Oleh: HHalem.
Pencetus Kepada Keselamatan Negara
Dan Ketenteraman Awam.
1- Timbalan Ketua Polis Negara, DS Khalid Abu Bakar akhirnya akur dan mengarahkan program Seksualiti Merdeka dihentikan serta-merta sebelum tindakan undang-undang diambil terhadap penganjur dan peserta yang terlibat. Penganjur dan Ambiga akan dipanggil untuk diambil keterangan.
“Polis akan mengambil tindakan di bawah Seksyen 27 A (1) (C) dan juga 298 A Kanun Keseksaan untuk menghalang sebarang penganjuran majlis itu ” - Khalid dipetik Bernama Online.
Shukur Alhamdulillah !, kerana semua telah datang akal dan meletak kepentingan politik sebelah dan bersatu hati demi agama didalam hal isu pengharaman Gay & Lesbian ini.
2- Diminta jangan salah faham kerana penulis ingin membuat sedikit cambahan fikiran. Apa yang menarik ingin diketahui di sini ialah apabila Timbalan KPN menyatakan sebab-sebab pengharaman ‘Seksualiti Merdeka’ ialah, “pihak polis bertanggungjawab untuk mengekalkan ketenteraman awam dan apabila terdapat ancaman kepada keselamatan negara, maka pihak polis perlu mengambil tindakan sewajarnya”
"Polis bukan menentang sebarang pergerakan hak asasi manusia untuk bersuara. Tapi apabila perkara (program) ini timbul dan mengancam keselamatan negara, kita perlu ambil tindakan” - Khalid
Mungkin kita tertanya-tanya, adakah festival ini mengugat keselamatan awam kerana apa yang kita ketahui program festival itu hanya mengadakan forum, ceramah, bengkel, pelancaran buku, pameran seni dan persembahan.
Jadi dari mana datangnya ancaman keselamatan negara?
Sah dan tidak diragu-ragu lagi ia datang dari orang yang membuat laporan polis dan bantahan keras terhadap festival tersebut.
"Polis menerima banyak bantahan dari pihak Badan Bukan Kerajaan termasuk badan Agama Islam dan bukan Islam yang bimbang majlis ini akan menimbulkan suasana tidak harmoni, perasaan permusuhan serta mengganggu ketenteraman awam," - Khalid di petik Bernama.
Ini lah yang menimbulkan ancaman keselamatan negara dan ketenteraman awam dimana ia datang dari pelapor dan penentang festival tersebut.
Punca segala-galanya ialah orang seperti Ambiga dan Majlis Peguam yang tidak peka dan dengan sengaja pekak terhadap sensitiviti agama Islam negara ini. Cuba bayangkan jika mereka memerintah Malaysia.
Ambiga & kuncu-kuncunya teramat melampau, dia sepatutnya bukan saja disoal olih pihak polis, gelaran Datok yang diberi padanya mesti ditarik balik, manusia yang tidak tahu berterima kasih & kurang ajar ini tidak patut dipanggil Datok.
ReplyDeleteAs-Salam Tuan Hhalem,
ReplyDeleteFahaman serta kepercayaan Hak ASASI manusia yang jelas jijik dalam fitrah manusia.
Demi meraih sokongan politik maka Al-Jubury Akan sentiasa menghalalkan cara.
Vegan, dakwa, tangkap Dan hukum...ini cara untuk menghormati Hak Rakyat Malaysia yang lain yang tidak sonsang Akan Naluri mereka!
ARK2
ALHAMDULILLAH....SYUKUR KEPADA MU YA ALLAH KERANA MASIH MELINDUNGI KAMI DI MALAYSIA..
ReplyDelete