Oleh: HHalem.
Jika muka-muka ini yang ada, semuanya berniat politik Jahat.
Cadangan Alternatif Majlis Peguam.
Majlis Peguam telah menyediakan cadangan Alternatif kepada RUU Perhimpunan Aman yang akan mereka serahkan dalam bentuk memorandum. Perarakan Walk For Freedom telah diadakan pagi ini 11.30 pagi menuju ke Parlimen.
Di bawah RUU Alternatif, Majlis Peguam mengesyorkan beberapa cadangan kepada kerajaan untuk dibentangkan kepada Parlimen.
1- Disyorkan penganjur hanya perlu memberi notis bertulis 5 hari berbanding 30 hari yang diperuntukkan oleh pentadbiran Najib sebelum ini.
2- Disyorkan notis tidak perlu diberi kepada Polis untuk perhimpunan aman yang tidak munasabah atau tidak praktikal untuk dilakukan antaranya kempen pilihan raya.
3- OCPD selepas menerima notis akan mengadakan perbincangan dengan penganjur dengan niat mahu memudahkan penganjuran perhimpunan aman.
4- OCPD perlu memaklumkan penganjur jika apa-apa syarat hendak dikenakan dalam tempoh 48 jam selepas menerima notis.
5- OCPD atau Penganjur memperdengarkan permohonan di hadapan Lembaga Perhimpunan Aman dengan 25 anggota akan dibentuk.
6- OCPD hendaklah menugaskan anggota di tempat perhimpunan aman.
7- Peranan pihak media hendaklah diutamakan.
8- Penganjur yang melanggar undang-undang di denda tidak melebihi RM5,000.
9- Polis yang melanggar akta ini yang disabitkan kesalahan boleh didenda RM5,000.
Kita sangkakan cadangan yang datang dari Majlis Peguam tentu bernas kerana mereka tahu selok belok undang-undang, tetapi ia disebaliknya. Ia sama teruk berbanding dengan cadangan Suhakam di sini >
Ulasan.
1- Pertama, pemberian notis 5 hari hanya boleh diterima pakai jika perhimpunan yang dicadang penganjur hanyalah kecil. Tetapi jika perhimpunan besar-besaran seperti Bersih 2.0 dan diseluruh negara dan berpotensi mencetus huru-hara, ia tidak masuk akal langsung.
Jika Jawatankuasa Penganjur mengambil masa berbulan-bulan untuk membuat persedian, maka begitu juga pihak polis perlu membuat persedian. Susun atur logistik dari segi mobalisasi anggota polis dan kenderaan polis perlu dibuat dengan teliti. Seperti mana polis dari seluruh Malaysia berkampung di Universiti Malaya baru-baru untuk rusuhan Bersih 2.0.
Pihak kerajaan boleh juga menerima 2 hari notis dari Penganjur. Tetapi jika terdapat penolakan dari Polis dan rayuan dari Penganjur, adakah sempat pihak Penganjur hendak membuat sebarang rayuan kepada penolakan Polis di dalam masa 48 jam. Mesti ada jangkawaktu munasabah.
2- Keduanya, nampak benar kuasa polis hendak ditarik 100% dan seolah-olah pihak polis yang perlu dibicarakan di sini dan membuat permohonan dan penjelasan kepada Lembaga Perhimpunan Aman yang diberi kuasa penuh. Polis seolah-olah membantu Penganjur. Tetapi jika berlaku kesalahan, polis akan dipersalahkan dan didenda.
3- Ketiganya, peranan Kementerian Dalam Negeri ditarik balik dan tidak berfungsi langsung.
4- Keempatnya, cukup tidak logik dan masuk akal, apabila perkara yang melibatkan keselamatan negara dan ketenteraman awam, diletakkan dibawah 25 orang anggota Lembaga Perhimpunan Aman.
Bolehkah 25 orang ini menimbang diantara keselamatan awam dan negara dan kepentingan parti politik? Keahliannya juga mesti dari ahli pembangkang. Adakah kita sanggup meletak keputusan mustahak dan negara kita kepada 25 anggota tersebut yang belum pasti efektif keanggotaannya.
Bolehkah 25 orang ini menimbang diantara keselamatan awam dan negara dan kepentingan parti politik? Keahliannya juga mesti dari ahli pembangkang. Adakah kita sanggup meletak keputusan mustahak dan negara kita kepada 25 anggota tersebut yang belum pasti efektif keanggotaannya.
5- Kelimanya, pihak Kementerian Dalam Negeri dan anggota keselamatan telah terbukti dan berekod di dalam sejarah semenjak sebelum merdeka; dari penghapusan komunis, konfrantasi dengan Indonesia, peristiwa 13-Mei dan sehingga peristiwa Bersih 2.0. Termaktub bahawa tugas mereka cukup berkesan dan negara aman damai.
Kesemua cadangan Suhakam > dan Majlis Peguam hanya untuk kesesuian pembangkang sahaja sementara mereka belum berkuasa. Selepas berkuasa, lain pula ceritanya.
Kesemua cadangan Suhakam > dan Majlis Peguam hanya untuk kesesuian pembangkang sahaja sementara mereka belum berkuasa. Selepas berkuasa, lain pula ceritanya.
........Gambar-gambar sekitar Walk For Freedom.............
As-Salam Tuan Hhalem,
ReplyDeleteGersang Isu. Kontang Idea.
Meleleh lapar.
Publisiti politik murahan.
Mengemis simpati.
Mencari publisiti jalanan.
ARK2.
Hairan bin ajaib, buat ini tak betul,buat itu salah,cadang ini tolak..mereka ini cuma beberapa peratus saja penduduk malaysia jadi kami yang majoriti ni macam mana pulak..?? sudah tiba masanya kehendak majoriti di utamakan.NOKTAH>
ReplyDeletemajlis peguam buat malu negara jek...ceh...belajar tinggi-tinggi, bodoh bertingkat-tingkat....
ReplyDeletesyor kepada perkasa, pekida dan semua umat melayu/islam berpiket dihadapan setiap pejabat majlis peguam diseluruh negeri di malaysia secara serentak....kita tgk majlis peguam ader telor ke tidak...