato seri akan kembali ke umno jika ditawarkan mnjadi PM..
Anwar Ibrahim:Saya tetap bersama golongan Mustadh’afeen. UMNO sudah tidak relevan kerana dikaitkan dengan kezaliman, keangkuhan dan rasuah.

21- Comment From mohd noor mohd noor : ]
BN dilihat byk membuat persediaan PRU13 termasuk tipu daftar undi. PR mcm over confident menang. Apa komen?
Anwar Ibrahim:Kita arif dengan penipuan PRU yang dikendali UMNO/BN. Kita akan lebih waspada dan kerja keras. Suara rakyat, suara keramat! Thursday May 19, 2011 12:03

22- [Komen dari Santai Santai : ]
Jika Datuk diberi peluang untuk berehat, kawasan pergunungan atau pantai. Mengapa?
Anwar Ibrahim:Saya lebih gemar pantai. Tenang. Yang lain, ha ha!

23- Komen dari lordleandre lordleandre : ]
DSAI, jika 98 tidak berlaku, adakah Datuk akan kekal di UMNO?
Anwar Ibrahim:Ia berlaku hasil daripada tindakan saya dalam membentuk agenda reformasi. Pemimpin-pemimpin UMNO ditolak. Akibatnya, saya dipenjarakan.

24- [Komen dari Puanes Puanes : ]
Apakah pendapat DSAI terhadap PERKASA?
Anwar Ibrahim:Penghinaan terhadap rakyat Malaysia dengan bidasan yang berunsur perkauman. Ia juga merupakan umpan UMNO dalam membentuk masalah dan pertengangan kaum.

25- Yahoo! Malaysia Editor: 
Kebenaran terhadap penglibatan Datuk dalam ‘video sex’ (Dari: Zuzayati)
Anwar Ibrahim:Saya dengan tegasnya menyangkal isu tersebut dan telah melaporkan perkara ini kepada pihak polis. Pemimpin-pemimpin UMNO mengambil langkah dalam politik pornografi. Dan adalah salah bagi mereka jika mereka mahu memberi pendapat terhadap moral.

26- [Comment From Guest Guest : ]
Assalamualaikum.. Tumpang lalu, Kebelakangan ini barisan AMK kurang agresif dalam mendekati orang muda dan lebih mendekati wakil2 atasan. Takut budaya dalam Umno semakin menular dalam PKR. Reaksi DS terhadap kepimpinan anak muda dalam PKR setakat ini? Terima kasih…
Anwar Ibrahim:Saya akui kita mampu meningkatkan usaha. Namun, saya juga teliti dan bersama dalam banyak kegiatan AMK. Saya bangga dengan keupayaan mereka.

27- (Komen dari suffian ramli suffian ramli : ]
Adakah Datuk bersedia untuk melaksanakan hukum Hudud jika Datuk dipilih sebagai Perdana Menteri?
Anwar Ibrahim:Kita perlu faham tentang apakah perkara yang lebih penting dalam Syariah (maqasid syariah). Apa yang penting adalah keselamatan, kebebasan dan keadilan bagi rakyat.

28- Komen dari Daniel Daniel : ]
Adakah hubungan antara PR dan Raja Petra semakin buruk?
Anwar Ibrahim:Saya masih lagi berhubung dengan beliau.

29- [Komen dari Dr MiM Dr MiM : ]
DSAI, apakah rasional dalam mengelak ‘tunjukkan jam Omega’ kepada wartawan dan rakyat? Logiknya, perkara ini boleh mengurangkan isu moral Datuk?
Anwar Ibrahim: Apakah isunya? Pertama, Eskay berkata bahawa ia diberikan oleh Putera Saudi. Kemudian, ia dibeli di Taiwan pada 2004 (ketika saya di penjara). Mengapa perlu saya jelaskan perkara ini?

30- [Comment From wasif wasif : ]
Buku apa-tulisan siapa yg paling bnyak mmpengaruhi pemikiran DSAI?:)
Anwar Ibrahim:Al-Quran, kitab hadith, karya-karya besar termasuk Shakespeare, Tagore, Iqbal. 

Thursday May 19, 2011 12:15 Anwar Ibrahim

31- Yahoo! Malaysia Editor: 
(Dari: Sugarbarbie)
Jika Datuk sedang berada dalam perjumpaan ketika Saiful dipercayai diliwat, mengapa tidak panggil saksi-saksi yang ketika itu bersama DSAI? Datuk mempunyai alibi yang kukuh, mengapa tidak digunakan?
Anwar Ibrahim:Proses pendakwaan adalah kejam. Itu adalah antara sebab mengapa saksi-saksi utama tidak dipanggil. Cth: Mereka yang terlibat dalam perjumpaan tersebut dan Dr. Osman. Ini adalah antara perkara yang diungkitkan bagi pihak saya.

32- [Comment From ujang ujang : ]
aper komen DS tentang PR terbaru di sarawak
Anwar Ibrahim:Dalam keadaan baik. Ada sedikit suara negatif yang dihebahkan media.
Sdr memang menjadi sasaran serangan. Mengapa sdr tidak berhati-hati alam memilih pegawai saudara atau sahabat sejak serangan liwat kali pertama
Anwar Ibrahim:Saya tidak mudah menghukum orang. Saya lebih bersifat memaaf dan tidak mencurigai. Jika Saiful yang dimaksudkan, beliau telah dipilih oleh staf lain dan hanya pekerja sementara.

33- [Comment From Wan Wan : ]
Kerajaan Malaysia berusaha untuk memastikan DS dipenjarakan tidak kira berapa banyak bukti ditunjukkan..apa strategi DS?
Anwar Ibrahim: Ini kerja ala Mubarak dan diktator lain. Saya yakin insyaAllah kita akan atasi.

34- Comment From John John : ]
Bilakah DS akan menyaman Datuk Eskay?

35- [Comment From tsunami tsunami : ]
assalamualaikum DS,bagaimana dgn keadaan pimpinan pkr yg nampak agak bercelaru…??apa kaedah penyelesaian terbaik demi menjamin kelangsungan pakatan rakyat??
Anwar Ibrahim:saya telah rujuk kepada polis dan rakan-rakan telah rujuk ke mahkamah Syariah. Saya akan tentukan strategi sebaiknya. Thursday May 19, 2011 12:21 Anwar Ibrahim

36- Yahoo! Malaysia Editor: 
Adakah DSAI bersetuju terhadap perjuangan kerajaan tentang tiada lagi ‘pemisahan kuasa’ seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia?
Anwar Ibrahim:Agak jelas bahawa tiada ‘pemisahan kuasa’ berlaku. PM dan pemimpim-pimimpin beliau mempunyai kuasa mutlak.


37- Comment From Rasli79 Rasli79 : ]
Saudara Anwar, apa pandangan peribadi ringkas saudara terhadap Tun Mahathir selain dari konteks politik?
Anwar Ibrahim: Dr. M kuat disiplin dan kerja. Sosok keras dan tidak sedia menerima kritikan.

Thursday May 19, 2011 12:27 Anwar Ibrahim

38- Yahoo! Malaysia Editor: 
(Pretty Girl)
Adakah DSAI yakin bahawa Pakatan mampu memperoleh semula Perak dalam PRU yang akan datang?
Anwar Ibrahim:Ya. Dan insyallah, Putrajaya juga.
Comment From najib najib : ]
apa komen ttg isu agama rasmi ?
Anwar Ibrahim:Islam agama persekutuan dengan maksud mengangkat martabat dan menghayati. Sila rujuk http://risalahpr.blogspot.com/2011/05/pakatan-rakyat-menjunjung-prinsip.html Cabarannya bukan sekadar slogan, tetapi pertahan akhlak, keadilan. Hak penganut agama lain harus dipelihara.

Thursday May 19, 2011 12:31 Anwar Ibrahim

39- Komen dari Adi Rosdee Adi Rosdee : ]
Jika DSAI bukan seorang ahli politik, apakah pekerjaan yang DSAI ceburi? Jika hidup ini mampu diulang, adakah DSAI masih mahu menjadi seorang ahli politik?
Anwar Ibrahim:Saya amat menyukai kerjaya saya sebagai seorang tenaga pengajar di Yayasan Anda dan Universiti Georgetown sebagai profesor jemputan. Saya kekal komited dalam mereformasi agenda demi kebebasan dan keadilan.

