Oleh: HHalem.
Hasan Ali atau Mustafa Ali Membuat Pertemuan Sulit Umno-Pas?
Masih ingatkah pembaca kepada peristiwa dimana Pok Nick mengamok sakan apabila beliau mengetahui bahawa terdapat pemimpin tertinggi PAS ada membuat pertemuan sulit dengan pemimpin Umno untuk tujuan perpaduan, yang dilakukan diluar pengetahuan beliau.
Habis seluruh pemimpin PAS yang terlibat tersentap dan menyorok kepala kedalam pasir. Kita pula dibiarkan terpingga-pingga dan mengagak-agak siapa kah pemimpin PAS tersebut yang terbabit.
Malahan ramai yang mengagak ia adalah usaha Hasan Ali. Maka kita pun menyanjung Hasan Ali kerana inginkan perpaduan umat Islam dan Melayu; percantuman sesama Umno dan PAS supaya bersatu untuk mengelakan negara Tanah Melayu ini daripada tersungkur jatuh ke tangan DAP Komunis dengan pertolongan PKR.
Kemudiannya kita terkejut, apabila Hasan Ali membuat pengakuan umum bahawa pertemuan sulit antara Umno-Pas itu bukan lah perbuatan beliau, malahan Mustafa Ali yang mengatur semua urusan tersebut. Pendedahan ini berlaku apabila Hasan dan Mustafa bertengang urat bergaduh sesama sendiri. Mustafa diam membisu dan tidak menyangkal dakwaan Hasan tersebut.
Kita tersentak sekejap dan bertambah pening kerana siapakah sebenar yang membuat usaha murni perpaduan Umno-Pas. Selama ini kita menyanjung Hasan Ali kerana disangkakan itu adalah usaha murni beliau.
Waktu itu kita berada dipersimpangan jalan, samada kita hendak beraliharah dan menyokong Mustafa demi perpaduan umat Islam dan Melayu, atau terus bersama Hasan Ali.
Hasan Bukan, Mustafa Pun Bukan, Jadi Siapa?
Hari ini ada lagi kejutan mengenai pertemuan sulit Umno-Pas tersebut, dimana ia telah didedahkan oleh Bekas Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Md. Alwi Che Ahmad, dimana, ‘Hadi telah datang ke kediaman rasmi Perdana Menteri untuk membincangkan perkara tersebut dan bersetuju membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu’
“Abdul Hadi bersetuju untuk tubuh kerajaan perpaduan. Saya tahu kerana pada ketika itu saya adalah Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, malah saya terlibat secara langsung bertemu dengan beberapa pemimpin Pas untuk menubuhkan kerajaan perpaduan”
Md Alwi yang juga Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan bagaimanapun berkata, rancangan itu tidak menjadi kenyataan kerana ditentang oleh Nik Abdul Aziz dan beberapa pemimpin lain dalam Pas.
Sekarang pembaca yang cintakan perpaduan telah mengetahui siapakah yang mahu tubuhkan kerajaan perpaduan iaitu tidak lain dan tidak bukan ialah Presiden PAS sendiri.
Jadi dimana kah sokongan anda sekarang? Masih lagi dengan Hasan Ali, kemudian hinggap sekejap di kepala Mustafa Ali dan sekarang berakhir dengan Hadi Awang?
Adakah cerita Md Alwi ini betul dan boleh dipercayai?
Penulis yakin ia adalah benar kerana ia diakui sendiri oleh Pok Nick dengan kaedah pembohongan dan putarbelit beliau. Itu adalah style Pok Nick apabila rahsia beliau telah terbongkar. Gelabah !
Pok Nick Mengakui Pertemuan Sulit Umno-Pas Berlaku.
Lihat bagaimana akuan Pok Nick yang sebelum ini mengamok menentang Hadi kerana perpaduan Umno-Pas tetapi berbelit memuji Hadi pada hari ini dengan merekacipta untuk kesesuian beliau.
"Kita mahu sampaikan Islam kepada semua orang. Kalau orang Pas jumpa orang UMNO bagus kerana beri peluang kepada orang itu kenal Islam secara dekat, Islamkan komprehensif," - kata Pok Nick selepas Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan dan Seminar Ahli-Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Kelantan 2012.
Sekali baca statement Pok Nick menampakan beliau seolah-olah menganggap Pak Lah dan semua orang Umno mesti di Islamkan dan jahil mengenai Islam. Bermaksud semua orang Umno perlu di islamkan semula secara komprehensif.
Rahsia Pok Nick betul-betul terbongkar dan terkantoi dan terus membidas Md Alwi.
"Dia (Md. Alwi) sebenarnya orang UMNO, Pas ini parti lain, jangan campur hal orang lain, kalau campur hal orang lain, mereka campur hal kita pula," – Pok Nick.
Di manakah pendirian anda sekarang?
Menyokong Hadi dan Mustafa demi perpaduan Islam dan Melayu, atau masih lagi dengan Hasan Ali?
Tetapi yang pastinya sembelit dan kaedah pembohongan PAS diketahui.
confirm dah!
ReplyDeletehttp://msomelayu.blogspot.com/2012/01/komentar-pagi.html