Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

18/11/2011

KOMPLOT: Syed Husin Dedahkan Ku Li Talibarut Anwar Untuk Rampas Kuasa.


Oleh: HHalem.

1- Telah dikatakan bahawa jangan sekali-kali mempercayai Ku Li kerana beliau adalah musang berbulu ayam yang tidak boleh dipercayai sama sekali. Rupa-rupanya Ku Li terlibat dan talibarut didalam peristiwa rampasan kuasa pada 16 September 2008.

Ikuti pendedahan berikut oleh Bekas Timbalan Presiden PKR, Syed Husin didalam buku beliau terkini "Memoir Perjuangan Politik" yang mendedahkan bahawa Ku Li adalah talibarut Anwar. Benar seperti yang diceritakan oleh MP Zaharin bahawa Ku Li adalah pengkhianat negara.

Perkara dan pendekatan yang sama diulangi oleh Ku Li dengan penubuhan NGO AMANAH baru-baru ini sebagai persedia awal jika Anwar di-sungai-buluh-kan. Anwar pernah melakukan perkara yang sama satu ketika dahulu di Sabah semasa beliau masih lagi dengan Umno.

2- Dengan pendedahan oleh Syed Husin maka politik Ku Li semakin malap. Masing-masing hendak menjadi Perdana Menteri dengan kaedah mee segera walaupun tidak diterima rakyat.

Membaca berita di bawah tentulah penganut tegar Pkr dan Ku Li akan katakan Syed Ali telah membelot dan telah dibayar oleh Umno.

...Ikuti ulasan buku dari portal Suara Pakatan Rakyat sendiri...

Projek 16 September.


BEBERAPA pemimpin Pakatan Rakyat dikatakan bersedia untuk menerima  ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, sebagai perdana  menteri, dedah bekas timbalan presiden PKR, Syed Husin Ali, dalam buku  terbarunya, Memoir Perjuangan Politik.

Katanya, perkara itu dipersetujui dengan syarat bahawa Razaleigh atau  lebih dikenali sebagai Ku Li dapat meyakinkan sekurang-kurangnya 15  hingga 20 ahli parlimen BN untuk berpaling tadah dalam cubaan ketua  pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Sept, 2008, untuk  menggulingkan kerajaan BN.

“Pada masa sama diberitakan bahawa Tengku Razaleigh mungkin turut serta  bersama empat orang pengikutnya. Akan tetapi khabarnya beliau mengenakan  syarat agar dicalonkan sebagai Perdana Menteri”

“Beberapa orang pemimpin Pakatan secara tidak rasmi dalam perbualan  mereka menyatakan syarat itu boleh diterima sekiranya Tengku itu boleh  membawa 15-20 orang ahli Parlimen lain bersamanya,”
-      tulisnya dalam  bukunya yang dilancarkan malam semalam.

Dalam buku itu, Syed Husin berkata, perkara itu adalah penting, kerana  sebahagian besar ahli parlimen yang bersetuju meninggalkan BN itu adalah  bukan Melayu atau bumiputera bukan Islam. Pakatan, katanya mahu  memastikan bahawa sokongan orang Melayu Islam, tidak terhakis.

Sambil mempertahankan bahawa usaha 16 September itu adalah benar,  menurut pemimpin veteran itu lagi, Umno selepas mengetahui rancangan  berkenaan, bergegas membawa kebanyakan ahli parlimen BN ke Taiwan, dan  ada juga ke Macau dan New York, bagi memastikan rancangan itu tidak  menjadi kenyataan.

“(BN) telah  mengumumkan peruntukan kira-kira RM3 bilion untuk  projek-projek pembangunan di Sabah dan Sarawak”

“Ini pasti memberi peluang kontrak kepada syarikat-syarikat dan kontrak  kroni yang ada kaitan dengan ahli-ahli  parlimen yang juga merupakan  pemimpin politik Umno-BN di kedua-dua negeri,” tulisnya.

Majlis perasmian buku ini di Shah Alam dihadiri oleh kira-kira 500 orang.

Buku memoir itu merupakan kenangan hidup Syed Husin tentang perjuangan  politiknya untuk menegak keadilan, kebajikan dan kebenaran bagi rakyat.

Ia juga menceritakan mengenai penyertaan, kegiatan, pengalaman dan  pandangan beliau terutama berhubung beberapa peristiwa politik yang  melibatkan rakyat.

Pendidikan, kegiatan akademik serta luar akademik diceritakan kerana  sedikit sebanyak mempengaruhi sikap hidup Syed Husin, terutama terhadap  bidang politik yang lebih setengah abad diceburinya.

Turut hadir semasa majlis perlancaran buku itu adalah ketua pembangkang  PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid  Ibrahim; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan juga beberapa  pemimpin Pakatan.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

1 comment:

  1. rampasan kuasa tu memang benar dan di rancang oleh Anuar, kebnyak MP BN yg terlibat adalah dari Sabah dan S'wak.....sbb Anuar sudah buat ground job awal dan mengetahui bahawa MP dari Sabah paling senang di pengaruhi dan sejarah pun telah membuktikan pernah berlaku lompat parti dan tikam dari belakang oleh MP dari Sabah....

    kalau K'jaan tak bertindak awal dgn membawa MP2 keluar dari negara, kemungkinan BN jatuh.......dan masa kini kalau Anuar menang kes liwat dgn Saiful ,berkemunkinan BN akan kurang majoriti 2/3 di PRU13 nanti dan di tambah dgn fakta Najib terlalu berlembut dgn isu semasa.....

    ReplyDelete

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive