Oleh: HHalem.
1- YB Zulkifli Noordin cukup terperanjat dan berang apabila Syed Husin, bekas Timbalan Presiden PKR mendedahkan dan menuduh kepalsuan beliau didalam buku “Memoir Perjuangan Politik” . YB Zul dituduh menuntut atau meminta RM60,000.00 untuk mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim bertanding didalam PRU12.
YB Zul cukup berang dan mengelar Syed Husin Ali sebagai, ‘anjing pencen’ yang diperalatkan oleh Anwar. Ini penjelasan versi YB Zul mengenai kes demand RM60,000 satu kerusi.
“Teman menafikan sekeras-kerasnya tuduhan Syed Husin tesebut. Sebaliknya teman ingin menegaskan bahawa Syed Husin sepatutnya lebih tahu apa yang dikisahkan beliau itu satu pembohongan kerana sebenarnya Syed Husin sendiri yang berjumpa dengan teman mewakili Anwar Ibrahim untuk menawarkan teman supaya mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu dengan menyatakan bahawa jika teman bersetuju mengosongkannya, Anwar berjanji akan menawarkan jawatan tinggi kepada teman didalam mana-mana GLC Kerajaan Selangor dengan imbuhan bulanan antara RM50,000—00 sehingga RM60,000-00 sebulan!”
“Malahan Syed Husin meyakinkan teman Anwar akan mengotakan janji tersebut kerana dia juga mendapat janji yang sama untuk mengosongkan jawatan Timbalan Presiden PKR kerana Anwar mahukan Azmin Ali menjadi Timbalan Presiden. Syed Husin memberitahu teman kalau dia mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR untuk memberi laluan kepada Azmin Ali, Anwar menjanjikan dia jawatan Senator.”
– YB Zul berang benar di sini >
Versi YB Zul menyatakan beliau, ‘di tawarkan malah berjanji akan diberi oleh Anwar’ dan bukannya ‘meminta atau menuntut daripada Anwar’ melalui Syed Husin Anjing Pencen. Biasalah versi orang yang membela diri selalunya berbunyi demikian.
2- Sekurang-kurangnya hari ini mengesahkan berita selama ini bahawa Anwar memang mencintai Azmin Ali dan Anwar mengarahkan supaya kerusi Timbalan Presiden PKR dikosongkan oleh Syed Husin untuk di berikan kepada Azmin kekasih hati Anwar.
Pembongkaran ini semua baik untuk kita diluar untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku semasa mereka masih lagi bercintaan dan menyokong Anwar.
Pak Syed Husin ini pula masih lagi menerima imbuhan sebagai Senator atas tiket PKR berbanding dengan YB Zul, maka versi beliau tentu memihak kepada Anwar. Tetapi jika beliau sudah bercerai-berai dengan Anwar, maka versi lain pula akan dikeluarkan.
Boleh kah kita terima versi Pak Syed Husin ‘Anjing Pencen’ kepada Anwar?
Haaaa Ha..bodoh punya blogger(anjing) Umno. Percaya cakap munafiq kelas atasan tu yg kini menjadi anjing salakan Umno. Macam anjing..tiap kali Umno beri tulang(makanan) ia menyalak... Sekarang nak salahkan org lain.
ReplyDeleteKah..kah..kahhhhhhh, bodoh punya Anon 12:54. Sekali kena liwat dengan Nuar terus menerus jadi tongong, cakap Arab nyanyuk pun percaya!
ReplyDelete