Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Publicity Blunder-Najib. Show all posts
Showing posts with label Publicity Blunder-Najib. Show all posts

19/11/2011

Biar Betul !. Muhyiddin Yassin Dah Mula Flip-Flop.


Oleh: HHalem.

1- TS Muhyiddin Yassin mula mengikut contoh Pak Lah yang amat terkenal dengan keputusan Flip-Flop. Buat keputusan dulu pada pagi, besok tengok respond rakyat, jika baik teruskan dasar, jika ramai membantah maka batalkan. Itu lah penyakit Pak Lah, dimana beliau jatuh kerana Flip-Flop.

Muhyiddin harus berhati-hati sebelum beliau betul-betul dihinggapi penyakit Pak Lah yang mungkin juga akan membawa kepada kejatuhan beliau.

Ini alasan Muhyiddin, mengenai pembatalan projek perintis guru-guru bertugas selama sembilan jam sehari yang dicadangkan untuk dilaksanakan di Melaka, Sarawak, Pahang dan Johor mulai Januari 2012, seperti di cadang di sini >.


“Kita tidak mahu perkara itu diteruskan secara perintis tanpa guru sendiri memahami tujuan di sebaliknya”

“Mungkin banyak pihak yang tidak faham apakah matlamatnya sehingga ada tanggapan bahawa ia menambah beban dan menyulitkan kerja guru atau tanggungjawab guru ”

“Sebab itu saya telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam agar kajian ini tidak diteruskan ”
-      Di petik dari MInsider

Comments / Pandangan Melalui Facebook

04/10/2011

Sekolah Vernakular: Adakah DS Najib Musang Sebenarnya.


Oleh: HHalem.

1- DS Najib mengakui sendiri bahawa beliau lah yang berusaha mempertahankan akta berkaitan sekolah vernakular sewaktu menyandang jawatan Menteri Pendidikan, bagi memastikan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil yang diamalkan terus sesuai dilaksanakan. Ia bukan lah hasil usaha Anwar.

Sementara Anwar yang pernah memegang jawatan Menteri Pendidikan gagal berbuat demikian.

“Pada masa itu, sebelum saya, ada seorang Menteri Pendidikan (Anwar),  yang tidak mahu melakukannya (pindaan akta), tiada keberanian untuk melakukannya. Seorang ‘sesumpah politik’ yang mempunyai warna berlainan ketika itu. Hari ini warnanya lain dan seterusnya kerap bertukar warna” 

Perasmian Perhimpunan Agung MCA Ke-58
di Dewan San Choon, Wisma MCA, Kuala Lumpur,

2- Dengan pengakuan benar dari mulut DS Najib sendiri, sekarang baru lah kita tahu bahawa siapakah yang sebenarnya menjadi dalang disebalik sekolah vernakular di Malaysia.

Bagus lah, DS Najib tidak pernah bertukar wajah seperti sesumpah Anwar. Oleh itu dapat lah kita ketahui siapa kah dalang didalam hal sekolah vernakular yang mendapat kritikan rakyat yang kuat menyokong Umno.

3- Satu lagi bukti yang DS Najib, bukan lah sesumpah seperti Anwar, dan beliau amat konsisten apabila sebelum ini pada 16 January 2011 beliau pernah menyebut perkara yang sama di Kucing.

DS Najib dengan bangganya pernah memberi jaminan kerajaan akan terus mempertahankan sekolah vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara.

"Jika kita lihat negara-negara jiran tetangga, tidak ada lagi sekolah jenis ini walaupun dulu ia pernah wujud di sebuah negara di selatan tetapi telah ditutup oleh kerajaan mereka”

"Berbeza di Malaysia, kerajaan bukan sahaja masih mempertahankan kewujudan sekolah-sekolah jenis ini, malah mengiktirafnya sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan negara secara rasmi melalui penggubalan Akta Pendidikan 1997,"  

4- Jadi kepada penyokong-penyokong penghapusan sekolah vernakular, amat jelas siapa musang berbula ayam yang sebenarnya terhadap orang-orang Melayu didalam isu ini.

5- Pendirian penulis amat jelas didalam hal Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) atau Tamil, iaitu ia mesti dihapuskan segera kerana ia merupakan Agen Pemecah Belah Perpaduan Negara.

