Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

25/11/2011

Suhakam Cuba Memperdayakan Najib Dengan 11 Syor Tidak Masuk Akal.


Oleh: HHalem.

Suhakam hari ini mengesyurkan 11 cadangan kepada pentadbiran Najib agar meminda peruntukan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011.

Lihat syor dan cadangan Suhakam yang cuba memperdayakan dan nampak hendak memperbodohkan Najib, Polis dan Menteri Dalam Negeri.



......11 Syor Suhakam...........


1- Mengkaji semula tempoh notis wajib 30 hari atas alasan ia tidak praktikal dengan tujuan perundangan baru itu.

(HHalem: Himpunan besar-besaran biasanya dirancang berbulan-bulan terlebih awal, lengkap dengan Jawatankuasa, maka 30 hari adalah munasabah. Ini lah didalam pemikiran pengubal RUU kerana himpunan besar-besaran akan lebih memudarat kepada awam. Siapa selalu yang suka berarak besar-besaran,  jika tidak Pas-Pkr-Dap dan kuncu-kuncu NGO mereka. Ia trend masa kini. Polis juga perlu bersiap sedia dengan team operasi mereka. Adil bukan !).

2- Kajian semula mengenai larangan terhadap perhimpunan dalam jarak 50 meter dari had mana-mana tempat yang dilarang kerana ia tidak tidak realistik di kebanyakan bandar dan pekan.

(HHalem: Nampak benar, tujuan pembangkang seperti Suhakam, ialah hendak menghuru-harakan bandar dan pekan dengan menyusahkan semua pihak. Itu matlamat sebenar. Perhimpunan didalam stadium adalah bukan tujuan pembangkang).

3- Perbezaan yang lebih jelas dibuat antara takrifan “perhimpunan” yang termasuk “perarakan” dan “protes jalanan”.

(HHalem: Samada Himpun, Arak atau Protes, semuanya memberi kesan sampingan iaitu huru-hara dan menganggu orang awam. Tidak ada apa-apa perbezaan bagi Pkr-Pas-Dap. Biasanya pihak Polis akan dipersalahkan)

4- Hak untuk berhimpun secara aman tanpa senjata harus dipanjangkan kepada bukan warganegara kerana mereka juga mempunyai hak untuk meluahkan pendapat dan hak untuk didengari.

(HHalem: Ini syor yang paling bodoh-piang dari Suhakam. Ada niat untuk mengimport perusuh dari Indonesia dan rakyat Thailand di utara Tanahair. Apa hak yang mereka ada untuk menentu arah perjalanan negara jika mereka tidak boleh mengundi)

5- Menimbang semula peruntukan mengenai penyertaan kanak-kanak,  menurunkan had umur 15 tahun yang dibenarkan kepada had umur yang lebih sesuai memandangkan adanya obligasi perjanjian di bawah Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak.

(HHalem: Seperti Bersih 2.0, pembangkang akan membawa semua anak-cucu turun padang untuk dijadikan perisai-manusia dan memburukkan pihak Polis jika apa-apa yang terjadi kepada kanak-kanak)

6- Mengkaji semula Fasal 13 dengan memasukkan model kerjasama yang membenarkan pihak polis dan pihak penganjur perhimpunan untuk berbincang dan memperoleh kata sepakat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan perhimpunan bagi tujuan mempermudahkan perhimpunan selaras dengan matlamat rang undang-undang ini.

(HHalem: Polis berbincang dengan orang yang bermatlamat membuat rusuhan dan menjatuhkan kerajaan dan memberi perlindungan dan mempermudahkan mereka menganggu orang awam. Suhakam ini ada akai atau tidak)

7- Membenarkan rayuan dibuat ke atas sekatan dan syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak polis kepada mahkamah dan bukannya kepada Menteri Dalam Negeri.

(HHalem: Hal keselamatan negara dan ketenteraman awam mana boleh bertolak-ansur. Ia berbeza dengan kes-kes civil yang lain. Keputusan pihak Polis hanya boleh di kata-putus oleh boss mereka sendiri iaitu Menteri. Mahkamah tidak boleh campur dalam keadaan biasa. Tidak masuk akal syor Suhakam)

8- Mengkaji semula Fasal 19 yang menganggap “penganjur” sebagai seseorang yang menggalakkan, menaja,  mengadakan atau menyelia perhimpunan, atau menjemput atau merekrut peserta atau penceramah bagi perhimpunan.  Mereka ini adalah semata-mata menjalankan hak asasi demokratik mereka dan “tidak patut dipertanggungjawab sepenuhnya sekiranya berlaku apa-apa ketidakpatuhan”

(HHalem: Hendakan nama ‘Penganjur’ tetapi tidak mahu ‘dipertanggungjawab’. Typical pihak pembangkang. Polis pula menjalankan Hak Asasi Menjaga Harta Dan Orang Awam daripada anasir jahat perusuh anjuran pembangkang. Ini adalah amanat rakyat kepada Polis. Tapi sebaliknya Suhakam mahu Polis bertanggungjawap atas semua musibat yang berlaku. Suhakam seolah-olah tidak ada akai )

9- Memasukkan peruntukan-peruntukan di bawah Prinsip-Prinsip Asas mengenai Penggunaan Kuasa dan Senjata Api oleh Pegawai Penguatkuasaan Undang-undang PBB.

(HHalem: Suhakam hendakan orang luar masuk campur didalam urusan dalaman Negara, seperti mengupah Mat Bangla dan Mat Indon berusuh. Memang Suhakam berniat jahat dari awal)

10- Memastikan akses sepenuhnya dan bukan hanya yang munasabah, kepada media dalam perhimpunan awam di bawah Fasal 24.

(HHalem: Polis bertanggungjawap menjaga keselamatan, termasuk media yang ditafsir sebagai orang awam. Orang awam mana ada bebas masuk keluar didalam kawasan himpunan yang bertukar ganas menjadi rusuhan)

11- Memasukkan peruntukan yang membenarkan pihak luar seperti Suhakam, Majlis Peguam dan badan-badan berkanun lain yang berkaitan untuk memantau perhimpunan awam.

(HHalem: Suhakam dan Majlis Peguam lah yang berselindung didalam pelbagai NGO iaitu orang pertama sekali yang menganjur Himpunan yang biasanya bertukar ganas. Ini kan pula mereka memohon untuk ‘memantau’. Suhakam ingatkan Menteri Dalam Negeri bodoh-piang macam mereka. NGO dan sesiapa pun adalah katagori orang awam di mana keselamatan adalah diutamakan. Safety First)

Comments / Pandangan Melalui Facebook

3 comments:

  1. Pakcu Rantau Panjang26/11/2011, 10:00

    Salam buat tuan.

    Pakcu nak respon bak berarak dan berkumpul ni. Jarang benar yang nak jadi aman bila ramai berkumpul dah tentu banyak pula ragamnya.

    Kalau berarak sambil berzikir dan bersalawat macam Maal hijrah tu...ok..lah. Tapi kalau berarak untuk tunjuk protes tentunya perlu dikawal oleh Polis. Bila ada satu dua mulut celupar yang cucuh api....apa lagi panas punggunglah maka timbul caci maki....Mana aman lagi dah....faham-fahamlah ..LabU....walahualam

    ReplyDelete
  2. Tuan Cu Rantau Panjang:-)

    Setuju dgn Tuan, bab cucuh api tu:-)
    Selalunya depa cucuh api sampai berasap punggok.

    Bab 'Labu' tu lagi setuju, sbb dia dah jadi LabU :-)

    ReplyDelete
  3. HAPUSKAN AJA SUHAKAM NI KALU DEPA MENYUSAHKAN.. KITA RAKYAT BIASA NAK HIDUP AMAN KALU DEPA DAH SOKONG PEMBANGKANG TAKAN AMAN SAMPAI BILA-BILA

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive