Multiple Pages

14/09/2012

Hishamuddin KDN – “Orang Johor Tentukan Penerimaan PKR”. Hisham Galakan Vigilante.


Oleh: HHalem.

Penulis membaca berulang kali kata-kata Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Hussein mengenai jaminan keselamatan kerajaan terhadap program kempen “Jelajah Merdeka Rakyat PKR” yang disimbah cat merah - buat kali ketiga – di Tangkak, Johor.

"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan/keselamatan PKR) orang Johor itu sendiri," kata Hisham kepada Malaysiakini.


Sekali baca memang benar kata Hisham bahawa kerajaan tidak dapat memberi jaminan keselamtan pada setiap individu rakyat Malaysia. Sudah tentu polis tidak dapat berada dimana-mana sahaja bas kempen PKR berada.

Baca kali kedua, apabila dimaksudkan sebagai “keselamatan PKR ditentukan oleh orang Johor sendiri”, kedengaran bunyinya amat pelik kerana seolah-olah Hisham meletak keselamatan PKR ditangan orang-orang Johor yang bertindak secara sendirian.

Begini lah caranya apabila Pegawai Kerajaan bercakap dari segi dan sudut kacamata politik. Hisham bercakap dari kacamata seorang ahli Umno terhadap pembangkang.

Hisham betul-betul mengalakkan “vigilante”, iaitu tindakan undang-undang diletak dibawah tangan individu atau kumpulan untuk penguatkuasaan tanpa kebenaran pihak berkuasa. Di dalam kes ini, kumpulan orang-orang Johor boleh bertindak secara sendiri-sendiri.

Ini sudah tidak kena tempat bagi Hisham, seorang Menteri, berkata demikian !

Adakah Kementerian Dalam Negeri sendiri pun sudah putus asa dengan Anwar sehingga terpaksa menyerah pada orang Johor untuk bertindak terhadap Anwar dan PKR?
  
Di sebaliknya, apabila Hisham bercakap 100% mengenai politik, atas kapasiti orang Umno, maka penulis setuju dengan Hisham 200%. Penerimaan rakyat Johor terhadap PKR adalah zero.

Hisham adalah anggota Parlimen Sembrong.

"Saya tengok PKR pun tahu dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku di sana. Ini politik. Politik adalah berkaitan dengan risiko, risiko yang dicongak”

"Kalau risiko yang dicongak juga tidak jalan, maknanya tiada tempatlah dia. Orang Johor yang akan menentukan."

"Itu kena tanya orang Johor sendiri (mengenai kejadian di Tangkak),"

Rakyat Johor secara khusus dan rakyat Malaysia am nya sudah muak dengan Anwar yang senantiasa terlepas dari tindakan undang-undang hanya kerana beliau mempunyai kumpulan peguam-peguam yang mahir memutarbelitkan fakta-fakta di mahkamah. 

Anwar senantiasa terlepas.

5 comments:

  1. ...
    ..
    .
    Tahniah orang Johor. Tidak mudah terpedaya dengan janji Palsu yg penuh Muslihat Puak juak juak Al-Jubs.

    Pakatan Haram tidak Akan dapat menapak walau seinci pun di bumi Johor!

    Nasib baik cat Merah...sikit lagi Telur busuk Akan masuk dalam bas peliwat!


    .
    ..
    ...

    ReplyDelete
  2. Tak payah cakap tunggu pru 13 yg main kasar tu kenapa?dr tak de org sokong skrg dh ade sbb umno main kasar org dh meluat cara agresif umno

    ReplyDelete
  3. Umno harus bijak memahami perasaan rakyat msia pengundi akan nyatakan pd umno yg melampau pada musuh politik melalaui peti undi...sabar pr hadapi tribulasi perjuangan rakyat sdg menilai kebiadaban umno

    ReplyDelete
  4. Macam ni ke nak jadi pemimpin Negara?

    ReplyDelete
  5. Rakyat johor tertunggu-tunggu perubahan...umno macam tu jugak...

    ReplyDelete