Disebabkan sekolah ini lah ramai anak Malaysia yang menganggap negara Tanah Melayu ini hak kepunyaan datuk nenek mereka yang datang dari Tongsan dan India. Tanahair datuk-nenek tersebut mesti senantiasa diingati.

Ini belum lagi diambilkira penyatuan rakyat Malaysia didalam segi bahasa pertuturan harian yang mana kesemuanya dibentuk diperingkat sekolah lagi.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

30/09/2011

Video: Quota 30%. Adakah Najib Putar Belit?.


Oleh: HHalem.

Mark 6:20 Adalah berkaitan quota.

1- DS Najib naik hot-juga kepada wartawan setelah ‘test-market’ beliau tidak berjaya dan mendapat tentangan hebat dan menyinggung perasan orang-orang Melayu setelah beliau cuba-cuba bermain api dengan hendak menghapuskan quota 30% Bumiputra. Ini adalah cubaan kali kedua Najib dan sekali lagi penafian politik berlaku .

2- Ikuiti penafian DS Najib video diatas mark 6:20, ala-ala penafian Guan Eng Komunis gitu.

"(Wartawan) tidak dengar ucapan saya dengan betul. Saya tidak sebut pemansuhan kuota tapi saya sebut jangan terlalu bersandar pada kuota...Peniaga bumiputera mesti lebih berdikari untuk bersaing dengan orang lain supaya kita lebih dihormati. Tapi saya tidak sebut sama sekali berhubung pemansuhan"  
- Video di atas.

3- Ikuti petikan Mkini dan MInsider seperti dibawah, semasa ucapan Forum Megatrends Khazanah 2011 pada Rabu 28 September;

"Kami mahu menghindari kuota tetapi kami akan menyokong supaya mereka (usahawan bumiputera) terus berkembang."

"Sekiranya kamu memberi mereka kuota, mereka akan bersenang-lenang dan akhirnya tidak memperolehi kepakaran untuk mengurus perniagaan mereka," – DS Najib dipetik Mkini  dan MInsider di Forum Megatrends >

Mkini dan MInsider memang terkenal dengan pembelitan dan otak bercabang mereka yang gemar telepone sana sini dan cucuk-cucuk sana sini supaya semua melompat-lompat, terutama mengenai isu-isu orang Islam dan Melayu. Kegemaran mereka ialah KJ The Lompat Beruk, Dr Asri, Dr Juanda dan Saifuddin Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

4- Jika Mkini dan MInsider tidak benar, mari kita lihat apa kata portal rasmi Umno sendiri iaitu MediaUmno Online dalam perkara sama.

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Selasa?)  – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata terdapat keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera tetapi mereka perlu terus dibantu bagi berkembang.

“Kamu perlu meninggalkan kuota. Tetapi kamu mesti menyokong mereka (Bumiputera) dalam cara yang akan membolehkan mereka berkembang dari usahawan kecil dan sederhana untuk menjadi lebih besar dan menjadi jaguh serantau,”  - MediaUmno Online >

"Kami mahu menghindari kuota” dan "Sekiranya kamu memberi mereka kuota” oleh Mkini dan MInsider berbanding dengan lapuran oleh MediaUmno Online “keperluan untuk menghindari sistem kuota kepada Bumiputera” dan “Kamu perlu meninggalkan kuota” adalah maksud dan intrepretasi yang sama iaitu ‘pemansuhan quota’ akan tetap berlaku.

Jika MInsider dan Mkini penipu, maka MediaUmno Online juga penipu besar. Atau DS Najib berputar-putar ala-ala Guan Eng.

5- Antara ke empat-empat mereka kita boleh agak siapa membelit kerana DS Najib membuat penafian dan dipetik MediaUmno Online didalam kontek ucapan Najib di Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di sini >.

Manakala Mkini dan MInsider pula memetik semasa ucapan di Forum Megatrends.

DS Najib telah membuat orang-orang Melayu tersinggung.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

28/09/2011

GILA Hapus Quota 30%: Najib Merepek, Cari Pasal Dan Penyakit Sebelum PRU13.


Oleh: HHalem.

Blunder Terkini Najib Yang Akan Menjatuhkan Umno-BN.

Penghapusan Quota 30% Bumiputra

1- Jika betul terjadi seperti yang di uar-uarkan ini, maka DS Najib sedang mencari penyakit dan membuat pasal sebelum PRU13.

