Oleh: HHalem.
Berikut ialah transkrip temubual Sinar Harian bersama Hadi Awang diambil dari video yang dipaparkan di Facebook Hadi Awang. Kemudiannya dipetik oleh Harakahdaily.
Wartawan:
Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?
Abdul Hadi:
Saya terpulang kepada parti samada atas mahupun bawah. Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau Dun, sudah 30 tahun lebih. 30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah belas-belas tahun. Sudah lama.
Dan sebab itu, saya memberi tawaran :–
Yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke seluruh negara.
Yang kedua, bertanding satu sahaja.
Hah itu. Itu harapan saya kepada tu lah…
.....................
Kesannya adalah cukup pelbagai dari kemelut Hadi Awang yang membuat tawaran pertama (paling utama) untuk menarik diri dari bertanding ADUN dan juga Parlimen. Lihat pandangan utama seperti berikut.
Anwar Ibrahim.
Yang mustahak sekali ia telah berjaya membuat Anwar panik dan memberi kesan yang mendalam sehingga Anwar akan membuat pertemuan segera dengan Hadi, supaya Hadi Awang menarik balik hasrat beliau untuk berundur dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.
"Saya berharap Ustaz Hadi menarik balik hasrat tersebut kerana beliau penting buat PAS dan Pakatan Rakyat,"
"Saya akan bertemu dengan Ustaz Hadi dalam waktu terdekat demi memastikan Ustaz Hadi kekal bersama pimpinan Pakatan Rakyat,"
- sms Anwar kepada Harakahdaily.
Anwar gusar kerana peranan Presiden PAS itu kritikal buat pemuafakatan Pakatan Rakyat dan sebagai kuasa pengimbang diantara puak lama dan baru didalam PAS. Anwar memerlukan pergolakan untuk terus hidup.
Datuk Dr Awang Adek Hussein, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.
"Mungkin ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam parti itu menyebabkan Presiden sebuah parti sanggup menyatakan pendirian terbuka untuk tidak bertanding dalam pilihan raya," – Awang Adik
Statement terbuka Hadi melambangkan parti itu sedang berada dikancah pergolakan kerana ia amat luar biasa bagi seorang Presiden parti berbuat demikian. Ia juga sebagai petanda bahawa PAS kini berada dalam kancah pergolakan. Apa kah pergolakan tersebut?
Pergolakan terkini mungkin melibatkan pemecatan Hassan Ali dan Hadi sedang menerima akibatnya sekarang sebagai seorang Presiden. Alasan oleh Hadi kerana berkhidmat lebih 30 tahun sebagai ahli Parlimen cukup tidak kukuh dan amat longgar sekali.
Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.
Balaci-balaci Pas yang lain, seperti Salahuddin, terpaksa berhempas pulas mencari alasan untuk cover-line dan menyifatkan tindakan Hadi Awang sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar.
“Kenyataannya menggambarkan beliau seorang pemimpin yang memperjuangkan parti dan memiliki visi penting dalam konteks politik di Malaysia,” – Salahuddin.
“Abdul Hadi tidak mengutamakan jawatan sebaliknya fokus kepada matlamat hidupnya tercapai dan antaranya ialah apa yang diperjuangkan dalam Pas”
“Saya berterima kasih kepadanya kerana mengajar kami (ahli Pas) mengenai jawatan dalam politik bukanlah segalanya,”
Dengan ungkapan tinggi melanggit memuji-muji Hadi menyebabkan kita terfikir adakah sifat-sifat pujian tersebut tidak ada kepada Pok Nick.
Adakah Pok Nick seorang pemimpin yang tidak memperjuangkan parti dan hanya pentingkan diri dan mengutamakan jawatan, sehingga sanggup melihat Hadi mengambil langkah pertama untuk berundur?
Adakah Pok Nick langsung tidak boleh diikuti dan sebagai contoh yang buruk dimata pelapis-pelapis baru PAS, seperti rekakarya Salahuddin?
Adakah ini satu lagi helah secara halus dan muslihat supaya Pok Nick ditendang terus dan direhatkan? Orang tua-tua dan Pak Lebai Pas ni penuh dengan kiasan dan bidalan didalam pergolakan hidup mereka.
Adakah Pok Nick tidak amanah kerana Ketua PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menyifatkan keputusan Hadi mahu berundur itu sebagai sikap pemimpin Pas yang amanah?
Kita tunggu apa bicara helah dan muslihat Pok Nick nanti dan keputusan Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Kerja PAS pada 12 Februari depan.
Sebelum ini pun, Hadi bercita-cita hendak menjadi Nelayan sepenuh masa di sini >
Sebelum ini pun, Hadi bercita-cita hendak menjadi Nelayan sepenuh masa di sini >
Itu buktinya pimpinan PAS seperti Haji Hadi tidak tamakkan pangkat dan kekuasaan. Kalau orang lain..jika dibenarkan bertanding sepuluh kawasan..semua mau bertanding..yer laa..elaun melambak.
ReplyDeleteTak dinafikan pengaruh Haji HAdi penting dalam PAS dan PR. Anwar dan semua pimpinan PR akur kedudukan ini. Nak bermadah berhelah apa lagi?. Dah jelas !