Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

03/01/2011

Bukti Kedah Hancur-UMNO Bijak Mentadbir-PAS Bijak Membangkang

 Dato’ Ahmad Bashah bakal di pancong leher oleh ahli UMNO sendiri.
Orang lain yang syok, orang lain yang kena mengandung !
.
 UMNO Kedah juga cukup pakar dalam hal menjatuh sesame sendiri.

Di akui umum bahawa jatuh menjatuh, pijak memijak, cantas mencantas, tindas menindas dan pancong memancong sesama sendiri didalam perjuangan sesama parti adalah mainan politik di mana-mana pun di Malaysia ini.

Tetapi ia tidak sebijak dan selicik dan seaktif seperti UMNO di Negeri Kedah.
Kenaikan Dato’ Paduka Ahmad Bashah bin Md. Hanipah sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, tidak akan terlepas dari beliau akan cuba dipancong oleh ahli-ahli UMNO sendiri.


Dato’ Mukriz juga tidak terlepas dari dipancong, tetapi beliau seperti juga Dato’ Bashah, amat pandai mengelak dari terkena pisau pancongan. Nyaris-nyaris terkena rambut. Pheeeewww.!!

Saya akhirnya akur dan menerima hakikat bahawa UMNO Kedah bijak mentadbir, pakar memancong kepala sesama sendiri dan tersangat amat lemah menjadi pembangkang. Maklum la dah lama sangat jadi pentadbir kerajaan.

Contoh yang nyata cuba kita lihat pandangan Mummy Rokiah dibawah. Belum pun apa-apa dah cuba memancong kepala Dato’ Ahmad Bashah.

“Persoalannya apa pembaharuan yang Datuk Ahmad Bashah boleh lakukan untuk UMNO Kedah dan Barisan Nasional sedangkan semasa beliau menjadi Timbalan Pengerusi UMNO Kedah di bawah DS Shafie Apdal pun langsung tidak nampak apa satu hasil tangan beliau yang boleh meninggalkan kesan di hati dan jiwa nurani rakyat.

Tugas-tugas yang di “delegate” oleh  DS Shafie Afdal kerapkali menjadi bangkai hanyut dan yang mendapat impak negatif dan “backfired” ialah DS Shafiee Afdal sehingga DS Shafiee dilihat gagal memimpin UMNO Kedah. Orang lain yang kentut orang lain yang kena tuduh.” (Rujuk 1)


“Hasil tangan” yang macam mana Mummy Rokiah berkehendakan dari Dato’ Ahmad Bashah? Adakah projek mega-mega yang dimaksudkan oleh Mummy? Mummy pun tau depa jantan dua orang tu hanya ada teloq sorang dua biji. Apa boleh buat, kecuali membangkang sahaja lah. Cek pun dah cerita kat atas sana yang UMNO Kedah ni bukannya reti sangat jadi pembangkang. Bukan macam PAS dan Guan Eng Komunis tu, dok bangkang tak habis-habis. Tadbir negeri dak jugak. Terbalik kuang!
Nak tau “hasil tangan”, cuba bagi Bashah perintah dan jadi MB tengok, nanti Mummy tak menang nak cuci ayaq tangan kot!!

Mengenai DS Shafie Afdal pulak, pertama sekali beliau sebenarnya tidak layak datang ke Kedah pun. Setakat bini dia orang Kedah, tak bermakna dia dah layak. Yang ‘bodoh soih’ pi ambik orang luaq buat apa? UMNO Kedah ni unik. Tengok kes Sanusi Junid dulu. Tu anak Kedah sendiri, kena pancung. Tak belajar-belajar ker dari segi sejarah. Perdana Menteri ni kekadang kala samdol juga. Mummy pi baca cek punya article tajuk ‘Publicity Blunder’, tak lah sehebat article Mummy.

DS Shafie tu orang seberang sana lagi ha! Mummy akui sendiri yang DS Shafie tukang “delegates”. Memang pemimpin dan ketua mesti pandai ‘delegates’, baru lah dikatakan seorang Manager. Kerja Manager memang payah. Cuba Mummy tukar jawatan tengok. Cempera jadinya. Macam UMNO dan PAS, masing-masing apabila tukaq jawatan, cempera dan kacau bilau habis negeri Kedah. Yang cek tau sampah depan rumah Mummy tu tak berkutip. Ayaq rumah Mummy tok sah cerita la.

Manager di syarikat swasta, sampai dah 3 tahun, memang dah lama kena terajang keluar. You are fired!!. Tengok laa tahun ni PAS pun kena fired juga kot. Mummy pun cek rasa tak pandai ‘delegate’ kerja. Mummy pandai menulis dan ber-blog saja. Soory la Mummy kalau cek silap nooo!!.

Selepas ‘delegate’, Manager kena la buat ‘periodic follow up and check up’. Baru la apa-apa ‘damage control’ dapat di monitor. Macam ibu mengadung gi periksa doktor gitu.  Ini DS Shafie tidak, lepas ‘delegate’, pi mampuih di Federal KL. Kalau anak dalam perut pun boleh jadi bangkai.
Orang lain yang syok, orang lain yang kena mengandung !

Ramai yang berpandangan bahawa Dato’ Bashah ni terlalu conventional dan pemikiran tidak futuristic langsung. Ini adalah persepsi majoriti rakyat Kedah disebabkan beliau berkelulusan darjah 6. Semenjak mengenali Dato’ Ahmad Bashah dari tahun 80an, saya akui memang idea beliau kurang ada ‘uuummpphh’. Beliau sepanjang waktu adalah pengikut dan ‘saya yang menurut perintah’, bukan nya perlaksana. Tapi bukankah beliau masih bertahan hingga ke hari ini? Itu adalah bukti yang beliau dikehendaki rakyat dan UMNO. Sekarang Dato’ Ahmad Bashah adalah Kapten kapal dan beliau sedikit masa lagi boleh ‘delegates’ dan mengandongkan sesiapun dan senang buat ‘progress monitoring’. Dan ‘the best part is’ dia dok mampuih kat Aloq Setaq.. Kita tunggu dan lihat.

Gandingan mantap Dato’ Bashah dan Dato’ Mukriz adalah diperlukan untuk mengambil alih (bukan kalih) negeri Kedah. Kalau lah penyokong UMNO tendang dan ‘reject’ juga Dato’ Bashah dan Dato’ Mukriz, seperti Mummy Rokiah, maka jantan mana lagi yang kita nak harapkan.

Saya sungguh berkenan dengan saranan dan seruan Kedah Times, (Rujuk 2) seperti diperturunkan dibawah,

“Perlulah Umno menunjukkan kesatuan dengan penyertaan aktif semua ketua bahagian dalam program-program rakyat tanpa perlu menunggukan menteri atau perdana menteri turun. Jika penyatuan ini dapat ditonjolkan, maka itulah tandanya Umno telah sedia kembali mentadbir Kedah.

Tibalah masanya pemimpin umno membuang ego masing-masing dan membayar jasa Umno kepada mereka selama ini, dan bukan sentiasa mengharap sesuatu dari Umno.”


Orang lain yang syok, orang lain yang kena mengandung !


Comments / Pandangan Melalui Facebook

4 comments:

  1. MR malas nak tulis sebenarnya banyak lagi kerja nak buat.

    Lets us jump to conclusion (cakap orang puteh sikit kerana masih ada saki baki daki pelajaran English di negara kolonial)mengapa Kedah jadi begini?

    Ianya berpunca dari siri-siri pertandingan merebut jawatan di bahagian.

    Bila bertanding gilakan jawatan Ketua Bahagian maka berlaku perpecahan, bila berpecah tidak bercantum lagi, terus bermasam muka sampai ke pilihanraya.

    Penyokong-penyokong berpuak-puak tidak bertegur sapa. Boikot memboikot. Bila menteri turun dijemput orang ini, kumpulan itu pula akan boikot.

    Berlaku lagi pemilihan bahagian, berpecah lagi.Berlaku lagi pemilihan bahagian berpecahlagi. Dendam menjadi kesumat. Setiap kali berlaku pertandingan di bahagian maka kesudahannya berakhir dengan cerita sedih.

    Lama kelamaan perpaduan di dalam UMNO bahagian menjadi rincik-rincik kecil tidak bercantum.Pengundi yang di atas pagar mula naik fed up dengan perangai orang UMNO.

    MR mengikuti kesemua pemilihan di dalam bahagian sejak dari 1999 sehigga kini.

    Ambil contoh yang terdekat, Bahagian Alor Setar sejak dari pertandingan merebut jawatan ketua bahagian calun dulu En Roslan Ilamdin apa jadi sekarang? berpecah.

    Mengapa mereka tidak boleh bercantum demi UMNO, demi Melayu?

    Kalau MR nak kronologikan peristiwa-peristiwa ini ianya amat panjang dan mungkin tujuh hari tujuh malam pun tak habis.

    Tetapi itulah hakikat yang berlaku di dalam UMNO parti yang sedang berada dalam zon selesa pantang ditegur.

    SALAM SEJAHTERA.

    ReplyDelete
  2. Mummy Rokiah,

    Thanks for sheeding some light.

    Yes, that Roslan Ilamdin. I heard that he is politiking somewhere in Petaling Jaya now.

    Thanks again, Mummy,

    Frm HHalem

    ReplyDelete
  3. Salam to MR and HHalem,

    Cek syok baca komen MR dan jawapan HHalem. Nie cek nak masuk campoq sikit no.. Kalau MR orang Aloq Staq Ok.. tapi cek agak MR org Aloq Staq tapi tak dok Aloq Staq lagi kot.

    MR tau dak semasa perubutan ketua bahagian AS pada tahun ( tak ingat dah malas nak cek balik )geng2 pemuda yang ghairah sangat nak jadi ketua bahagian Aloq Setaq salepas Doto' Hj Khalid. Depa kata Bashah ( Waktu tu tak dapat Dato' lagi )tak layak jadi ketua bahagian, konon tak ada degree.( Yang dok syok nak jadi Ktua Bhg pun bukan ada degree pun )Jadi semua nak rebut jawatan itu. Pengerusi Dewan Perniagaan pun nak jugak malah doktor pun ada. Ada sorang tu nak juga jawatan tu tapi tak gamak nak lawan Bashah, tapi dia pandai, dia kutip geng2 pemuda yang tak sokong Bashah dan proksikan Roslan Ilamdin supaya lawan Bashah. Berapa banyak duit yang depa labok tak tau ambik duit darimana. Tapi akhirnya kecundang engineer balik dari luar negeri ni.

    Cek tau la semasa dia baru balik luar negeri dia pi cari Bashah sebab dia nak join UMNO.( Baguih la sorang anak Melayu jurutera pulak tu nak masuk UMNO ) Dari situlah Bashah didik dia mula2 jadi ahli pemuda Alor Merah dan terus sampai jadi ketua Pemuda dan AJK Bahagian Alor Setaq.

    Dia tak bersyukor pun,tup tup dia nak lawan Bashah jugak, mungkin dia ingat dia lebih baik dari Bashah sebab dia engineer kot.Akirnya dia kecundang ditangan Bashah.

    Bagitulah senario yang cek nak tambah dari komen MR. Cek tengok orang UMNO (tak semua no ) lebih kurang perangai macam tu, hasat, dengki kesumat, dendam macam2 tak habis2.Macamana Meyu nak maju.

    Walau bagaimana pun cek harap YB Dato' Paduka Ahmad Bashah dengan pengalaman yang bagitu banyak dalam politik ( Cek nak bagitau kat MR kalaulah MR dan lain-lain tu taktau, yang aruah bapak YB Ahmad Bashah adalah bekas senator Negeri Kedah - dalam tahun 60han )

    Sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah, cek harap Dato'dapat merampas balik Kedah dari Pas. Kemana kuah kalau tak tumpah kenasi..Insya'Allah.

    DINO.

    ReplyDelete
  4. Mualaikum salam Dino,

    Amboi, gaya cerita tu mcm orang lama UMNO Aloq Setaq. Nak rebut jawatan masa tu Nasir Makanan Rakyat Mergong-Eletrical Engineer dengar habaq.

    Doktor tu, Doktor Fauzi.
    Kadiaq cukup setia dengan sapa-sapa pun. Setiausaha di lantik dari dulu kala. Tah-tah dok sekolah Iskandar lagi apa.
    La ni depa cukup kamcing dgn Bashah.

    Aku bukan apa. Cuma bagi pandangan. MR ni spotting gila. Cooooool.

    Tapi Dino, aku cukup kesian dgn Dato Khalid (walaupun dah Tan Sri, orang masih pangil dia Datok Khalid, tak tau pasai apa); masa aku balik sembahyang raya kat Masjid Akaq Peluru (Jalan Pegawai), tak dak sapa pun mai salam dengan dia. Aku sorang saja salam dgn dia.
    Tapi masa-masa dulu-dulu, que nak cium tangan dgn dia.

    Bashah ni memang anak didik Dato Khalid. Kilang Julong.

    OK lah Dino.

    Frm HHalem
    (Dino? Zainudin ka? Kalau hang Din, kita dolu-dolu dok sembang di Bandar Darulaman. Hang masa tu jaga Marketing)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive