Oleh: HHalem.
......MyNewsHub......
Menjelang tengah
malam ini, kesemua negara yang terletak dalam zon risiko dilanda tsunami
berikutan gempa di Utara Sumatera dan Aceh petang tadi menarik balik amaran
bencana berkenaan.
Gempa bumi
berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan situasi cemas petang tadi berpusat
33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh .
Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran pada pukul 10 malam tadi.
Sebelum ini, persisiran
pantai Pulau Pinang dan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka berhadapan
dengan pukulan ombak tsunami (jika tsunami berrlaku) antara 9 malam hingga 2
pagi ini.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan
Geofisik (BMKG) Indonesia turut menarik balik amaran
tsunami mulai pukul 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia).
Penarikan berkenaan
disampaikan Ketua BMKG, Sri Woro B Harijono dalam sidang media yang disiarkan
stesen televisyen tempatan, malam ini.
Pusat Amaran Bencana Kebangsaan
Thailand menarik balik amaran berikutan tiada ancaman
tsunami di negara itu.
Perdana Menteri,
Yingluck Shinawatra berkata, walaupun amaran itu ditarik balik namum negaranya
masih berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan berlaku gegaran
susulan.
Katanya, keadaan
paras ombak meningkat dilaporkan di Laut Andaman di luar pesisiran Thailand.
“Kami akan terus memantau
keadaan untuk beberapa jam lagi,” katanya.
Terdahulu, Yingluck
mengadakan mesyuarat tergempar Kabinet di Rumah Kerajaan di Bangkok dengan
menggerakkan pelan kecemasaan tsunami.
Sebelum itu,
perintah berpindah ke kawasan lebih tinggi dikeluarkan di enam wilayah selatan
negara itu iaitu Krabi, Phuket, Phangga, Ranong, Satul dan Trang.
Sri Lanka turut menarik balik amaran
tsunami.
“Kepada penduduk, kembalilah
semula ke kediaman seperti biasa,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Pusat
Pengurusan Bencana Sri Lanka”
Sementara itu, Pusat Amaran
Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi
kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.
Orang
ramai menunggu bagi menyaksikan ombak tsunami di Persiaran Gurney, George Town,
Pulau Pinang
.........................................
....BeritaHarian...
Penduduk pesisir
pantai Langkawi, Kuala Muda siap sedia tinggalkan kediaman: MKN
Alor Setar
Majlis Keselamatan
Negara (MKN) Kedah mengarahkan semua penduduk yang tinggal di persisir pantai
di negeri ini terutama di Langkawi dan Kuala Muda
bersiap sedia untuk meninggalkan kediaman masing-masing bagi menghadapi
kemungkinan ancaman Tsunami susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di
Aceh, Sumatera Utara Indonesia, petang tadi.
Setiausahanya, Abu
Bakar Sudin, berkata pihaknya sudah menerima amaran peringkat pertama Tsunami kira-kira jam
6 petang tadi sebelum mengarahkan agensi berkaitan termasuk polis,
Jabatan Bomba dan Penyelamat selain Jabatan Penerangan untuk menghebahkan
maklumat berkenaan kepada orang ramai menjauhi pantai.
"Kita sudah membuka Bilik
Gerakan di Anak Bukit sebagai pusat maklumat dan operasi sekiranya berlaku
kemungkinan Tsunami”
"Ketika ini Jabatan
Meteorologi mengeluarkan amaran pertama di negeri utara dan kita mengambil
langkah berjaga-jaga dengan meminta orang ramai khususnya penduduk persisir
pantai supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan,"katanya.
(Pusat gegaran sebagaimana yang dilakarkan CNN)
Gempa hari ini juga berhampiran dengan lokasi gegaran pada 2004 yang mengakibatkan sekitar 250,000 terbunuh di 13 buah negara. Seramai 170,000 orang terbunuh di Aceh sendiri. Magnitud gegaran lapan tahun lalu itu adalah 9.1 dan dikesan di kawasan laut sedalam 30 kilometer.
......................................
......................................
....Bernama...
Gempa Bumi Kuat Gegar Aceh, Gegaran Dirasai Di Semenanjung Malaysia
Kuala Lumpur:
Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia pada Rabu.
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.
Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.
Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.
Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.
Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.
KANGAR.
Gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.
Gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flet 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.
Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.
Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis.
fuh, macam tempat aku plak yang kena gempa bumi
ReplyDelete