Oleh : HHalem
SUMMARY - Kaji
Selidik Social Matrix Research (SocMat)
“Tinjauan Kepekaan Penduduk
Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011”
Penerimaan Rakyat
Kelantan Terhadap Pemimpin Kelantan
No
|
Pemimpin Kelantan
|
% Kesukaan
|
||
2011
|
2006
|
Naik/Turun
|
||
1
|
Datuk Nik Aziz Nik Mat
|
48.3
|
76.0
|
MERUDUM
|
2
|
DS Mustapa Mohamed (Umno)
|
31.4
|
6.0
|
MELANGIT
|
3
|
Datuk Awang Adek (Umno)
|
9.0
|
MELANGIT
|
|
4
|
Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
|
1.8
|
MERUDUM
|
|
5
|
Datuk Husam Musa
|
1.6
|
MERUDUM
|
|
6
|
Datuk Mohd Alwi Che Ahmad
|
1.3
|
MERUDUM
|
|
7
|
Datuk Mohd Fatmi Che Salleh
|
1.1
|
MERUDUM
|
Pok Nick dan Kelantan Nam
Jahanam Pada PRU 13 Nanti.
Salah satu punca utama di sebabkan
:-
PAS berkawan dengan Kafir
Komunis Kristain DAP
Methodological
Research, Main Criteria, Secondary Data and/or Primary Data Sila Baca Di Bawah
Articles. Perlukan detail results sila hubungi Dr Khairudin Damhoeri.
....Sumber Petikan Berita Harian.....
Kajian
dapati Mustapa, Awang Adek dapat perhatian
KOTA
BHARU: Kajian pendapat oleh sebuah syarikat perundingan dan penyelidikan,
mendedahkan penerimaan rakyat Kelantan terhadap kepemimpinan Menteri Besar,
Datuk Nik Aziz Nik Mat, menurun kepada 48.3
peratus, berbanding 76 peratus pada 2006 kerana beberapa faktor, termasuk
penentangan rakyat di negeri itu terhadap kerjasama PAS dengan DAP.
Bagaimanapun,
kajian oleh Social Matrix Research (SOCMAT) itu mendapati penerimaan rakyat
Kelantan terhadap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri
Mustapa Mohamed melonjak kepada 31 peratus berbanding enam peratus pada 2006,
manakala Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin meningkat kepada
sembilan peratus.
Kaji selidik yang
dinamakan Tinjauan Kepekaan Penduduk Tentang Kepemimpinan Kelantan 2011 itu
dilakukan pada Mac lalu. Kaji selidik sama pernah dilakukan oleh syarikat
berkenaan pada 2006.
Penasihat SOCMAT, Dr Khairudin Damhoeri, berkata
kaji selidik juga mendapati pemimpin PAS lain seperti Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat, Datuk Husam Musa; Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub dan
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, gagal
mengulangi pencapaian hebat lima tahun lalu, sekali gus menunjukkan kedudukan
PAS untuk mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang amat
getir.
Beliau yang juga
pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Lembah Klang,
berkata kaji selidik membabitkan 3,000 responden berumur 21 hingga 102 tahun
dan setiap mereka dihubungi sekali lagi untuk pengesahan bagi memastikan
integriti hasil kajian.
"Kajian ini
tidak memihak kepada sesiapa kerana ia pernah dilakukan pada 2006. Ketika itu
kami dapati PAS amat popular dan sukar untuk UMNO mengambil alih kerajaan.
Bagaimanapun, kali ini, kaji selidik mendapati Barisan Nasional (BN) sudah
mendapat tempat kerana selepas Nik Aziz, populariti adalah kepada Mustapa dan
Awang Adek," katanya kepada Berita Harian.
Kajian juga
mendapati golongan yang menyukai Nik Aziz adalah yang berusia 51 tahun ke atas
dan bawah 30 tahun, manakala Mustapa menerima sokongan mereka yang berusia 30
hingga 50 tahun.
Beliau menegaskan
hasil kajian pada 2006 menunjukkan rakyat Kelantan tetap akan memilih PAS
walaupun Nik Aziz meletakkan jawatan ketika itu.
“Bagaimanapun, kali
ini, jika Nik Aziz meletak jawatan BN dijangka akan kembali merampas Kelantan,”
katanya.
Ditanya mengenai
punca kemerosotan sokongan terhadap Nik Aziz, beliau berkata, rakyat Kelantan
belum dapat menerima kerjasama PAS dengan pakatan pembangkang, terutama DAP.
Katanya, sebelum
ini PAS melaungkan dasarnya menegak Islam dan menentang pihak yang berkawan
dengan kafir, tetapi kini parti itu sendiri sudah berbaik dengan DAP yang jelas
menentang Islam.
"Faktor kedua
adalah perpecahan dalam PAS berikutan ada kem Erdogan, iaitu kepemimpinan
profesional seperti Husam dan Dr Hatta Ramli. Selain itu, ada kumpulan kerajaan
perpaduan terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Datuk Nasharuddin Mat Isa dan
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapa Ali serta kumpulan tradisional yang diketuai
Mohamad Sabu.
“Penurunan
populariti Nik Aziz juga berpunca daripada menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul
Rahman dalam kes Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK),” katanya.
Dr Khairudin
berkata, isu pelbagai fatwa yang dikeluarkan Nik Aziz, mengelirukan orang
Melayu sehingga menyebabkan mereka tidak lagi yakin padanya.
SOCMAT ditubuhkan
sebagai badan perunding bebas kepada mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO)
atau syarikat yang mahu mendapat nasihat serta penyelidikan berhubung isu
masyarakat, politik, sosial, ekonomi dan pasaran. Kaji selidik terbaru itu
dilaksanakan menerusi temubual di tempat awam, seperti pasar, masjid dan warung
makan selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Mac lalu.
Dr Khairudin pernah bertugas sebagai perunding
bebas di Pusat Kajian Strategik Negeri Kelantan pada 2006 dan melakukan kaji
selidik terhadap kepemimpinan Kelantan. Beliau juga ditugaskan melakukan
analisis keputusan pilihan raya umum pada 2004 dan 2008 mengikut Parlimen,
Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk daerah mengundi dan saluran. Kajian
berkenaan membabitkan 6,000 daerah mengundi dan 18,000 saluran mengundi yang
mendapat pembiayaan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK).
No comments:
Post a Comment