Multiple Pages

25/06/2012

Pengakuan Zaliah Zakaria. Perempuan Misteri Anwar Telah Muncul.


Oleh: HHalem.
Zaliah Zakaria 56. - Bekas toke Lumba Kuda.

Wanita misteri yang dikaitkan dengan kes pemilikan akaun induk berjumlah RM3 bilion oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini muncul menafikan menjadi proksi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Zaliah Zakaria, 56, bagaimanapun mengakui mengenali isteri Anwar, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail ketika memegang jawatan Presiden dan juga pemilik Syarikat Wira Tangkis Sdn. Bhd.

Katanya, syarikat itu banyak memberi sumbangan dalam kejohanan badminton Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri (Bakti) pada akhir 1990-an semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Beliau turut mengakui pernah menaja aktiviti sukan air salah seorang anak Anwar di Pulau Pinang semasa Ketua Pembangkang itu dalam penjara selain menerima kunjungan Wan Azizah yang baru pulang dari mengerjakan umrah semasa menetap di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

"Hubungan kami sekadar kawan kerana saya juga meminati sukan badminton. Saya tidak mengenali Anwar malah tidak pernah terlibat dalam politik”

"Oleh itu saya hairan bagaimana nama saya dikaitkan dengan Anwar dan berita ini pernah berlaku pada 13 tahun lalu tetapi saya biarkan.”

"Namun kali ini disebabkan wajah saya disiarkan (Mingguan Malaysia) saya tiada pilihan selain untuk tampil menjelaskan perkara sebenar," katanya ketika ditemui di sini hari ini.


Wajah Zaliah dipaparkan di muka depan Mingguan Malaysia hari ini berikutan pendedahan ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali berhubung seorang wanita yang dikatakan sangat dikenali oleh Anwar.

Dalam pendedahannya, Ummi Hafilda mendakwa, Anwar kenal sangat dengan wanita tersebut yang bukanlah seorang istimewa atau ahli korporat tetapi cukai pendapatan mencecah RM50 juta.

Selain itu, Ummi Hafilda mendakwa, wanita itu memiliki atau mempunyai kaitan dengan 62 hartanah mewah berupa kondominium dan banglo kebanyakkan di Pulau Pinang.

Berikutan dakwaan itu, Zaliah meminta Ummi Hafilda agar tampil bersama bukti-bukti bagi membersihkan nama beliau dan keluarganya.

Selain itu, beliau juga meminta Anwar mengeluarkan kenyataan segera bagi menafikan hubungan mereka seperti didakwa pihak tertentu.

Dalam pada itu, Zaliah mendakwa memiliki aset berbentuk wang tunai dan hartanah berjumlah RM100 juta hasil daripada perniagaan lumba kuda yang dijalankannya pada akhir 1990-an.

Menurutnya, bagaimanapun kesemua asetnya bertukar hak milik semasa beliau ke Dubai untuk melupakan kesedihan ekoran kematian anak lelakinya pada Januari 2000.

"Seminggu semasa berada di sana (Dubai), pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membuat serbuan di rumah saya dan menyita 10 buah peti besi di Bukit Jambul, Pulau Pinang mengandungi wang tunai, barangan kemas dan dokumen penting.”

"Pada masa sama, saya dinasihatkan oleh peguam supaya tidak pulang sehinggalah setahun baru saya pulang ke tanah air namun mendapati semua aset termasuk wang tunai berjumlah RM26 juta di dalam bank telah dipindah milik," jelasnya. 
(HHalem: Pindah milik ke account siapa?)

Beliau berkata, harta-hartanya yang lain termasuk empat buah rumah di Pulau Pinang bernilai kira-kira RM3.68 juta.

Katanya, pada masa itu beliau turut diburu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berkaitan dengan cukai pendapatan berjumlah lebih RM50 juta hingga beliau diisytiharkan muflis tidak lama selepas itu.

Sementara itu, Ummi Hafilda ketika dihubungi memberitahu, beliau tidak pernah mendakwa mengenali Zaliah secara peribadi.

Katanya, pendedahan yang dibuat adalah bertujuan semata-mata mahukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kaitan antara wanita berkenaan dengan Anwar.

"Ini bukan isu kenal atau tidak kenal. Saya sendiri tidak pernah mendakwa bahawa saya mengenal perempuan berkenaan (Zaliah) secara peribadi.”

"Pendedahan yang saya lakukan itu bertujuan untuk membantu siasatan SPRM berhubung kes pemilikan akaun induk bernilai RM3 bilion oleh Anwar. Saya telah serahkan bukti dan sekarang tugas SPRM menyiasat apa kaitan, hubungan atau penglibatan perempuan itu dengan Anwar," katanya.

Utusan

11 comments:

  1. Belilah akhbar Mingguan Malaysia, akhbar No.1 hehehe

    ReplyDelete
  2. Ni la orang melayu....bergaduh sesama sendiri
    si umi sibuk suruh org mengaku itu mengaku ini
    bila kena batang hidung pandai buat alasan itu ini

    ReplyDelete
  3. aku memang tak pernah miss beli mingguan malaysia itu pun baca pacaindera....
    ari-ari lain...tak koser nak beli
    dah la mahal, nipis pulak...cerita tak de lain
    politik jer pastu dok bantai anuar azmin
    macam derang 2 orang jer yg pembangkang

    ReplyDelete
  4. Ummi ini macam perempuan yang super private investigator. Dia ini ada simpan banyak bukti-bukti orang lain. Lebih dashyat daripada polis. Nampaknya dia ini tak ada kerja lain melainkan cerita banyak-banyak pasal orang lain dan bagi orang masaalah sahaja.

    ReplyDelete
  5. Jangan hina ummi, kalau dia tak betul saman je. Dia penyiasat persendirian ke cari makan ke, yang penting cerita dia betul ke dok? Pendedahan dia menyebabkan ada orang geli punggung. Tu lah main lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi silap2 dia yg panas punggung lak x senang duduk...

      Delete
  6. mana ada hina, kita berkata apa yg betul
    awat yg hang terasa sangat
    hang nampak ke orang tu main punggung or dok baca utusan meloya & stim kat ummi
    tau la laman nie laman keris tak de sarung

    ReplyDelete
  7. Nampak sgt tak faham bila membaca..mmgla ummi reveal pasal zaliah ni..tp sapa yg ambik duit dia?ummi kan kata dia xkenal pn orgnya,gambar yg dia bg kt paper tu gambar ic. Maknanya dia ada document pasal transaction ni..jd skg persoalannya sapa yg amik duit dia? Dan kemana duit tu pg

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku yg ambik...skrg apa kess...

      Delete
  8. x faham betul dengan zaman sekarang, perebutan kuasa, fitnah(kalau x betul la), mengumpat( kalau betul la) dunia dah nak kiamat kot. kita yg dengar ni dok tambah dosa megumpat benda yang kita tak tau kesahihanya.kengkadang nak percaya bukti pun susah, zaman sekarang zaman duit, bukti pun boleh beli. kite orang melayu makin pecah belah, kengkadang jiran sebelah pun sampai x bertegur dek kerana politik. bagi saya senang je lantak ko le nak tunggang tebalik, yang penting kita ada akal dan kewarasan boleh fikir yg mana betul dan salah. berpegang pada kepercayaan sendiri,

    ReplyDelete
  9. Umi Hafida ni semua pun la dia nak reveal... semua kain orang dia nak selak... nanti kalau tersilap selak kain, penumbuk makan dia...

    ReplyDelete