Oleh : HHalem
Dalam makhamah
nanti Polis jangan main andai-andai. Tak laku.
1- Nampak gayanya
Pejabat Peguam Negara masih lagi tidak berpuas hati dengan Polis Diraja
Malaysia dengan laporan yang mereka hantar terhadap pelakon utama di dalam video
bogel Anwar Pandi Kutty dan mahu ia di uji sekali lagi di Amerika.
2- Ujian
biometrik yang dilakukan di Korea Selatan dan Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia Malaysia SKMM hanya mendedahkan bahawa pelakon “sepadan dengan Anwar berdasarkan perincian
saiz tubuh”, tetapi tidak pada wajah Anwar.
3- Perkara
sebegini jika di bawa ke makhmah akan di ratah hidup-hidup oleh Karpal
Singh; kerana perincian saiz tubuh Anwar
boleh dibandingkan dengan berjuta-juta lagi tubuh badan di Malaysia.
4- Untuk
mengelakan perkara tersebut dari berlaku, Ketua Polis Negara di nasihatkan oleh
Ketua Peguam Negara supaya menghantar video tersebut ke Amerika untuk dibuat
pengecaman muka dan ketulinan seterusnya. Ia juga sebagai pengukuhan bukti yang
sedia ada. Pengecaman muka lebih mustahak dan pengecaman badan juga perlu
sebagai sokongan.
5- Hari ini
(13/05/2011), satu lagi berita susulan dikeluarkan oleh pihak polis menyatakan
bahawa video yang di buat pengimejan di Amerika itu adalah tulin. Walaupun polis berdiam diri
mengenai ‘wajah
pelakon video’, tetapi memberi bayang-bayangan yang amat jelas.
6- Ini kata Timbalan
Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar,
“..polis telah kenal pasti
siapa dia, tetapi later on jika ada keperluan
undang-undang untuk mendedahkannya, kita akan hebah, kita akan review..”
"Apa yang saya boleh
katakan, kalau
dah video itu sahih, lain-lain tuan-tuan boleh buat andaianlah,"
7- Suka pulak pak
polisi ni dan disuruhnya dan digalakan kita membuat macam-macam andaian pula. Harap-harap
pihak polis jangan main pakaian andaian sahaja di dalam makhmah nanti. Dengan hanya berdasarkan ketulinan video, maka andian dibuat oleh pihak polis bahawa itu adalah muka Anwar. Terus kes di tendang oleh hakim kerana tidak ada prima facie untuk membawa kes tersebut ke perbicaraan sepenuhnya atau perbicaraan sebenarnya.
“ Terjawab Segala
Misteri...”
“Pelakon Video
Bogel Adalah Anwar Pandi Kutty”
No comments:
Post a Comment