Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

16/09/2011

KEBAIKAN Mansuh ISA: Pembangkang Jangan Seronok Dan Naik Syok.


Oleh: HHalem.

1- Rata-rata kita lihat semalam apabila sahaja DS Najib mengumumkan pemansuhkan sepunuhnya Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA), maka pembangkang pun naik syok sendiri kerana mereka rasa perjuangan mereka selama ini telah membuahkan hasil. Mereka menganggap Najib akur dengan pelbagai ungutan dan desakan mereka. Kita ambil contoh apa kata pemimpin tertinggi Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub;

“Ya, ini satu kemenangan bagi rakyat di mana kerajaan hanya tunduk apabila rakyat mendesak..misalnya kami mengadakan gerakan anti-ISA dua tahun lalu”

Oleh kerana terlalu seronok dan naik tocang, maka Salahuddin terus mencuba nasib sekali lagi.

“Pun begitu, apa yang penting,  pada pandangan saya pentadbiran Najib perlu meminta maaf kepada seluruh negara kerana menguatkuasakan undang-undang ini sejak 1960 ”

Ada yang rasa telah berjaya menundukan pentadbiran Najib lalu terus mencuba lagi dengan meminta Putrajaya supaya membayar pampasan keatas kesan psikologi, emosi dan trauma yang dilalui pesalah laku.

“Kesemua mangsa ISA harus dibayar gratuiti yang sewajarnya kepada mereka yang ditahan dan anggota keluarga mereka”
- Pengerusi, Gerakan Mansuh ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh.

2- Ramai lagi yang terpingga-pingga, terutama penyokong kerajaan BN dan mereka tertanya-tanya atas kebijaksaan apa kah DS Najib berbuat demikian. Ramai yang marah, termasuk juga penulis yang merasa seram sejuk atas tindakan Najib sebelum ini.

Kita betul-betul rasa ‘habis lah riwayat Najib kali ini’ apabila didalam ucapan beliau semalam menyelit ayat saikologi yang cukup power untuk menaikan syok-tidak-terhingga kepada pembangkang dengan ayat ‘pengisafan kerajaan’ di para 17, ucapan beliau, di sini >

3- Rata-rata pesalah-pesalah ISA yang populis yang pernah ditahan adalah ahli parti pembangkang. Ini menyebabkan image kerajaan tercalar kerana dimainkan sentimen bahawa tahanan adalah disebabkan oleh faktor-faktor perbezaan politik dan ideologi. Atas dasar “bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik” dan rakyat perlu anjakan paradigma kehadapan dan tidak terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau, maka ISA dihapuskan.

4- Jika ISA dimansuhkan samasekali, maka apakah intrument pencegahan yang efektif untuk “wujudkan perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian negara”?

5- Sebagai penganti kepada ISA, 2 akta akan digubal. Kita lihat;

Pertama: Najib bercakap perihal perspektif undang-undang Islam

Para 19>, Najib ada menyebut mengenai;

Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni agama, nyawa, akal, keturunan/maruah dan harta benda

“Prinsip Usul Fiqah yang banyak membicarakan tentang perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku” dan

“Prinsip bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai”

Sesungguhnya pengubalan kedua-dua akta nanti akan berkisar atas dasar;

“tindakan tahanan pencegahan...kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai”

Kedua: Najib bercakap perihal undang-undang di Amerika dan United Kingdom

Najib dan sepupu beliau, DS Hishamuddin, ada menyebut undang-undang dari Amerika, Britain dan Australia sebagai contoh untuk digunapakai dan sebagai ganti kepada ISA. Ia bersifat global dan diterimapakai secara universal.

“Undang-undang yang berhubung kait dengan keganasan, contohnya,
Akta Patriot di Amerika Syarikat,  Akta Anti Keganasan di United Kingdom dan Australia, semua ini boleh dijadikan contoh dalam kita hendak memerangi keganasan”

“Proses menggubal undang-undang baru menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA 1960 yang telah dimansuhkan tidak akan mengambil masa yang lama kerana kerajaan tidak perlu membentangkan sebarang pindaan” – Hishamuddin kepada Bernama Online

Jika Akta Patriot dijadikan model, maka di sini lah Pas-Pkr-Dap akan tersepit dan tersedar dari mentertawakan Najib. Penyokong Umno-BN, termasuk bloggers, akan merasa lega. 

Hendak ditolak kedua-dua akta-akta baru ini, ia diterima serata dunia sebagai “tindakan tahanan pencegahan” . Menolaknya bererti Pakatan cukup kuno dan dilihat tidak sealiran dengan sheriff dunia Amerika, pembantu sheriff Britain dan Australia. Anwar akan terkapit dan menerima murka Amerika-Britain-Yahudi.

Pok Nicky hendak menuduh akta-akta baru itu ‘tidak islamic’, maka Najib telah bersedia dengan prinsip-prinsip Maqasid Syariah dan Usul Fiqah sebagai dasar akta baru itu. PAS kali ini memang telah tersepit dan akan dipandang tidak menerima Islam jika membantah akta baru ini.

Mari kita lihat sejauh mana ganasnya akta “USA PATRIOT Act’


Jika USA PATRIOT Act membawa maksud:
Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act,

Maka USM PATRIOT Act pula akan membawa maksud yang sama.

a- dramatically reduced restrictions on law enforcement agencies' ability to search telephone, e-mail communications, medical, financial, and other records;

b- eased restrictions on foreign intelligence gathering within the United States (Malaysia);

c- expanded the Secretary of the Treasury’s authority to regulate financial transactions, particularly those involving foreign individuals and entities;

d- broadened the discretion of law enforcement and immigration authorities in detaining and deporting immigrants suspected of terrorism-related acts.

e- roving wiretaps, searches of business records and

f- conducting surveillance of "lone wolves" — individuals suspected of terrorist-related activities not linked to terrorist groups.

The act also expanded the definition of terrorism to include domestic terrorism, thus enlarging the number of activities to which the USA PATRIOT Act’s expanded law enforcement powers can be applied.

Jika akta ini lah yang Najib dan Hisham maksudkan, maka bunyinya cukup mengerunkan berbanding dengan ISA sekarang.

Boleh kah pembaca-pembaca bayangkan Akta Patriot ini digunapakai kepada Anwar, Mat Sabu Komunis dan Ambiga kerana mereka di syaki sebagai pengacau domestik/dalaman yang cuba memporak-perandakan keamanan dan memberhayakan nyawa awam.

Mereka menerima sumber wang haram dari Yahudi bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan sediaada secara paksaan dan tidak melalui peti undi. Mereka akan di caj sebagai pengkhianat negara.

Semua telepon, e-mail, perubatan, transaksi kewangan dan semua rekod perniagaan Anwar dan Ambiga digeledah tanpa had.

Mahukah anda akta seperti US Patriot Act ini digunapakai kepada pengkhianat negara seperti Anwar? Anda tidak akan rugi sekupang dua pun jika akta ganas ini digubal oleh pentadbiran Najib. Anda tidak melakukan apa-apa kesalahan, jadi apa yang hendak dirisaukan.

Oleh itu sokong lah Najib sepenuhnya. Hapuskan Akta ISA sekarang yang sangat terhad itu dan gubal akta baru seperti Akta Patriot yang lebih terkini dan memberi kuasa penuh kepada pemerintah. 

Comments / Pandangan Melalui Facebook

8 comments:

  1. DS Najib nak buat undang2 baru tak kisah asalkan negara aman dan tiada huru hara dan demo. Rakyat inshaAllah tetap sokong. Lagi satu teruskan PPSMI. Orang Melayu belajar Math/Science dlm bahasa BI tetap makan tempe dan belacan. Darah yg mengalir tetap darah Melayu.

    ReplyDelete
  2. Saudara,

    Ini adalah blog yg terbaik hari ini untuk issue ISA. Ramai yg melatah tanpa usul periksa.

    Good job.

    Thanks.

    Jimmy Hillhead
    Freemantle, Western Australia

    ReplyDelete
  3. Thanks a zillion Mr Hillhead :-)

    You are too kind:-)

    However if Najib, didn't produce the 2 Akta's as expected and to the expectation, he will be dead meat.

    ReplyDelete
  4. As-Salam Tuan Hhalem,
    The abolishment of the ISA is indeed a great political chess game of Najib's Administration.

    Replacing ISA with Patriot Act," is the same shit but different toilet bowl". The agenda is the same. Getting shitty scumbags citizens of Malaysia to the toilet bowl!
    By now, those bozos of Pakatan Haram might be popping champagne bottles of winning the battle but now the war.

    They thought that Najib's brain wire might have malfunctioned somewhere near the right ears as adviced by his merry man on the eve of Malaysia day. But they are wrong. Totally wrong.

    We should do some renovation work at Kamunting Camp as to accommodate new intake lead by ISA - Ideology Sabu Anuwar - to allow home coming for Patriot Act opening !

    Let they be the Malaysia's first batch of Bozos to be registered in Pstriot Act.


    Hmmm....Lovely act.


    ARK2

    ReplyDelete
  5. Mantap, tapi Guan Eng cakap, gua belum boleh yamseng lagi ma, takut ini selupa lama punya wain talok balu punya botol.
    Guan Eng dah nampak akibatnya kerana terlalu mendesak dihapuskan ISA.

    ReplyDelete
  6. Tuan ARK2:-)

    Or rather 'same toilet bowl, but different shit'.

    Mind you:-)
    Pakatan and Pas both don't do champagne, but sake would be find by them.
    Let us see if Najib think as what he think he is.

    One wrong move on tis one, Najib will be dead meat. Hisham will be in a garbage bin.

    ReplyDelete
  7. Tuan TIS:-)

    Guan Eng pala otak penyamun, so dia pikior cara penyamun juga laa.

    Mana ada wain free dalam dunia ni.

    Guan Eng nak tarik 1 ISA, no problem, kita kasi 2 sama dia.. apa macam, syok dak..

    Tak cukup 1 ISA, kita kasi 2 sama diaaa..mampus.

    ReplyDelete
  8. dengan pemansuhan ini pebangkang bleh kena penjara lebih dari 6 bulan baru ada akai depa la ni pun dok cakap ikut sedap mulut saja.saya rasa calun nya kita semua tau

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive