Oleh : HHalem
1- Lihat apa kata orang yang mengikut aturan
‘by-the-book’, semata-mata berdasarkan undang-undang buatan manusia yang boleh berubah-ubah sesuka hati dan mengikut kehendak semasa. Berita di bawah sekali.
2- Mereka tidak dan enggan mengunakan pengalaman dan
sejarah yang lepas-lepas bahawa Himpunan yang biasa dilakukan oleh Pkr-Dap akan
bertukar menjadi Rusuhan. Atau sengaja buat pekak dan tidak nampak apa yang
Pkr-Dap telah cetuskan selama ini.
3- Mereka PBB (pekak, buta, bisu) tidak
menerima bahawa budaya ‘himpunan-bertukar-rusuhan’ Pkr-Dap telah menular dan
menjadi ikutan penganut Pas.
4- Mereka PBB dan berpura-pura tidak tahu
bahawa tindakan kerajaan bertindak menghalang pencegahan dari berlaku
(pre-emptive measures) adalah perkara yang terbaik supaya nasi tidak menjadi
bubur porridge.
5- Akal fikiran dan sejarah
‘himpunan-bertukar-rusuhan’ oleh Pkr amat jelas dan nyata itu lah tujuan
sebenar Pkr-Dap-Pas.
6- Pernah kah himpunan aman Umno-BN bertukar menjadi Rusuhan huru-hara semenjak dari zaman Malayan Union sehingga ke sekarang?. Itu lah perbezaan jelas antara himpunan aman Umno-BN dan himpunan laknat Pkr-Dap-Pas-Komunis. Kepada yang pekak-bisu-buta menyatakan bahawa Melayu Umno juga selalu membuat himpunan semenjak zaman Malayan Union lagi, tetapi kenapa Pkr-Dap di larang dan tidak boleh membuat himpunan. Himpunan laknat Pkr-Dap akan bertukar ganas dan huru-hara. Itu lah jawapan nya.
6- Mereka yang PBB menunggu masa untuk menyalahkan
pihak berwajib jika peristiwa berdarah berlaku.
7- Itu lah Pkr-Dap-Pas, Samad Said, Ambiga,
Mat Sabu dan tidak lupa juga Aziz Bari, perasok dan perosak negara nombor satu.
...Malaysiakini....
Pakar perlembagaan Abdul
Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9
Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.
"Mereka bertindak
secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan
permit.
"Sebagai pihak
berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan
dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada
Malaysiakini.
Abdul Aziz (kanan)
menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan
permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.
Beliau berhujah, polis
membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang
undang-undang.
Paling teruk apabila ia
bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.
Katanya, mengikut
Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang
perhimpunan aman yang dijamin.
"Hatta mahkamah
juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.
malas nak komen orang yang IQ rendah
ReplyDeleteCUMA NAK TAMBAH .. HIMPUNAN UMNO MMG DISOKONG RAKYAT SEJAK DULU...
ReplyDeletemacam mana orang bodoh ni boleh jadi profesor yek?. Oh ya saya lupa... dalam pakatan sekarang ni ramai manusia yang terpelajar tapi belum cukup terdidik hingga sanggup menggadaikan agama dan bangsa pada DAP laknat.
ReplyDeleteApa jenis pembangkang yang malaysia ada ni?
Keranji Pahit
UIA patut pecat saja Aziz Bari-Bari ni .... biaq dia kerja jual harakah tepi longkang pulak...
ReplyDeleteDatuk Abu:-)
ReplyDeleteBetul tu, Tuan Prof Datuk Dr Abu Garcia.
sebab kerajaan takut pada rakyat, adakah akan menjadi rusuhan kaum seperti yang berlaku di mesir?tidak, rakyat malaysia adalah lembut dan sopan, tidak wajar berfikiran negatif sebegitu, yang prof maksudkan adalah adakah kerajaan mu sekarang ini takut pada kebangkitan rakyat yag menuntut hak mereka?kalau tidak takut, jangan ganggu, mereka mengadakan perhimpunan, bukan rusuhan, sebab sekiranya mereka melakukan rusuhan, maka lingkuplah kerajaan mu ini.
ReplyDelete