Multiple Pages

19/05/2011

PKR Bakal Di Haramkan. Pakatan Rakyat Akan Pincang. Yahoo!!


Oleh : HHalem

Sidang Media Tengah hari ini.

1- Berkat doa dan sembahyang hajat umat Islam dari semua golongan Pas-Pkr-Dap-Umno-BN, satu persatu hikmah datang menunjukan kebenaran. Dari Kes Liwat 2, Kes Video Bogel dan terakhir sekali kemungkinan besar PKR akan di haramkan, walaupun ia masih lagi diperingkat proses pengharaman.

2- Semua perkara-perkara di atas melemahkan kepercayaan rakyat kepada Pas-Pkr-Dap dan ia semakin meningkat.  Bukti-bukti ilmiah dan kajian terhadap ketidak-kepercayaan rakyat terhadap Pas boleh di dapati disini>, walaupun kajian tidak menyeluruh ke serata Malaysia. Ia cukup membuktikan sebagai tanda awalan yang Pas-Pkr-Dap akan jatuh tersungkur pada PRU 13 nanti.

3- Jika PKR sah akan diharamkan, kita akan celebrate dan pekena ikan bakar di Restoran Terapung UMBAI, Melaka.



...Sumber Malaysian Insider...

KUALA LUMPUR 19 Mei — Di sebalik spekulasi pilihan raya umum ke-13 Parti Keadilan Rakyat PKR - komponen Pakatan Rakyat berhadapan dengan risiko kemungkinan dibatalkan pendaftaran dipercayai berkaitan dengan pemilihan secara langsung akhir tahun lalu

The Malaysian Insider difahamkan PKR telah menerima surat berkaitan dengan tindakan itu daripada Pendaftar Pertubuhan RoS awal bulan ini

“Saya dimaklumkan RoS sudah keluarkan surat untuk membatalkan pendaftaran, surat diterima baru-baru ini saya tak pasti tarikhnya ” kata sumber

Sumber itu berkata berdasarkan surat RoS PKR didakwa melanggar beberapa peruntukan perlembagaan part itu yang ditubuhkan April 1999

 Bagaimanapun katanya PKR mempunyai alasan kukuh yang ia tidak melanggar sebarang peruntukan dalam perlembagaannya

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail akan mengadakan sidang media mengenai isu itu tengah hari ini

“Kami tak terkejut dengan tindakan RoS ini tunggu sidang media nanti ” katanya lagi

 PKR yang awalnya dikenali sebagai Parti Keadilan Nasional Keadilan ditukar nama semasa selepas proses penggabungan empat tahun kemudian

Ia mengadakan pemilihan secara langsung peringkat pusat menggunakan kaedah satu ahli satu undi yang turut menyaksikan masalah dan aduan

Sejak selepas pilihan raya umum 2008 PKR juga tidak kesunyian daripada kritikan daripada pesaingnya termasuk menggesa agar RoS mengambil tindakan ke atas parti itu

Parti itu yang menyaksikan prestasi terbaik pada pilihan raya umum 2008 menerusi kerjasama dengan PAS dan DAP turut berhadapan dengan tindakan beberapa wakil rakyat di kedua-dua peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri keluar atau melompat parti.

4 comments:

  1. bro

    awat hang kata aku belum paut blog hang ?

    hehe

    ReplyDelete
  2. Bro, jangan lupa jemput aku kalau nak ke Umbai makan Ikan bakar tu...dengar kata Shamsul ketot pun nak meniaga ikan bakar kat umbai jika PKR diharamkan...

    ReplyDelete
  3. Bro GAP:-)
    Amboi Bro pandai cakap Kedah nooo:-)

    Cek memang teruja, bila nama besar macam Tuan GAP singgah mai sini.

    Cek nak ucapkan jutaan TQ kpd Tuan GAP dlm hal paut memaut ni.

    Rasa-rasa yg belum paut tu zaman dolu kala kot.

    Zaman type pun x betui, font lari, tekan post ada yg keluaq dua kali. Tekan posting malam, keluaq pagi. Baru belajaq lagi.

    Laaaaa. Baru perasaan. Minta maaf Tuan.
    GAP dok dalam ruang.."BLOG BELUM PAUT LAGI"

    Cek dok baca blog GAP hari-hari, sampai x perasaan.

    cek repair laa jugaa.

    Again, Tuan thanks a zillion for pointing the discripancies.

    ReplyDelete
  4. Bro Nanang,:-)

    Boleh Bro kalau larat. Aku pi malam-malam. Kemudian lepak-lepak sampai 3 empat pagi.

    Hantu Bastion House-Dunlop House sebelah Kubu tu keluaq pukui 3.33 pagi. Dia pakai uniform Belanda.

    Samsul Kemetot tu kalau jumpa dia, aku belasah dgn ikan tongkoi. :-)

    ReplyDelete