Multiple Pages

29/06/2012

Akhirnya Tun Mahathir Menegur Sikap Marina Di Khalayak Ramai. Marina Tiada Matlamat Menyokong Bersih & LBGT. Tak Fikir Pasal Mukriz Langsung.


Oleh: HHalem.
“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat"
“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti ” 

Akhir sekali ini lah yang kita nanti-nantikan mengenai pendirian Tun Mahathir mengenai anak perempuan beliau, Datin Paduka Marina Mahathir, yang dipandang ramai sebagai anak yang celaru mengenai pendirian hidup kerana menyokong lesbian-gay-transgender-biseksual (LBGT). Lebih-lebih lagi kecelaruan Marina menyokong himpunan Bersih.

Dr Siti Hasmah pernah menceritakan bahawa didalam keluarga mereka bahawa Marina seorang anak yang jenis rebellious/penentang pada setiap pandangan keluarga berbanding dengan anak-anak yang lain.

Untuk Tun sebagai seorang bapak bertindak menegur anak dikhalayak ramai sebegini memang amat luar biasa dan ia amat pedih bagi seorang bapa berbuat demikian.

Apa yang kita harapkan Marina tidak bertindak balas terhadap bapa beliau, kerana sudah tentu anak-anak Tun telah diberi didikan sempurna bagaimana melayan ibu dan bapa dikhalayak ramai.

Baca berita dari MInsider dibawah yang cukup bermakna teguran Tun terhadap Marina. Hati-hati menerima berita dibawah, baca dengan fikiran terbuka kerana Malaysian Insider terkenal dengan berita melaga-lagakan sesiapa sahaja terutama melaga-lagakan orang-orang Melayu dan Islam.
Jenis Rebellious macam Marina, 
adakah beliau akan bertindak balas terhadap bapa beliau?
Tiada matlamat (contoh kecil..kawin dgn Mat Perancis..kawin dgn Mat Indon)

Berita MInsider........


Tun Dr Mahathir Mohamed mengingatkan anak beliau supaya berhati-hati dengan tindak tanduknya yang menyokong kumpulan seperti Bersih dan hak seksualiti berikutan ia boleh memberi ancaman kepada ahli keluarga beliau yang masih aktif dalam bidang politik.

Datin Paduka Marina Mahathir telah menentang bapanya itu dalam beberapa insiden termasuk kumpulan menuntut pilihan raya adil dan bersih Beliau telah menyertai dua perhimpunan Bersih di ibu negara ini.

“Saya harap beliau akan sedar apa yang dilakukannya untuk kebaikan diri, tidak elok untuk kerajaan pemerintah. Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya yang akan bertanding pilihan raya nanti ” - Dr Mahathir merujuk kepada Datuk Mukhriz Mahathir yang kini merupakan timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri.

Bekas perdana menteri itu berkata dalam temubual khas bersama online televisyen The Malaysian Observer MobTV.

“Dia tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata.. jika tidak saya tidak akan kemana-mana”

“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya, tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita ‘jangan begitu, jangan begini, mereka boleh fikir sendiri ”

Dr Mahathir berkata beliau menghormati pendirian anak gadisnya itu namun tidak bersetuju dengan “penyertaan” beliau terhadap Bersih yang mana matlamatnya telah dipergunakan oleh pembangkang.

Beliau turut menggesa anaknya itu meletakkan garisan untuk memberikan sokongan terhadap komuniti lesbian gay transgender dan biseksual LBGT.

“Dia tidak pernah cakap dia menyokong perkara itu, tapi saya harap tidaklah. Dia ambil berat berkenaan mereka, namun perlu ada batasan antara mereka, idea homoseks itu baik atau kahwin sesama lelaki itu baik ”.

3 comments:

  1. buat malu kuarga saja...

    dah la kaki air...

    sekarang ni plak sokong bersih dan lgbt...

    bangang!!!

    menyusahkan abang saja dalam menjalankan kerjaya sebagai ahli politik yg bleh dianggap berjaya walau kadang2 slow sikit...

    pejuang hamas...

    ReplyDelete
  2. To submit to article directories like to read quality articles and will quickly leave an article if it has graphics that look as if you're not trying to suggest something. Regardless of the drug and increase prescriptions, according to the Mayo Clinic, both tar-based and selenium sulfide shampoos retard the cellular death of your skin, thereby reducing the risk of heart attack or stroke.

    my webpage - Student Loan People

    ReplyDelete
  3. we are each free to believe what we want

    ReplyDelete