Multiple Pages
Home
Video Top 10
Al-Quran (Mishary Rashed)
Hubungi
Posting Beberapa Jam Yang Lalu.
Loading...
26/09/2012
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem.
Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini.
Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir.
Mungkin Khalid masih ada peluang lagi jika Pru Negeri ditangguhkan.
Setelah puas mengugut Kerajaan Pusat dengan pelbagai akta sana sini dan mengugut untuk mensabotaj projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat (Langat 2) yang akan diteruskan oleh Kerajaan Pusat, Khalid Ibrahim melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor akhirnya mengambil langkah untuk menjemput Timbalan Perdana Menteri, TS Muhyiddin Yasin untuk berbincang.
"Jemputan tersebut akan dinyatakan dalam surat balasan saya kepada Tan Sri Muhyiddin yang akan dihantar kepada beliau dalam masa terdekat ini," - kata Menteri Besar, TS Khalid.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Pendedahan TV3. Mansur Timbalan KM Penang, Semakin Kuat Dan Di Sanjung Kerana Di Tangkap Menipu. (Video).
Oleh: HHalem.
Mendengar pendedahan audio menerusi Buletin Utama TV3 yang dirakam secara sulit, suara dan keluhan Mansor Othman terhadap DAP yang didakwa semakin bongkak dan angkuh disebabkan telah menang banyak kerusi dalam pilihan raya umum 2008, ramai orang Penang telah menyedari bertapa dusta dan autanya Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 Datuk Mansor Othman.
Mansur dilihat menjerat dirinya sendiri apabila rakaman percakapannya yang menggelarkan Ketua Menteri sebagai 'sombong dan angkuh' didedahkan.
Mansor membuat kenyataan mengina Lim Guan Eng apabila ditanya berhubung tuntutan DAP terhadap kawasan yang ditandingi PKR pada Mesyuarat Strategik parti April lalu.
Lihat kenyataan Mansor yang dipetik dari mStar seperti dalam TV3
:-
"Tidak tentu...belum finalized, dia very arrogant I tell you...
Cocky and arrogant. It's not easy. Now more arrogant.
Because dia menang banyak.
They are sure of winning 19 and they want more.”
"Because by two more they can form their own government
and they can, any two from us to be on their side
and abandon us out,"
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
24/09/2012
Ajaran Sesat Juruzon Mengorbankan 16 Anak Yatim Di Madrasah Al-Taqwa.
Oleh: HHalem.
Akibat Juruzon, 16 anak-anak yatim terkorban.
Agak memeranjatkan dan tidak terlintas langsung difikiran kita bahawa kisah tragedi tanah runtuh di Batu 14, Hulu Langat, Selangor pada 21 Mei 2011, tahun lalu, yang turut mengorbankan 16 orang anak yatim Madrasah Al-Taqwa, adalah merupakan pusat ajaran sesat.
Ini disahkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melalui penyiasatan mereka dan ajaran sesat tersebut dikenali sebagai
‘Ajaran Juruzon’.
Pengasas Madrasah Al-Taqwa adalah ketua ajaran sesat itu sendiri yang bernama Juruzon Bin Abd. Latif.
Laman rasmi JAIS telah menyiarkan kutbah Jumaat dimana sebahagiannya seperti berikut
.:-
Sidang Jumaat yang di rahmati Allah,
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
23/09/2012
Tun Mahathir – Soros Mahu Regime Change, Jatuhkan Najib dan Lantik Anwar Sebagai PM
Oleh: HHalem.
Malaysia perlu mengikut contoh Mesir dan menutup segera NGO/Suaram/Malaysiakini sebelum terlambat.
Tun Mahathir - "Kerajaan interim Mesir telah pun menghentikan kegiatan sesetengah NGO ini yang datang dari Amerika. Mereka ini sebenarnya dibiayai oleh kerajaan (Amerika), mereka pergi ke Mesir dan cuba mempengaruhi orang Mesir dan siapa-siapa yang hendak menghadapi pilihan raya. Mesir telah menghalang mereka daripada masuk campur (PRU)”
......................
Tun Mahathir telah diminta mengulas mengenai penyaluran dana asing kepada Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dari pertubuhan yang diasaskan oleh penyangak mata wang George Soros, iaitu :-
a- RM1.6 juta dari National Endowment for Democracy (NED) dan
b- RM845,835 dari Open Society Institute (OSI),
Ikuti apa kata Tun dibawah :-
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Tunku Aziz - "Rasuah dalam DAP cukup teruk, fitnah tersangat kuat”. Datuk Ariff Sabri Bila Nak Keluar DAP.
Oleh: HHalem.
Siri jelajah Tunku Aziz bertajuk “The Days When We Were in DAP”.
Rasuah dalam DAP cukup teruk, serta fitnah juga tersangat kuat
:-
DAP adalah pengamal rasuah paling dahsyat dan diakui oleh empat bekas ahlinya apabila mengambil keputusan untuk melancarkan siri ceramah bagi menjelaskan alasan mereka keluar dari DAP.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, rasuah adalah amalan yang diamalkan di dalam parti itu sedangkan pemimpin DAP sendiri asyik memperjuangkan anti rasuah.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
22/09/2012
Tunku Aziz - “DAP Bersifat Anti-Islam. Sungguh Biadap Mereka Ini”
Oleh: HHalem.
Ada hikmahnya Tunku Aziz berani masuk & keluar DAP.
Kita mungkin melihat DAP dari luar dan mengetahui keburukan DAP, tiada langsung kebaikan, hasil dari pembacaan dan sejarah-sejarah silam DAP yang tidak langsung membawa manafaat kepada orang-orang Melayu dan Islam. Ini adalah dari satu sudut pandangan.
Jika dari sudut lain, contohnya Malaysian Malaysia yang dianjurkan oleh DAP, mungkin anda tergila-gilakan DAP kerana terbayang-bayang manafaat besar darinya. Manafaat dimana penaklukan sepenuhnya terhadap kebudayaan Melayu dimana hak kesamarataan hak menjadi idaman.
Bagi Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pula, beliau seorang yang cukup berani kerana sanggup dan bersedia melihat DAP dari dalam yang mana kita bukan sahaja tidak mampu lakukan malahan tidak akan melakukannya sama sekali.
Sebelum ini, Tungku Aziz telah diberi jawatan boneka politik yang cukup menarik iaitu Naib Pengerusi DAP sebagai umpan denak untuk menarik orang-orang Melayu menyertai DAP.
Betul bagai dikata, berdasarkan sejarah silam, kesudahannya Tunku Aziz menemui ranjau dan duri didalam rumah DAP dan akhirnya lari keluar.
Akhirnya selepas tersedar, bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz bersedia menjelajah ke seluruh negara bagi membuka minda rakyat, khususnya penyokong pembangkang supaya membuat keputusan tepat pada PRU-13 nanti.
Lihat apa kata Tunku Aziz dibawah mengenai DAP.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
21/09/2012
Pengerusi SPR :- Setiausaha Agung PKR Saifuddin Penipu Besar. SPR Ada Bukti Kukuh.
Oleh: HHalem.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) TS Abdul Aziz Mohd Yusof berjaya membuktikan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution, adalah seorang penipu besar kerana telah memalukan SPR.
Menurut Aziz, SPR rasa seperti diperbodohkan pembangkang.
Saifuddin telah menggunakan sekeping gambar dan alamat surat-menyurat sebuah pondok di Kampung Sungai Pusu, Gombak sebagai bukti untuk menyokong tuduhan melulu beliau bahawa terdapat 13 pengundi meragukan yang berdaftar menggunakan satu alamat yang sama.
"Saya mengarahkan beberapa pegawai saya untuk memeriksa kawasan tersebut dan sebenarnya kawasan itu luas dan dikelilingi rumah. Gambar itu hanya fokus kepada pondok tersebut tetapi anda tidak melihat rumah kediaman”
"Pondok itu hanya digunakan oleh penduduk di kawasan itu untuk meletakkan motosikal dan terdapat kedai kopi di sana yang menggunakan alamat surat-menyurat itu.”
"Rumah-rumah tersebut terletak di bukit sekitarnya dan dilindungi pokok. Sebab mengapa mereka menggunakan alamat sama adalah kerana ia terletak di atas tanah rata dan memudahkan posmen untuk menghantar surat.”
"Ini tidak unik...terdapat banyak kes di mana orang ramai menggunakan alamat sama atas sebab-sebab serupa. Ia tidak bermaksud pengundi-pengundi ini tinggal di pondok tersebut,"
Jika Aziz menyatakan SPR sudah dipermalukan dan diperbodohkan oleh Saifudin PKR dan terdapat bukti-bukti bergambar kukuh, maka SPR perlu mengambil tindakan terhadap Saifudin. Ini sebagai pengajaran kepada yang lain-lain didalam PKR supaya tidak membudayakan fitnah.
Sumber mStar
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Surat Balas - Muhyiddin Membelasah Khalid Bab Swasta Air Selangor.
Oleh: HHalem.
Khalid - Permainan silap mata dan percaturan koporate bercampur aduk politik
:-
Atas nama rakyat dan cubaan mengabui mata rakyat Selangor, maka Khalid Ibrahim cuba sekali lagi teknik terbaru selepas teknik lama mengugut hendak sabotaj projek Langat 2 tidak berjaya. Malahan ia telah back-fire dan memburukkan lagi imej Pakatan Pembangkang.
Pendekatan Khalid agak berbeza sekali ini
“Kita pertahankan rakyat, sebab itulah kita buat penyusunan semula itu,
sebab rakyat Selangor tidak akan mendapat manfaat daripada penswastaan ini
”
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
20/09/2012
Gabungan Protes Bersama Di Batalkan. Ikuti Penjelasan Khairi. Salah Siapa?.
Oleh: HHalem.
Satu keputusan yang paling bijak oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Pemuda Pas Nasrudin Hassan apabila membatalkan rancangan bergabung protes bersama pada hari Jumaat esok, bagi tujuan mengecam filem “
Innocence of Muslims
”.
Apabila mereka berdua, pada mulanya, setuju untuk bergabung protes bersama, kita berpandangan bahawa ia sudah cukup bagus dan pertanda baik kerana Pemuda Umno dan Pas dilihat bersatu hati untuk mencapai objektif bersama. Ini dilihat sebagai langkah permulaan bersatunya Umno-Pas di bawah satu payung oleh anak-anak muda.
Kemudian mereka berdua bersetuju untuk membatalkan protes bersama di atas sebab-sebab keselamatan.
"Pada mulanya, memang Pemuda Umno berhasrat untuk bergabung dengan pemuda Pas dan kami terbuka untuk bergabung.”
"Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan," - Khairy.
Pemuda Pas dan NGO Pembangkang dan parti pembangkang akan berprotes di Kedutaan Amerika,
Jalan Tun Razak
. Di mana kita tahu bahawa di Kedutaan Amerika lah pusat menimbulkan segala kemarahan.
Bayangkan huru-hara yang akan berlaku
berdasarkan sejarah-sejarah protes pembangkang yang lepas-lepas?
Disebaliknya, Pemuda Umno akan berhimpun protes di pekarangan Masjid Kampung Baru selepas solat Jumaat.
Sebanyak 13 pertubuhan NGO dan parti politik akan turut serta seperti seperti Pemuda dan Puteri Umno, parti MIC dan MCA, Belia 4B, Perkasa, Pekida, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan India Muslim.
Adakah huru-hara, pecah memecah akan berlaku di kawasan Masjid? Pembaca tentu dapat memberi jawapan kerana ia dihadiri juga oleh MCA-MIC.
Wahal, jika protes bersama dilakukan di Kedutaan Amerika dan jika berlaku apa-apa trajedi, maka akan berlakulah tuduh menuduh antara Pembangkang dan Umno-BN. Tuduhan siapa yang membuat provokasi dan huru-hara terlebih dahulu. Ini akan menimbulkan perbalahan yang amat sengit.
Oleh itu, penulis berfahaman bahawa protes bersama dibatalkan hanya kerana Ketua Pemuda dan Pas tidak bersetuju dengan lokasi protes.
Nampak sahaja umat Melayu/Islam bersatu hati, tetapi mereka tidak akan bergabung walaupun agama Islam terancam demi politik
Comments / Pandangan Melalui Facebook
19/09/2012
Harusani - Haram Dari Hukum Syarak Mengundi Ngeh DAP Yang Menghina Rasullullah. PAS Pula Buat Pekak Badak.
Oleh: HHalem.
Cakap lah apa pun, PAS tetap buat pekak badak.
Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Haji Zakaria, menyeru dan mengingati semua umat Islam yang akan mengundi atau menyokong pemimpin atau wakil-wakil rakyat supaya berhenti menyokong mereka yang terang-terang dan terbukti menghina agama Islam dan Rasullullah, Nabi Muhammad SAW.
Malahan Harussani berkata adalah haram hukumnya mengundi dan menyokong wakil rakyat yang menghina nabi Muhammad SAW dan agama Islam pada Pru13 nanti.
Selepas menghadiri Forum Pendermaan Organ di Kompleks Rawatan harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh Rabu, Harussani ditanya mengenai tweet Pengerusi Dap Negeri Ngeh Koo Ham yang telah menghina Nabi Muhammad.
Ini jawapan Harussani.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Karpal “Akan Nasihat PAS Secara Mendalam”. Saman Terus Pok Nick.
Oleh: HHalem.
Apa yang nak dinasihat secara mendalam?
Saman saja PAS, Pok Nick dan Hadi.
Kemudian DAP keluar Pakatan, habis cerita.
.............
Utusan menulis bahawa Menteri Besar Kelantan (Pok Nick), melalui laman blognya menegaskan, pelaksanaan hudud tidak boleh dilengah-lengahkan kerana ia diwajibkan di dalam Islam dan hukum tersebut bukan satu pilihan untuk manusia menerima atau menolak.
"Tiada hukum atau undang-undang di dunia ini sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dahulu baru ia dilaksanakan,"
kata Nik Aziz pada 24 Ogos lalu.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
18/09/2012
Kereta Timbalan Menteri Di Bakar. Lagi Ganas Dari Simbah Cat Merah.
Oleh: HHalem.
Bab simbah-simbah atau lontar-lontar plastic cat merah keatas bas kempen Anwar, telah menjadi perkara biasa dan tidak berapa menghairankan, sebab ia perkara kecil.
Ini bakar kereta terus !
Perbuatan siapa? Pencuri.
..................
Polis berjaya menemui semula kereta rasmi Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun yang dicuri pada 2 Jun lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Mohd. Shukor Sulong berkata, kereta untuk kegunaan timbalan menteri tersebut bagaimanapun ditemui rentung di Bukit Kapar pada Sabtu lalu.
“Kereta Proton Perdana Executive ini ditemui terbakar di Jalan Akob. Kereta hangus tetapi pemeriksaan nombor chasis dan enjin mendapati ia kenderaan yang digunakan beliau,”
katanya.
Kereta rasmi timbalan menteri tersebut dilapor dicuri pada 2 Jun lalu di Seri Alam, Pasir Gudang, Johor.
Mohd. Shukor berkata, kereta itu ditemui selepas pihak polis dan bomba mendapat maklumat orang awam mengenai sebuah kereta terbakar di Jalan Akob pada pukul 7.30 malam.
Dari KualaLumpurPost
Comments / Pandangan Melalui Facebook
AMARAN Majlis Peguam - “Tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang”
Oleh: HHalem.
Andrew Khoo -
“Bagi saya, tragedi besar akan terjadi di Malaysia jika PR menang dan kemudian gagal sebagai sebuah kerajaan”
Di Petaling Jaya semalam satu forum diadakan bertajuk
“Aktivisme Politik Baru dan Penjajaran Semula: Implikasi untuk PRU 13 Malaysia”.
Panel terdiri daripada :-
1- Peguam Andrew Khoo, Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam.
2- Bridget Welsh, Profesor Madya Sains Politik dari Universiti Pengurusan Singapura.
3- Peguam Lim Heng Seng. bekas Pengerusi Mahkamah Perusahaan
Kepada soalan mengenai samaada Pakatan Rakyat mampu dan bersedia kah untuk memerintah negara Malaysia selepas Pru13 nanti?
Ini jawapan-jawapan mereka.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
17/09/2012
AMARAN Muhyiddin Kepada Khalid – “Nak kata bodoh, tak tahu lah. Berani bawa la jentolak’
Oleh: HHalem.
Muhyiddin main kasar nampak.
TS Muhyiddin Yassin betul-betul feed-up dan naik menyampah dengan kebodohan Khalid Ibrahim dan kuncu-kuncu Khalid dalam PKR kerana kebodohan mereka yang tidak berkesudahan.
Muhyiddin, Timbalan Presiden UMNO, ketika berucap merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Selayang di Rawang, pagi Sabtu, membidas Khalid yang beriya-iya benar hendak sabotaj Projek Air Langat 2 dengan kuasa-kuasa kerajaan negeri yang ada pada beliau.
Hanya satu sahaja tujuan Khalid. Beliau bertungkus lumus untuk menyelamatkan survival politik beliau sebagai MB Selangor dan nasib PKR di Selangor selepas Pru13 nanti.
Sebelum ini Khalid cuba menunjukan yang beliau berkuasa penuh, sehingga mengeluarkan kata-kata ungutan,
disini
>.
Muhyiddin naik berang;
“Kalau hendak bawa jentolak, nak sekat Projek Langat 2, buatlah, kerajaan Pusat tetap akan teruskan”
Mesej Muhyiddin jelas dan padat. Buat lah jikalau Khalid berani !
Dengan selamba Muhyiddin menambah;
“Nak kata bodoh, tak tahu lah.
Tunjuk air dalam empangan. Kita (rakyat) nak air dirawat. Nak rawat perlu loji. Yang ada sekarang 37 tetapi sudah penuh kapasiti dan terpaksa operasi 24 jam. Kalau rosak, tak dapatlah air bersih,”
Kita masih lagi ingat dengan bodoh-piang YB Ronnie Liu Tian Khiew, ADUN Pandamaran yang berdiri megah di tepi empangan sambil menunjukkan kearah air yang penuh dan hampir melimpah di sebuah empangan.
Macam ayam berak-kapor.
Khalid termenung bisu sekejap dengan amaran Muhyiddin.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
16/09/2012
Setiausaha Agung PAS Setuju Pok Nick Patut Berundur. Mustafa Ali Membisu.
Oleh: HHalem.
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pok Nick) diminta berundur dari memegang jawatan tertinggi parti Pas kerana beliau dilihat menyokong kuat dan mementingkan golongan Anwar didalam PAS.
Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, Pok Nick sanggup dan mahu bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa (Nasha) dibuang atau sekurang-kurangnya memberi amaran oleh Majlis Syura Ulama kerana mengkritik Pengerusi DAP, Karpal Singh, demi mempertahankan maruah parti dan Islam.
Ini kata Ismail Mina kepada Mingguan Malaysia, hari ini.
"Persoalannya kenapa pemimpin-pemimpin Pas yang dikenali sebagai golongan Anwarinas tidak dipanggil mengadap meskipun turut sama membuat kenyataan. Pada hal, kenyataan mereka bertentangan dengan dasar dan perjuangan Pas tetapi tiada sebarang tindakan dikenakan”
"Di mana peranan Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul Am? Beliau sepatutnya menjalankan tanggungjawab secara mursyid, kalau Nasharudin dipanggil, golongan Anwarinas juga harus dipanggi mengadap,"
Sifat yang suka berpura-pura dikhalayak ramai.
Berpura-pura senyum?
Tapi dibelakang Pok Nick mahu Nasha dipecat atau diberi amaran.
Kenyataan Ismail Mina diatas dianggap dipersetujui oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli kerana mereka enggan mengulas kenyataan Ismail Mina ketika dihubungi
Antarapos.
Terus membisu dan enggan mengulas kenyataan Ismail Mina samaada benar atau tidak.
Ini kerana pemimpin-pemimpin Pas ini baik budi perkerti dan akhlak mulia disebabkan mereka berpegang konsep bahawa bertutur hanya perkara kebaikan pada Pok Nick. Jika Pok Nick tidak berwibawa dan tidak lagi dipercayai, adalah lebih baik mereka berdiam diri dan jangan mengulas supaya tidak memburukkan lagi keadaan dan spekulasi.
Pesanan orang tua-tua, diam tandanya setuju. Setuju supaya Pok Nick berundur.
Dipercayai fenomina meminta Pok Nick berhenti akan berkumandang di sana sini selepas ini dari kumpulan penyokong kuat Nasha-Haron Din. Malahan pergolakan ini akan runcing dan akan dipertahankan oleh golongan-golongan Pas yang menyokong kuat Anwar.
Penulis masih percaya bahawa tarikh Ahad 9/9 adalah hari-hari bermulanya pergolakan dan pertanda-pertanda kejatuhan Pok Nick. Ikuti pendedahan dalaman dari Majlis Syura Ulama PAS (
disini>
)
Comments / Pandangan Melalui Facebook
14/09/2012
Hishamuddin KDN – “Orang Johor Tentukan Penerimaan PKR”. Hisham Galakan Vigilante.
Oleh: HHalem.
Penulis membaca berulang kali kata-kata Menteri Dalam Negeri DS Hishammuddin Hussein mengenai jaminan keselamatan kerajaan terhadap program kempen “Jelajah Merdeka Rakyat PKR” yang disimbah cat merah - buat kali ketiga – di Tangkak, Johor.
"Tak payah jaminan, yang akan tentukan (penerimaan/keselamatan PKR) orang Johor itu sendiri,"
–
kata Hisham kepada Malaysiakini.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
PENDEDAHAN Dalaman Memalukan - Apa Yang Berlaku Pada Pok Nick Dalam Mesyuarat Majlis Syura.
Oleh: HHalem.
Pok Nick sedih kerana arahan dan kehendak beliau tidak lagi diikuti.
Tarikh 9/9 Ahad bermulalah detik-detik kejatuhan Pok Nick.
Utusan menulis seorang pemimpin ulama Pas yang juga ahli Majlis Syura Ulama telah mendedahkan yang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (Pok Nick) telah tidak berpuas hati dengan Majlis Syura Ulama yang mengambil ketetapan tidak mengenakan tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden, Nasharudin Mat Isa sehingga menyebabkan beliau meninggalkan mesyuarat majlis itu lebih awal, Ahad lalu, 9 September.
Kata pemberi maklumat bahawa Pok Nick betul-betul mahu melihat Nasharudin dihukum kerana bersikap bertentangan dengan dasar PAS yang menjalin kerjasama dengan DAP.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
GAY – Akuan Benar Khairy Jamaluddin. “Saya Juga Pakai Baju Sendat, Kolar-V”
Oleh: HHalem.
KJ juga ada simptom2 Gay, tapi dia "straight-bukan Gay"
Bermacam-macam reaksi apabila garis panduan simptom Gay & Lesbian ditimbulkan dan di sokong oleh Kementerian Pendidikan untuk diedarkan di sekolah-sekolah. Garispanduan boleh dilihat
disini
>
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
13/09/2012
Menteri Pendidikan – Garis Panduan Mengenali Pelajar Gay Lesbian Untuk Ibubapa Sekolah.
Oleh: HHalem.
Risau dan muram diejak kawan-kawan sekolah. - Hiasan
Menteri Pelajaran menyokong satu "garis panduan" kepada ibu bapa untuk mengenalpasti simptom gay dan lesbian pada anak mereka bagi mengambil langkah segera untuk membetulkan keadaan itu.
Garis panduan itu diterbitkan oleh
Yayasan Guru Malaysia Bhd
,
Majlis Rundingan Persatuan Ibubapa dan Guru Putrajaya
yang mendapat sokongan Kementerian Pelajaran.
Berikut adalah panduan yang menggariskan empat ciri gay dan lesbian seperti dipetik akhbar Sin Chew Daily:
Simptom Gay:
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Karpal Menempelak KitSiang Dan Anwar Kerana Cuba Bermain Di Belakang Beliau.
Oleh: HHalem.
Apabila timbul bab Karpal Singh ini, Kit Siang dan Anwar cukup berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan yang berbau menentang beliau.
Contoh terkini ialah isu antara Karpal dan Nash.
Kitsiang-Anwar, isu Karpal-Nash adalah hal peribadi dan hal Majlis Syura
:-
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berpendirian bahawa perbalahan diantara bekas Timbalan Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa dan Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam isu Hudud sebagai pendirian peribadi masing-masing.
Anwar cukup berhati-hati menyebut bahawa ia isu
“masalah dalaman PAS”
dan tidak menyebut terang-terang bahawa ia isu
“peribadi Karpal-Nash”.
Ikuti apa kata Anwar kepada pemberita selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di ibu pejabat PKR pada Rabu. Anwar jelas merujuk pada keputusan Majlis Syura tentang pemecatan Nash dan tidak pada hal pergolakan peribadi.
"Majlis Syura telah buat keputusan kita hormati. Sebagaimana PAS, tidak campur tangan dalam isu PKR. Kita juga ambik pendirian yang sama. Soal Nasha itu isu dalaman PAS," -
mStar.
Comments / Pandangan Melalui Facebook
Read more »
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)
Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-
Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....
Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.
Oleh: HHalem. Salah orang itu-orang ini. Berbalas surat dengan Muhyiddin sana-sini. Sudah kesuntukan masa sebab Pru13 sudah hampir. ...
TERKINI: Video Oral Sex Anwar-Shamsidar Sudah Ada. Pasaran Gelap Akan Muncul Tidak Lama Lagi.
Oleh: HHalem. Video Oral sex diantara Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin Ali PKR, dijangkakan akan mengocangkan...
HANGAT : Prof Aziz Bari Di Gantung.
Oleh: HHalem. Prof Ego Bongkak Hari ini berita bahawa Aziz Bari telah di gantung bersama-sama dengan Surat Tunjuk Sebab yang ...
Hukum Hudud PAS: Surat Tun Dr Mahathir Kepada Nik Aziz.
Oleh: HHalem. Hukum Hudud PAS. (Bukan Hukum Hudud Islam) Surat Tun Dr Mahathir bertarikh 15 Julai 1994. Ia diturunkan semu...
Pok Nick Sumpah Seranah Ketika Kuliah Jumaat. “Tak Halal Dunia Akirat”...“Ingat Duit Mak Bapak Depa”.
Oleh: HHalem. “Tak Halal Dunia Akirat”...“Ingat Duit Mak Bapak Depa”. 1- Pok Nick merasa amat terhina kerana Kelantan di panggil t...
Dakwat Kekal. Apakah Muslihat SPR Mengalah Kepada BERSIH.
Oleh : HHalem. 1- Pengerusinya, TS Abdul Aziz Mohd Yusof memaklumkan SPR akan mengkaji dengan terperinci cadangan ...
Rahim Noor Memberi Gelaran Setimpal - “Nik Aziz Bapak Segala Kafir Malaysia”.
Oleh: HHalem. “Nik Aziz Is Father Of Khafir” – Rahim Noor Apabila bekas Ketua Polis Negara, TS Rahim Noor mengelar Pok Nick seba...
Video:- Ketok Ketampi Bogel (Nude Squat). Hemy Hamisa Abu Hasan Saari Seorang Pemilik Dadah.
Oleh : HHalem. Hemy Hamisa Abu Hasan Saari Di Tangkap pada 2005 kerana Trafiking/Miliki Dadah. 1- Pada 29 Ogos ...
Komando Mohd Kamel Haji Omar Dedah Penipuan Undi Pos. Siapa beliau?
Oleh : HHalem. 1- Pesara Komando Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Butterworth. Mohd Kamel Haji Omar menceritakan...
Kartun Kekeliruan Kes Rogol Di Tafsir Menghina Islam. Lawak Malam Pagi.
Oleh : HHalem 1- Datuk Sheikh Abdul Halim Abd Kadir , Yang Dipertua , Persatuan Ulama Malaysia (PUM) telah meminta pihak ber...
Blog Archive
Blog Archive
Sept 2012 (49)
Aug 2012 (45)
Jul 2012 (50)
Jun 2012 (52)
May 2012 (54)
Apr 2012 (61)
Mar 2012 (48)
Feb 2012 (67)
Jan 2012 (76)
Dec 2011 (84)
Nov 2011 (90)
Oct 2011 (126)
Sept 2011 (119)
Aug 2011 (124)
Jul 2011 (165)
Jun 2011 (83)
May 2011 (105)
Apr 2011 (104)
Mar 2011 (69)
Feb 2011 (47)
Jan 2011 (47)
Dec 2010 (22)
Nov 2010 (6)
Oct 2010 (3)
Sept 2010 (4)
Radio Live Online
Sinar.fm - KlasikNasional.fm