Multiple Pages

06/08/2012

Karpal Hina PAS. Akar Umbi Mahu PAS Keluar Pakatan Rakyat Segera.


Oleh: HHalem.

Ahli Pas di peringkat akar umbi mahu parti itu keluar segera daripada pakatan pembangkang kerana kebiadaban DAP serta Pengerusinya, Karpal Singh terhadap Islam merupakan satu perkara yang tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan.

Bekas Ketua Dewan Pemuda Pas Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, mereka berpendapat selagi Pas berada dalam pakatan tersebut, perjuangan Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan parti tersebut akan terus dikekang hebat oleh DAP.

Ujarnya, ia merupakan satu hakikat yang berlaku dan atas sebab itu golongan ulama di dalam Pas perlu tampil meminta pucuk pimpinan parti mengkaji semula kerjasama parti tersebut dengan DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Rata-rata ahli akar umbi yang saya temui menyifatkan kenyataan Karpal sebagai kurang ajar dan biadab kerana ia melibatkan kesucian Islam dan kepentingan umat Islam. Ini bukan soal Pas tetapi soal Islam dan umat Islam.”
Macam Pok Nick ni, sekali Karpal pulas tangan, tercabut sendi.

(HHalem: Jika diberi mandat pada kaki bangkang Pakatan Rakyat pada Pru13 nanti, bermakna akan jadi caca merba lah pentadbiran negeri seperti yang ada sekarang di Selangor. Segala macam masalah timbul seperti isu air dan isu UniSEL.

Ini belum lagi termasuk dasar-dasar PAS-DAP yang tidak sehaluan, terutama dasar Negara Islam dan cogankata Negara Berkebajikan (Khalid Samad nyata ia cogankata, bukan dasar PAS). Masing-masing menghina antara satu sama lain mengenai dasar parti masing-masing sehinggakan pentadbiran akan diabai dan kucar kacir.

Contoh kecil ialah Hassan Ali di Selangor yang ditendang dari PAS. Cuba bayangkan jika pergolakan ini berlaku pada sekala lebih besar antara PAS dan DAP. Mahunya hancur dan tidak terkawal negara !

Mahukah kita lihat dan letak negara dan negeri di tangan DAP-PAS-PKR yang tidak tentu haluan dan seperti rojak?

Jika mereka diberi peluang, rakyat akan merana. Oleh itu buat lah keputusan yang bijak pada PRU13 nanti. )

2 comments:

  1. karpal berak dan lumur taik dia kat muka n.ajis dan hadi awang pun, semua pemimpin pas akan berdiri kukuh untuk menakluk putrajaya dan menjadikan anwar sebagai pemimpin. perjuangan Islam pas hanyalah retorik semata-mata untuk ahlinya sedap mendengar sahaja. praktiknya segala fitnah serupa perbuatan yang sebenar. takebeer untuk pas.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,semua ahli PAS yang berada di peringkat akar umbi dinasihatkan agar tinggalkanlah PAS kerana pemimpin PAS banyak yang telah menyimpang dari perjuangan asal.Pemimpin PAS hanya menipu ahli-ahlinya semata-mata nak dapatkan undi dan kuasa.

    ReplyDelete