Oleh: HHalem.
42 tahun yang lalu Moamar Khadafi telah mengulingkan Raja Idris 1, tanpa pertumpahan darah pada 1 September 1969 semasa Raja Idris melawat Turkey. Khadafi menghapuskan sistem beraja dan mengujudkan Republik Arab Libya.
Kini setelah memerintah lebih 42 tahun Khadafi mengorak langkah setapak lagi dengan cuba menukar pembayaran kepada minyak Libya dengan rakan-rakan mereka secara menggunakan Dinar Emas Afrika sebagai penganti kepada Dollar Amerika. Tindakan ini mengusarkan Amerika dan Kesatuan Eropah dan beliau digelar ‘pengancam kepada pasaran matawang dunia sejagat’.
Penulis teringat seruan Tun Mahathir satu ketika dahulu supaya negara Islam dunia menggunakan matawang Emas Dinar sebagai pertukaran perdagangan dunia.
Penulis teringat seruan Tun Mahathir satu ketika dahulu supaya negara Islam dunia menggunakan matawang Emas Dinar sebagai pertukaran perdagangan dunia.
Perkara pertama sekali apabila pemberontak dengan bantuan NATO Eropah lakukan apabila mengambil alih bandar Libya ialah mengujudkan bank pusat baru dibawah rangkaian bank keluarga Rothchild Amerika.
............................
Apa yang telah Gaddafi lakukan untuk rakyat Libya. Inikah yang anda gelar sebagi raksasa?
Raksasa kepada Eropah dan Amerika memang benar tetapi bukan raksasa yang menelan rakyat beliau sendiri.
1- Bil elektrik percuma untuk semua rakyat Libya.
2- Tidak ada faedah ke atas pinjaman bank. Bank-bank di Libya adalah milik-negara. Pinjaman yang diberikan kepada semua warganegara pada kadar faedah 0%.
3- Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya - Gaddafi berikrar bahawa ibu bapa beliau sendiri tidak akan mendapat sebuah rumah sehingga semua orang di Libya mendapat sebuah rumah seorang. Bapa Gaddafi telah meninggal dunia ketika beliau, isteri dan ibu beliau masih tinggal di dalam khemah.
4- Semua pasangan pengantin baru di Libya akan menerima Dinar $60,000.00 (AS$50,000.00) dari kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama agar mereka dapat membantu memulakan keluarga.
5- Pendidikan dan rawatan perubatan adalah percuma di Libya. Sebelum Gaddafi hanya 25% daripada Libya celik huruf. Hari ini, angka celik huruf itu telah meningkat kepada 83%.
6- Sekiranya seorang rakyat Libya ingin membina kerjaya dalam bidang pertanian, mereka akan menerima sebidang tanah pertanian, sebuah rumah pertanian, peralatan, benih dan ternakan untuk memulakan ladang-ladang mereka. Semuanya percuma.
7- Jika rakyat Libya tidak dapat mencari pendidikan atau perubatan kemudahan-kemudahan yang mereka perlukan di Libya, kerajaan akan memberi dana kepada mereka untuk pergi ke luar negara untuk mendapatkannya – ia bukan sahaja percuma malah mereka juga akan mendapat AS$2,300.00 sebulan, penginapan dan elaun kereta.
8- Di Libya, jika rakyat Libya membeli sebuah kereta, kerajaan akan memberikan subsidi sebanyak 50% daripada harganya.
9- Harga petrol di Libya ialah $0.14 seliter.
10- Libya tiada hutang luar negeri dan rizabnya berjumlah $150 bilion – kini telah dibekukan di peringkat global.
11- Jika rakyat Libya gagal mendapatkan pekerjaan selepas tamat ijazah, negera itu akan membayar gaji purata profesion seolah-olah dia diambil bekerja atau dia akan diambil bekerja sehingga dia mempunyai pekerjaan.
12- Sebahagian dari hasil jualan minyak Libya, dikreditkan terus ke akaun bank semua rakyat Libya.
13- Seorang ibu yang melahirkan anak akan menerima AS$5,000.00
14- Roti di Libya berharga $0.15 untuk 40 buku.
15- Hampir 25 % rakyat Libya mempunyai ijazah universiti.
16- Gaddafi membangunkan projek pengairan terbesar di dunia, yang dikenali sebagai projek The Great Man-Made River; untuk membolehkan air disediakan ke seluruh padang pasir negara itu.
Cuba bayangkan apa akan terjadi kepada rakyat Libya selepas ini apabila diperintah oleh kerajaan puppet Amerika/Eropah.
Seperti juga di Malaysia, rakyat telah ambil mudah 'take for granted' segala kemudahan yang diperolehi dan terlupa kesenagan yang dikecapi sekarang.
Lihatlah rakyat Iraq, siapakah mereka selepas Saddam?
ReplyDeleteAs-Salam Tuan HHalem,
ReplyDelete1. Take things for Granted.
Inilah akibatnya apabila di pesongkan oleh Barat. Mata menjadi kelam seterusnya buta.
2. Lihat negara-negara yang di nodai oleh Amerika Syarikat. Apakah yang terjadi pada negara tersebut?
3. Al-Jubury? Ha ha ha ... mata yang kabur membawa ke buta sahaja yang percaya kepada manusia nafsu bagai haiwan jijik mahu jadi PM.
Segala video dan gambar sebagai bukti tidak lagi mampu untuk membuktikan akan kemungkaran besar yang di buat olehnya.
ARK2
Tuan ARK2:-)
ReplyDeleteKalau lah dapat semua 16 perkara di atas, apa lagi yg depa x puas hati.
Kalah Brunei. Saya tengok2,lagi tinggi education dia orang, lagi buta perut. Mudah kena rasok oleh Amerika.
Talking about tinggi education, teringat Aziz Bari, lagi tinggi education lagi angkoh. jadinya. Tak ada rasmi padi langsung.
Lepas ni semua menyesal.
Sahabat ku Hhalem..sedih.. sy melihat tindakan yg serupa juga boleh dilakukan di Malaysia.. Dimana apabila tentera adalah dipihak kerajaan, mereka menghantar tentera NAto menggodam Libya,
ReplyDeletemalaysiajuga telah disusun supaya tentera sentiasa besama kerajaan.. Kalau berlaku kekacauan terpaksalah juga pengkhianat membawa tentera luar..tak bole bayang jika kita berbunuh sesama kita, sedih... Hujan emas di negara org, hujan batu di negara sendiri.. biar lah hujan batu.. Nau' zubillahi min zalik
~Jouhar
di libya...bukan semua sokong pemberontak dan penyangak...namun...apalah daya pertahanan kerajaan libya gadafi...diserang NATO bertubi2 tanpa henti...dalam kawasan sendiri pon dikenakan zon larangan terbang...ibaratnya...kalau di dalam rumah sendiri...tidak dibenarkan melalui ruang tamu rumah sendiri...sampai begitu sekali gadafi dihukum oleh malaon NATO...
ReplyDeletePADAN MUKA PEMBERONTAK LIBYA..LEPAS NI TERIMALAH AZAB SEPERTI IRAQ
ReplyDelete