Oleh: HHalem.
1- Telah dikatakan bahawa jangan sekali-kali mempercayai Ku Li kerana beliau adalah musang berbulu ayam yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Rupa-rupanya Ku Li terlibat dan talibarut didalam peristiwa rampasan kuasa pada 16 September 2008.
Ikuti pendedahan berikut oleh Bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin didalam buku beliau terkini "Memoir Perjuangan Politik" yang mendedahkan bahawa Ku Li adalah talibarut Anwar. Benar seperti yang diceritakan oleh MP Zaharin bahawa Ku Li adalah pengkhianat negara.
Perkara dan pendekatan yang sama diulangi oleh Ku Li dengan penubuhan NGO AMANAH baru-baru ini sebagai persedia awal jika Anwar di-sungai-buluh-kan. Anwar pernah melakukan perkara yang sama satu ketika dahulu di Sabah semasa beliau masih lagi dengan Umno.
2- Dengan pendedahan oleh Syed Husin maka politik Ku Li semakin malap. Masing-masing hendak menjadi Perdana Menteri dengan kaedah mee segera walaupun tidak diterima rakyat.
Membaca berita di bawah tentulah penganut tegar Pkr dan Ku Li akan katakan Syed Ali telah membelot dan telah dibayar oleh Umno.
...Ikuti ulasan buku dari portal Suara Pakatan Rakyat sendiri...
Projek 16 September.
BEBERAPA pemimpin Pakatan Rakyat dikatakan bersedia untuk menerima ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai perdana menteri, dedah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, dalam buku terbarunya, Memoir Perjuangan Politik.
Katanya, perkara itu dipersetujui dengan syarat bahawa Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 15 hingga 20 ahli parlimen BN untuk berpaling tadah dalam cubaan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Sept, 2008, untuk menggulingkan kerajaan BN.
“Pada masa sama diberitakan bahawa Tengku Razaleigh mungkin turut serta bersama empat orang pengikutnya. Akan tetapi khabarnya beliau mengenakan syarat agar dicalonkan sebagai Perdana Menteri”
“Beberapa orang pemimpin Pakatan secara tidak rasmi dalam perbualan mereka menyatakan syarat itu boleh diterima sekiranya Tengku itu boleh membawa 15-20 orang ahli Parlimen lain bersamanya,”
- tulisnya dalam bukunya yang dilancarkan malam semalam.
Dalam buku itu, Syed Husin berkata, perkara itu adalah penting, kerana sebahagian besar ahli parlimen yang bersetuju meninggalkan BN itu adalah bukan Melayu atau bumiputera bukan Islam. Pakatan, katanya mahu memastikan bahawa sokongan orang Melayu Islam, tidak terhakis.
Sambil mempertahankan bahawa usaha 16 September itu adalah benar, menurut pemimpin veteran itu lagi, Umno selepas mengetahui rancangan berkenaan, bergegas membawa kebanyakan ahli parlimen BN ke Taiwan, dan ada juga ke Macau dan New York, bagi memastikan rancangan itu tidak menjadi kenyataan.
“(BN) telah mengumumkan peruntukan kira-kira RM3 bilion untuk projek-projek pembangunan di Sabah dan Sarawak”
“Ini pasti memberi peluang kontrak kepada syarikat-syarikat dan kontrak kroni yang ada kaitan dengan ahli-ahli parlimen yang juga merupakan pemimpin politik Umno-BN di kedua-dua negeri,” tulisnya.
Majlis perasmian buku ini di Shah Alam dihadiri oleh kira-kira 500 orang.
Buku memoir itu merupakan kenangan hidup Syed Husin tentang perjuangan politiknya untuk menegak keadilan, kebajikan dan kebenaran bagi rakyat.
Ia juga menceritakan mengenai penyertaan, kegiatan, pengalaman dan pandangan beliau terutama berhubung beberapa peristiwa politik yang melibatkan rakyat.
Pendidikan, kegiatan akademik serta luar akademik diceritakan kerana sedikit sebanyak mempengaruhi sikap hidup Syed Husin, terutama terhadap bidang politik yang lebih setengah abad diceburinya.
Turut hadir semasa majlis perlancaran buku itu adalah ketua pembangkang PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan juga beberapa pemimpin Pakatan.
rampasan kuasa tu memang benar dan di rancang oleh Anuar, kebnyak MP BN yg terlibat adalah dari Sabah dan S'wak.....sbb Anuar sudah buat ground job awal dan mengetahui bahawa MP dari Sabah paling senang di pengaruhi dan sejarah pun telah membuktikan pernah berlaku lompat parti dan tikam dari belakang oleh MP dari Sabah....
ReplyDeletekalau K'jaan tak bertindak awal dgn membawa MP2 keluar dari negara, kemungkinan BN jatuh.......dan masa kini kalau Anuar menang kes liwat dgn Saiful ,berkemunkinan BN akan kurang majoriti 2/3 di PRU13 nanti dan di tambah dgn fakta Najib terlalu berlembut dgn isu semasa.....