Multiple Pages

16/09/2012

Setiausaha Agung PAS Setuju Pok Nick Patut Berundur. Mustafa Ali Membisu.


Oleh: HHalem.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pok Nick) diminta berundur dari memegang jawatan tertinggi parti Pas kerana beliau dilihat menyokong kuat dan mementingkan golongan Anwar didalam PAS.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, Pok Nick sanggup dan mahu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (Nasha) dibuang atau sekurang-kurangnya memberi amaran oleh Majlis Syura Ulama kerana mengkritik Pengerusi DAP, Karpal Singh, demi mempertahankan maruah parti dan Islam.

Ini kata Ismail Mina kepada Mingguan Malaysia, hari ini.
"Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin Pas yang dikenali sebagai golongan Anwarinas tidak dipanggil mengadap meskipun turut sama membuat kenyataan. Pada hal, kenyataan mereka bertentangan dengan dasar dan perjuangan Pas tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan”

"Di mana peranan Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul Am? Beliau sepatutnya menjalankan tanggungjawab secara mursyid, kalau Nasharudin dipanggil, golongan Anwarinas juga harus dipanggi mengadap,"

Sifat yang suka berpura-pura dikhalayak ramai. Berpura-pura senyum?
Tapi dibelakang Pok Nick mahu Nasha dipecat atau diberi amaran.

Kenyataan Ismail Mina diatas dianggap dipersetujui oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli kerana mereka enggan mengulas kenyataan Ismail Mina ketika dihubungi Antarapos. Terus membisu dan enggan mengulas kenyataan Ismail Mina samaada benar atau tidak.

Ini kerana pemimpin-pemimpin Pas ini baik budi perkerti dan akhlak mulia disebabkan mereka berpegang konsep bahawa bertutur hanya perkara kebaikan pada Pok Nick. Jika Pok Nick tidak berwibawa dan tidak lagi dipercayai, adalah lebih baik mereka berdiam diri dan jangan mengulas supaya tidak memburukkan lagi keadaan dan spekulasi.

Pesanan orang tua-tua, diam tandanya setuju. Setuju supaya Pok Nick berundur.

Dipercayai fenomina meminta Pok Nick berhenti akan berkumandang di sana sini selepas ini dari kumpulan penyokong kuat Nasha-Haron Din. Malahan pergolakan ini akan runcing dan akan dipertahankan oleh golongan-golongan Pas yang menyokong kuat Anwar.

Penulis masih percaya bahawa tarikh Ahad 9/9 adalah hari-hari bermulanya pergolakan dan pertanda-pertanda kejatuhan Pok Nick. Ikuti pendedahan dalaman dari Majlis Syura Ulama PAS (disini>)
 

1 comment:

  1. ..sebaik-baiknya Pak Nik undur dari arena politik PAS yg semangkin celaru dan pro Peliwat Negara..sebelum turut menjadi KOTOR terpalik dgn 'kilang kunyit' Anuwar yg sedang dan akan meletup lagi...kalau Pak Nik Ajis mahu dikenang sebagai 'ulama pewaris nabi', undurlah segera dari politik PAS yg semangkin bergelumang dgn 'najis DAP, LGBT'....

    ReplyDelete