Oleh : HHalem
Sekarang Baru Nak Sedar
Tektik Halus China Nak Takluk Negara
Siul Punya Beruk PBB (Pekak-Buta-Bisu)
Tektik Halus China Nak Takluk Negara
Siul Punya Beruk PBB (Pekak-Buta-Bisu)
1- Kali ini Khiri Jamaluddin melatah
dengan memberi bukti-bukti bahawa DAP telah masuk dan menyerang kawasan beliau
di Rembau dengan halus dan sistematik.
2- DAP
telah membawa masuk ramai orang-orang China, tidak kira MCA, Gerakan atau DAP,
untuk menyerang beliau di kawasan Perlimen. KJ memaklumkan bahawa beliau setuju
dengan, DS Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa
wujud gerakan secara berstruktur dan sistematik oleh DAP bagi merampas tiga
buah negeri.
"Perkara ini
sudah dikesan sejak tahun lalu (di Rembau). Kita pelik apabila secara tiba-tiba
terdapat pertambahan mendadak pengundi Cina sehingga tidak lagi menggambarkan
jumlah komposisi kaum yang sebenar.
"Daripada
siasatan, kita percaya mereka ini dari kawasan Rasah dan Seremban. Kita juga
yakin pertambahan mendadak ini adalah satu usaha terancang pihak DAP,"
3- Jika KJ mempunyai bukti-bukti kukuh, dan tidak hanya serkap jarang, tentang apa yang telah dibuat oleh DAP, maka laporan harus dibuat dengan segera. Ini kerana tuduhan beliau amat berat.
4- Di harapkan selepas ini ‘KJ-ada-akai’ bahawa Orang Keturunan Pendatang ini boleh dibuat kawan dan kenalan berurus niaga, tetapi percaya untuk memerintah negara ini jangan sekali.
5- Baru lah KJ dan pengikut PBB sedar bahawa apa yang di salak-salakan oleh Dap-Pkr-Pas, bahawa mereka akan melakukan perkara lebih terkutuk jika ada peluang memerintah negara.
...Sumber utama Utusan......
Taktik halus DAP memang wujud - Khairy
KUALA LUMPUR 23 Mei - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
mengesahkan wujud gerakan sistematik oleh DAP dalam usaha parti itu untuk
merampas tiga negeri pada pilihan raya umum akan datang.
Buktinya dakwa beliau, ia berlaku sendiri di Rembau iaitu kawasan Parlimen
yang diwakilinya, apabila jumlah pengundi Cina bertambah secara mendadak dengan
tiba-tiba melebihi rekod komposisi kaum yang diwarta pihak berkuasa.
Dakwanya, 'pengundi baru' itu dipercayai dibawa masuk oleh pihak tertentu
dari Parlimen Rasah dan Seremban yang mana kedua-dua kawasan tersebut dimenangi
DAP dengan majoriti besar pada 2008.
"Perkara ini sudah dikesan sejak tahun lalu (di Rembau). Kita pelik
apabila secara tiba-tiba terdapat pertambahan mendadak pengundi Cina sehingga
tidak lagi menggambarkan jumlah komposisi kaum yang sebenar.
"Daripada siasatan, kita percaya mereka ini dari kawasan Rasah dan
Seremban. Kita juga yakin pertambahan mendadak ini adalah satu usaha terancang pihak
DAP," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini
hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas peringatan Naib Presiden UMNO,
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bahawa wujud gerakan secara berstruktur dan
sistematik oleh DAP bagi merampas tiga buah negeri.
Pada pilihan raya umum 2008, DAP yang diwakili Loke Siew Fook bagi Parlimen
Rasah menang dengan majoriti 13,151 undi manakala, John Fernandez yang
bertanding di Seremban pula menang dengan majoriti 3,948 undi.
cina mmg pandai melayu mmg bodoh...malu rasa undi umno pro cina undi dap pro cina..sekolah cina dpt tanah bila cina memerintah sekolah ugama melayu mcm sampah bila melayu memerintah
ReplyDelete