Oleh: HHalem.
Mysore Paints & Varnish Ltd, India.
1- Muslihat Pakatan yang melaung-laung dengan tuntutan Bersih 2.0 mereka dengan penggunaan “Dakwat Kononnya Kekal”, akhirnya terkantoi apabila didedahkan oleh Papa Gomo disaat-saat akhir sebelum pengumuman PRU 13. Kita lihat kerajaan melalui SPR hampir-hampir tunduk dan tertipu dengan desakan melampau Pakatan.
Apa yang dilakukan Papa Gomo ialah berjaya membukti bahawa dengan penggunaan “Dakwat Kononnya Kekal”, ia merupakan muslihat jahat Pkr-Pas-Dap untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional melalui manipulasi penggunaan dakwat tersebut.
Maka dengan pembuktian tersebut, Pkr-Pas-Dap amat tercabar kewibawaan mereka dan perlulah mereka bertindak balas dengan bukti-bukti kukuh bahawa mereka adalah benar mengenai penggunaan dakwat yang kononnya ‘kekal’.
Minggu ini akan kita lihat orang-orang Pkr-Pas kehulu kehilir mengusung botol-botol dakwat cap ayam sebagai bukti untuk menyangkal dan menyerang Papa Gomo.
2- Papa Gomo hendaklah bersedia dengan cabaran baru didepan TV secara live telecast dengan dakwat chap XXX dan Pas-Pkr dakwat chap XX. Boleh lah kita lihat tangan Papa Gomo yang berbulu-bulu dengan lebih jelas lagi selain keputusan dakwat mana yang tidak kekal.
Jika terbukti berjaya, Papa Gomo akan termaktub didalam sejarah PRU 13 bahawa beliau telah meng-kantoi Pakatan Rakyat big-time.
Jika tidak berjaya, kita ucapkan syabas kerana berjaya membuat Pakatan gelabah dan panik beruk.
Bagi pihak SPR pula, ia harus dikaji dengan teliti demo Papa Gomo, walaupun kita ketahui proses membersih dakwat amat lama, teliti, rumit dan tidak praktikal ditapak untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah loop-hole yang tidak boleh dipandang ringan dan kebarangkalian akan berlaku amat tinggi.
Pkr-Dap-Pas akan berbuat apa sahaja untuk menipu walaupun operasi dan proses nya amat rumit dan mudah terbongkar. Kita tidak mahu sudah terantok baru gosok dahi.
Teringin membaca apa yang Papa Gomo tulis sila ke sini >
Tahniah papaGomo , artikel-artikel anda ternyata sanggat berbisa dan berkesan , Hidup papagomo !!!
ReplyDeletetq Hhalem.... aku anytime je sahut cabaran kalau ada pemimpin pembangkang nak lawan apa yang aku buat dalam video tu. Anytime kita ready...
ReplyDeletePakatan Pembangkang SUCKS
No problm PG:-)
ReplyDelete