Oleh: HHalem.
1- Suhakam sebelum ini mensyorkan 11 perkara untuk dimasukan kedalam RUU Perhimpunan Aman yang sedang dibentangkan di Parlimen. Cadangan ke 11 mereka berbunyi seperti berikut;
“Memasukkan peruntukan yang membenarkan pihak luar seperti Suhakam, Majlis Peguam dan badan-badan berkanun lain yang berkaitan untuk memantau perhimpunan awam”
Komen penulis mengenai perkara berikut ialah seperti di bawah;
(HHalem: Suhakam dan Majlis Peguam lah yang berselindung didalam pelbagai NGO iaitu orang pertama sekali yang menganjur Himpunan yang biasanya bertukar ganas. Ini kan pula mereka ada hati memohon untuk ‘memantau’. Suhakam ingatkan Menteri Dalam Negeri bodoh-piang macam mereka. NGO dan sesiapa pun adalah katagori orang awam di mana keselamatan adalah diutamakan. Safety First)
– Lain-lain permintaan Suhakam di sini >
– Lain-lain permintaan Suhakam di sini >
2- Baru satu hari, sudah terbukti tembelang Suhakam dan Majlis Peguam, dan juga benar bagai dikata bahawa mereka lah kaki berhimpun. Bagaimana mereka boleh diberi kepercayaan dan hendak diharap untuk ‘memantau’.
3- Berita hari ini, Majlis Peguam telah mengerahkan 14,000 anggota berarak dalam program dinamakan Walk for Freedom pada Selasa depan apabila rang undang-undang itu akan dibahas.
Jika ahli Majlis Peguam sahaja terlibat, kita boleh lah percaya tentang tertib himpunan tersebut.
Tetapi masalah akan timbul apabila dicampuraduk dengan NGO-NGO dan politik PAS-PKR-DAP, nescaya huru-hara akan terjadi.
PAS telah berbincang untuk berarak dan kita yakin mereka akan ambil bahagian.
No comments:
Post a Comment