Multiple Pages

05/07/2012

Uncle Seekers Di Tahan Polis Johor Kerana Aibkan Sultan Johor.


Oleh: HHalem.
Syed Abdullah Hussein Al-Attas - aka - Uncle Seekers

Pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau dikenali sebagai Uncle Seekers yang didakwa mengaibkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di dalam blognya baru-baru ini ditahan di Plaza Tol Senawang malam tadi.

Difahamkan, dia ditahan oleh polis dari kontinjen Johor pada pukul 9.45 malam dan kini dibawa ke negeri Johor dipercayai bagi siasatan lanjut ekoran laporan dibuat sekumpulan 30 individu mengenai tulisannya itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, 1 Julai lalu.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung perkara itu hari ini.

- Utusan.

Salah satu kontrovosi yang ditimbulkan ialah kisah perebutan kuasa di Istana Johor, di sini>

No comments:

Post a Comment