Multiple Pages

27/10/2011

Kenapa Saya Menyokong Perkasa.


Oleh: HHalem.

1- Bagus juga dengar cerita bila YB Zulkifli Noordin dilantik sebagai Naib Presiden Perkasa pada Perhimpunan Agung hari ini, melalui usul tergempar dan terancang oleh Muhammad Zahid Mat Arip.

Mahu tak mahu walaupun berat sedikit, kena lah terima hakikat bahawa Perkasa perlukan kesinambungan pelapis yang lantang dan berani. Sehingga kini kita rasakan Ibrahim Ali berjuang berseorangan di Perkasa.

Rupa-rupanya ada lagi 4 orang Naib Presiden yang tidak pernah kedengaran langsung bersuara mereka mengenai hak-hak orang Melayu. Mungkin nasib mereka sama dengan Pemuda Umno dimana hanya ketua sahaja yang boleh ‘masuk-frame’

Apa-apa pun kita alu-alukan kemasukan YB Zul untuk berganding bahu dengan 4 lagi Naib Presiden dan mengajar sedikit sebanyak kaedah bersilat berdasarkan undang-undang.

a- Abang Naseer Abang Hadari,
b- Musli Oli,
c- Dr Zubir Harun,
d- Dr Ashraf Wajidi Dasuki.

2- Lain-lain yang menarik dari Perkasa ialah ucapan Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor. Bila sebut sahaja nama TS Rahim Noor ramai yang ‘suka membenci’  beliau atau omputeh kata, ‘love to hate’. Perasaan tersebut datang dalam diri kita mungkin dia pernah membelasah muka Anwar kaw-kaw sampai lebam. Tindakan begini bukan sikap seorang polis. Tapi apabila Anwar menjerit-jerit tanpa henti secara provocative mencabar dan memanggil  ‘Anjing Kerajaan’ kepada Rahim, maka lebam la muka kena belasah.

Untuk itu kita kena berterima kasih kepada TS Rahim kerana kita pun jika berkesempatan nak juga belasah Anwar, biar sampai patah kaki. Juga jasa-jasa Rahim Noor menentang komunis cukup tidak terbilang.

3- Ucapan beliau yang menarik yang perlu diambil perhatian dan di simpan sebagai ilmu yang kita boleh perolehi sedikit sebanyak ialah;

“Setiap abad ada gelombangnya dan kita tidak boleh melanggar gelombang ini..Sekarang ini gelombang hak asasi manusia. Sebelum ini gelombang Marxisme dan Sosialisme ”.

“Sekarang kita melihat banyak perkara dipersoalkan disebabkan gelombang hak asasi manusia ”

"Banyak yang persoal hal-hal yang telah diterima, kontrak sosial ini, seolah-olah dia pandang remeh soal yang dipersetujui itu,"

Rahim berpandangan Gerakan Hak Asasi manusia sebagai gelombang aktivis kebebasan sivil yang menganggap Amerika Syarikat dan United Kingdom sebagai “laman spiritual” mereka dan melebarkan pengaruh ke serata dunia.

Kata-kata Rahim memang berasas dan telah terbukti di Timur Tengah dan diserata pelusuk negara Islam dimana nilai Amerika dan Barat telah menjadi ikutan dan di anggap nilai terbaik yang mesti diikuti. Tidak ikut nilai Amerika, maka tak trendy lah maknanya.

Terkini, lihat bagaimana Muamar Ghadafi dibunuh oleh orang beliau sendiri yang menerima api free, sekolah free dan pelbagai lagi free, tetapi beliau dibunuh juga dengan kejam. Beliau terus dibunuh kerana hasil minyak dan kerana beliau ingin memperkenalkan matawang Dinar Emas Afrika yang boleh menjatuhkan kuasa matawang Amerika dan Eropah. Ingat tak saranan Tun Mahathir sebelum ini mengenai penggunaan matawang Dinar Emas didunia.? 
Bapak Keris - Terbesar Di Malaysia

4- Di tanah air pula pengaruh Hak Asasi Buatan Manusia di digerakkan melalui Bersih 2.0 dan yang mempertikaikan hak-hak orang Melayu dan institusi raja-raja, tetapi kononnya atas reformasi pilihanraya.

Ini semua pengaruh Gerakan Hak Asasi Buatan Manusia. Pandangan Rahim memang berasas kerana telah terbukti.

Oleh itu gerakan Perkasa, sehingga kini, mestilah di sokong kerana motif, misi dan objektif nya mempertahankan hak-hak dan maruah orang-orang Melayu.

Sesiapa yang menghina dan mempertikaikan Islam dan Melayu tidak perlu diberi undi pada PRU 13 nanti.

9 comments:

  1. Tuan dah jadi ahli Perkasa ke belum?

    ReplyDelete
  2. Sdra HHAlem
    Izin saya mengucapkan terima kasih Alif Ba Ta ke atas kata2 aluan kapada TS Rahim, dan Yb Zulkifli dan juga saf kepimpinan.
    Dengan ini saya amat gembira Perkasa memantap lagi dan memperkukuh perjuagan Alif Ba Ta.
    Salam hormat seperjuangan.
    arjuna waspada
    changkat lobak.

    ReplyDelete
  3. BRAVO PADA TAN SRI RAHIM NOOR,MUGA MUGA SUMBANGAN TUAN NANTI PADA PERKASA AKAN MEMANTAPKAN LAGI PERKASA.BAGI AKU TINDAKAN BELIAU PADA ANUGAY TETAP PADU SEUMPAMA TUMBUKAN CEDUK DAN KUNTAU PADA MUKA ANUGAY SEBAB TAN SRI MAMANG SUDAH TAHU SIANUGAY ADALAH SAMPAH MANUSIA .ALLAH LEBIH MENGETAHUI SEGALAGALANYA .HIDUP TAN SRI RAHIM NOOR.MUGA MUGA ALLAH PANJANGKLAN USIA ,LIMPAHKAN REZEKI ,BAHGIAKAN DUNIA AKHIRAT DAN MASUK SYURGA.AMIN YA ROBULALAMIN.KAMU SEUMPAMA SAIDINA HAMZAH DI MEDAN UHUD.HIDUP TAN SRI RAHIM NOOR

    ReplyDelete
  4. Tahniah kepada semua yang masih menyokong perkasa semuga melayu tidak diperkecilkan oleh bangsa asing terutama pendatang cina cauvanis DAP. Hapuskan Dap tetapi bukan bermakna kita hapuskan cina tetapi idiologi kominis DAP yang diagungkan oleh Mat Sabun, diharap dengan barisan yang mantap perkasa akan terus memperjuangkan Islam dan Melayu. salam ukwah

    ReplyDelete
  5. Kalau tak terpilih pun nanti sebagai calun mana2 parti taklah sunyi sangat..Ada juga platform untuk bercakap di media sebagai org perkasa.. Kalau jadi org awan mana kamera nak cari lagi..kemarok la nanti..

    ReplyDelete
  6. PEKASA harus di anggotai oleh mereka-mereka yang Perkasa dalam setiap bidang.

    Adanya mereka-mereka ini dalam PERKASA maka, membujur lalu melintang patah, berdetum guruh dilangit, halir lintar memanah bumi, gelombang di lautan melambung badai, taufan memutar merempuh batu maka Tak Akan MELAYU Hilang di Dunia.

    Akan sampai masanya anak-anak Melayu akan turun berbondong-bondong untuk melenyapkan penderhaka, dalang, pertualang dan pengkhianat Nusa dan Bangsa. Amin...

    ReplyDelete
  7. SEMOGA PERKASA TERUS MEMPERJUANGKAN NASIB ORANG MELAYU

    ReplyDelete
  8. Sudah menjadi harapan setiap individu melayu yang bermaruah untuk mempunyai pemimpin yang serbalah boleh, mahir dan perkasa didalam pelbagai bidang. Tetapi sejauh mana mereka akan berjuang dan adakah kesanggupan dan kesabaran didalam diri untuk menjadi pejuang. Kebanyakan mcm berniaga yang mahu cepat untung sahaja. Kalau suka memuji berlebih dan kalau benci mencaci tidak ada tatatusila. Ini ditujukan kepada semua yang umum yang diluar sana atau dimana saja agar mereka boleh lebih sensitif dgn maruah dan tatasusila kita sebagai orang melayu. Angkara orang2 melayu yang berlumba-lumba utk menjadi pemimpin jugalah yang membuatkan bangsa asing sudah nampak org melayu skrg bukan lagi mempunyai budi bahasa dan kesopanan seperti yang dicakapkan. Bahasa2 yang diguna pakai langsung tidak lagi mencermin kehalusan dan keperibadian yang baik dan mulia. kalau nak mengherdik atau mencaci sekalipun sekiranya tidak dapat lari, gunakan bahasa yang agak tidak terlalu kesat yang boleh menyampaikan mesej dah memadai. Kita kena ingat kata2 dan ckp pemimpin akan keluar terpampang dimerata media cetak dan eletronik, anak kecik pun skrg sudah pandai membaca dan inilah sebenarnya yang menjadikan mereka anak2 kecil dunia hari ini sudah pandai bahasa yang kurang sopan dan kurang adap sejak sedari kecil lagi. Macam mana kita nak nasihat dan mengajar org berbuat baik kalau seorang pemimpin tidak dpt memberikan teladan yang baik yang sepatutnya?

    ReplyDelete
  9. Disarankan PERKASAKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.

    ReplyDelete