Multiple Pages

01/09/2012

Bas Anwar Di Pecah Cermin Dan Di Simbah Cat Di Kota Bharu.


Oleh: HHalem.
Bas besar agam dan pelik, memang terbuka luas untuk pencuri atau vandalism.
Kota Bharu bawah Pok Nick bukannya bebas jenayah pun seperti yang Pas sangkakan.
.................
Bas yang dilancarkan oleh PKR semalam sebagai kenderaan untuk bergerak serata Malaysia atas program “Jelajah Merdeka Rakyat” telah diserang hendap di Kota Bharu, Kelantan pada pukul 4.20 pagi tadi.

Semalam Anwar dan Pok Nick telah menaiki bas tersebut berceramah di Tanah Merah dan setelah tiba di destinasi Kota Bharu dan di parking di hadapan Pasar Siti Khadijah, cermin bas dipecahkan dan disimbah dengan cat merah.

Twitter Anwar berbunyi;
"Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi - cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan,"


Dengan peristiwa diatas, maka berterbanganlah twitter Pakatan Pembangkang menuduh ia dilakukan oleh Umno-BN yang dikatakan cuba menghalang dan mengagalkan program Jelajah Bas PR. Seperti yang dijangkakan dan ia adalah modal pertama Pakatan dengan menuduh Umno.

Itu lah akibatnya, jika terlebih exposure dan over publicity seperti yang Anwar dan Pok Nick mahukan. PAS-PKR fikir semua rakyat Kota Bharu mencintai mereka.

Tentulah mereka mendapat perhatian ramai kerana memulakan kempen pilihanraya terlalu awal daripada orang lain.

PKR-PAS fikir perbuatan mereka selama ini tidak dibenci oleh samseng-samseng Kota Bharu. Pengikut PKR-PAS tersalah anggap bahawa orang Kota Bharu baik-baik belaka dan bebas dari jenayah jalanan akibat tarbiah Pok Nick selama bertahun-tahun. 

Ini sudah tentu amat memalukan Pok Nick.

“Ini perkara yang tidak bertanggungjawab, saya berasa malu kerana ia berlaku di Kelantan,” – Pok Nick

Bas begitu besar agam, pelik dan terlalu menyerlah dan kemudiannya parking awam dihadapan Pasar Siti Khadijah dan tiada pengawal atau pengawal terlebih lena, maka itulah akibatnya. Memang terbuka luas pada samseng-samseng untuk mencuri atau setidak-tidak merosakkannya.

Sehubungan dengan itu, adakah bas tersebut telah mendapat kelulusan Puspakom/JPJ kerana dalaman dan luaran (platform penceramah ditambah) diubah begitu rupa?

Bas itu mempunyai 19 tempat duduk, kemudahan wifi, tempat mesyuarat, tandas dan dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera.

Adakah mereka telah mendapat permit untuk bergerak dan berceramah kempen pilihanraya diseluruh Malaysia?

Ini adalah kerana berdasarkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh PRU13 untuk berkempen meminta rakyat mengubah Kerajaan Pusat.

7 comments:

  1. Khalid Gagap pinjam duit dengan AH Long ke? sampai bas pun kena simbah cat merah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye la, betul tu. tak bayar, Along simbah cat merah.

      Delete
  2. banyak duit depa no...

    ReplyDelete
  3. Depa buat sendiri kot? Lepas tu tuduhla orang lain. Ide dah basi...

    ReplyDelete
  4. Saya tak rasa tu perbuatan UMNO atau penyokong nya.
    sebab kelantan memang banyak jenayah dan maksiat, jadi perkara ini tak mustahil berlaku.
    mungkin juga dilakukan atas dasar seronok2.. anak2 muda yang kurang pendidikan,, sahsiah buruk ramai di sana tu, jadi bila mereka nampak muka anwar di sana, mereka berseronok dengan memecahkan .

    ReplyDelete
  5. hai,hai,hai...setiap masa mengutuk Polis..bila jadi lagu ni,,kenapa sibuk2 pulak nak report Polis..?

    ReplyDelete
  6. ...
    ..
    .
    Tidak mungkin berlaku terhadap seorang yang di sayangi...

    ;-)


    .
    ..
    ...

    ReplyDelete