Seperti ISA 1960, dimana kita dipaksa menerima keputusan Najib, tetapi naib baik telah disediakan alternatif dengan 2 akta terbaru sebagai penganti. Akta terbaru itu pun belum pasti lagi keberkesanannya dan dapat membendung penghuru-hara negara.

Adakah penghapusan quota 30% Bumi kelak, entah bila tarikh berkuatkuasanya, akan digantikan dengan sistem bantuan sokongan yang lebih baik. Setakat ini memang tidak nampak jalan dan DS Najib tidak mendapat sokongan 100% dari penulis kerdil ini.

Apa kah yang lebih baik dari 30 % quota Bumi?

2- DEB yang didasarkan oleh Tun Razak dan dilaksanakan besar-besaran oleh PM di zaman Tun Dr Mahathir.

Setelah melalui zaman perlaksanaan Tun Mahathir, maka pada zaman Najib ia sepatutnya dilakukan pembaikpulihan dan perkembangan berterusan (continual improvement)  sistem kuota 30%.

Jika ia dikatakan oleh Najib sebagai "tidak membawa apa-apa makna" dan menyekat perkembangan usahawan bumiputra, maka segala usaha hendaklah kearah pembaikpulihan dan pengkuatkuasan sistem yang longgar sekarang dan bukan penghapusannya sama sekali. Najib silap perhitungan kali ini.

Tidak boleh kah, segala cadangan-cadangan Najib digabungkan dengan sistem kouta 30% sekarang sebagai improvement, bukan hapuskan langsung. 



Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/07/2011

DS Najib Setelah Tergesa-gesa Menawarkan Stadium, Hari Ini Meletak Syarat Seolah-olah Berfikir Dua Kali.

Oleh : HHalem.

1- DS Najib setelah menawarkan sebuah stadium kepada himpunan Bersih Sabtu ini (9 Julai) dan kemudian berkata hari ini kerajaan bersedia berbincang mengenai lokasi stadium tersebut, tetapi ia adalah dengan bersyarat. Mungkin setelah berbincang dan menyedari risiko yang akan timbul maka beberapa syarat telah ditetapkan. Kata DS Najib;

“Mereka mesti pergi dengan aman dan meninggalkan lokasi dengan aman...Jika ada kejadian yang tidak diingini penganjur akan dipertanggungjawabkan ” Rujuk MalaysianInsider>

“Sekiranya sebarang kejadian yang berlaku maka pihak penganjur akan dipertanggungjawabkan atas segalanya atau pun yang akan berlaku, yang boleh menyebabkan sama ada huru-hara atau pun kerosakkan hartabenda atau pun boleh menyebabkan mana-mana individu tercedera ataupun lebih buruk daripada itu,” Rujuk Malaysiakini>

2- DS Najib telah meletakkan syarat yang beliau ketahui bahawa pihak pembangkang tidak akan bersetuju kerana keselamatan dan ketenteraman awam adalah terletak dibahu pihak berkuasa dan dibawah tanggongjawap pihak polis.

3- Pihak penganjur Bersih dan pembangkang akan meminta pihak polis menjaga keamanan didalam dan diluar stadium kerana limpahan peserta bersih akan berlaku. Kenderaan dan lalulintas akan terganggu dan berpusu-pusu beberapa kilometer dari stadium. Kekecohan menuju ke stadium tetap akan berlaku. Pihak-pihak yang mengambil peluang membawa senjata tajam dan lastik bebola besi tidak akan teragak-agak mengambil kesempatan. Penemuan pelbagai senjata merbahaya oleh pihak polis sebelum ini wajiblah dijadikan panduan oleh DS Najib bahawa himpunan Bersih akan menjurus kepada keganasan walau diadakan dimana sekali pun.

4- Jika keganasan berlaku, adakah ia satu lagi provokasi yang dimulakan oleh orang-orang Umno-BN yang menyamar memakai baju kuning dan memulakan segala sengketa?

5- Kita semua tahu bahawa jika terjadi apa-apa kemalangan atau cedera hasil dari himpunan Bersih, mahu secara langsung atau pun tidak, ia tetap akan menjadi tanggongjawap pihak berkuasa polis dan trafik lalulintas untuk mengawal keadaan. Pihak penganjur Bersih senang-senang cuci tangan kerana mereka tergolong didalam golongan orang awam.

6- Jika pencapaian diantara pihak kerajaan dan pembangkang mengenai siapa yang akan bertanggongjawap mengenai keselamatan dan ketenteraman awam tidak mendapat persetujuan, maka himpunan Bersih masih lagi dikatagorikan sebagai haram.

7- Persetujuan DS Najib menawarkan stadium amat memeningkan kepala pihak polis dan KDN kerana haruskah himpunan Bersih 2.0 dihalalkan semula setelah di haramkan. Apakah syarat-syarat dan krateria untuk menghalalkan nya semula dan tarikh kuatkuasa halalnya? Orang yang telah ditangkap sebelum tarikh kuatkuasa halal adakah ia tetap haram?

8- Jika perhimpunan Bersih 2.0 masih lagi haram sehingga ketarikh akhirnya, maka Ambiga telah melanggar ‘TITAH DYMM YDP AGONG’, dan apa kah hukuman kepada Ambiga? Mungkin Akta di bawah amat sesuai untuk Ambiga.

Seksyen 121 (Kanun Keseksaan)  memperuntukkan hukuman mati kepada mana-mana individu atau pertubuhan yang didapati cuba melancarkan peperangan dan menderhaka ke atas DYMM Yang Dipertuan Agung. 

9- Di dalam isu yang sama, apabila di soal mengenai keperluan campurtangan DYMM YDP Agong, ini kata DS Najib seolah-olah kewibawaan beliau tergugat;

“Bila saya jumpa Agong adalah hak saya dan sebagai perdana menteri saya ketua penasihat kepada Agong ”

10- Maka kekal lah di dalam sejarah pemerintahan DS Najib bahawa Himpunan Bersih telah di haramkan dan kemudian di halalkan di dalam masa seminggu.


“Ada kah ini dinamakan Flip Flop besar-besaran”


Comments / Pandangan Melalui Facebook

04/07/2011

DS Najib Terkejut Berok Dengan Amaran YDP Agong Lalu Buat Keputusan Terburu-buru.

Oleh : HHalem.
Najib Terburu-buru Membuat Tawaran Stadium

1- Kenapa pihak DS Najib terburu-buru menawarkan dan kompromi dengan pembangkang dengan menawarkan stadium untuk berkumpul. Kata Najib dengan memberi tawaran; 

“Ini satu peringatan sebelum terlambat.  Jika mereka mahu menyerahkan memorandum dan sebagainya mereka boleh menunjukkan dengan cara demokrasi dengan bekerjasama dengan pihak berkuasa”


“Kami bersedia menyediakan mereka satu stadium bagi mereka untuk berhimpun tetapi mereka pilih jalan untuk protes. Kerajaan tidak menentang mereka berhimpun di stadium dari pagi sehingga malam Jangan buat protes jalan kerana ia berisiko kepada negara ” 

“Kita sanggup sediakan stadium untuk mereka berkumpul tetapi kenapa mereka memilih demonstrasi jalanan mesti ada niat lain.  Kalau mereka daripada awal kata nak berkumpul daripada pagi hingga malam di stadium dan balik dengan baik saya percaya pihak kerajaan tiada halangan”

“Kumpullah di stadium berpekiklah sampai tak larat buatlah tidak menjadi masalah tetapi jangan buat demonstrasi jalanan kerana ia boleh mengundang risiko yang amat berbahaya kepada negara ”  Bernama Online.


2- Peserta-peserta dari Perkasa, Umno dan NGO lain akan turut juga berkehendakan sebuah stadium. Jika Perkasa dan Umno membatalkan perhimpunan mereka, adakah ahli-ahli mereka akan akur. Ahli-ahli mereka ini memang ketagih hendak berdemo dan tidak kira di pihak mana dan mungkin mengikut serta bersama himpunan Bersih 2.0 di dalam stadium.

3- Pemberian stadium, ada kah ia juga akan menjamin keselamatan peserta-peserta yang begitu banyak dan boleh kah stadium menampong kapasiti manusia. Limpahan di luar stadium akan berlaku, siapa pula akan bertanggung jawap.

4- Adakah keputusan DS Najib ini satu yang bijak? Kerana apa yang kita harapkan ialah tiada langsung apa-apa perhimpunan di mana-mana sekali pun, setelah Anwar And The Geng atau Ambiga atas arahan Anwar berjaya berjumpa Agong secara formal dan mengikut protokol. 

5- Satu lagi blunder yang dibuat oleh DS Najib dan tawaran stadium harus di batalkan dengan apa alasan sekali pun. Bukan kah ahli politik mahir memberi pelbagai alasan dengan pelbagai akta-akta.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

11/05/2011

DS Najib Bersuara Hal Penang - Ada Betul. Ada Silap

Oleh : HHalem

Fening Lalat

1- Di dalam keadaan haru biru mengenai isu agama rasmi oleh penganut Kristain di Pulau Pinang,  akhirnya DS Najib menyatakan semua pihak harus menerima hakikat bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.

"Dalam apa jua keadaan, Perlembagaan Negara tidak boleh dipinda dan oleh itu semua pihak tidaklah seharusnya merasa bimbang, gundah gelana, ataupun gelisah di dalam hal ini," kata DS Najib  selepas mengadakan pertemuan dengan 22 pemimpin dan cendekiawan Islam di Putrajaya

Penulis bukan lah pakar undang-undang, jauh sekali pakar didalam apa-apa bidang sekali pun, tetapi penulis berfahaman bahawa,

a- Kita tidak mempertikaikan Islam agama rasmi atau tidak, tetapi mempertikaikan apa yang cuba dilakukan oleh puak-puak Kristain dokongan DAP di Pulau Pinang.

b- Undang-undang apa sekalipun buatan Manusia, akan tetap boleh di ubah-ubah. Manusia yang membuatnya,  maka Manusia boleh mengubahkannya.

c- Hanya satu sahaja perkara yang tidak boleh di ubah di dunia ini iaitu Al-Quran.

d- Al-Quran yang tidak boleh di ubah sekali pun, di putar belitkan, di terjemah mengikut kesesuian kendiri dan timbul pelbagai fahaman dan magzab. Ini kan pula Perlembagaan Negara buatan manusia.

e- Pihak yang paling berkuasa terkini lah akan berhak menterjemahkan Perlembagaan Negara mengikut kehendak diri. Kini Umno-BN berkuasa, maka dikatakan tidak boleh diubah-ubah.  Apa kata jika China DAP berkuasa dengan sokongan orang-orang Melayu sendiri? Adakah mereka tidak akan berputar belit Perlembagaan seperti penganut PAS dan UMNO sekarang yang memutar belit Al-Quran ikut fahaman masing-masing.


2- Sehubungan dengan itu, kata DS Najib,

“Semua pihak mestilah membendung perasaan emosi untuk tidak membuat apa jua perkara yang mengganggu gugat keamanan dan keharmonian serta kesejahteraan negara ini”

Penulis cukup setuju saranan DS Najib, tetapi ia hanya aplikasi kepada orang-orang Melayu sahaja. Banyak perkara terbukti didalam sejarah semenjak dari zaman Hang Tuah lagi sehingga kini, iaitu Orang Melayu harus bersabar supaya keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara terjaga. Disebabkan prinsip ini lah maka Orang Asalnya Pendatang besar kepala dan bermaharaja lela melakukan apa sahaja mempertikaikan hak-hak dan kuasa Orang Melayu.

3- Di serunya Orang Melayu supaya bersabar demi keamanan, keharmonian dan kesejahteraan negara; tetapi apakah tindakan pihak berkuasa terhadap Orang Asalnya Pendatang yang membuat perancangan jahat?

“ Orang Melayu Tetap Gundah Gulana”


.....Sumber Petikan Bernama.............

Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/05/2011

Teka Teki Nombor 11. Satu Galakan Yang Kurang Sihat


Oleh : HHalem

1- DS Najib menyatakan kesukaannya pada nombor sebelas (11), selepas program bersama Hot.fm, kerana ia berkait rapat dengan penghidupan beliau. Berikut ialah peristiwa penting nombor sebelas didalam kehidupan penting pada DS Najib.

  1. Bapa beliau, Allahyarham Tun Razak Hussein lahir pada 11 Mac 1922
  2. Ibu beliau, Tun Rahah Noah lahir pada 11 Jun 1933
  3. Anak pertama DS Najib lahir pada 11 haribulan.
  4. UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946
  5. DS Najib menjadi Menteri Besar Pahang ke-11 (1982-1986)
  6. DS Najib menjadi Orang Kaya Indera Shah Bandar ke-11
  7.  Nombor plat kereta rasmi ialah 11

2- Pilihan Raya Umum Ke 13 pada 11.11.11

3- Peristiwa 11hb September menampakan kematian dan bermulanya peperangan dan tertindasnya umat Islam dunia oleh Amerika di atas nama peperangan keganasan.

4- DS Najib berkata tairikh itu ditimbulkan oleh pihak yang suka membuat teka-teki tarikh pilihan raya ‘untuk mengisi masa terluang’. Kata beliau,  “Saya rasa elok diteruskan teka teki ini”

Comments / Pandangan Melalui Facebook

20/04/2011

Najib Telah Di Tipu Atau Terlepas Pandang Atau Kita Diperbodohkan. MyEmail.my.


Oleh : HHalem

Citizen Inbox
HHalem.myemail.my

1- Tricubes Berhad pemaju penyelesaian internet perkhidmatan kerajaan menelan kos RM50 juta yang diumumkan akan melancarkan perkhidmatan “Citizen Inbox” – myemail.my

Comments / Pandangan Melalui Facebook

15/03/2011

Video-Mulut Rosmah Rosak :- Publicity and Image Blunder

Oleh: HHalem


“Kejadian Tsunami Akibat Kecuaian Negara Itu”

1- Salah satu lagi ‘publicity dan image blunder’ oleh Rosmah.



2- Bikin malu Negara Malaysia. Setiap tutur kata Public figure diteliti oleh masyarakat. Perkataan sumbang seperti itu hanya layak ditutur oleh bloggers sahaja. Oleh itu jadi lah Bloggers Bebas kerana anda bebas se bebasnya.


3- Esok lusa akan keluarlah statement dari Pejabat Perdana Menteri (bukannya dari Rosmah sendiri) bahawa statement Rosmah telah diputarbelit oleh media. Ramai mengetahui sifat Rosmah dan rakyat tidak akan mempercayainya.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

28/01/2011

Publicity Blunder - DS Najib & Rosmah is blundering again.





If not for Siti Rosmah to be the wife of our beloved Prime Minister, she would have fit into my ‘Pengkhianat UMNO-Pengkhianat Melayu-Perosak Melayu dan UMNO’ labeled in my blog. This one fit for another collections of DS Najib’s publicity blunder> 

Comments / Pandangan Melalui Facebook

15/12/2010

Blunder made by DS Najib - Now he pays the price.

Which one would you consider a traitor?


Now, which Prime Minister is so stupid enough to deputise a non-Malay Minister to look after a very crucial and important ministry, such as a Ministry of Land and Cooperative Development?

DS Najib with his Golkar Vision made a clear blunder with Felda’s money as claimed by Dr Tan Kee Kwong. DS Najib is used to spend it big and the same goes during his tenure with the Defence Ministry.

How did he get away with it?

Comments / Pandangan Melalui Facebook

15/11/2010

A Publicity Blunder made by DS Najib ! - Now who is lying? DS Najib, DS Zahid or Bernama?


In my recent articles titled A Publicity Blunder! - DS Najib Donate 1 billion Rupiah using his own money?  (dated Thursday November 11, 2010),base on report made by Bernama, I did mention that if DS Najib really made his personal contribution worth Rp1 billion (RM347,000) to help alleviate the suffering of victims of the Merapi volcano disaster, then he is making a big publicity blunder.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

12/11/2010

A Publicity Blunder made by DS Najib! - DS Najib Donate 1 billion Rupiah using his own money?

- Najib Makes a Personal Contribution of 1 billion Rupiah to the Merapi Victims –

YOGYAKARTA: Prime Minister Datuk Seri Najib Razak has made a personal contribution worth Rp1 billion (RM347,000) to help alleviate the suffering of victims of the Merapi volcano disaster.

Defence Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi handed over the contribution on Najib's behalf to Sri Sultan Hamengku Buwono X, Sultan Yogyakarta, who is also the governor of Yogyakarta province, here today.
The aid among others included infant milk, biscuits, blankets and sarongs and personal hygiene items.
Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive