Oleh : HHalem
1- Berita hangat
menunjukan kebodohan yang paling ultimate sekali pentadbiran Datuk Azizan
apabila Pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar di sita kerana tidak dapat membayar
hutang.
2- Baca dibawah,
dah tak sempat nak review kerana keghairahan yang memuncak. Teramat melucukan.
3- Tahniah
kawan-kawan aku kat Aloq Setaq. Yang bestnya ada orang PKR didalam syarikat
yang menyaman MBAS. Tentu PKR tidak akan akui.
...Sumber Berita Harian....
ALOR
SETAR: Akibat gagal menjelaskan bayaran RM749,355 kepada sebuah syarikat
pembekal peralatan penjimatan tenaga elektrik yang tertunggak sejak 2008,
pejabat Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) di Jalan Kolam Air, di sini, disita,
hari ini.
Tindakan
menyita premis MBAS yang turut menempatkan pejabat Datuk Bandar, Datuk Khazali
Din, itu dilakukan kira-kira jam 1 tengah hari tadi selepas plaintif, syarikat Veecan Management Sdn Bhd (Veecan)
mendapat perintah Mahkamah Tinggi Alor Setar bertarikh 24 Mac lalu untuk
menyita dan menjual harta MBAS.
Bagaimanapun,
pelaksanaan writ sitaan dan penjualan harta MBAS itu disempurnakan hari ini.
Terdahulu,
writ berkenaan diserahkan plantif yang diwakili Pengarah Urusannya, Datuk
Ismail Said bersama peguamnya, Judy Toh serta bailif Mahkamah Tinggi Alor
Setar, Hamid Man kepada Khazali.
Hamid
kemudian melaksanakan perintah sitaan itu dengan merantai pintu masuk utama
pejabat MBAS itu serta meletakkan pita halangan dan menampal notis sitaan yang
dikeluarkan Mahkamah Tinggi.
Mengikut
writ tuntutan yang difailkan bertarikh 27 Julai 2010, plaintif menuntut bayaran
tertunggak sebanyak RM672,992.47 serta faedah lapan peratus bermula daripada 30
September 2009.
Pada
14 Februari lalu, plaintif mendapat perintah penghakiman engkar pembelaan yang
dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi berikutan MBAS gagal memberi maklum balas
terhadap tuntutan syarikat itu.
Ismail,
ketika ditemui, berkata Veecan menandatangani kontrak dengan MBAS untuk
memasang alat penjimatan tenaga elektrik di tiang lampu seluruh kawasan
pentadbiran bandaraya ini pada 2008.
Mengikut
perjanjian, MBAS perlu membayar jumlah penjimatan bil yang perolehi daripada pemasangan
alat penjimatan tenaga elektrik itu kepada plaintif sepanjang tempoh lima tahun
sebagai pulangan terhadap pelaburan yang dikeluarkan syarikat itu.
Bagaimanapun,
katanya, defendan melanggar syarat kontrak apabila gagal membuat bayaran kepada
plaintif bermula September 2008 hingga tahun lalu menyebabkan syarikat itu
memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini.
Plaintif
juga mendakwa sejak tuntutan itu difailkan defendan gagal menjawab tuntutan
yang dikemukakan dan berikutan itu pihaknya mendapatkan perintah mahkamah untuk
menyita harta pihak berkuasa berkenaan.
Sementara
itu, Khazali berkata MBAS akur dengan keputusan mahkamah dan membayar jumlah
keseluruhan yang diarahkan mahkamah.
Katanya,
MBAS lewat membuat pembayaran kepada syarikat itu disebabkan beliau perlu
mengambil masa untuk meneliti tuntutan berkenaan kerana ia membabitkan wang
rakyat yang jumlahnya agak besar.
"Tambahan
pula, plaintif tidak memenuhi beberapa terma dalam syarat kontrak apabila gagal
menghantar invois dan laporan teknikal mengenai peralatan penjimatan tenaga itu
setiap tujuh hari bulan pada setiap bulan kepada MBAS," katanya.
“Samy Vellu - Orang Gila Punya Kerja”
Kalau tanya orang tua tu sahih dia akan jawab TAK TAU, TAK TAU, hangpa pi tanya depa.
ReplyDeleteorg kedah panggil MB...MB...MOHONG BESAQ rupanya.
ReplyDeleteMohong atau Muhong
ReplyDeleteMai cek oi mai cek maiiii... kaitaa ke negheghi kedah... Mai cek oi mai cek maiiii... azizan suudah gelabaaaahhh.... Kah Kah...
ReplyDeleteLepas ni msti ada solat hajat menolak fitnah sita plak..ni mesti angkara najib gan rosmah kata pakcik jijan..
ReplyDeleteKonspirasi Najib dan Rosmah.
ReplyDeletePeringkat negeri.
Mastermind oleh Mukhriz.
Bashah tukang hantaq saman.
yang biasa di dengar alasan dari PR: Konspirasi Mahadzir,Najib,UMNO,Perkasa,Utusan dan TV 3.
ReplyDeleteJawapan objekfif.
Tok Li Tilong, awat jadi cam tuuuu...?
ReplyDeleteHahahahahaha... Azizan mesti buka taichi mentadak dia lepas ni untuk putar alasan...
ReplyDeletetula.. sita penjaja kecil sangat.. rasakan..
ReplyDelete