Multiple Pages

27/10/2011

Mustahak Mendengar Nasihat Tun Mahathir. Itu Pun Jika PAS Waras.


Oleh: HHalem.

1- Mari kita lihat pandangan jujur Ayahanda Tun Mahathir mengenai hukuman hudud yang akan dilaksanakan di Negeri Kelantan, apabila Pas tergesa-gesa menubuhkan Jawatankuasa Teknikal dan dengan serentak menghantar surat kepada DS Najib untuk berjumpa,  wahal rumusan lapuran Jawatankuasa belum lagi dibuat.

Ini menampakan tembelang PAS mengejar tarikh PRU13 setelah 22 tahun berangan-angan dan ia semata-mata bertujuan mengenakan DS Najib semasa kempen nanti.
Ulusan terperinci kesilapan Pas di sini >  

2- Malah Tun dengan jujur menasihati dan mengingatkan Pas pada hakikat yang akan mereka tempuhi. Mengingatkan PAS tentang manisfesto dan matlamat mereka. Jika perlu ubah sekali lagi 'Negara Keadilan' kepada 'Negara Apa-Apa Pun"

Setengah orang lebih suka memanggil ia sebagai penipuan dusta Pas yang teragong.

“Mereka (Pas) mengatakan bahawa hudud hanya bagi Muslim. Jadi jika ada kecurian melibatkan seorang rakan Cina,  mereka akan memotong tangan (Muslim),  tetapi rakan Cina atau rakan India,  mereka hanya akan dapat hukuman penjara dua bulan”

“Jadi, bagi PAS itu keadilan. Sudah pasti,  jika anda melakukan kesalahan lain,  mereka akan memotong kepala anda ”
-      Tun semasa Majlis Jamuan Teh anjuran Perodua.

Betul atau tidak kenyataan Tun di atas?
Di mana silap kenyataan Tun?
Adakah Tun menfitnah? Adakah Tun mencaci?
Adakah Tun menghentam dan menyerang seperti kata Malaysian Insider yang suka cucuk-cucuk dan melaga-lagakan sesiapa sahaja?

Jikalau PAS yang melaung-laungkan KEADILAN, sila perjelaskan kepada rakyat dan cari lah dari segala kitab-kitab Jingga, Kuning, Hijau dan yang telah berabok-abok untuk menjelaskan nasihat yang diingatkan oleh Tun di atas. Jika tidak PAS, akan terkancing gigi dan terkencing dalam kain.

PAS jika waras, mereka akan menganggapkan segala teguran rakyat sebagai pencambahan fikiran dan tidak terus melebel mereka sebagai jahil. Itu lah kelemahan pemimpin PAS, sesiapa yang menegur dan memberi pandangan akan dicop sebagai jahil.

Sepertimana Dewan Ulamak PAS yang melebelkan YB Zul sebagai jahil apabila beliau menegur kes ‘isteri-boleh-diliwat’ yang terkandung didalam Enakmen terbaru Pas.

Ini baru Tun menasihati.
Belum lagi Karpal yang menasihati dan sudah ‘setuju untuk tidak-bersetuju laksanakan hudud’ dimana-mana sahaja atas tanah muka bumi Malaysia.
Dan belum lagi Najib dengan team Kabinet dan Parlimen beliau.

PAS harus kaji dan kupas terlebih dahulu bagaimana untuk mengharungi isi kandungan Surat Tun Kepada Pok Nick yang telah menjadi bahan kajian di Institute Pemikiran, disini>

Kita akan gembira jika PAS dapat mengharungi segala nasihat dan rintangan di atas. PAS akan berjaya menunjukan Islam itu adalah lengkap dari segala segi.

AYUH ! HIDUP PAS !

4 comments:

  1. Mahathir? Kaki rasuah yg jelek dan hina. Sama perangai macam Gadaffi, Suharto, Marcus, Mubarak dan diktator2 lain yg zalim.

    hanya orang bodoh dan pengikut taghut saja yg menyanjong manusia hina macam Mahathir ini.

    ReplyDelete
  2. ada banyak jasa mahathir terhadap dunia islam yg org tak tahu

    ReplyDelete
  3. kalau nak dibandingkan Tun dgn pemimpin PAS yg ada Tun lebih byk sumbangan dan idea kepada islam semelaysia dan sedunia

    ReplyDelete
  4. anon 2255: kawan tak pahamlah, samada kau ni mmg salah sorg 'batu api' yg melagakan atau kau ni salah seorang manusia yg tak dapat apa yg kau nak.

    jika benar tuduhan kau tu pasal kaki rasuah, aku CABAR kau buktikan. nak tahu jugak apa yg dia dah buat. klu betul salah, cukup bukti, takkan tak sampai mahkamah?

    atau jgn pulak nanti kau kata, mahkamah tu ikut telunjuk kerajaan...itu pun kau kena buktikan!!

    ReplyDelete