Posting Beberapa Jam Yang Lalu.

Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts
Showing posts with label Hadi Awang. Show all posts

03/09/2012

Nakhie Ahmad – “Hadi hukum, jadi kafir bila tidak mengkafirkan orang kafir”


Oleh: HHalem.

Apabila menjawap temubual ekslusif AntaraPos>, Presiden Pas, Hadi Awang menekankan bahawa Pas akan meletakan calon bukan-Islam di Sabah dan Serawak dari calon Dewan Himpunan Penyokong PAS.

Dewan Himpunan dirasmikan pada 23 Mei 2010 di Pejabat Tanah Klang oleh Hadi. Dewan Himpunan dinaik taraf dari Kelab Penyokong PAS yang ditubuhkan pada tahun 2005 dan mempunyai keahlian 20,000 orang.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

01/09/2012

Kelantan Takut Di Istihar Darurat. Hadi Pula Berkokok Macam Ayam Berak Kapor.


Oleh: HHalem.

Bab Hudud lagi !  
Boring, tapi apa boleh buat selagi PAS terus berdusta.

Pengikut  Pas konpius, ada yang kata bukan konpius tetapi bebal tahap maksima, apabila dibangkitkan bab hudud ala-Pas ini.

Apa tidaknya, hari ini Presiden Bercelaru Pas, Tuan Guru Datuk Seri Hadi Awang seperti ayam jantan berak kapor berkata “DAP tidak berkuasa dan tidak ada hak” untuk mendesak PAS menggugurkan agenda melaksanakan hukum hudud dan perundangan Islam.

Bergerun kan!  
Hadi tampak garang macam ayam jantan dan sudah tentu Karpal akan jatuh tersungkur dari kerusi roda jika mendengar kata-kata Hadi.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/08/2012

Hadi Dedahkan Kaedah Beliau Akan Kencingkan Anwar. Beliau Layak Jadi PM Bukan Anwar Seorang Sahaja.


Oleh: HHalem.
Syarat jadi PM, mesti Islam dan di sokong oleh tunjang majoriti Islam-Melayu.
Berapa kerat Melayu-Islam ada didalam DAP-PKR.?
Hadi betul-betul mahu kencing Anwar.

Anwar mesti bengang dengar cakap Hadi Awang hari ini, apabila di wawancara oleh Oriental Daily News.

Presiden PAS Hadi Awang mengumumkan bahawa, walaupun beliau layak menjadi Perdana Menteri Malaysia, tetapi terdapat kriteria penting yang mesti dipertimbangkan oleh Pakatan Pembangkang. Bukan pada pandangan Pakatan sebenarnya, tetapi lebih kepada kaca mata pemimpin PAS sendiri.

Hadi berkata, calon PM mestilah memenuhi 2 kriteria:-

1- Seorang Islam.
2- Disokong oleh Majoriti Rakyat Melayu-Islam.

Atas dasar itu, beliau sendiri serta Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim adalah paling layak mengisi jawatan tersebut.

"Kita terima Anwar sebagai calon PM, tetapi kita juga menerima pemimpin lain yang mendapat sokongan majoriti (Melayu-Islam PAS-PKR)"  - kata Hadi.

Ini adalah kerana, menurut Hadi, realiti politik menunjukkan Melayu-Islam menjadi tunjang kepada jumlah penduduk Malaysia.

Kenapa Anwar bengang mendengar ucapan Hadi?

Anwar ingatkan beliau akan terus dilantik menjadi PM, tanpa banyak bicara, rupa-rupanya mesti memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Hadi. Siul biulnya, ini bukan datang dari Pakatan Pembangkang.

Ada orang lain yang ingin jadi PM selain dari beliau.
Hadi cukup berminat.
Pok Nick sudah tentu mendapat pencalonan majoriti.

Berapa kerat Melayu-Islam yang ada didalam PKR dan DAP Melayu akan memilih Anwar?

Hadi sengaja dedahkan bagaimana beliau sudah bersiap sedia untuk kencingkan DAP-PKR-Anwar, untuk memuaskan pengikut PAS yang semakin risau dengan kedudukan mereka.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/08/2012

Hadi Awang Bersuara Mengenai Hukum Syarak PAS Mengundi DAP Kafir Harbi. Hadi Benar-benar Kecut Kali Ini.


Oleh: HHalem.
Jawab soalan mudah. Jangan kelentong.
"Apa hukum syarak orang PAS mengundi DAP Kafir Harbi?"

Akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan apa hukum hakam dari segi syarak jika orang PAS mengundi DAP? Itu saja, simple.

Hadi Awang, Presiden PAS terus mengeluarkan komen dan tuduhan bahawa Umno-BN menggunakan provokasi perkauman terhadap DAP.

Ini menampakkan lagi bahawa serban Hadi penuh dengan lumpur.

Hadi sepatutnya mengeluarkan paktua-paktua beliau atau amanat Hadi supaya PAS tewas teruk pada PRU13 nanti. Nampaknya beliau tidak berani. Beliau betul-betul kecut teloq kali ini.
A - Ramai orang tahu hukum-hakam bahawa mengundi DAP Kafir Harbi adalah haram. Wajib menolak mereka.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

09/07/2012

Anwar Membiarkan DAP-PAP Menguasai Malaysia. Bukti & Data Terkini.


Oleh: HHalem.

Anwar Ibrahim berura-ura akan berundur (di sini>) dan Wan Azizah pula berura-ura akan memainkan peranan yang lebih kecil didalam politik PKR (di sini>), silap-silap haribulan Wan Azizah akan letak jawatan sebagai Presiden PKR selepas PRU13 nanti.

Nak tahu sebahagian dari sebabnya dan kenapa Anwar dan Wan Azizah akan bertindak demikian, baca article yang dirumuskan dibawah. Bunga-bunganya memang telah jelas.

Anwar betul-betul memusnahkan orang Melayu dan membiarkan penganut-penganut PKR terkontang kanting dan berada didalam dilema. Anwar meningalkan orang-orang Melayu didalam keadaan huru-hara. Bunga-bunga nya cukup jelas, bahawa Anwar membiarkan DAP-PAP menguasai Malaysia.
Antara pemimpin PAS yang gelojoh.
Haji Hadi pula, sebagai kepala orang Melayu masih sedap menghirup kuah nasi dan tidak sedarkan diri.
Kursi Parlimen - PAS (66)  - DAP (90) – PKR (66)

....start article Utusan...

Comments / Pandangan Melalui Facebook

02/06/2012

“Karpal Mimpi”..Perang Dengan Karpal Akan Meletup. Hadi Celupar Dan Tunjuk Berani.


Oleh: HHalem.

Presiden Pas, DS Hadi Awang betul-betul cari pasal dan gaduh dengan DAP. Kali ini mengenai siapakah yang layak menjadi Perdana Menteri Malaysia jika Pakatan berjaya menawan Putrajaya. Jika sikap ini berterusan, maka lambat laun DAP akan keluar dari gabungan Pakatan Rakyat, kerana kerenah mengarut Pas. Pemimpin PAS menunjukan sikap yang tidak konsisten (celaru biru) didalam semua segi.

Sebelum ini, ramai pengikut PAS mulai risau dan gusar dengan Karpal dan ingin mendengar dari mulut Hadi sendiri mengenai PM Melayu Islam. Oleh itu Hadi hendak atau tidak terpaksa kelentong dan bertegas dengan menyangggah Karpal Singh dengan menyatakan bahawa Perdana Menteri tetap dari kalangan bangsa Melayu yang beragama Islam walaupun apa yang terjadi.

Salah satu alasan yang diberi oleh Hadi ialah Melayu mempunyai pengaruh paling besar dan hakikatnya bangsa Melayu Islam merupakan kaum majoriti di negara ini.
  
"Kita berasas kepada resolusi pakatan rakyat, mengikut perlembagaan, Islam sebagai agama persekutuan, hak bumiputera, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan Raja berperlembagaan”
  
"Ini yang kita dahulukan, kita tak mahu lebih daripada itu, kita bergerak atas tapak itu, kita tak mahu gopoh," – Hadi sempena 'Himpunan Hijau Ke Putrajaya' di Kota Sarang Semut, Kedah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

20/05/2012

Hadi Awang Tidak Mahu Bertanding PRU13. Temberang Lagi.


Oleh: HHalem.

Setelah sekian lama berbohong sana sini, hari ini lain, besok pula lain, adakah kita akan percaya Hadi Awang kali ini.

Hari ini sekali lagi Hadi merubahkan fikiran beliau untuk tidak bertanding pada PRU13 nanti. Hadi Awang berjanji, seperti biasa dengan bersyarat, iaitu beliau tidak akan bertanding di DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang, seperti dinyatakan di bawah. Hadi berkata beliau sebagai Presiden PAS sendiri akan secara peribadi memilih calon untuk mengantikan beliau dan bukannya jawatankuasa pucuk pimpinan PAS.

"Jika mereka tidak suka calon yang saya cadangkan, saya akan pergi cari. Secara peribadi, saya mengendalikan tugas ini dan ini akan berterusan sehingga mereka bersetuju untuk melepaskan saya," – Hadi memberitahu akhbar The Sunday Star.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

19/05/2012

Konsensus Majlis Pimpinan PR Membawa PAS Ke Arah “Parti Syaitan” dan “Parti Ajaran Sesat”. Dengan Persetujuan Hadi.


Oleh: HHalem.

Mengenai hukum hudud, nampaknya Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berseorangan dan menentang arus melawan Hadi Awang dan Pakatan Rakyat. Harun menyuarakan bahawa setiapkali berbincang dengan PR mereka akan terus meniup dasar perjuangan dan agenda PAS termasuklah melaksanakan hukum hudud.

Harun menekan kan bahawa Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan hukum hudud.

“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR”

“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang” – Harun dipetik Sinar Harian.

Harun dengan berani dan tidak berfikir panjang terus membuat kenyataan bahawa pengimplementasian hudud dan pindaan pada Perlembagaan Persekutuan adalah keutamaan parti Pas, walaupun ia akan membawa kepada pertukaran “rakan kongsi” dalam Pakatan Rakyat.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

04/05/2012

Karpal Berjaya Menunjukan Hadi Awang Memang Tidak Cerdik. Hadi Menengking Wartawan NST (Video).


Oleh: HHalem.

Selepas Tun Mahathir berjaya menunjukan Hadi Awang PAS hendak menipu rakyat dengan menempelak beliau apabila mahu meminda Perlembagaan (di sini>), maka tiba pula giliran Karpal DAP yang berjaya membuktikan bahawa Hadi memang kurang cerdik dan hanya sesuai dijadikan kaldai oleh DAP.

Hadi sesuka hati mengandaikan bahawa Suruhanjaya Reid yang menggubal  Perlembagaan Persekutuan tidak mempunyai keahlian yang beragama Islam. Oleh itu Hadi mahu Pakatan Rakyat meminda Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan klausa “Islam agama rasmi” kepada “Islam sebagai Addin”, apabila berkuasa nanti.

Lihat jawapan Karpal dibawah.

"Suruhanjaya Reid terdiri daripada ulama bertaraf antarabangsa, termasuk dua orang Islam, Hakim B Malik dari India dan Hakim Abdul Hamid dari Pakistan.

"Ahli-ahli lain adalah Sir Ivor Jennings dari Britain dan Sir William McKell dari Australia. Suruhanjaya itu diketuai oleh Lord William Reid," – Karpal dipetik New Straits Times.

Kita cukup merasa simpati terhadap pengikut-pengikut PAS yang mempunyai pemimpin sedemikian rupa seperti Hadi dan amat memalukan orang-orang Melayu dan Islam.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Tun Mahathir Menempelak Hadi Kerana Mahu Pinda Perlembagaan.


Oleh: HHalem.
“Saya lihat ia hanya permainan kata-kata. Macam dulu kata nak negara Islam, mati-mati nak negara Islam lepas itu kata tiada dalam al-Quran, sekarang kata negara berkebajikan pula. Ini nak menipu rakyat” – Tun Mahathir

Sebelum ini, Presiden Pas, Hadi Awang berkata, pakatan pembangkang akan pinda Perlembagaan negara kepada Islam sebagai ad-din, iaitu merangkumi seluruh kehidupan manusia, jika dipilih sebagai kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

“PAS bercadang membuat perubahan kepada Perlembagaan Persekutuan yang hanya meletakkan Islam sebagai agama rasmi (religion) menjadi Islam sebagai Addin, satu cara hidup yang lengkap, sekiranya di beri mandat oleh rakyat pada pilihanraya umum akan datang.” – lapuran BuletinOnLine.

Komen Tun Dr Mahathir.
Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan cadangan Hadi Awang yang ingin meminda Perlembagaan Negara, yang mana dilihat tidak perlu.

Menurut Tun, cadangan untuk meminda Perlembagaan yang ketika ini meletakkan Islam sebagai agama rasmi kepada Islam sebagai ad-din hanya kata dusta pembangkang.

“Islam memang sudah ad-din, petunjuk. Ia bermaksud Islam memberi petunjuk kepada manusia dan memang untuk kita amati. Tidak payah letak dalam perlembagaan sebagai ad-din kerana Islam (sendiri) memang sudah ad-din”

“Saya lihat ia hanya permainan kata-kata. Macam dulu kata nak negara Islam, mati-mati nak negara Islam lepas itu kata tiada dalam al-Quran, sekarang kata negara berkebajikan pula.”

“Ini nak menipu rakyat. Kita tidak boleh taksub dengan sesiapapun dan apa-apa ajaran, kita kena pegang kepada ajaran yang benar,” – Tun Mahathir.

Kata Tun selepas Program Bicara Negarawan Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Terengganu.


Comments / Pandangan Melalui Facebook

12/04/2012

PAS Kalah Di Tenang Sebab Umno Kasi Banjir. Hadi Awang Dah Sawan.


Oleh: HHalem.

1- Terkini Hadi Awang berkata PAS sebenarnya patut menang dalam Pilihan raya Kecil (PRK), Tenang, Johor jika tidak kerana Umno bermain kotor dengan menyebabkan banjir.

Presiden PAS, DS Abdul Hadi Awang berkata, dalam PRK Tenang, Umno telah bermain kotor dengan melepaskan air di empangan dan menyebabkan banjir berlaku dengan segera dan menghalang pengundi.

Ini lah alasan paling auta dan karut yang keluar dari mulut pemimpin Samdol PAS setakat ini dimana ia akan dipercayai bulat-bulat oleh pengikut PAS. Jika ini lah cara berfikir dan kemampuan bakal pemimpin PAS, kita berdoa semoga Malaysia diselamatkan dari mereka.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

10/04/2012

Hadi Awang Dan Pok Nick Bertelagah Pendapat Mengenai BR1M.


Oleh: HHalem.

1- Lihat pandangan dan pertelagahan pendapat oleh Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang, yang mengatakan BR1M adalah rasuah politik yang diucapkan beliau di Majlis Minum Petang Bersama Penduduk Dewan Undangan Negeri (Dun) Benta di Kuala Lipis, kelmarin.

Rasuah politik pusingan pertama sudah pun berjalan sejak akhir tahun lalu iaitu BR1M berjumlah RM500 yang diberikan kepada mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah, bantuan RM100 untuk murid-murid sekolah dan RM200 dalam bentuk baucer buku kepada pelajar-pelajar universiti.”

“Rasuah politik pusingan kedua sebagaimana yang diumumkan Najib itu mungkin lebih besar jumlahnya dan mencakupi pelbagai perkara lagi. Ia tentulah sesuai dengan hasrat untuk memenangi pilihan raya dengan cemerlang, sebagaimana yang diidam-idamkan oleh Barisan Nasional (BN) sendiri,” – Sinar Harian >

Dengan pandangan Hadi itu, maka ramai orang-orang PAS yang kemarok teragak-agak untuk mengambil BR1M kerana ia dianggap rasuah oleh pemimpin tertinggi mereka.


2- Melihatkan keadaan dimana ahli-ahli PAS sudah celaru, seperti biasa, Pok Nick timbul memberi pandangan yang bertelagahan pendapat yang berbeza untuk menyelamatkan ahli-ahli yang kebulur duit yang dikatakan haram dan rasuah politik sebelum ini.

Sekali gus pandangan Hadi dibidas oleh Pok Nick dan beliau menyeru rakyat Kelantan mengisi borang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) termasuk orang PAS.

Bantuan itu, katanya tiada kena mengena dengan keahlian mana-mana parti kerana wang yang diagihkan milik rakyat.

“Tak ada kena mengena dengan perlu tanda tangan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung”

“Andainya ia bermasalah atau penyokong PAS dipertikaikan dalam menerima sumbangan wang ini, kita akan ketahui sebenar sumbangan itu untuk membantu rakyat atau tujuan politik,” – Pok Nick di Harakah >

Habis macam mana nak ikut PAS kerana ahli-ahli mereka hidup didalam keceleruan disebabkan oleh pemimpin yang tunggang langggang pendapat mengenai sesuatu perkara.

Seorang kata wang  BR1M adalah ‘rasuah politik’, seorang pula kata wang BR1M adalah “milik rakyat”.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

24/03/2012

Hadi Awang Menempelak Dzulkefly. Mana Boleh Non-Muslim Sebagai Timbalan !!


Oleh: HHalem.
Hadi kepada Dzulkefly - “Tidak masuk akal untuk bukan Muslim memegang jawatan Timbalan Naib Presiden PAS kerana ini negara Islam" 
Bodoh ka apa !

1- Hari ini mari kita lihat sikap tidak-tentu-hala PAS yang memang mencelarukan pengikut-pengikut mereka. PAS sebenarnya sedang mencari-cari cahaya dan titik penentuan. PAS masih jauh lagi perjalanan kearah itu.

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Selangor, juga Ketua Kajiselidik PAS Dr Dzulkefly Ahmad mengemparkan masyarakat PAS dengan berkata bahawa PAS bersedia menerima non-Muslim untuk dilantik menjadi Timbalan Presiden.

Dzulkefly berkata ini adalah selari dengan dasar Parti Keadilan dan Kebebasan Mesir (FJP) yang melantik Coptic Christian Rafiq Habib sebagai Naib Presiden mereka tahun lepas. Kecetekan Dzulkifli ialah beliau cuba membandingkan bahawa, jika Mesir boleh lakukan, kenapa tidak PAS? Tanpa memikirkan struktur politik dan sosiobudaya masyarakat setempat.

Dzulkefli cuba menyakinkan bahawa tindakan itu tidak menyalahi Islam kerana ia hanya “melibatkan urusan pentadbiran dan dibenarkan kerana Islam menerima perubahan, pembaharuan dan intelektual Islam mampu bertahan mendepani zaman”.

Tindakan Dzulkefli cukup mengelirukan penganut-penganut mereka, yang memang senantiasa kebingungan semenjak PAS bercampur aduk dengan PAS-PKR.


2- Kenapa dikatakan PAS tidak tentu hala tujuan?

Comments / Pandangan Melalui Facebook

22/02/2012

Sumpahan Hadi : “Maka kamu akan celaka dunia dan akhirat”.


Oleh: HHalem.

Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — Bernama.

..........................

Maksud Bai’ah.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

29/01/2012

Pok Nick Putuskan Hadi Mesti “Berkhidmat Sampai Mati”


Oleh: HHalem.

Dalam pertemuan dengan Sinar Harian di Kuala Terengganu kelmarin, Presiden PAS Hadi Awang membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam PRU13 nanti.

Pelbagai respond diterima, termasuk dari Anwar Ibrahim, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub dan Awang Adek Hussein, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan. 
Helah di belakang tabir di sini >.

Hari ini, Mursyidul Am Pas, Pok Nick memberi pandangan yang beliau tidak bersetuju dengan keputusan Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum 13.

"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," – Pok Nick.

TQ Boss kerana selamatkan keadaan. 
Ana test-market saja.

Dengan kenyataan Pok Nick itu maka tamat lah wayang yang dinanti-nantikan pada Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Kerja PAS pada 12 Februari depan. Keputusan telah diketahui terlebih awal.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Hadi Berundur Dari Bertanding PRU13 – Apa Helah Di Belakang Tabir.


Oleh: HHalem.

Berikut ialah transkrip temubual Sinar Harian bersama Hadi Awang diambil dari video yang dipaparkan di Facebook Hadi Awang. Kemudiannya dipetik oleh Harakahdaily.
   
Wartawan:
Jadi Datuk Seri akan tanding semulalah?

Abdul Hadi:
Saya terpulang kepada parti samada atas mahupun bawah. Memang saya terlalu lama jadi wakil rakyat. Saya hitung-hitung kalau Dun, sudah 30 tahun lebih. 30 tahun Dun, sejak 82. Parlimen sudah belas-belas tahun. Sudah lama.

Dan sebab itu, saya memberi tawaran :–
Yang pertama, sama ada saya tak bertanding semua, saya boleh bergerak ke seluruh negara.

Yang kedua, bertanding satu sahaja.
Hah itu. Itu harapan saya kepada tu lah… 


.....................
Kesannya adalah cukup pelbagai dari kemelut Hadi Awang yang membuat tawaran pertama (paling utama) untuk menarik diri dari bertanding ADUN dan juga Parlimen. Lihat pandangan utama seperti berikut.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/01/2012

Rahsia Pertemuan Sulit Umno-Pas Di Bongkar. Pok Nick Mengesahkannya.


Oleh: HHalem.

Hasan Ali atau Mustafa Ali Membuat Pertemuan Sulit Umno-Pas?
Masih ingatkah pembaca kepada peristiwa dimana Pok Nick mengamok sakan apabila beliau mengetahui bahawa terdapat pemimpin tertinggi PAS ada membuat pertemuan sulit dengan pemimpin Umno untuk tujuan perpaduan, yang dilakukan diluar pengetahuan beliau.

Habis seluruh pemimpin PAS yang terlibat tersentap dan menyorok kepala kedalam pasir. Kita pula dibiarkan terpingga-pingga dan mengagak-agak siapa kah pemimpin PAS tersebut yang terbabit.

Malahan ramai yang mengagak ia adalah usaha Hasan Ali. Maka kita pun menyanjung Hasan Ali kerana inginkan perpaduan umat Islam dan Melayu; percantuman sesama Umno dan PAS supaya bersatu untuk mengelakan negara Tanah Melayu ini daripada tersungkur jatuh ke tangan DAP Komunis dengan pertolongan PKR.

Kemudiannya kita terkejut, apabila Hasan Ali membuat pengakuan umum bahawa pertemuan sulit antara Umno-Pas itu bukan lah perbuatan beliau, malahan Mustafa Ali yang mengatur semua urusan tersebut. Pendedahan ini berlaku apabila Hasan dan Mustafa bertengang urat bergaduh sesama sendiri. Mustafa diam membisu dan tidak menyangkal dakwaan Hasan tersebut.

Kita tersentak sekejap dan bertambah pening kerana siapakah sebenar yang membuat usaha murni perpaduan Umno-Pas. Selama ini kita menyanjung Hasan Ali kerana disangkakan itu adalah usaha murni beliau.

Waktu itu kita berada dipersimpangan jalan, samada kita hendak beraliharah dan menyokong Mustafa demi perpaduan umat Islam dan Melayu, atau terus bersama Hasan Ali.


Hasan Bukan, Mustafa Pun Bukan, Jadi Siapa?
Hari ini ada lagi kejutan mengenai pertemuan sulit Umno-Pas tersebut, dimana ia telah didedahkan oleh Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad, dimana,  ‘Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu’

Comments / Pandangan Melalui Facebook

12/01/2012

Cerita Benar Bergambar. Anwar Jadi PM. Hadi Terus Celaru Otak.


Oleh: HHalem.


1- Subky Latif ada menulis didalam HarakahDaily seperti berikut:-

“SAYA terpegun bercampur pilu membaca kenyataan Persiden PAS, Ustaz Abdul Hadi Awang memilih untuk menjadi nelayan semula setelah adanya Perdana Menteri dan kerajaan yang hendak menjalankan pemerintahan bagai yang dikehendaki oleh Islam”

“Ini jawapannya kepada pertanyaan tentang calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat kiranya calon yang disediakan iaitu Anwar Ibrahim berhalangan disebabkan dipenjara dan sebagainya”

“Ada yang menyebut namanya sebagai seorang  calon. Memang dalam politik di zaman ini, rakyat diberi kuasa menyokong menentukan kerajaan melalui pilihan raya, maka mereka mahu tahu calon Perdana Menteri” – Subky Latif.

2- Memang Hadi Awang cukup bijak mengeluarkan kenyataan yang beliau akan menjadi nelayan jika Anwar di pilih menjadi Perdana Menteri. Hadi Awang memang tahu ia adalah sesuatu yang mustahil dan beliau sanggup bertarung menjadi nelayan untuk tujuan itu. Dari satu sudut ia merupakan satu penghinaan terhadap pengemar-pengemar Anwar.

Untuk itu Hadi Awang telah menabur jala sambil diperhatikan oleh orang ramai bagaimana beliau boleh menjadi mereng dan celaru otak jika Anwar benar-benar menjadi PM.

Perhatikan dimana Hadi menabur jala beliau untuk menangkap ikan.

Gambar benar dari Harakah >
Comments / Pandangan Melalui Facebook

06/01/2012

Hadi Awang Menipu Dan Cuba Lari Dari Kempen 901.


Oleh: HHalem.

1- Sekurang-kurangnya tempelakan Hassan Ali terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani, mengenai sikap pemimpin PAS memperjuangkan hak individu Anwar yang bergelut dengan masalah peribadi, memberi kesan yang mendalam terhadap Hadi Awang. 
Video tempelakan Hassan di sini >

PAS beriya-iya benar, termasuk Presiden PAS Hadi Awang, akan menyertai Perhimpunan Kempen Bebaskan Anwar 901 yang akan dianjurkan oleh PKR di pekarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Isnin ini.

Setidak-tidaknya Hadi Awang berjaya mengelirukan, malah berjaya menipu pengikut PAS mengenai kehadiran beliau untuk menyertai Kempen Bebas Anwar 901.

2- Hari ini sebaliknya, Hadi juga Ahli Parlimen Marang memaklumkan hanya akan hadir di Mahkamah Tinggi bagi mengetahui keputusan mahkamah dan menyatakan sokongan kepada Anwar sebagai Ketua Pembangkang, tetapi tidak menghadiri kempen Bebaskan Anwar.

Comments / Pandangan Melalui Facebook

13/11/2011

Bersih 3.0: Gerak Gempur Oleh Pemuda Melayu. DAP Melihat Dari Jauh.


Oleh: HHalem.

1- Apabila Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasruddin Hassan mengugut akan melancarkan Bersih 3.0, ramai yang tidak ambil pusing kerana beliau sebelum ini beriya-iya benar akan berhimpun di HIMPUN di Stadium Shah Alam, tetapi menikus apabila diherdik dan diberi amaran oleh Hadi Awang.

“Selagi kerajaan tidak menunaikan lapan tuntutan kami semasa Bersih 2.0 tempoh hari, kami tidak teragak-agak untuk menggerakkan kembali perhimpunan Bersih 3.0 dengan gabungan NGO pertubuhan bukan kerajaan dan PAS ”
-      Nasruddin di sidang media di ibu pejabat PAS pada 12 November.


2- Kali ini Nasruddin tidak bermandai-mandai sendirian kerana beliau mendapat sokongan Hadi Awang yang masih lagi bercita-cita tinggi untuk menjatuhkan kerajaan dan cetusan huru-hara ala-ala Timur Tengah.

 “Barisan Nasional jangan merasa jalan mudah untuk mereka membuat apa sahaja. Mereka sepatutnya mempelajari daripada cetusan perubahan yang berlaku di seluruh dunia hari ini terhadap negara yang menyalahgunakan demokrasi. Gelombang perubahan tidak boleh dihalang jika berlaku”
– Hadi di Majlis Pelancaran Pacuan Sokongan Alternatif Kebajikan (Pasak) 4x4 Adventure Kembara, di Pentas Rusila, Marang, 11 November lalu.

3- Laungan Nasruddin kemudiannya disambut oleh Badrul Hisham Shaharim,  Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan berkata perhimpunan Bersih 3.0 akan diadakan bila-bila masa bagi mendesak kerajaan melakukan perubahan sistem pilihanraya di negara ini.


4- Pemuda Pas sudah mengugut, Pemuda PKR sudah mengancam, Pemuda DAP seperti biasa, playsafe dan mencerdikan diri?

Atau adakah seperti biasa, bab urusan rusuh merusuh ini dibiarkan kepada orang-orang Melayu sahaja, kerana Melayu amat pakar didalam hal-hal huru-hara dan gerak gempur.

Apa alasan sekali pun yang diberi oleh Pas-Pkr untuk merusuh, ia hanyalah untuk menghalalkan perbuatan mereka. Wahal sebab utama ialah untuk menimbulkan huru-hara sempena PRU 13 untuk mengulangi zaman kegemilangan mereka pada tahun 2008 dahulu.

Kali ini, dimanakah peranan Ambiga, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Jawatankuasa Bersih 3.0.?

Adakah Bersih 3.0, akan hanya diterajui oleh pemuda-pemuda Melayu?

Comments / Pandangan Melalui Facebook

Terima Kasih Kepada Pembaca Setia Berikut (233) :-

Ribuan Terima Kasih dan Penghargaan Kepada :- 1-Aku Pasbuih Siamang(GMC), 2-Ngentom Bulan, 3-EfyHelmy, 4-Wak Jengkol, 5-Media Permatang Pauh, 6-Gelombang Rakyat, 7-Pak Habib, 8-AloQ StaQ, 9-Gelombang Wangsa Maju, 10-Pacat, 11-Kota Sarang Semut, 12-Blogen Starz, 13-Suara Lensa, 14-Pendita Kain Singkat, 15-Pemuda UMNO Bahagian Tapah, 16-Razaq Saleem, 17-KL Boyz, 18-Remedy, 19-Jed, 20-Jiwa Paradox, 21-Anak Bangsa, 22-Sungai Rapat, 23-Realiti Mulut Melayu, 24-Yuseri Yusoff, 25-Eeka, 26-Papa Gomo, 27-Puteri UMNO Msia (Cyber Trooper), 28-Puteri UMNO Msia (Gerbang Tempur), 29-Hafiz, 30-Anak Seberang, 31-Wan Cikgu Muzik, 32-Link Msia, 33-AhmadKhairulNizar, 34-Radzuan Jalal, 35-Durahiem Satar, 36-Sakaria Mohd, 37-Det Guaq(IBSBina)-Jantan Man, 38-Mal Jor, 39-Pemuda TG, 40-Putra Melayu, 41-Abe Zul=Zulkufli Hussin, 42-Hulu Langat-Horas, 43-Zulkufli=Abe Zul, 44-AkuBekasPkr, 45-Tenggara EnalRahim, 46-LamiaFamilia Ajai62, 47-SFH70, 48-SangKuriang Malaya, 49-Cr.Lukman Moidin, 50-Terbey Lastik, 51-Boyjot71, 52-Siti Fatimah, 53-Dewi Sue, 54-Bujang Senang, 55-Bee Qs, 56-Gerakan Timur, 57-CostaCurta, 58-Jemari Kasturi, 59-Semut Hitam, 60-Harith Haiqal, 61-DK Ku-Bro, 62-Teacher Fadzly, 63-Tepak Bersulam Zack, 64-Alida Mahmod wife Jalaini Ajai, 65-Mohd Zainudin, 66-Azman Naim, 67-GhostWriter, 68-Darah Satria, 69-Zayyat, 70-Zulkifli Yunus, 71-Khaidir Baharudin, 72-Hsya Feeqah, 73-Meow Bergaya, 74-Syed Abu Sayyaf, 75-Tinta Jambu, 76-HHalem, 77-Jason Wade, 78-Cikgu Mat, 79-Mohd Ali, 80-CoolMore, 81-MelayuWawasan 1Msia, 82-MZaifful, 83-Keris Panas, 84-Keris Jentayu, 85-Wau Janak, 86-Zuraini Kamal, 87-Lukes, 88-Naluri rakyat, 89-Mohd Azlan, 90-Nemo, 91-Md Shawall, 92-Lat Alang, 93-Apai Sepai, 94-Abdul Majid, 95-Nemo, 96-Topan, 97-Myia, 98-Mohd Najib, 99-Gensuri Lestari, 100-Muhammad, 101-Webmarhaem, 102-Mohd Najib, 103-Che Nal, 104-Ahmad Razali, 105-Nazari Mohd, 106-Benny Fizz, 107-Panglima Hitam, 108-Mohd Kamarulzaman, 109-Hanafi, 110-Halim Mansur, 111-Jieiyha, 112-G13, 113-KapakTajam, 114-Al Malek Fuat, 115-Izhar Aziz, 116-Norhaliza, 117-Faridah Akafera, 118-Tauke Ikan, 119-MelaysiaNews, 120-Bongphalla dara, 121-Kepek, 122-Malaysia News, 123-JayBoss, 124-Parti Gerakan Kota Alam Shah, 125-Nas Japan Bikes, 126-Yus Mentor, 127-Putra Merdeka, 128-Lembing Maya, 129-Krie Zamimi, 130-Byll Bella Huda, 131-Zulizah Rahim, 132-Ahmad, 133-Anwar Zainudin, 134-Rosli Ibrahim, 135-Ahmad Latif, 136-Uzumaki, 137-Mantoya, 138-Maskinah, 139-Pak Ngah, 140-Retro Blue, 141-Azimat, 142-Ramle Nahkoda, 143-Suhaimi Bahari, 144-Lala, 145-YY, 146-Kapt Bokkari, 147-Sudirman Dullah, 148-Sudik, 149-Noraswan, 150-Adlin Sayang, 151-Mr M, 152-Junid, 153-Gadis, 154-Faizi, 155-Razif, 156-RF Lias, 157-Inshyirah, 158-Muhaimin, 159-Misai Kanzzs, 160-KialJr, 161-Pye Geo, 162-Abu Idris, 163-Binjai Manis (Rosli Othman), 164-Roslan, 165-Asmah Karamin, 166-Asmah Karamin, 167-Man Pokya, 168-Nor Alfilaili, 169-Shahidan Begonia, 170-Ismail Bukit Mas, 171-MiaZara, 172-Adnan Aziz, 173-Pas Bukit Sentosa, 174-Zalina, 175-Al Maliki, 176-Jun Salleh, 177-Shahril, 178-Pauzi, 179-Spirit, 180-Jeffry, 181-Abdullah, 182-Adam, 183-Wak Bako, 184-Mat Thohir, 185-Muhd Irfan, 186-Antara Pos, 187-Ahmad Lokman, 188-Jose Manuel, 189-Mohd Shaari, 190-Aloq Laloq, 191-Zul-Jgk, 192-Tombak Berapi, 193-Khalid Che Lah, 194-Khalidmacola, 195-Tombak Berapi, 196-Nurazani CheLah, 197-Afirdaust, 198-Jaafar, 199-Nurazani, 200-Manz, 201-Zainal Putra, 202-XePc, 203-Pisau, 204-Shamz, 205-Wira Kenyalang, 206-Nasbadar, 207-Spy Satu, 208-May, 209-Tok Kiku YB, 210-Embrose, 211-ROxx, 212-Adiba Yasmi, 213-Amirul Yusuf, 214-Shiegin, 215-Jagbug, 216-Joe FZR. 217-MerahMoto, 218-Ahmad Shaju, 219-KunKH, 220-Khalid CheLah, 221-The Lakaran, 222-Saeif Agha, 223-Romario, 224-Media Shah Alam, 225-Maxma, 226-Tawau Gondrong, 227-Arbar, 228-Kasmat, 229-Mazran, 230-Salim, 231-Papagege, 232-Wan Salwati, 233-Johari....

Teramai Pembaca Dalam 7 Hari.

Blog Archive