Multiple Pages

01/09/2012

Kelantan Takut Di Istihar Darurat. Hadi Pula Berkokok Macam Ayam Berak Kapor.


Oleh: HHalem.

Bab Hudud lagi !  
Boring, tapi apa boleh buat selagi PAS terus berdusta.

Pengikut  Pas konpius, ada yang kata bukan konpius tetapi bebal tahap maksima, apabila dibangkitkan bab hudud ala-Pas ini.

Apa tidaknya, hari ini Presiden Bercelaru Pas, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang seperti ayam jantan berak kapor berkata “DAP tidak berkuasa dan tidak ada hak” untuk mendesak PAS menggugurkan agenda melaksanakan hukum hudud dan perundangan Islam.

Bergerun kan!  
Hadi tampak garang macam ayam jantan dan sudah tentu Karpal akan jatuh tersungkur dari kerusi roda jika mendengar kata-kata Hadi.


Kemudiannya Hadi menambah ubat pening, apabila Hadi berkata PAS tidak berhak menolak apa-apa bantahan DAP.

"DAP tiada kuasa untuk menghentikan hasrat PAS daripada menyuarakan haknya, sama seperti PAS tidak boleh menghentikan DAP daripada menolak pelaksanaan hudud," – kata Hadi Khamis lalu.

Entah apa-apa !
Hadi suka bebenar dengan mainan kata-kata ini.
“Agree to disagree”... “Setuju untuk tidak-setuju”

Jikalau macam ini, memang tidak kemana arah tuju hudud PAS, kerana ia membawa maksud DAP tidak akan bersetuju dengan PAS dan PAS juga tidak akan bersetuju dengan DAP, walau apa pun terjadi didunia ini.

Nampak bodoh bukan!

Walaupun Hadi tampak garang seperti ayam jantan dengan DAP, tapi lihat taik ayam PAS yang berderai di Kelantan.

Baca apa yang terjadi di Kelantan semalam.

Anda tentu masih ingat penubuhan Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah ll (Hudud), di Kelantan tahun lalu pada 24 Oktober 2011, yang di Pengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar,  Datuk Ahmad Yakub. (disini> dan disini> . Riuh sekampong kerana tidak cukup ahli korum.

Tetapi hari ini, anda percaya atau tidak, sudah genap setahun, alasan yang sama diberi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, bahawa Timbalan Menteri Besar masih sibuk dan tidak sempat memanggil Mesyuarat Teknikal yang ke-2, seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

Lepas setahun, mesyuarat ke-2 belum dipanggil !
Tentu anda pembaca geram seperti hendak hantok kepala kedinding. Atau ahli-ahli PAS terasa hendak menyumpah seranah Pok Nick dan Hadi, si lidah mengkarong/pokka.

Alasan keduanya dan lebih tampak Samdol dan dustanya PAS apabila mereka memberi alasan bahawa mereka bimbang jika hudud dilaksanakan di Kelantan, Kerajaan Persekutuan akan mengistiharkan darurat seperti tahun 1978 akan berulang.

Sungguh rapuh alasan PAS untuk menutup malu kerana tidak berfungsinya Jawatankuasa Teknikal Hudud.

“Berdasarkan pengalaman (Pas Kelantan), kita bimbang kalau teruskan usaha ini (hudud) mungkin tindakan-tindakan yang tidak baik (darurat) akan berlaku yang akan menjejaskan keseluruhan usaha kita untuk memperjuangkan Islam,” – kata Mohd Amar pada SinarHarian>.

Akibat krisis politik mainan suku-sakat PAS yang berlaku pada 1977 yang memporakperandakan negeri Kelantan, darurat diisytiharkan oleh Kerajaan Pusat. Pemerintahan darurat itu ditarik balik pada 1 Januari 1978 dan pada 11 Mac 1978.

Anda tentu dapat nilaikan betapa dustanya PAS. Disatu sudut Hadi dan Pok Nick beriya-iya nak laksanakan hudud diperingkat lebih besar jika berjaya takluk Putrajaya.

Di satu sudut lain pula, apabila ada peluang keemasan di Kelantan, mereka tidak mampu pun membuat Mesyuarat Teknikal Hudud ke-2 selepas setahun berlalu, malahan memberi alasan yang mereka bimbang Kerajaan Pusat akan istiharkan darurat di Kelantan.

Betapa rapuhnya alasan PAS sehingga ketahap mendusta kepada rakyat yang menaruh harapan kepada mereka.

Atas sebab itu, pengikut PAS berhak menolak PAS beramai-ramai pada PRU13 nanti atas pendustaan selama ini.


5 comments:

  1. Tunggulah mat sabu jadi presiden pas barulah hudud dilaksanakan, hj. hadi tak upaya keto lutot bila cakap hudud depan dap, nak jaga hati kafir harbi.

    ReplyDelete
  2. mat sabu pon hampir2 kene hudud suatu ketika dulu di hotel perdana. Lagilah dia takot hudud.

    ReplyDelete
  3. Pertama...mat sabu terbukti tak bersalah...jadi hang sepatutnya dok diam2
    Kedua kalau...lagi sekali ulang...KALAU mat sabu terbukti bersalah...khalwat TIDAK termasuk dalan hukum hudud...ianya dibawah hukum ta'zir...jadi apa dalil hang mengatakan mat sabu hampir kena hudud?
    Kalau tak tau,dok diam2 sudah atau pi cari guru tadah kitab lagi baik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ternyata anda iseorg yg pandai berkata2 tetapi buta ugama. khalwat hukum dia 100 sebatan ( hukum hudud) termaktub dalam hukum zina

      Delete
  4. " KALAU mat sabu terbukti bersalah...khalwat TIDAK termasuk dalan hukum hudud...ianya dibawah hukum ta'zir...jadi apa dalil hang mengatakan mat sabu hampir kena hudud?
    Kalau tak tau,dok diam2 sudah atau pi cari guru tadah kitab lagi baik.... "

    zina itu ada dlm hukum hudud.

    bagaimana org yg tak takut pada undang2 allah swt nak menjalankan hukum allah swt?

    dia melarang org lain melakukan apa yg dilarang oleh allah swt..sedangkan dia sendiri melakukan apa yg dilarang oleh allah swt!

    ReplyDelete