Oleh : HHalem
1- Selepas diaibkan oleh Pelajar dan Pengajar KUIN> yang menunjuk perasaaan menentang sikap ‘tidak-apa’ beliau, sekali lagi Datuk Azizan menerima tamparan hebat dan menerima kemaluan yang amat besar apabila diaibkan dikelayak ramai oleh Umno Bahagian Alor Setar.
2- Mungkin bukanlah tujuan Umno untuk memalukan Datuk Azizan, tetapi diatas perihatin dan semangat menolong orang-orang susah yang berpofile tinggi maka bantuan dihulurkan kepada mangsa ribut taufan di Alor Mengkudu baru-baru ini.
3- Oleh kerana Datuk Azizan merupakan ‘public figure’ yang berprofile tinggi, maka apa yang dipercakapkan, disuarakan dan dijanjikan oleh beliau dinanti-nantikan dan diberi perhatian serious oleh rakyat. Lain lah jika kita yang tiada nama dan tiada berjawatan bersuara, maka tiada rakyat yang peduli dan ambil pusing.
4- Datuk Azizan telah menjanjikan RM200.00 kepada mangsa-mangsa ribut, tetapi setelah 7 hari mulai 28hb March, sampai kehari ini, 3hb April, tiada nampak bayang. Malah Wakil Rakyat Alor Mengkudu merangkap Exco Kedah, Dr Ismail Salleh langsung tidak nampak muka untuk membantu rakyat-rakyat dan mangsa-mangsa banjir.
5- Mungkin wang bantuan Datuk Azizan didalam perjalanan ke Alor Mengkudu yang tidak sampai pun 20 minit perjalanan. Mungkin juga jalan tersangat sesak, sibuk dan jam di Jalan Tanjung Bendahara oleh kerana pembinaan jalan yang tidak siap-siap bertahun-tahun dan gangguan pembinaan Electrified Double Track oleh Gamuda.
Disebabkan kontraktor pembinaan, maka Datuk Azizan tidak dapat menghulur bantuan, seperti juga berlakunya banjir di Alor Setar adalah disebabkan oleh Gamuda.
6- Mungkin Datuk Azizan menunggu ribut taufan seperti video dibawah barulah bencana namanya. Yang berlaku sekarang di Kedah amatlah kecil dan janganlah bermanja-manja meminta bantuan.
.......Petikan......
Umno Kedah Bantu Mangsa Ribut
ALOR SETAR, 3 April -- Kekecewaan sekeluarga mangsa ribut di Kampung Bokbok, Alor Mengkudu di sini pada 28 Mac lalu terubat apabila Umno bahagian Alor Setar tampil memberi bantuan.
Keseluruhan bumbong rumah Abdul Kadir Morad, 75, dan isterinya Gayah Hat, 72, habis diterbangkan ribut kencang yang disertai hujan lebat hampir dua jam yang melanda beberapa daerah di Kedah utara.
Menurut Abdul Kadir, dia dan isterinya serta anak tunggal mereka, Khairul Azwad, 28, bersama menantu serta dua orang cucunya habis basah kuyup setelah bumbung rumahnya diterbangkan ribut sementara peralatan eletrik dan perabut musnah terkena air hujan.
"Pakcik tidak dapat berbuat apa-apa, hanya berserah kepada Allah dalam keadaan genting itu," katanya pemberita semasa dikunjungi Timbalan Ketua Umno bahagian Alor Setar, Ir Muhamad Guntur Tobeng Mansor Tobeng pada Ahad.
Abdul Kadir turut melahirkan sedih kerana Wakil Rakyat kawasan Alor Mengkudu yang juga Anggota Exco Kerajaan negeri Kedah, Dr Ismail Salleh atau wakil beliau langsung tidak menjenguk mereka, malah sumbangan RM200 yang diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kepada mangsa ribut masih belum diterima sehingga hari ini.
"Anak saya hanyalah tukang kebun. Mana kami mampu nak baiki bumbung rumah dan upah yang hampir RM7,000," katanya.
Muhamad Guntur Tobeng berkata memberitahu Umno Alor Setar telah mengumpul dana bagi membantu mangsa-mangsa bencana tersebut.
"Semua kos membaiki rumah pasangan warga emas ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Umno Alor Setar atas arahan Ketua Bahagian, Datuk Paduk Ahmad Bashah Md Hanipah yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah," katanya.
"Saya juga minta Menteri Besar telus dalam soal bantuan kepada mangsa bencana. Alasan birokrasi tidak boleh diterima kerana sesiapa sahaja mangsa bencana layak mendapat bantuan kerajaan negeri," katanya.
Muhamad Guntur Tobeng berkata semua 90 mangsa bencana dalam kejadian tersebut di dalam kawasan Parlimen Alor Setar turut dibantu Umno bahagian.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan Kampung Tok Keling/Kampung Bokbok, Azmi Mat Isa berkata Abdul Kadir dan keluarganya serta enam lagi mangsa ribut dari Kampung Tok Keling ditempatkan sementara di Tadika Kemas Kampung Tok Keling sehingga rumah mereka siap dibaiki dalam masa satu atau dua hari lagi.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Umno Kedah terutama Ahmad Bashah kerana membantu membaik pulih rumah semua mangsa yang rosak serta menghulurkan bantuan makanan dan tempat tinggal sementara," katanya.
-- BERNAMA
baguih UMNO jadi pembangkang di Kedah depa cepat bagi bantuan untuk raih undi dan depa memang ada duit...jadi tak payah bagi depa menang, nanti depa lupa kat kita macam dah jadi sepanjang 53 tahun dulu... UMNO amat sesuai jadi pembangkang yang kaya raya, nikmat untuk rakyat semua...tanpa harapkan undi! percayalah ketulusan budi UMNO!
ReplyDeleteOSTAT KITA SUCI DAN MAKSUM, HANG JANGAN KATA KAT DIA TAU
ReplyDeleteNANTI KENA SUMPAH
apalah jenis spesis manusia 18:20 ooiiiiiiii
ReplyDelete