Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

21/07/2012

Khalid Ibrahim Usahakan Pemecatan Rozali Ismail Dari Syabas.


Oleh: HHalem.

Di bawah kenyataan penuh Khalid Ibrahim:
...start..
Kerajaan Negeri Selangor telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh setiausaha kerajaan negeri Selangor lanjutan daripada kenyataan dan cadangan untuk membuat catuan air yang diumumkan oleh SYABAS.

Tujuan jawatankuasa ini untuk memantau secara harian keberkesanan, kecekapan perkhidmatan SYABAS dan kedudukan semasa pembekalan air kepada pengguna termasuk meninjau sendiri di tapak masalah kekurangan bekalan air yang dicanangkan oleh SYABAS.

Jawatankuasa ini akan mengkaji cadangan penambahbaikan dan pemulihan ke atas masalah bekalan air yang dihadapi. SYABAS telah diminta membentangkan dan melaporkan kepada Jawatan kuasa tersebut perkara-perkara berikut:


1. Pengeluaran air harian bagi setiap loji air dan paras empangan;
2. Permintaan air berdasarkan bil air (metered consumption) dari Januari 2012 hingga sekarang;
3. Unjuran permintaan air yang disediakan oleh SYABAS;
4. Maklumat mengenai paras kolam utama 
(balancing reservoir-terminal reservoir-service reservoir)
5. Kawasan yang mengalami masalah gangguan bekalan air 
6. Maklumat terperinci mengenai rangkaian paip air utama termasuk kolam air hingga ke kawasan yang bermasalah termasuk NRW;
7. Punca-punca utama (micro) yang menyebabkan kawasan tersebut mengalami masalah air;
8. Cadangan penyelesaian yang dirancang oleh SYABAS ke atas masalah yang dibangkitkan; 
9. Emergency response plan yang disediakan oleh pihak SYABAS.

Berdasarkan kepada hasil penelitian dan penyiasatan yang dibuat oleh jawatankuasa ini selama tiga hari, kerajaan negeri Selangor merumuskan bahawa:

1. Kerajaan Negeri Selangor akan mengemukakan cadangan kepada Lembaga Pengarah SYABAS supaya memecat pengerusi eksekutif dan ketua pegawai eksekutif SYABAS kerana tidak hadir memberikan penjelasan kepada jawatan kuasa tersebut. Dengan pemecatan ini, penjimatan kos operasi dari gaji pengerusi eksekutif SYABAS sahaja adalah berjumlah sekurang-kurangnya RM5.1 juta setahun.

2. Kerajaan negeri Selangor bersedia membelanjakan peruntukan bagi membina loji rawatan air baru untuk tujuan meningkat kapasiti pengeluaran air terawat dan dengan serta merta akan memanggil tender untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta.

Langkah yang diambil kerajaan Negeri ini bagi melindungi kepentingan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang terjejas kerana kegagalan SYABAS membekalkan air bersih seperti yang dipersetujui dalam perjanjian konsesi.

Kerajaan Selangor yakin kerajaan persekutuan tidak akan cuba menyulitkan usaha yang dirancangkan ini demi menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
....end...

HHalem:
Khalid Ibrahim melalui Kerajaan Selangor akan mencadangkan kepada Lembaga Pengarah supaya memecat Pengerusi Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Syabas.

Daripada kenyataan penuh Khalid diatas ia dengan jelas memberi gambaran kepada kita bahawa:-

a- Khalid Ibrahim dan Pakatan Rakyat memang berniat mengambil alih SYABAS hanya kerana Pengerusi Eksekutif dan CEO SYABAS tidak hadir untuk memberi penjelasan kepada Jawatankuasa Pemantauan SYABAS yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri.

Motif Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memang boleh dipertikaikan dari segi professionalism nya kerana ia jelas bermotifkan politik.

b- Permasalahan yang acapkali dinyatakan oleh SYABAS ialah Kerajaan Negeri Selangor berdolak dalik untuk meluluskan pembinaan projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Ia bertambah pelik apabila Khalid menyatakan Kerajaan Selangor bersedia membelanjakan peruntukan RM225 juta untuk Projek Mitigasi 2 yang berjumlah RM225 juta, hanya setelah beliau memecat Pengerusi dan CEO SYABAS. Kenapa setelah berlaku pemecatan, barulah Projek Mitigasi hendak dilaksanakan oleh Khalid? Apa yang Khalid takuti sebenarnya?

c- Pakatan Rakyat mahu meletak orang-orang mereka sendiri sebagai Pengerusi dan CEO supaya segala kehendak MB Khalid dituruti, tidak seperti Rozali Ismail. Terutama sekali, mengenai perbelanjaan Projek Mitigasi 2 yang akan berjumlah RM225 juta. Sudah pasti korni-kroni Khalid akan diberi habuan dari tender tersebut. Ini yang mereka takuti sebenarnya.

d- Kerajaan Selangor hanya memegang 30% didalam Syabas. Sudah tentu Khalid tidak begitu pendek akal untuk mengambil alih hutang Syabas yang beliau sendiri katakan berjumlah RM2.8 billion kepada operator-operator loji rawatan yang dikendalikan oleh Puncak Niaga dibawah kawalan Rozali.

Hutang Syabas berjumlah Rm2.8 billion ini juga dikatakan disebabkan masalah Khalid sendiri, seperti yang dijelaskan oleh Pengarah Eksekutif Perkhidmatan Teknikal Syabas, Ir. V. Subramaniam. Sebab utamanya ialah pelarasan tarif air sengaja dilewat-lewatkan oleh Khalid menyebabkan pembayaran kepada 29 loji rawatan air tidak dapat dilakukan dengan sempurna.

"Pada masa sama, kegagalan kerajaan negeri menggazetkan pelarasan tarif air menyebabkan Syabas menanggung jumlah tunggakan yang besar kepada operator loji rawatan air sedia ada," – Subramanian di petik dari Utusan>

Ini adalah muslihat Khalid melemahkan Syabas supaya timbul masalah berlarutan dan ia satu alasan cukup baik untuk menendang Rozali Ismail keluar dan meletak orang beliau sendiri.

Subramaniam juga memaklum, sehingga kini, Syabas telah menghantar 48 pucuk surat memaklumkan situasi semasa. Ini yang menjadi tersangat amat pelik tentang niat sebenar dan keberkesanan pentadbiran Khalid.

Secara rumusannya, rakyat Selangor akan merana berpanjangan kerana masalah air selagi Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Ini adalah kerana Kerajaan Selangor hanya memegang 30% didalam Syabas dan sudah tentu 70% adalah bukan friendly party kepada Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu Kerajaan Pusat terpaksa menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet Khas untuk menyelesaikan masalah kerana ia telah menjadi semakin rumit kerana penglibatan bekalan air kepada Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Jalan yang mudah ialah menukar kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor kembali kepada Umno-BN kerana sebelum ini rakyat Selangor tidak pernah berkecamok disebabkan air.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

2 comments:

  1. cepat2 PRU..aku tak sabar nak pijak Khalid ni...

    ReplyDelete
  2. Sarip Mustapha20/11/2012, 13:57

    Terkesima saya melihat tindakan Kerajaan Negeri S'gor yang sehingga kini masih senyap membisu dalam menyelesaikan isu bekalan air negeri. Jika dua bulan yang lepas, MB S'gor berkobar-kobar dan tak sabar nak selesaikan isu ini tapi sehingga ke hari ini langsung satu berita pun tak dengak khabaq. Nampaknya MB hanya cakap kosong sajalah, habuk pun takde.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive