Oleh : Nik Adha Nik
Kamil
1- Pandangan dan ulasan yang dirasakan bernas dan terbaik dari seorang pembaca. Surat sumbangan dari web Minaq Jinggo.
PAS DAN VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM
Perjuangan PAS sebagai sebuah “hizbullah” adalah
berlandaskan hukum-hukum Allah swt. Sayugia, PAS menentang segala bentuk fitnah
dan zina.
Pendedahan video seks Anwar Ibrahim boleh
ditakrifkan sebagai fitnah zina. Jika video itu palsu, sebuah fitnah telah
direkacipta untuk menganiayai Anwar Ibrahim. Jika video itu benar, Anwar
Ibrahim telah melakukan zina. Hitam atau putih, tiada ruang untuk kelabu.
Isu video seks ini meletakkan PAS di persimpangan
jalan. Isu ini sudah semestinya menguji keikhlasan PAS sebagai sebuah parti
yang memperjuangkan syariat Islam. Setakat ini pendirian pucuk pimpinan PAS
masih kabur dan samar mengenai isu ini. Pada waktu sama tiada juga tindakan
pro-aktif oleh pemimpin-pemimpin PAS untuk menentukan kesahihan video tersebut.
PAS sepatutnya atas inisiatif sendiri merujuk
kepada pakar-pakar video untuk menentukan kesahihan video tersebut yang kini
telah tersebar meluas. Begitu juga teknologi canggih seperti pengecaman-muka
perlu digunakan untuk mengenalpasti pelaku dalam video itu.
Segala usaha-usaha ini bebas dari apa-apa yang
dilakukan oleh pihak-pihak lain. Ianya semata-mata untuk membantu
pemimpin-pemimpin PAS membuat keputusan yang tepat dan bijak. Sambil memohon
kepada Allah swt untuk memberi petunjuk, segala kepakaran yang sedia ada perlu
digunakan untuk memberi penentuan. Berserah kepada Allah swt tetapi unta masih
perlu ditambat juga.
Sebaliknya, apa yang dilihat umum ialah
pemimpin-pemimpin PAS mengeluarkan kenyataan yang bercanggah-canggah. Mursyidul
Am yakin Anwar tidak melakukan zina. Nik Aziz membuat kenyataan tanpa menonton
video tersebut. Setiausaha Agung menyeru supaya menunggu keputusan siasatan polis.
Mustapha Ali pula membuat kenyataan setelah dikatakan menonton video tersebut.
Pasukan polis yang menjadi rujukan Mustapha Ali
adalah pasukan polis yang dilabel oleh PAS sebagai tidak adil dan tidak bebas.
Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin PAS
bersikap seolah-olah isu ini tidak wujud. Calon Timbalan Presiden, Mat Sabu
pada satu sidang media telah menyatakan tidak akan melayan soalan-soalan
mengenai video tersebut. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Halim Rahman
pula menyatakan bahawa muktamar PAS 2011 tidak akan membincang isu video seks.
Ada pemimpin-pemimpin PAS yang sanggup menjadi burung unta yang lebih selesa
menimbus kepala dalam pasir.
Sama ada mendapat restu atau tidak dari pucuk
pimpinan PAS, ahli-ahli PAS dan rakyat biasa tetap akan membincang isu video
seks. Implikasi isu ini amat getir bukan hanya kepada keutuhan PAS sebagai
sebuah “hizbullah” tetapi rakyat Malaysia turut, khususnya orang melayu, akan
berpecah belah.
Yang membuat akar umbi PAS dan penyokong-penyokong
Pakatan Rakyat amat gusar, lebih dari kandungan video tersebut, ialah
tindak-tanduk Anwar setelah pendedahan dibuat. Banyak persoalan yang timbul:
- Mengapa Anwar tidak mengumumkan identiti
alibi-alibi beliau?
- Mengapa penjelasan Anwar tentang ketidakhadirannya
dalam ruang “Twitter” pada masa video dirakam amat mengelirukan?
- Mengapa tidak ditunjukkan kepada umum jam Omega,
jam yang dikatakan oleh Anwar dan Wan Azizah masih disimpan oleh Wan Azizah?
- Mengapa tidak membuat sumpah laknat?
- Mengapa tidak membuat ujian “polygraph”?
- Mengapa tidak merujuk kepada pakar-pakar yang
profesional dan bebas tentang kesahihan video tersebut?
- Mengapa Anwar tidak menyaman malu
individu-individu yang membuat pendedahan?
- Mengapa Anwar gagal untuk mengesahkan
persahabatan beliau dengan Eskay Abdullah?
Tindak-tanduk Anwar tidak mencerminkan kewibawaan
beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak menangani sebarang krisis.
Jika sah video tersebut palsu, PAS wajib
mengembelingkan segala tenaga untuk menghukum pihak pemfitnah. Dataran Merdeka
akan bertukar menjadi Dataran Tahrir. Tidak cukup bumi untuk pemfitnah
melarikan diri. PAS secara “default” akan menjadi pemimpin kepada sebuah
gerakan massa yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
Jika sah video tersebut benar, PAS wajib
menyisihkan seorang penzina. PAS akan dianggap sebagai satu parti politik yang
berprinsip kerana sanggup mengenepikan kepentingan politik demi menegakkan
hukum Allah swt. Sekaligus membuat parti-parti politik yang mengamalkan resam “matlamat
menghalalkan cara” kelihatan kerdil bagai melukut di tepi gantang.
Isu video seks Anwar Ibrahim bukanlah satu musibah
tetapi satu rahmat kepada PAS. Inilah peluang keemasan untuk PAS membuktikan ia
benar-benar sebuah “hizbullah’. PAS sebenarnya kini berada dalam keadaan
“menang-menang”.
Nik Adha Nik Kamil
23 Mei 2011 / 20 Jamadil Akhir 1432 H
No comments:
Post a Comment