Oleh: HHalem.
1- TS Muhyiddin Yassin mula mengikut contoh Pak Lah yang amat terkenal dengan keputusan Flip-Flop. Buat keputusan dulu pada pagi, besok tengok respond rakyat, jika baik teruskan dasar, jika ramai membantah maka batalkan. Itu lah penyakit Pak Lah, dimana beliau jatuh kerana Flip-Flop.
Muhyiddin harus berhati-hati sebelum beliau betul-betul dihinggapi penyakit Pak Lah yang mungkin juga akan membawa kepada kejatuhan beliau.
Ini alasan Muhyiddin, mengenai pembatalan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari 2012, seperti di cadang di sini >.
“Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan di sebaliknya”
“Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru ”
“Sebab itu saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan ”
- Di petik dari MInsider
2- Apa alasan sekalipun yang diberi oleh TS Muhyiddin atas pembatalan projek perintis tersebut ia tidak akan membawa apa-apa makna.
Ini kerana bagi penulis, cadangan projek printis tidak sepatutnya dikeluar langsung pada saat-saat menjelang PRU13. Ia perlu ditunggu selepas PRU13 kerana BN mungkin kehilangan separuh dari kepercayaan (undi) guru-guru yang tidak berpandangan jauh. Dan akan dijadikan modal kempen Pas-Pkr-Dap.
Apa-apa tajuk, rancangan dan pengumuman yang tidak popular seharusnya ditangguh terlebih dahulu. Contohnya terbaik ialah kes Lembu Fidlot Shahrizat dan kes anak Najib membeli saham berjuta-juta pada umur 28 tahun atas nasihat Idris Jala.
Adakah pakar-pakar disekeliling TS Muhyiddin tidak dapat membuat perbezaan dimana Pakar Strategi dan Pakar Kempen Muhyiddin mungkin memberi nasihat yang salah. Di pihak Muhyiddin pula, beliau menerima semua perkara bulat-bulat tanpa tapisan. Nampak benar ia cukup berbeza dengan kaedah pendekatan Tun Mahathir.
3- Di pihak Najib pula, beliau hendak sangat menunjukan dan membuktikan ketelusan beliau sehingga tidak langsung memikir panjang akibat bahaya dan kesan negatif sebelum PRU13. Najib tersilap percaturan kerana kesemua perkara-perkara negatif boleh ditunggu selepas PRU13.
Teringat penulis dimana Pak Lah pada satu masa, hendak sangat menunjukkan yang beliau "lebih terbuka dan tidak diktator seperti Tun Mahathir" dan akhirnya membuka peluang perang mulut secara terbuka oleh semua pemimpin-pemimpin BN. Apa kesudahan nya? Huru-hara dan haru-biru.
Begitu juga lah perangai Najib sekarang, hendak sangat menunjukan yang beliau 'telus', sehingga kesemuanya hampir terburai. Kedua-dua Pak Lah dan Najib termakan dan terpedaya mainan Pakatan.
Mereka berdua patut mendengar nasihat Tun Mahathir bahawa hendak 'telus biarlah sederhana' dan 'hendak terbuka pun biar lah sederhana'. Timing adalah mustahak.
Keterbukaan trlalu kritikal utk dpraktikkan sekarang krn kcanggihan ICT memungkinkan setiap isu mampu mnjadi peledak dlm perang politik Malaysia masakini. Dan seringkali pemimpin BN gagal mejangka khebatan ledakan isu yg mereka cipta sendiri hngga hmpir malah pernah menutup terus kelemahan pihak PAkatan. Kes liwat amat jarang mngisi ruang bicara di kedai kopi krn BN sndiri seolah mahukan isu lembu mmbeli kondo mnguasai gema suara rakyat.amat malang krn ia brlaku disaat BN perlu bangun berdiri mnguasai episod seterusnya...
ReplyDelete