Oleh: HHalem
1- Pada mulanya penulis teragak-agak menerima cadangan
oleh Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhie Ahmad mengenai ‘buang negara kepada Orang Keturunan Pendatang
yang mempersoalkan kontrak sosial’. Ini kerana mereka tidak boleh di harap dan dipercayai langsung dengan mengambil kesempatan
di atas kemurahan hati orang Melayu.
2- Tetapi selepas membaca berita bahawa Jeff
Oii didapati bersalah oleh mahkamah kerana menghina dan menfitnah Mohd Razali
sebagai ‘Ekstremis Islam”, maka penulis setuju benar mereka didalam kes-kes
serupa ini terus dilucutkan kewarganegraan dan di buang negara.
Jeff Oii didapati bersalah dalam satu kes saman fitnah dan
diarahkan membayar sebanyak RM150,000 kepada bekas Ahli Majlis Perbandaran
Pulau Pinang, Mohd Razali Abdullah yang dituduhnya “EKSTREMIS ISLAM”
3- Komunis DAP amatlah celaka sekali kerana sebelum
ini didalam isu yang Kristian hendak dijadikan agama rasmi menggantikan Islam,
pemimpin DAP menyatakan bahawa mereka mengakui Islam sebagai agama rasmi
negara. DAP juga akur dengan perlembagaan yang menetapkan Islam wajar dihormati
selain dari Raja-Raja Melayu.
4- DAP harus buang Jeff Oii ini kerana telah
terbukti bersalah dan terbukti beliau anti-Islam, bukan mengangkat beliau
sebagai hero. Jika Jeff Oii dijadikan hero oleh DAP, maka terbukti sahih yang “DAP Anti-Islam”.
Baca petikan dibawah dimana ia dicadangkan sendiri
oleh Bekas Naib Presiden PAS. (Seperti komen seorang pembaca, ‘bukan kita yang cakap, bekas totok Pas sendiri yang cakap’)
Sumber utama dari Malaysia Insider.
Beberapa pemimpin Islam mempersoalkan
kesetiaan bukan Islam di negara ini sambil menggesa hak komuniti itu perlu
dinilai semula jika Malaysia benar-benar dianggap sebagai negara Islam
Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah
Malaysia Yadim Datuk Nakhaie Ahmad gambar berkata layanan kepada bukan Muslim
seharusnya berdasarkan pada kontrak sosial yang telah dipersetujui
Malah kata beliau kerajaan nampak terlalu
bermurah hati kepada kaum-kaum bukan Islam
“Dalam usaha untuk mendapatkan undi dan sokongan bukan
Muslim kita begitu bermurah hati dalam memberikan hak-hak sivil”
“Hak-hak sivil yang diberikan termasuk hak untuk mengundi
penyertaan dalam politik memegang jawatan pembabitan dalam ketenteraan dan
sebagainya tetapi kita memberikan mereka segala-galanya ”
Oleh itu kata beliau tawaran hak kepada bukan
Islam seharusnya berdasarkan amalan-amalan agama Islam
Nakhaie menekankan bahawa bukan Muslim yang melanggar kontrak
sosial mesti dibuang negara
Justeru beliau meminta kerajaan mengambil
pendekatan tegas untuk menjaga kepentingan Muslim negara ini
“Jika mereka melanggar perjanjian kita maka mereka adalah
musuh kita dan mesti
dibuang dari negara ini”
“Kita tidak harus kompromi dengan mereka. Kita mesti
tegas dengan mereka apabila menyentuh kontrak sosial yang dipersetujui”
Malah kata beliau adalah penting jawatan
tinggi kerajaan tidak diberikan kepada bukan Muslim demi kepentingan negara
“Kita tidak boleh beri jawatan penting kerajaan kepada
bukan Muslim memandangkan bukan Islam tidak boleh menjadi menteri di negara
Islam Ketua tentera juga tidak boleh diberikan kepada bukan Muslim”
Tanpa memikirkan mengenai masa depan negara
kita kita memberikan mereka semua katanya sambil menambah tindakan memberikan
hak sivil mesti diseimbangkan dengan amalan Islam agar faham keadilan dalam
Islam dan sistem Islam
Dalam pada itu timbalan presiden Ikatan
Muslimin Malaysia ISMA Zamri Hashim pula berkata Muslim sewajarnya melihat
menjangkaui afiliasi politik demi matlamat perjuangan yang lebih besar
“Kita mesti melihat di luar ruang politik Agenda Melayu
sangat penting untuk kita tidak boleh tidak ambil peduli dan majoriti Melayu
adalah Muslim Bukan lagi tentang PAS dan Umno ” kata timbalan mufti Perak ini
Timbalan presiden Angkatan Belia Islam
Malaysia Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali juga menekankan bahawa Malaysia tidak
harus menjadi negara sekular
“Ini kerana ramai ahli politik bukan Muslim mahu
mengisytiharkan negara ini sebagai negara sekular maka kerajaan tidak perlu
membiayai program agama
“Mereka bimbang bahawa jika kita terima Malaysia sebagai
negara Islam maka ada banyak implikasi bermakna hanya Muslim yang ada hak untuk
menerajui negara ini ” katanya
Mohd Rumaizuddin menambah orang Melayu
diinjak-injak manakala bukan Muslim pula mengambil kesempatan ke atas mereka’
“Disebabkan politik kita masih belum bebas selepas lebih
50 tahun negara merdeka ” katanya
Presiden Hizbut Tahrir Malaysia Abdul Hakim
Othman menambah perlembagaan negara mesti digantikan kerana ia digubal oleh
penjajah British.
seruan yg selama ni aku tunggu tunggu dari pembesar pembesar melayu...
ReplyDeletestatement seperti ini mempertikaikan kewujudan Sabah dan Sarawak.. Kenyataan yang tidak adil..
ReplyDeleteBoleh Anon 14:28 huraikan maksud mempertikaikan Sabah/Sarawak. Ia untuk ilmu bersama?
ReplyDeleteMelayu bermaksud juga Bumiputera.
Bumiputera Bukan Islam di Sabah dan Sarawak tak perlu gusar dan bimbang. You all tetap ada hak istimewa macam Melayu.... BERBEZA DENGAN KAUM KAUM PENDATANG YANG TAMAK DAN TAK SEDAR DIRI TU.
ReplyDelete