Multiple Pages

26/02/2012

MB Azizan Menerima Tendangan Di Mesyuarat Khas Tertutup.


Oleh: HHalem.

1- Jikalau berita dibawah mengenai kemelut MB Azizan akan disingkirkan dikatakan khabar-khabar angin lagi, memang orang-orang PAS tidak mahu pijak dibumi yang nyata.

Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yassin turut bersuara mengenai desakan supaya Azizan berundur.

“Kita akan melihat perkara ini dari jauh, namun ia jelas menunjukkan PAS dalam masalah,” – Muhyiddin.

Mesyuarat Khas Tertutup yang dianjurkan Azizan ini hanya hendak melihat betulkah berita yang beliau sentiasa “aku-tak-tau-pa-pa”, dan untuk menentukan siapa lawan dan kawan sebenarnya.

PAS Pusat melihat dari jauh dan tunggu apa lagi ! Panggil lah 5 orang ini untuk mendapat pengesahan bertulis, mungkin ini angkara Umno seperti ayat standard PKR-PAS yang selalu digunapakai. Adakah mereka ini menerima berjuta-juta wang dari Umno?. Berita di bawah.

2- Lima EXCO PAS Kedah Pulau Mesyuarat Khas Tertutup Bersama MB.

....start berita..


Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak terus menerima tekanan apabila lima ahli EXCO PAS Kedah memboikot mesyuarat khas tertutup parti itu yang dipengerusikannya, kira-kira jam 4 petang semalam, di Ibu Pejabat PAS Kedah, di Kota Sarang Semut, di sini.

Mereka yang tidak hadir ialah:-

a- Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi;

b- Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Badan Bukan Kerajaan, Datuk Dr Ismail Salleh;

c- Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan dan Industri, Datuk Amirruddin Hamzah;

d- Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib dan

e- Pengerusi Jawatankuasa Penerangan dan Pembangunan Usahawan, Datuk Abdul Ghani Ahmad.

Dua EXCO yang hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan, Datuk Siti Aishah Ghazali dan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Datuk Mohamed Taulan Rasul.

Kedah mempunyai 7 EXCO PAS dan 3 EXCO PKR.

Turut hadir pada mesyuarat itu termasuk:-
a- Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail;
b- Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar;
c- Setiausaha Politik Menteri Besar, Mohamad Sanusi Md Nor dan
d- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Datuk Yahya Abdullah.

Bagaimanapun kehadiran Mohamed Taulan ke mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam itu, menimbulkan tanda tanya berikutan namanya antara yang disebut bersekongkol dengan tiga EXCO Kedah untuk menjatuhkan Azizan.

Sumber Berita Harian.

...end berita...

HHalem – 
1-Pelik sikit bila Mahfuz Omar turut hadir bersama. Mungkin beliau bermain wayang Etong & Ekeng.

2-Ini semua mengesahkan kepada kita bahawa riwayat hidup Azizan sebagai MB Kedah akan tamat.

3-Jika kemelut ini berterusan sehingga PRU13, maka Kedah akan jatuh ketangan Umno semula.

No comments:

Post a Comment