40- [Comment From suffian ramli suffian ramli : ]
saudara Anwar, sila sambung ayat ini “Saya sedih bila….”
Anwar Ibrahim:….. fitnah berleluasa, rakyat ditindas, kroni didahulukan.

41- [Komen dari zulkifli zulkifli : ]
Adakah DSAI rasa jurang antara Melayu dalam UMNO, PKR dan PAS sesuatu yang baik dalam politik dan apa yang perlu dilakukan dalam menyatupadukan mereka.
Anwar Ibrahim:Perpaduan adalah untuk kebebasan dan keadilan, bukan untuk mempertahankan korupsi dan ketidakadilan.

42- [Komen dari  Amir Amir : ]
Siapakah yang akan memgang jawatan Perdana Menteri jika PR menang PRU seterusnya?
Anwar Ibrahim:Soalan yang baik, atas keputusan PR. Kami perlukan sokongan anda.

43- [Comment From crystal clear crystal clear : ]
Bagaimana DSAI boleh meningkatkan taraf hidup masyarakat India.
Anwar Ibrahim:Kami mempertahankan hak bagi setiap rakyat, terutamanya golongan miskin dan terpinggir.

44- [Comment From malaysian malaysian : ]
Adakah DSAI akan melindungi masyarakat Cina?
Anwar Ibrahim:Mereka juga adalah rakyat. Wo-men tou shi yi cia ren

45- [Komen dari Nik Abdul Nik Abdul : ]
Apakah pendapat DSAI apabila pakar-pakar dari Korea Selatan dan Amerika Syarikat menyatakan bahawa individu yang berada didalam ‘video seks’ tersebut seakan-akan Datuk? Adakah Datuk rasa ianya mungkin satu lagi konspirasi?
Anwar Ibrahim:Contoh mudah bagaimana individu bijak seperti anda boleh ditipu oleh media UMNO. Pakar bagi bahagian apa? Mengapa mereka tidak telus?

46- [Komen dari Guest Guest : ]
Bagaimanakah DSAI mahu menghentikan isu-isu besar ini daripada menjadi lebih teruk?
Anwar Ibrahim:Golongan professional semakin menghilang atas sebab pimpinan kerajaan yang lemah dan keadaan ekonomi yang juga lemah. Keutamaan kami adalah untuk menaiktaraf pertumbuhan ekonomi, kerajaan dan mengambil golongan-golongan professional ini semula.

47- Comment From PK PK : ]
Adakah betul dakwaan yang mengatakan Dato seri bersetuju dengan fahaman pluralisme dan bersetuju dengan tindakan Lina joy untuk keluar Islam ats nama kebebasan beragama??
Anwar Ibrahim:Percubaan juak UMNO untuk memfitnah termasuk menteri agama. Syeikh Yusuf Qardawi sedia jadi saksi seandainya saya didakwa dalam isu ini. Kita tidak menggalakkan atau meremehkan soal aqidah tetapi kita juga tidak boleh memaksa.

48- [Komen dari splikik splikik : ]
Mampukah isu rasisme dibanteras di Malaysia? Jika boleh, bagaimana?
Anwar Ibrahim:Kewarasan adalah elemen penting dalam isu ini. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak menyokong rasisme. Hanya UMNO dan Perkasa yang sering menggunakan isu-isu yang mengaitkan perkauman.

49- [Comment From Stpehen Stpehen : ]
DS, bagaimana keadaan nasib penduduk peribumi Sarawak sejak 48 tahun di bawah regim BN?
Anwar Ibrahim:Miskin, parah, terabai dan tanah dirampas. Kita akan bersama berjuang pertahan hak rakyat. Agi idup, agi ngelaban!

50- [Comment From engku muhammad engku muhammad : ]
baru-baru ini DS ada datang ke terengganu dan mengadakan perjumpaan dengan beberapa orang sahabat lama seperti ustaz zainal abidin dan ramai lagi.apa perasan DS melihat mereka masih bersama-sama DS sehingga hari in?
Anwar Ibrahim:Sahabat setia dan saya terharu. Teman-teman lama ini berjuang yakin dengan prinsip. Ini berbeda dengan juak-juak baru yang menuntut saham dan dana. jazakumullah khairan kepada sahabat-sahabat setia.

Anwar Ibrahim:Terima kasih, thank you, xie xie, nandri. Saya ingin memohon maaf jika tidak menjawab semua soalan yang diberikan. Rujuk tweets/blog (sertai saya di twitter @anwaribrahim). Satu kesempatan yang amat baik untuk berhubung terus dengan sahabat. Dan terima kasih juga kepada Yahoo! Malaysia.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

6 comments:

  1. tubuh suruhanjaya diraja - maka terlondehlah siapa orangnya - itu saja - bloger bertindaklah

    ReplyDelete
  2. Hehe. Lain kali tanye la soalan yang mencabar sket. Tanye dia, kenapa 16 Sept 2008 dulu dia tak jadi PM pon? Apa yg jadi sebenarnya? Kenapa dia lari gi Kedutaan Turki bila dituduh meliwat sedangkan dakwaan dia yg ada org nak bunuh dia tak berasas pon? Kenapa ada double standard berhubung isu video seks dia di mana bila kuar video seks Chua Soi Lek puak2 Pakatan Rakus dgn segera suruh diwujudkan Suruhanjaya Diraja tp tidak bila video seks dia kuar? Apakah jenama seluar dalam yg dipakainya dalam video seks tersebut? Dan byk la lg soalan2 cepu emas yg patut dia jawab utk merungkai segala persoalan dlm benak fikiran seluruh rakyat. Pape pon jawapan wajib dia - konspirasi UMNO. Sekian.

    ReplyDelete
  3. Ceh,jawab sehala mcm tu boleh putar sakan la, nama pun putar alam. Yang tak disebut kroni keluarga dia semasa jadi menteri kewangan dulu. mangkuk punya pembelit.

    ReplyDelete
  4. Hehe. Lain kali tanye la soalan mencabar sket. Patutnya tanye dia, kenapa 16 Sept 2008 dulu PR tak dpt tawan Putrajaya setelah dia berjanji dan yakin akan menawan Putrajaya ketika itu? Kenapa dia lari ke Kedutaan Turki setelah Saiful membuat laporan liwat sedangkan dakwaan dia ada org nak bunuh dia tak berasas sama sekali? Kenapa ada double standard di mana ketika video seks Chua Soi Lek kuar, dengan pantas puak2 Pakatan Rakus menuntut diwujudkan Suruhanjaya Diraja tetapi tidak pula segera dituntut malah disanggah pula bila video seks dia kuar? Apakah jenama seluar dalam yg dipakainya di dalam video seks tersebut? Dan byk lg la soalan2 cepu emas yg patut dijawab oleh dia demi merungkai segala persoalan yg ada di benak fikiran seluruh rakyat. Pape pon jawapan wajib dia - itu konspirasi UMNO. Sekian.

    ReplyDelete
  5. Salam pemilik blog..hiihii
    Seawal digembar gemburkan bhwa Brader Anwar Bin Ibrahim @ BABI akan mnjadi tetamu temubual online Yahoo,terdapat segolongan manusia yg cepat2 melahirkn kebanggaan bhwa ini tnda BABI diiktiraf diarena antarabangsa.Namun sebenarnya kesempatan ini adalah saat terbaik utk kita mengukur tahap kemunafikan dan kejahilan BABI dalam memutarbelitkan fakta dan isu.Ini semua adalah bagi menutup kelemahan dan dosa-dosanya selama ini.Tuduhan liar yang tidak sudah2 trhadap UMNO dan fakta bercelaru penuh misteri amat sinonim dgn dirinya. Apa yg pasti,dia telah memeberikn byk peluang dan ruang utk kita mempertikai dan merogol sisi politik dia.Ayuh,bloggers..Time to win back what we've nearly lose!

    ReplyDelete
  6. i'm not a pure malay, but i'm 100% agree with putra melayu. lg2 salah umno. stupid proud man..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive