Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

12/04/2012

Insiden Azmin Ali Buat Bising Dan Biadap Semasa Pertabalan YDP Agong. Lembing Hulubalang Istana Nyaris Melayang !.


Oleh: HHalem.


Insiden buruk ini di ceritakan oleh Dr Rahman Kadir (Pegawai Perubatan), semasa pertabalan DYMM YDP Agong.

11 April 2012 mencatat satu sejarah di dalam negara dengan berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Seawal jam 6.30 pagi, pasukan perubatan telah tiba di istana dan set up klinik-klinik di tempat-tempat strategik dan tersembunyi. Petugas-petugas perubatan yang berpakaian mengikut protokol istana sudahpun mengambil posisi masing-masing.

Saya beruntung kerana di tempatkan di dalam Balairong Seri. Ini memberikan saya peluang keemasan untuk menyaksikan istiadat pertabalan Tuanku dengan mata kepala saya sendiri, merasai suasana dan atmosfera pertabalan yang cukup penuh dengan adat istiadat serta protokol yang bukan semua orang dapat merasainya.

Saya duduk bersama dengan para dif-dif kehormat di belakang saf-saf kedutaan negara asing. Duduk di sebelah saya adalah Professor Datuk Dr. Firdaus Abdullah, bekas Timbalan Naib Canselor, Universiti Malaya, TNC saya semasa saya masih seorang mahasiswa Universiti Malaya.

Saya menyapa beliau dan beliau cukup berbangga kerana ‘murid’nya kini adalah merupakan seorang doktor yang duduk sebaris dengan beliau kini.

Azmin Buat Bising Dan Biadap Semasa Pertabalan.


Malangnya, suasana istana yang murni dicemari dengan perlakuan beberapa orang yang sepatutnya menunjukkan satu contoh tauladan yang baik kepada rakyat Malaysia.

Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan.

Apabila majlis mengumumkan kemasukan Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak ke dalam Balairong, mereka cukup berat hati hendak bangun berdiri. Sambil ketawa dan mengejek-ejek, saya mendengar Azmin Ali berkata, “bangun untuk Rosmah, Perdana Menteri Wanita Pertama Malaysia.” Tian Chua menyampuk sama dan menyebut-nyebut “Menteri Wanita” dan hilaian tawa berterusan.

Saya sangka ejekan-ejekan ini hanyalah untuk pemimpin politik sahaja, maklumlah mereka ini (pembangkang) memanglah seteru politik bagi PM. Saya boleh terima, kerana memang mereka saban hari pun berceramah mengejek dan menghina PM.

Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

Menerusi TV plasma yang ditempatkan, mereka dapat melihat setiap Sultan masuk ke dalam Balairong.

Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka.

Hanya kemasukan Sultan Kelantan sahaja yang mereka puji dengan mengatakan, “Wah! Laju tuanku masuk. Segak dan tampan. Nik Aziz tak boleh kejar” sambil Khalid Samad senyum dengan bangga.

Saya cukup hairan. Mereka semua ini adalah sultan-sultan kita. Pegawai-pegawai kedutaan asing duduk dengan tertib tanpa bersuara dan jika perlu bercakap hanya berbisik sesama mereka. Begitu menghormati protokol dan adat istiadat. Tetapi, pemimpin pembangkang ini yang merupakan rakyat Malaysia dan bercita-cita besar memimpin negara satu hari nanti, bersikap biadap kepada Raja-raja Melayu. Sebagai Ahli Parlimen dan ADUN yang mengaku taat setia kepada Raja, sewajarnya perangai seperti ini dihindarkan.

Saya dapat melihat para hulubalang istana yang berdiri di tepi balairong bersebelahan mereka cukup terganggu dengan gelagat biadap kumpulan pemimpin pembangkang ini. Jika negara ini tiada undang-undang, ada kemungkinan lembing yang mereka pegang dirodok kepada mereka-mereka yang biadap ini.

Suasana kurang manis ini berterusan sehinggalah majlis bermula dengan rasminya dengan kemasukan Seri Paduka Baginda berdua ke Balairong Seri. Mujurlah selepas dari itu, majlis berlangsung dengan aman dan tenteram.

Tidak semua pemimpin pembangkang yang berperangai sedemikian. Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw misalannya, kelihatan cukup tertib, berdiam diri dan tidak menyertai gurauan-gurauan mereka yang lain malah tidak senyum pun mendengar kata-kata rakan-rakannya. Sikap dan tingkah lakunya di dalam balairong adalah terpuji.

Nasihat saya kepada Azmin Ali, Tian Chua dan angkatannya, jika menghadiri majlis rasmi, berperangailah sebagai manusia yang bertamadun. Janganlah terbawa dengan sikap murahan jalanan anda ke istana. Lihatlah di sekeling sebelum berkata-kata kerana apa yang dipertuturkan mencerminkan sikap dan jiwa anda. Sebagai rakyat, tunjukkanlah kesetiaan dan rasa hormat anda kepada Raja selaku tonggak negara.

Perkara ini tidak perlu saya nasihatkan pun sepatutnya kerana ia perkara asas yang sudah pun termaktub di dalam Rukunegara yang kanak-kanak sekolah pun arif tentangnya.

Semoga Allah SWT panjangkan umur Tuanku dan kekal negara aman dan Islam terus terbela di bawah payungan Tuanku.

Daulat Tuanku.

Dr Rahman Kadir – AIDC>

Comments / Pandangan Melalui Facebook

15 comments:

  1. Maaf yer, terpaksa juga aku katakan, Azmin Ali and the geng memang BABI !.

    ReplyDelete
  2. Walaupun artikel tersebut di tulis oleh org yg bkn terlibat dgn politik dan benar2 meyaksikan insiden kelakuan monyet YB2 tersebut,UMNO jugalah yg akan dipersalahkan. Cerita tersebut akan dikatakan sebagai fitnah dan rekayasa UMNO.Taktik biasa pembangkang

    ReplyDelete
  3. Ini perlakuan sewaktu upacara majlis resmi negara dan melibatkan ketua sebuah negara ..puak sial ni berkelakuan saperti anjing dan babi..(anjing pun tau menghormati tuannya)..bagaimana pula dengan perhimpunan bersih 3.0 yang diluluskan dicanang oleh puak sial ni akan dibuat secara aman..cuba lihat balik kebelakang sebelum ini pernah ke ada perhimpunan yang puak sial ni lakukan dibuat secara aman..

    Berkenaan dengan Azmin Ali..dia ni rupa je cam manusia tapi sebenarnya dia ni la anjing paling buruk..disebabkan mengejar kekayaan dan kuasa..bini dikongsi..mak sendiri dan keluargan dibuang..INI LAH PEMIMPIN PUJAAN MELAYU PAS DAN PKR..

    ReplyDelete
  4. Azmin Ali ni layak masuk dan tidor katkandang kerbau banyak taik je

    ReplyDelete
  5. manuasia yang sanggup berkongsi bini memang tak tau adap sbb tu le bini boleh kongsi janji ada habuan.....................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa ...kau cakap dari pengalaman sendiri ke? Dasar pengikut Umno totok..dlam bab memfitnah org No.1. Isu disini Azmin tak tunjuk respect kpd Rosmah, Sultan S'gor dan Perak.

      Delete
  6. Apa yg nak disibukkan sangat. Kelakuan mereka menunjukkan hanya Sultan Kelantan dan 2/3 Sultan lain shj yang mereka respect. Ini juga adalah pandangan kebanyakan rakyat jelata. Kalau tak caya cuba duduk diwarung2 dan tengok slot pertabalan ni dan dengar apa org kebanyakan bercakap tentang Rosmah, Sultan2 Perak dan Selangor. Lebih teruk lagi dari apa Azmin dn geng cakap.

    Respect has to be earned lah...dan bukan dipaksa2 samada kau pemimpin negara atau Sultan2. Ini tahun 2012 dan bukan tahun 1403 semasa Paremeswara jadi Sultan.

    ReplyDelete
  7. apa masalah nya kalau berkata benar. Kamu jangan lah bangang!

    ReplyDelete
  8. bodoh punya komen... ini bukan pasal kau respect org tu ke tidak ini pasal menghormati majlis rasmi. kau rasa org putih yg dtg tu reti ke budaya, agama kita tapi cuba lihat perlakuan mrk... kau tak rasa malu ke sbg org islam patutnya perangai dan tingkah laku kita ni mesti seiring dgn agama yg kita anut, ini tidak...cuba kau tgk org putih, org jepun dn deligasi negara luar dlm majlis rasmi, berseteru mcm manapun mrk tp bila waktu majlis rasmi mereka tetap menghormati dan menunjukkan tauladan yg elok... kalau korang sendiri tak paham protokol waktu majlis rasmi so jgn bg komen pusing pulak pasal respect dan sbgnya... soal respect itu perkara kedua, but yg penulis katakan ini adalah soal menghormati majlis rasmi. cuba kalau majlis kawin adik korang, ada tetamu suka2 masa pengantin tgh akad nikah ada yg tergelak, menjerit, buat lawak bodoh... korang rasa mcm mana? itu cth mneghormati majlis org lain. kalau rasa x reti dan bangang sgt tak tau nk beza bila waktu perlu serious dan bila nk buat lawak bodoh, lbh baik jgn join majlis apa pun... STUPID COMMENTOR AND STUPID YB

    ReplyDelete
  9. Puak2 fuckatan nie mmg bodoh x leh di ajar...BABI...

    ReplyDelete
  10. pkr ni sebenonya dah kepanasan!...tanda2 bahawa Pkr akan ditunjuk jalan keluar oleh rakyat...memandang gelagat wakil rakyatnya yg tak ada adab!...mungkin mereka dah tau bahawa inilah hari2 terakhir mereka berada dlm majlis spt ini kot...azmin ali ni pun isu pendedahan Nallakarupan mengenai isu moral melibatkan isterinya shamsidar pun masih mereka tak berani jelaskan ...begitu juga isu pendedahan dr hassan ali berhubung sumber kewangan azmin ali bersama shamsidar ketika jadi pegawai kerajaan 1992-1994 yg bernilai jutaan ringgit pun dia tak berani beri penjelasan... akan berakhirlah riwayatmu bila raja kita pun ko nak permainkan bangsat punya orang!....tungguuu dn tungguuu pru 13!

    ReplyDelete
  11. Sebagai rakyat Malaysia yg memang terkenal dgn adab sopan perkara spt ini tak harus terjadi... Azmin merupakan YB yg seharusnya mempunyai adab sopan yg lebih baik dari rakyat biasa.. Apakah Azmin sudah merasakan beliau sudah cukup berkuasa dan sudah banyak harta ? Jika sikap angkuh sudah menguasai diri maka kita rasa tak perlu menghormati org lain... Dlm majlis RKR semestinya Azmin mahu dihormati.... Kalau ada yg bersikap kurang ajar spt beliau apa yg dia rasa ? Kalau kita ada perasaan... Orang lain pun sama... Kalau kita rasa ada harga diri... Orang lain ??????

    ReplyDelete
  12. di Malaysia ni, lagikan ulama' yang Mulia disisi Allah pun dihina apatah lagi Raja-raja yang entah mulia atau tidak disisi Allah dipermainkan...

    ReplyDelete
  13. Jari Hantu untuk Azmin21/04/2012, 12:47

    Mereka2 yang dipilih untuk mewakili Rayat tak sepatutnya di beri gelarang Yang Berhurmat.

    Sepatutnya mereka2 ini di gelar Yang Berkhidmat. Kenapa Rakyat yamg memilih, Rakyat pula yang kena mengagong2kan mereka. Sekiranya mereka sedar, bahawa mereka itu sebenarnya macai-macai kepada Rakyat.

    Tak kiralah dari Parti mana mereka datang. Waktu itu barulah mereka sedar bahawa mereka tak lebih dari penyampai hasrat Rakyat. Waktu itu juga bukan sahaja ADUN Perdana Menteri pun Anwar tak kebuloq.

    Dah jadi wakil Rakyat berkhidmatlah untuk Rakyat bukan nak berlagak sebagai Yang Berhurmat. Memang dasar tak sedar kediri.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive