Oleh: HHalem.
Dalam pertemuan dengan Sinar Harian di Kuala Terengganu kelmarin, Presiden PAS Hadi Awang membayangkan kemungkinan tidak akan bertanding dalam PRU13 nanti.
Pelbagai respond diterima, termasuk dari Anwar Ibrahim, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub dan Awang Adek Hussein, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan.
Helah di belakang tabir di sini >.
Helah di belakang tabir di sini >.
Hari ini, Mursyidul Am Pas, Pok Nick memberi pandangan yang beliau tidak bersetuju dengan keputusan Hadi Awang yang mahu berundur daripada bertanding dalam Pilihan Raya Umum 13.
"Penjawat awam ada had masa untuk bersara tapi pimpinan parti tiada had masa, boleh berkhidmat sampai mati," – Pok Nick.
Dengan kenyataan Pok Nick itu maka tamat lah wayang yang dinanti-nantikan pada Mesyuarat Bulanan Jawatankuasa Kerja PAS pada 12 Februari depan. Keputusan telah diketahui terlebih awal.
Kata-kata Pok Nick adalah peratoran yang mesti dipatuhi dan pada Mesyuarat itu nanti ia hanyalah sebagai endorsement sahaja untuk di minitkan. Hadi mesti berkhidmat sampai mati kerana beliau bukan penjawat awam.
Seperkara lagi, kita dapat membaca buah fikiran Pok Nick bahawa beliau akan memegang jawatan dan tidak akan lepas-lepas sehingga ke mati.
Malahan kita di sini, yang menunggu pemergian Pok Nick dengan aman damai terpaksa lah menunggu beliau “berkhidmat sampai mati”.
Tujuan Hadi untuk uji dan lihat, ala-ala merajuk, telah berjaya dan beliau masih lagi dikehendaki oleh pucuk pimpinan PAS. Begitu juga kumpulan pendesak yang mahu Hadi “pergi” kerana dipersalahkan memecat Hasan Ali, telah gagal. Di sini Hadi dilihat sebagai menang-menang disegala segi.
Memang dimana-mana dan parti politik mana sekali pun, ketamakan haloba manusia tetap ada, tidak kira jenama Islam atau tidak. Kita jangkakan parti berjenama Islam seperti PAS akan berbeza, rupa-rupanya tidak.
Perkara seperti ini terkecuali pada Tun Mahathir.
Sumber utama Sinar.
Elok la Pak Nicki perjuangkan juga agar penjawat awam boleh berkhidmat sampai mati.DAH GILA ORANG TUA NI.
ReplyDeleteKhalid Tak Gagap
adoi tuan nik ajis...memang la sah gila kuasa... camne la ko nak menjawab dgn allah ko besok tuan nik ajis..berenti la sebelum ko diberentikan
ReplyDeletegua ingat lagi ms penjawat awam dilanjut usia persaraan kpd 60 thn. mcm2 puak2 pembangkang ni ckp. tak larat lah. dah tua mcm mana nak berkerja. siap buat kelakar dgn terbit semula kartun ujang yg tunjukkan org tua2 berkerja di pejabat. ni yg si pok nik aziz dah 81 tahun takde ke pembangkang nak buat kartun ala2 ujang tu. lg lah umur 80 tahun lebih dah. mmg wajib sgt bersara. tun mahathir yg depa ckp tamak dulu pn bersara. nik aziz yg tak tamak tak nak bersara? kikiki
ReplyDeleteKalau dah majoriti dalam parti nak begitu..dan kalau Hj Hadi merasa masih mampu mengambil tanggung jawab tersebut, teruskanlah. Masalahnya ialah kalau majoriti dah menolak atau keupayaan dah tak ada tapi masih nak menerima tanggung jawab yang diberi.
ReplyDeleteLebih menjadi parah kalau yang dah kena tolak oleh parti dan acap kali menyerang pimpinan parti sendiri tapi masih ada hati nak berkuasa dan mengarah pimpinan sedia ada itu dan ini..macam..Madet Kutty ..aha ! Prestasi UMNO BN merosot teruk tahun 2008..salahkan Pak Lah wal hal dia yang menjadi racun dalam parti. Selagi ada kutty..makin dekat UMNO BN untuk mati. Lu fikir lah sendiri !
adoi tuan nik ajis berhenti aja hari pun dah masok isyak dudok aja dimasjid banyak bertaubat kerana kamu udah banyak menghukumkan orang islam kafir itu satu dosa besar kepada orang2 melayu islam dimalaysia sedangkan kamu belum tentu masok shorga atau masok neraka jahanam auzubillah berhenti aya jadi pemimpin pas dan minta maaf kepada orang2 melayu islam dimalasia diatas perbuatan kamu selama ini
ReplyDeleteMadet Kutty dulu bukan bersara sendiri tapi memang dah ditolak dlm dan luar UMNO..sebab tu nangis sebab terkonang orang dah benci dia lalu terpaksa undur diri. Nik Aziz tak ada orang dalam parti yang menolak..yang sibuk menolak cuma UMNO BN.
ReplyDeleteTapi Kutty jenis tak sedar diri. Rasa nak pegang kuasa kembali..hih hih. Bukan apa..dah tak senang duduk tengok trend politik skrg..kang UMNO BN tenggelam..Kutty besar kemungkinan masuk dalam..Tuuu yang Kutty paling seram dan sampai skrg tak dapat duduk diam. Akhirnya Brahim dilantik jadi khadam buat menekan pimpinan UMNO BN skrg.